Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2004

Kaunter

Kenapalah orang kaunter jabatan kerajaan ni garang, susah nak senyum dan malas nak jawab soalan pelanggan? Aku kakitangan kerajaan bila berurusan dengan kaunter jabatan kerajaan pun selalu hadapi semua tu. Patut sangat orang ramai malas nak berurusan dengan kaunter jabatan kerajaan. Sombong tak tentu pasal.



Tadi aku ke Medan Mara di KL untuk memohon borang pinjaman pendidikan. Sampai tingkat 3, aku mengah lepas naik tangga. Ye la, badan dah gemuk dan langsung tak senaman. Rehat kejap kemudian terus ke kaunter untuk bertanyakan perihal pinjaman tersebut. Dengan keadaan aku batuk (memang batuk teruk pun), aku bertanya dengan nada yang agak perlahan. Kakak kaunter tu senyum pun tidak, bangun pun tidak dari kerusi yang dia duduk berselindung disebalik kaunter yang tinggi melangit (kenapa orang buat kaunter tinggi sangat? Nak menyorok dari apa?). Kakak tu pun tak pasal-pasal suruh aku cakap kuat sikit sebab dia kata dia tak dengar. Okay, aku usahalah tinggikan suara dan terangkan dengan jel…

Friends

Petang sabtu dan masih di pejabat. Tak penat cuma mengantuk. Semalam aku menonton episod 8 - 12 Season 4, siri Friends. Dah berapa kali ulang tapi aku tak jemu-jemu terutama bila lihat telatah Joey dan Chandler. Ye, aku peminat Friends. Satu KL aku jelajah sedang mencari Friends Season 8 yang tak original. Erm, aku beli original tapi tak mampu nak beli semuanya. Season 1,2 dan 5 aku beli original VCD. Season 3,4,6 dan 7 aku beli DVD cetak rompak. Mana larat nak beli yang original oii. Watak paling aku suka dalam Friends? Kalau boleh aku nak kata Chandler tapi aku tak sekelakar dan sesinis dia. Kalau boleh aku nak kata Joey tapi aku tak sehensem dan seromeo dia. Mungkin aku nak cakap Ross sebab perangai Ross lebih kurang macam aku tapi lainnya ialah aku tak suka konfrontasi dan aku takkan nak mempertahankan sesuatu mati-matian. Jadi kiranya aku suka Chandler, Joey dan Ross. Watak perempuan aku suka Pheobe sebab wataknya amat jujur, naif dan selamba. Monica, aku takkan boleh hidup denga…

Pendek Aje

Sesiapa yang baik hati, sponsor la laptop untuk aku. Senang aku nak buat assignment dan connect dengan hotspot WiFi. Hehehe. Ada ke patut minta sedekah. Tapi mana la aku ada duit nak beli laptop. Bukannya murah. Paling murah dan okay pun dekat RM3000. Jenuh aku nak kumpul duit banyak tu. Sponsor la... Sponsor la...

*WinK* *WinK* *WinK* (Dengan gaya mata simpati Puss In Boots cerita Shrek 2)

====

Kejap lagi nak pegi main futsal. Ada lawan pula harini. Ingatkan nak main saja-saja je. Malas sangat nak lawan sebab banyak pressure. Kalau takat main-main je, boleh gelak-gelak. Boleh buat lawak dan boleh rileks sikit. Ini sudahla playmaker takde, aku pun tengah mengantuk ni. Ingat nak balik awal kemudian tido.

====

Aku akan register masuk kembali ke UiTM hari Ahad ni. Minggu depan start class. Erk! Dah belajar balik. Boleh ke aku score 3.82 macam last sem lagi ni? Harap-harap boleh la ye. Kalau tengokkan subjek takde la susah sangat. Kalau nak susah pun subjek politik je. Subjek lain tu bole…

Duit Lagi..

Hujung minggu ni mulalah aku kembali belajar di UiTM. Sibuk balik dengan assignment dan kelas. Harapnya tak bosan macam sekarang. Tambah-tambah ada subjek akaun. Aku cukup suka dengan subjek akaun. Aku tak kata senang tapi aku tak rasa susah. Bolehla. Dulu masa belajar pun time subjek akaun, aku dapat A. Itu pun malas tahap beruang koala nak study. Hujung minggu ni melayang RM1000 lebih untuk yuran belajar. Aku boleh ambil sikit tapi rasa rugi sangat kalau ambil sikit. Aku nak cepat habis. Boleh apply jawatan tinggi sikit.

