Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Jaminan Kerja Sebagai Kakitangan Awam!

Kamu kerja dengan kerajaan atau sedang memohon kerja dengan kerajaan? Aku jamin ini adalah sebahagian daripada insentif-insentif pandangan orang ramai terhadap kamu yang kamu akan perolehi:- 1. Kamu dijamin akan dituduh PEMALAS biar betapa rajin sekalipun kamu bekerja. Tidak perlu kamu bersusah payah mengaku kamu bekerja 20 jam sehari, orang masih fikir kamu cuma duduk di meja dan tidak berbuat apa-apa melainkan goyang kaki (aku juga jamin apabila pencen kelak, kaki kamu akan kehabisan ligamen akibat selalu bergoyang). 2. Kamu dijamin akan dituduh buat kerja sambil lewa biarpun kamu sedang buat kerja mengikut prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan dalam segala standard antarabangsa. Kerja kamu masih tidak bermutu. Tiada kualiti dan tidak sehebat kakitangan swasta. Walaupun kamu sedang menguruskan sistem pengurusan indentiti tercanggih di Malaysia sehingga lebih 100 organisasi kerajaan dan swasta yang turut menggunakannya, kerja kamu itu tetap tidak akan dianggap berkualiti. MS IS

Kamu Ada Dendam Kesumat?

Apabila membaca blog dan web dalam internet, artikel dan komen yang terdapat dalamnya, aku nampak satu ruang yang semakin lama semakin dipenuhi oleh orang; kebencian dan dendam. Ianya amat jelas kalau membincangkan hal-hal politik di Malaysia. Kenapa dan bagaimana manusia begitu mudah membenci dan berdendam, aku tak mengerti. Mungkin ramai antara kita yang belajar dalam hidup mereka, kebencian dan dendam itu adalah perkara normal dan tidak menjadi masalah sekiranya kita luahkan. Contohnya Tun Dr. Mahathir (TDM). Kamu lihatlah banyak cacatan blog dan banyak komen yang menghina, menghentam, mengungkit asal usul beliau dan segala keburukan dirinya. Aku sendiri tidaklah menyokong 100% TDM tapi aku tidak pula membenci. Seingat aku dalam hidup aku, tidak sekali pun dia pernah sakiti aku secara langsung. Tidak pernah dia datang ugut aku itu ini atau dia tarik balik rezeki aku (kerana aku sedar rezeki itu di tangan Tuhan). Malah, kalau banyak sekalipun buruk dia, aku mahu nampak yang baik saja

Liku-liku Hidup - 1

Suatu ketika dahulu semasa aku masih tinggal di Gerik, Perak, hari-hari siang sewaktu pergi ke sekolah adalah saat yang mendamaikan. Dari rumah dengan basikal dan beg digendong bersama bekal nasi yang emak berikan, aku ke sekolah; sekolah petang. Keluar dari rumah di sebuah perumahan awam, aku ke jalan besar dan menyusurinya beberapa puluh meter. Kemudian aku melintas untuk melalui jalan pintas. Dari situ perkara pertama yang aku lalui adalah sebuah jambatan yang merentasi sebuah sungai yang aku tidak pernah tahu apa namanya. Tahu, mungkin aku sudah lupa. Sungai Air Hitam rasanya. Awal dulu ianya cuma jambatan kayu. Dari situ aku menuju ke penghujung simpang kira-kira 300 meter. Sebelah kiri jalan ada perumahan cina dan sekali sekala terdengar salakan anjing. Sebelah kanan dimana sungai menjadi sempadan dan diseberangnya tanah kosong terbiar yang dimasa akan datangnya nanti akan menjadi kawasan perumahan juga. Aku belok ke kiri dan lalui jalan tar kecil menuju ke sebuah sekolah agama.

Mencari Sempurna

Menjelang petang tadi (Rabu) adalah amat menyeksakan. Kerja tiba-tiba datang menimbun. Walaupun cuma dua (2) kerja tapi kerana ianya perlu menggunakan kreativiti dan skil, otak jadi penat dan terasa letih amat sangat. Selepas jam 5 petang, aku rasa sudah habis idea di otak. Itu perkara yang tidak aku duga. Aku sebenarnya tidak suka bekerja dalam keadaan tidak lengkap. Dulu sewaktu awal ditugaskan dengan menghasilkan buletin dan laporan tahunan, aku mohon dibeli Apple iMac dengan alasan syarikat percetakan menggunakan mesin yang sama. Malah sebenarnya aku pohon dibeli sebuah MacPro yang jauh lebih mahal harganya. Tapi dapat iMac pun sudah kira bertuah. Hasilnya kerja jadi lebih lancar. Pengurusan terdesak untuk dapatkan secepat mungkin iMac kerana selama aku menghasilkan kerja sebelum ini aku menggunakan PC aku sendiri. Alasannya? Kerana hampir semua PC yang ada di jabatan tidak mampu menanggu beban grafik yang tinggi. Suatu hari PC aku crash dan sebuah hard disk terus rosak (dalam PC t

