Langkau ke kandungan utama

Bebel

Aku sementara waktu ni memang menjauhi aktiviti PC selain buat kerja di pejabat, tulis blog ni dan tengok TV (ye, aku tengok TV di PC). Main games pun tak, buat website pun tak dan apa-apa yang lain pun tak. Oh ye, kelmarin aku cuci PC aku luar dan dalam. Habis habuk aku buang. Korang patut buat macamtu sekali sekala. Tengok kipas dalam CPU tu kot2 dah penuh dengan habuk. Jangan tak cuci, silap-silap boleh terbakar CPU tu nanti. Tapi kalau tak reti, jangan buat. Terbakar duit pula nanti.

Harini seharian tak buat kerja di pejabat. Sebabnya memang takde kerja. Hujung minggu lepas aku dah siapkan semuanya (ini bukan rajin tapi terlebih laju buat kerja). Jadi harini aku rehat secara tak rasmi dan ianya sungguh-sungguh membosankan. Pegi library pejabat, aku kaut sebanyak mungkin National Geographics. Selak mukasurat je. Takde masa nak baca semuanya. Ye, majalah paling aku suka ialah National Geographics. Nerd? Orang bodoh je yang tak baca National Geographics. Dan orang bodoh je yang baca URTV, Media Hiburan dan majalah kecil yang tak habis-habis dengan cerita seks (pengajaran konon). Okay, tak bodoh tapi agak membazir.

Kenapa nak obses dengan aktiviti artis (define artist for me please - boleh ke panggil Yusry/Erra tu artis?). Kenapa nak baca cerita-cerita seks ganjil dan perkara pelik yang selalunya banyak imaginasi manusia dari realiti. Aku kata selalunya, maksudnya aku percaya tapi aku tak obses. Kalau korang pergi kedai buku, tengok mana orang melayu kita berdiri. Mesti depan majalah hiburan. Budak-budak melayu mesti terpinga-pinga atau paling tidak menjerit menangis ajak mak ayah dia keluar. Jarang nampak budak kecil melayu yang terperap dibalik susunan buku baca novel kanak-kanak, komik dan lain-lain yang berkaitan. Jarang sangat-sangat.

Lepas tu perihal aku suka tengok cerita omputeh dan baca bahan bacaan omputeh. Aku tengok je cerita melayu. Cerita P.Ramlee memang aku suka sangat. Aku suka Selubung, Soal Siapa, Layar Lara dan lain-lain lagi. Aku suka je baca novel melayu. Tapi banyak sangat yang tak bermutu. Novel melayu tak habis-habis dengan soal cinta. Macamtu juga wayang dan cereka melayu. Takde idea lain ke? Nak buat cerita hantu pun kena tapis itu ini. Pelik betul..

Aku nak tengok Shrek entah bila la dapat tengok...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 2

Sambungan koleksi gambar MRSM Balik Pulau, circa 2003. Ini bas maktab suatu ketika dulu. Aku sudah tengok bas baru. Tapi bas lama ini sungguh manis kenangannya. Kami menyanyi gembira setelah muncul johan bolasepak under-15 dan under-18. Pergi berkelah di Batu Feringgi atau melawat Botanical Garden. Pergi trip ke MRSM Berseri dengan ditemani bumbung bas yang bocor. Ianya suatu kebanggaan dapat naik bas ini suatu ketika dahulu. Masa itu tidak semua sekolah ada bas sendiri. Jadi kira hebat la. Baru sekarang aku terperasan, bas tersebut ada iras-iras Penang Yellow Bus. Hmm... Padang. Kalau masa aku pergi tahun 2003 dahulu ada sign board tertulis, "Home of The Cougars", merujuk kepada pasukan ragbi maktab. Mungkin pada ketika itu ianya amat kuat. Memang ragbi masa zaman aku pun kuat juga, tapi tidak sehebat team bolasepak yang dibentuk sejak kami form 2. Sepanjang itu hingga ke form 5, kami tidak pernah tewas satu game pun (betul tak Carrie?). Jadi johan Under-15 dan Under-18 nege...

Singgah Sebentar

Entah kenapa, sejak beberapa hari kebelakangan, blog ini dikunjungi oleh lebih ramai orang. Kamu semua datang dari mana? Baca dan tengok sajalah apa yang ada di dalam ini ya. Cuma maaf, blog ini tidak ada gossip, gambar lelaki melayu bangga minum beer, lurah dada perempuan atau apa-apa saja perkara berbentuk sebegitu. Oh ya, kalau kamu yang masih lagi mencari laman web menjual tiket bas secara online, cuba Maraliner Entah, ramai betul yang datang ke sini kerana mencari laman web menjual tiket bas secara online. Google sajalah nama syarikat bas ekspres yang kamu tahu. Mungkin ada, mungkin tidak.  Aku suspek ramai antara pengguna internet tidak tahu cara mengguna enjin pencari seperti Google dan Yahoo!. Hmm... Ada sesiapa mahu keluarkan ebook cara-cara menggunakan enjin pencari Google dan Yahoo! atau lain-lain? Boleh buat duit jual ebook kepada orang ramai. Sekarang orang beli apa saja ebook. Itulah yang pelik. Sampai tips mudah mendapat kerja kerajaan pun dibuat ebook dan dijual. Malah ...

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 1

Malas pula hendak bercerita mengenai Homeroom. Baik aku tunjukkan koleksi gambar yang diambil pada tahun 2003 semasa reunion MRSM Balik Pulau ketika itu. Ada lagi gambar yang akan diupload kemudian nanti. Banyak. Aku fikir ada baik aku kembali kesana suatu hari nanti untuk aku ambil gambar yang lebih baik. Ini pun guna kamera digital Kodak 3.2 megapixel. Model di atas adalah Meor. Ini sebenarnya pada zaman aku dulu merupakan kaunter untuk segala pembayaran yang berkaitan dengan yuran pembelajaran maktab. Kalau tak salah aku ianya adalah sebanyak RM30 setiap bulan. Disini juga kami akan terima wang saku daripada MARA berjumlah RM25 bagi sesiapa yang layak. Segala keputusan, slip periksa dan apa saja urusan dengan pejabat, semuanya disini. Kaunter segera tepi tingkap. Ini sebenarnya pentas dalam dewan besar maktab. Aku masih ingat semasa menjadi 'sound engineer' untuk drama arahan Amron Roni. si Amron ni pernah jadi produser untuk rancangan sembang-sembang Chef Wan di TV9 tidak l...