Aku dok merungut pasal KWSP. Aku kerja kerajaan dan masa awal masuk dulu aku dah pilih skim pencen. Maksudnya aku tak payah nak mencarum ke KWSP sebab bila bersara nanti, aku dapat duit pencen tiap-tiap bulan iaitu lebih kurang 1/2 dari gaji terakhir. Tapi dah dekat dua tahun aku kerja dan dekat setahun aku diluluskan jawatan tapi KWSP masih tetap dipotong. Katanya aku kena tunggu sampai 3 tahun baru boleh dibatalkan KWSP tu. Lepas dari tu aku boleh keluarkan semuan…

Bebel

Aku sementara waktu ni memang menjauhi aktiviti PC selain buat kerja di pejabat, tulis blog ni dan tengok TV (ye, aku tengok TV di PC). Main games pun tak, buat website pun tak dan apa-apa yang lain pun tak. Oh ye, kelmarin aku cuci PC aku luar dan dalam. Habis habuk aku buang. Korang patut buat macamtu sekali sekala. Tengok kipas dalam CPU tu kot2 dah penuh dengan habuk. Jangan tak cuci, silap-silap boleh terbakar CPU tu nanti. Tapi kalau tak reti, jangan buat. Terbakar duit pula nanti.

Harini seharian tak buat kerja di pejabat. Sebabnya memang takde kerja. Hujung minggu lepas aku dah siapkan semuanya (ini bukan rajin tapi terlebih laju buat kerja). Jadi harini aku rehat secara tak rasmi dan ianya sungguh-sungguh membosankan. Pegi library pejabat, aku kaut sebanyak mungkin National Geographics. Selak mukasurat je. Takde masa nak baca semuanya. Ye, majalah paling aku suka ialah National Geographics. Nerd? Orang bodoh je yang tak baca National Geographics. Dan orang bodoh je yang baca …

Seorang Personal Computer

Senang kalau hati ni jenis macam software komputer. Tukar aje setting kalau tak serasi atau tak senang dengan setting semasa. Kalau rasa bosan, tukar je interface atau theme. Kalau rasa dah rosak, format je balik. Kalau lupa, restore je. Kalau nak cari sesuatu, taip je Find...

Kalau sakit hati, delete je perkara tu masuk dalam recycle bin. Kalau kecewa, uninstall je. Kalau gembira, simpan atau print banyak-banyak...

Senang ke?

Macam-macam.

Rugi betul rasanya terpaksa cancel satu subjek. Terpaksa sebab nanti clash dengan subjek lain. Nak tambah rasa malas pula sebab bila disemak, subjek yang sesuai diambil adalah untuk semester 4 ke atas. Aku tak nak melangkau jauh sangat. Semester 2 dan 3 nampak banyak sinambungan saja. Jadi baik aku teruskan sementara waktu. Jimat duit lebih kurng RM270. Sekarang pun tengah sempit ni. Takpelah, hasrat nak dapat sijil dekan semester ni terpaksa aku pendam dulu.

Sekarang tengah pening nak settle semuanya sebelum 23 hb ni. Kemudian 27 hb kena daftar. Bulan depan sudah mula kuliah. Penat + pening = aku tengah migrain.

====

Tol mahal? PLUS nak naikkan kadar tol? Hmm.. Lepas tu ramai la orang komplen katanya tak bertimbang rasa dan tak patut. Cuma kadang-kadang aku terfikir. Orang kita ni sanggup ambil loan berpuluh ribu RM, bayar bulan-bulan beratus-ratus RM dan harga kereta yang cukup mahal (berbanding dengan nilai matawang Malaysia), kita sanggup semua itu. Tapi bila harga tol mahal sikit…

Fobia dan Api Dalam Diri Ini

Orang kalau fobia dengan sesuatu perkara atau keadaan, bila ianya datang kembali dapat dilihat bagaimana takutnya dia dengan keadaan atau perkara tersebut. Nak berhadapan atau hendak mengawal keadaan orang yang sedang fobia adalah begitu rumit sekali kerana walau seboleh mana kita cuba menenangkan hati mereka, ianya tetap sukar untuk diterima. Mungkin orang yang mengalami fobia adalah dari golongan mereka yang tidak tahan bersabar atau tidak tahan ditekan. Akibatnya mereka menjadi takut dengan bayang-bayang imaginasi sendiri.

Cuma sekiranya ada orang disekeliling kita yang sedang menghadapi fobia, sebaiknya kita tenangkan hatinya dengan tidak menekankan betapa tidak releven fobia mereka itu. Sebaliknya aku rasa kita perlu sokong ketakutkan mereka tetapi tidak menjurumus diri kita sendiri dengan ketakutan tersebut. Apa yang patut kita lakukan ialah memberi gambaran yang ikhlas dan memberi peransang untuk mereka supaya dapat mengawal perasaan kembali.