Aku Perlu Tahu

Lewat malam. Aku masih membaca artikel-artikel di Wikipedia dan National Geographic mengenai orang Melayu. Pelik juga bila aku fikirkan bahawa orang asing lebih berminat untuk mengkaji asal usul orang Melayu sedang para pengkaji sejarah di Malaysia dengan mudah membuat kesimpulan asal usul orang Melayu. Aku mahu lebih lanjut. Aku tidak peduli kalau asal usul orang Melayu itu dari Taiwan, Filipina, Mongoloid, Selatan India atau mana saja. Sekurang-kurangnya aku tahu dan bukannya hasil dari kesimpulan mudah. Cuba kamu fikir, untuk 600 tahun cukup. 600 tahun dari bermulanya empayar Melaka hingga kini, tentu banyak perkara yang terjadi di sekitar tanah Melayu. Tapi apabila kita merujuk buku sejarah, sekitar 1400 hingga hingga 1500 boleh dikatakan penuh dengan sejarah Melaka. Tapi selepas dari itu apa yang berlaku. Aku tahu Portugis menawan Melaka. Tapi apa yang berlaku antara tahun 1511 hingga 1640? Seterusnya apa yang berlaku dari 1640 hingga penghujung 1790an? Kenapa tiada kajian yang me

Melompat Lebih Tinggi

Aku berjalan-jalan di Jusco Equine Park tadi. Entah kenapa, aku rasa lebih selesa sekarang. Tidak rasa berat kaki melangkah dan tidak juga terasa penat. Malah aku boleh melompat-lompat dengan cergas sekarang. Itu baru turun 5kg. Kalau aku turun hingga berat mencecah 75kg nanti, agaknya aku boleh terbang! Menarik.

Sepanjang Sabtu

Seharian mendengar Death Magnetic. Aku keluar sebelah petang untuk melihat (aku belum mahu beli) CD Metallica terbaru. Tiada. Dua kompleks membeli belah aku cari dan tiada. Lagu-lagu album Death Magnetic yang aku dengar sekarang adalah yang aku download secara haram. Aku pasti akan beli CD original. Aku sudah beli semua album original Metallica sejak 1991. Aku cuma perlu dengar album baru sekarang. Kenapa lembab sangat kedai muzik di Malaysia ni? Lama juga aku jadi peminat band Metallica ye, 19 tahun. Sejak 1989. Cukup pasal Metallica dan Death Magnetic. Aku pasti kamu lebih suka Amuk, PeterPan, Faizal Tahir dan Too Phat. Aku dengar juga. Tapi untuk masa beberapa minggu ini, aku akan lebih tertumpu dengan Death Magnetic, terutama lagu All Nighmare Long. Waktu berbuka tadi aku makan asam laksa di Lemongrass, Alamanda. Sebenarnya aku tak tahu apa yang hendak dimakan untuk buka puasa. Masuk waktu, aku cuma minum air soya dalam tin. Hampir dekat jam 8.00 malam baru aku mencari tempat makan

Kamu Boleh Terus Memberi Komen, Tanpa Nama

Aku menulis blog sudah lama, lebih 7 tahun. Awalnya dulu aku host sendiri melalui laman web. Kemudian aku berpindah ke uJournal, Diaryland dan akhirnya di Blogspot. Sejak di uJournal sudah ada kemudahan untuk pembaca memberi komen. Tapi awalnya dulu kalau ada pun yang beri komen, mereka adalah kenalan aku yang bertanya khabar, tidak memberi komen mengenai topik yang aku tulis. Blog sekarang ini boleh dikatakan selalu aku terima komen-komen dari pembaca yang ada kaitan dengan topik yang aku bincangkan. Selalunya aku biarkan saja komen itu terpapar dan aku takkan komen balik. Itu hak masing-masing untuk membahaskan. Kenapa aku perlu menyatakan pendapat mengenai tulisan aku sendiri? Kecuali suatu ketika dahulu mengenai kewajaran JPN mengadakan kursus vokal. Kerana aku mahu menjelaskan pendapat aku dan kewajarannya. Sehari dua ini aku terima lagi komen-komen kritikal yang aku fikir datangnya tidak jauh. Aku fikir biarkan saja pendapat mereka. Kita boleh kenal persepsi orang apabila melihat

Metallica Kembali!

Apabila mendengar lagu-lagu dari album Death Magnetic, album terbaru Metallica, ianya seperti membawa aku kembali ke 1989. Itulah pertama kali aku mendengar lagu-lagu Metallica dari album ...And Justice For All dan terus meminatinya. Setelah sekian lama dengan album-album yang 'biasa' seperti Load, Reload dan St. Anger, Metallica telah kembali semula kepada asal mereka. Mendengar "The End Of The Line" sama seperti mendengar lagu dari ...And Justice For All. Tapi paling kagum apabila mendengar lagu "All Nightmare Long". Ahhhh... Masterpiece! Aku malas nak jelaskan mengenai album ini kerana aku pasti 99% dari kamu yang membaca blog ini tidak pernah meminati Metallica dan kalau ada pun yang mengaku, pastinya mereka akan cakap album Metallica paling best adalah Black Album. Jadi biarkanlah. Bagi aku, Kill 'em All, Ride The Lightning, Master of Puppets dan ...And Justice For All adalah album Metallica paling aku suka. Aku nak sambung dengar Death Magnetic. 

