Langkau ke kandungan utama

Jaminan Kerja Sebagai Kakitangan Awam!

Kamu kerja dengan kerajaan atau sedang memohon kerja dengan kerajaan? Aku jamin ini adalah sebahagian daripada insentif-insentif pandangan orang ramai terhadap kamu yang kamu akan perolehi:-

1. Kamu dijamin akan dituduh PEMALAS biar betapa rajin sekalipun kamu bekerja. Tidak perlu kamu bersusah payah mengaku kamu bekerja 20 jam sehari, orang masih fikir kamu cuma duduk di meja dan tidak berbuat apa-apa melainkan goyang kaki (aku juga jamin apabila pencen kelak, kaki kamu akan kehabisan ligamen akibat selalu bergoyang).

2. Kamu dijamin akan dituduh buat kerja sambil lewa biarpun kamu sedang buat kerja mengikut prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan dalam segala standard antarabangsa. Kerja kamu masih tidak bermutu. Tiada kualiti dan tidak sehebat kakitangan swasta. Walaupun kamu sedang menguruskan sistem pengurusan indentiti tercanggih di Malaysia sehingga lebih 100 organisasi kerajaan dan swasta yang turut menggunakannya, kerja kamu itu tetap tidak akan dianggap berkualiti. MS ISO 9001:2000 yang banyak organisasi kerajaan terima? Orang ramai fikir ianya semua dibeli semata-mata.

3. Kamu dijamin akan dituduh kerja makan gaji buta setiap hari walaupun gaji itu tidak pernah cukup untuk menyara diri sendiri, apatah lagi untuk berkeluarga. Orang fikir gaji kamu itu cukup untuk membeli banglo mewah (rumah pangsa tingkat 4, tiada lif), kereta besar (enjin 850cc, tiada NCAP rating) dan pakaian mewah (yang dibeli ketika sales di Jusco). Biasalah orang kerja kerajaan, dapat bonus tiap-tiap tahun; walau hakikatnya bonus dibayar 2 kali setahun dengan kadar minima RM500 (untuk tahun ini) saja. Tapi orang masih anggap ianya bertuah. Aku teringat, awal tahun ini house mate aku yang kerja swasta cakap dia dapat bonus 3.5 bulan gaji (gajinya kira-kira RM5000 sebulan), dia masih kata aku beruntung sebab dapat bonus tiap-tiap tahun kerja kerajaan. Ye lah, aku amat beruntung.

4. Kamu dijamin akan dicop mempunyai mentaliti kelas kedua walaupun kamu lulusan universiti terkemuka, lulusan kamu itu masih dianggap takat cukup makan atau lulusan seni (arts) semata-mata. Kamu tidak perlu mengaku kamu pakar terulung di dunia (melainkan kamu MelayuMinimalis), kerana orang ramai masih anggap kamu takat layak kerja dengan kerajaan saja untuk tahap pengetahuan kamu itu.

5. Kamu yang lebih spesifik kalau kamu itu Melayu dan bekerja dengan kerajaan, jangan risau, semua di atas adalah terjamin buat kamu dan ditambah lagi; kamu adalah anti bangsa asing, kamu anti agama lain, kamu anti budaya lain, kamu anti pembangkang, kamu anti pembangunan, kamu anti perpaduan, kamu tidak cukup bagus, kamu memang tidak berguna kalau cuba juga hendak bekerja dalam sektor swasta, kamu tiada maruah, kamu makan rasuah, kamu penipu, kamu pemalas, kamu tiada kerja lain selain tidur, berbual, mengumpat dan menggoyangkan kaki kamu di dalam pejabat setiap hari.

Itu hakikatnya pandangan ramai rakyat Malaysia (orang awam) terhadap kamu yang bekerja dengan kerajaan. Apa yang orang ramai mahu dari kamu sebagai penjawat awam?

Kalau kamu bekerja di kaunter, kamu mesti layan orang yang datang ke kaunter tidak lebih 5 minit dari waktu dia mula menunggu. Biarpun ada beratus orang lain yang turut beratur menunggu, semua mereka mahu kamu layan mereka secepat mungkin. Bank? Bank takpe, kalau tunggu seharian pun boleh sebab bank simpan duit mereka. Kalau bank tak bagi nanti, susah pula, bukan? Kamu pekerja kaunter mesti kerja sepantas kilat. Aku sarankan aku jalani pembedahan plastik, tambah lagi sepuluh jari, sepasang mata, sepasang telinga dan sebiji otak supaya kamu dapat melayan 2 orang serentak. Oh, sepasang mulut lagi. Hidung tidak perlu (kamu mahu cium bau orang ke?).