Tetapi kadang-kadang aku agak terki…

Macam Pandai Je nak Pomen WinXP Sendiri-Sendiri. Ni Hah Cara Orang Bodoh Macam Aku Buat Kerja. Grrr

Aku dah guna Microsoft Windows XP Professional sejak Oktober 2001. Sekarang di rumah aku masih gunakan WinXP Pro. Aku dah evaluate Win LongHorn dan kesimpulannnya masih terlalu awal nak diperkatakan. Tapi kalau dari gaya yang aku nampak, memang amat menarik dan lebih best dari WinXP. Tapi forsure LongHorn akan memerlukan ruang HDD yang besar dan RAM yang melampau besar.

Berbalik kepada WinXP. Banyak yang aku pernah alami masalah mengenai WinXP ni. Tetiba je timbul 'Blue-Screen-of-Death' yang menandakan secara senangnya korang perlu install balik WinXP. Kalau WinXP tak boleh nak run, ada beberapa sebab. Selalunya samada hardware rosak (Hard Disk, RAM dan lain-lain), Kernel WinXP tu dah korup. Registry dah mabuk dan lain-lain yang sebenarnya korang tak nampak ianya berlaku sebab semua tu banyak berpunca dari segi teknikal. Tapi yang pastinya kalau PC korang tu bila on dan nak masuk WinXP, tapi terus sampai ke skrin biru, itu tandanya WinXP korang problem. Penyelesaian?

Aku tak s…

Web Design, Product Design and Patent

Cuba pergi ke http://www.govicdesigntech.com dan lihat apa problem website tu.

Website ni claim mereka adalah suatu institusi yang menjalankan R&D tentang teknologi terkini terutama bidang automotif. Bila aku masuk web ni, satu perkara yang paling mengejutkan aku ialah betapa besarnya banner header dia. Lebih kurang 2/3 dari screen yang bersaiz 800x600. Sudahlah begitu, mereka kata web ini sesuai dilayari dengan resolusi skrin 800x600. Apa gunanya buat content kalau kita dapat baca melalui 1/3 skrin je? Itu pun masih ada menu yang mengganggu content sebenar. Jadi terpaksalah scroll kebawah banyak kali untuk membaca teks yang panjang berjela. Dan penggunaan emboss, kaler macam pelangi dan efek tulisan yang begitu 'cheesy', tak ubah macam website budak sekolah yang diajar oleh cikgu yang pun belajar dari buku "Macamana Hendak Membina Sebuah Laman Web Yang Mudah".

Agak memalukan website yang kononnya hebat mengatakan mereka adalah pencipta kenderaan baru, Govic dan …

Mahalnya Nak Belajar!

RM1300. Itulah kos untuk sambung belajar semester yang akan datang ni. Aku ambil satu subjek tambahan. Jadi terpaksa bayar lebih. Namun kalau difikirkan, baik aku ambil 1 subjek je. Jimat kos. Ini sekarang sudahla takde duit, nak tambah subjek lagi. Manalah nak cari duit ni. Pening kepala memikirkannya.

Hidup di KL ni memang rasa macam tak pernah cukup duit. Dapatlah berapa banyak gaji sekalipun. Kalau dengan gaji aku macam ni, aku bekerja dikampung sudah pasti dapat beli kereta sekarang. Tapi hidup di KL, semuanya duit. Nak parking motor di MidValley pun kena 50 sen. Simpan halmet pun 50 sen. Nak buang air pun 20 sen. Semuanya kena duit.

====

Apa lagi ye?

Mana Padang Aku Nak Main Bolasepak?

Bebudak opis ni punya la bosan dengan kerja, sekarang sedang tendang bola di dalam opis. Keliling ada tingkap berkaca. Kemalangan yang menanti terjadi. Tapi bila dah dapat bola Adidas Roteiro Glider, semua orang nak menendangnya. Mana nak cari padang bola yang free di KL-PJ ni? Semuanya kena bayar sewa. Akhirnya jalan paling mudah, sewa padang futsal. Itu pun berabis dekat RM80 sekali main dan mesti kena book dulu. Kalau tak, jangan harap nak dapat. Itu tandanya orang kota ni nak bersukan tapi kemudahan sukan amat terbatas. Selalunya ada kawasan kosong, mesti orang gila duit berebut nak buat kondo, shopping complex dan lain-lain yang bakal hilang padangnya nanti.

Korang kalau pernah lalu Jalan Brickfields pasti ada nampak suatu kawasan lapang yang dipagari oleh pemaju KL-Sentral. Dulunya padang itu ialah sebuah padang bolasepak yang penuh dengan orang. Sekarang jadi padang terbiar yang menunggu masa untuk dimajukan. Mana lagi orang-orang disekeliling nak main?

Tapi contoh paling jelas…