Petang sabtu ini, habis semua orang melayan filem Hindustan yang sangat popular dan mungkin masih popular hingga kini, Kuch Kuch Hota Hai. Ianya sedang 'trending' di Twitter Malaysia dan sedang diperkatakan di dalam Facebook. Begitu kuasa sebuah filem. Aku dan Zura di rumah juga asyik menontonnya di rumah. Filem terbaik untuk hujung minggu yang damai. Aku teringat juga sahabat baik, Bob yang suatu ketika tidak pernah menyukai filem-filem hindustan. Namun begitu, akibat berkenalan dengan seorang gadis idaman yang kini menjadi isterinya dan ibu kepada anak-anaknya, Bob menjadi peminat filem hindustan. Sekurang-kurangnya itu yang diberitahunya kepada aku suatu ketika dulu. Antara kata-kata Bob yang masih aku ingat antara lain bermaksud kita perlu mencari titik persamaan antara kita dan orang yang kita sayang serta tidak salah untuk sekurang-kurangnya belajar meminati apa yang dia minati. Kerana di akhirnya kita sama-sama dapat meluangkan masa dan ketika buat apa yang kita suka. It...