Menulis Dalam Mengantuk

Aku sedang mengalami masalah untuk tidur malam. Paling lama pun setakat 3 jam. Mungkin orang kata bagus, boleh buat solat tahajud. Masalahnya mata aku amat mengantuk tapi aku tak boleh nak lelap. Siang hari di pejabat, mata amat-amat merah. Kerja pula sedang menimbun dan perlu penumpuan. Akibatnya di penghujung hari aku kelihatan seperti zombi. Sebentar tadi selepas Isyak, sempat aku tidur dalam lelap seketika sehingga jam 12 malam. Itupun aku terjaga kerana rakan serumah sedang asyik mengetuk paku ke dinding di sebelah bilik. Sekarang sehingga waktu ini, aku masih mengantuk namun susah hendak tidur. Entah kenapa. Mungkin terlalu banyak berfikir. Nasib baik ada Astro di rumah. Aku buang masa menonton siri dokumentari Ewan McGregor "Long Way Down" dan re-run Friends. Kalau orang sibuk masukkan Astro di rumah untuk menonton Aznil di Astro Ria dan Prima, aku lebih suka menonton dokumentari. Pakej wajib ada bagi aku. Cuma peliknya aku dengan Astro ini, kita tidak boleh pilih siar

Perjalanan Manusia

Gambar dari National Geographic Malam semalam aku sempat menonton rancangan National Geographic di siaran 553 Astro bertajuk Journey of Man. Ia mengisahkan penjelajahan manusia pertama bermula dari puak Bushmen San di Afrika hingga keserata dunia bermula 50,000 tahun lalu. Ia sebenarnya diteorikan melalui kajian genetik DNA manusia, dengan melihat hubungkait seseorang melalui genetik, saintis dapat membuat andaian saintifik bahawa manusia moden kini sebenarnya berasal dari satu kaum Bushmen primitif di Afrika. Sebenarnya tiada yang Darwinisme mengenai cerita ini. Ia tidak menceritakan manusia berasal dari beruk atau apa saja. Ia lebih menceritakan asal usul manusia moden yang ada disetiap ceruk muka bumi ini. Bagaimana manusia berkembang dari satu kaum yang kecil hingga menjadi bangsa-bangsa dan kaum-kaum yang berbeza. Aku fikir rencana ini amat sesuai sekali sekiranya ditunjukkan kepada setiap ahli politik di Malaysia dan juga setiap orang di muka bumi ini yang masih dengan pemikiran

Semalam Senja

Semalam petang Aliah sakit. Agak teruk. Mulanya aku bawa dia ke klinik kerajaan di Presint 9. Aku sudah desak dia pergi ke hospital terus tapi kenal dengan perangai dia, memang susah hendak didesak. Naik saja kereta dan keluar dari klinik, keadaan Aliah semakin kritikal. Aku desak lagi dia ke hospital namun dia masih tidak mahu. Akhirnya aku buat keputusan sendiri dan terus arahkan kereta ke hospital Putrajaya. Setiba di hospital, pemeriksaan awal yang dijalankan menunjukkan keadaan dia adalah semi-kritikal. Maklum saja Aliah sedang mengandung anak pertama, aku tak senang duduk. Pertamanya aku tidak dapat menghubungi suami Aliah di Johor Bahru, aku tiada nombor telefon suaminya. Kemudian, telefon Aliah juga sudah kehabisan bateri dan tiada alat pengecas. Akhirnya aku mohon kebenaran jururawat untuk masuk ke dalam bilik pemeriksaan. Aku minta juga nombor telefon Sani daripada Aliah. Mulanya dia enggan beri kerana fikir Aliah sakitnya tidak seberapa. Aku desak juga dengan mengatakan seku

Awal Ramadhan

Sehari dua bercuti, sambil menikmati Ramadhan, aku juga sibuk mencari lagu-lagu lama yang aku minati sekitar 80an dan 90an dulu. Ya, aku sudah tua. Bayangkan, semua ada; Metallica, Manowar, Roxette, Lionel Richie, U2, Richard Marx, Phil Collins dan banyak lagi. Ada juga lagu melayu. Tapi aku mencari-cari lagu bahasa Inggeris lama. Banyak yang aku sudah lupa tajuknya. Banyak juga penyanyi yang aku lupa. Bila melihat Wikipedia barulah aku teringat kembali. Semasa tamat SPM dulu, aku bekerja sementara di Arab-Malaysia Securities, sebuah syarikat urus niaga saham. Perkara pertama aku beli apabila memperolehi gaji pertama adalah sebuah Sony Walkman berharga hampir RM400. Amal mahal ketika itu. Juga amat-amat canggih. Bateri rechargeable dan segala macam fungsi yang hanya boleh diidamkan saja sebelum ini. Pergi kerja dan balik kerja dengan bas mini bernombor 41 dari Taman Sri Gombak, earphone pasti terlekat di telinga. Seperti orang lain di awal 90an, aku beli sepasang track suit paling heba

Ramadhan Al-Mubarak