Kalau kamu penguatkuasa, sebaiknya kamu tidak perlu ada tangan, kaki, mulut, mata dan telinga. Kamu tidak perlu kejar pendatang haram kerana ada orang Malaysia fikir perbuatan itu kejam (lebih kejam daripada menyamun rakyat Malaysia), tidak perlu menyaman orang ramai kerana mati mereka tanggung sendiri; jadi biarkan mereka merempit, lumba kereta, langgar lampu isyarat dan langgar had laju, salah parking, buka gerai haram dan segalanya. Seperti yang aku cakap, mati mereka tanggung sendiri. Tidak perlu juga kamu pergi meninjau masalah perumahan haram kerana tidak baik merobohkan rumah-rumah haram. Kesian mereka yang tinggal di situ. Mana mereka nak tinggal kalau rumah haram mereka dirobohkan? Eh, takpe, biarkan mereka tinggal disitu terus sebab mereka tidak mampu beli rumah; mereka cuma mampu beli Astro, TV plasma, kereta, motor dan lori.

Kalau kamu kerani back-office, aku sarankan kamu jumpa doktor pakar dan tanya ada atau tidak ubat yang boleh menahan kamu dari tidur; supaya kamu dapat bekerja 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Kamu tidak perlu bercuti, buang masa dan merugikan negara. Aku juga cadangkan kamu bawa segala pinggan mangkuk, bantal, tilam dan katil serta almari baju dan simpan bawah kubikel kamu. Buat apa balik rumah, merugikan. Buat kerja. Kamu dibayar RM1200 sebulan untuk menjadi kerani kerajaan dan bekerja untuk rakyat. Bukan untuk tidur, rehat, makan dan minum. Kejap, pinggan mangkuk, bantal, tilam dan almari tak perlu bawa. Kamu tidak perlukan semua itu. Kamu perlu bekerja dengan penuh dedikasi untuk rakyat. Ingat. Untuk rakyat. RM1200 kamu terima itu adalah duit rakyat. Tak baik mencuri dari rakyat, tau tak? 

Okay, sinis, aku faham. Tapi realitinya begitu. Kamu hendak bantah? Suka hati. Kalau kamu tidak pernah bekerja sebagai kakitangan kerajaan, kamu takkan faham.

Ulasan

  1. Jika kita meletakkan gaji kayu ukur ada dua perkara yang kena kita lihat :

    1. Gaji kerajaan vs Gaji Swasta (company besar & kukuh) - untuk ini kita terpaksa menerima kenyataan yang gaji di swasta tersebut sangat-sangat menarik dan besar jumlahnya. Emmm kalau ditambahkan dengan bonus lebih hebat dari kakitangan kerajaan yang sebulan gaji atau minimum RM1000.. Bonus Petronas sahaja 6 bulan gaji…+++ benefit lain.. macam telekom dulu ada sijil saham

    2. Gaji kerajaan vs Gaji Swasta (company kecil & sedang membangun/biasa aje) - memang jika dibandingkan gaji memang rendah dari kakitangan kerajaan setengahnya sama… dan bonus mungkin tak mandang bak kata orang Perak… Namun yang inilah sering dijadikan bahan perbandingan pekerja swasta diluar.

    BalasPadam
  2. Menarik jugak artikel nih....Pengalaman saya kerja di Ranhill (swasta) dan CIDB (gomen)

    kerja swasta.. ada juga yg bonus 2 bulan tetap setiap tahun (tak termasuk lagi bonus performance)...
    kalau company sakit.. sakit la kita.. diperah.. habis2san. gaji fresh graduate civil eng. RM 2800. Tak stabil.. habis projek habis la kontrak...

    kerja gomen.. dapat bercuti free.. mesyuarat di 5 star hotel.. meting makan buffet... pukul 5 dah boleh punch card.. boleh sambung belajar ke UK (macam saya). Bonus.. tahun lepas miss apa... stabil.. confirm tak kena pecat... pergi meeting dengan syarikat swasta boleh jadi bos dan chair meeting... gaji 3 tahun pengalaman G40 (RM 3800 + Cola RM 300)

    BalasPadam
  3. Artikel yang menarik! nanti boleh copy and paste (tapi akan bagi kredit lah kat tuan punya)

    BalasPadam
  4. tu la hakikat nya pemikiran masyarakat... nak kata pe??? bg aku bek aku jg periuk nasi aku sendiri... jnj aku kerja dpt gaji... peduli pe org nak kata... jnj KERJA... dari duk saja tanpa berbuat apa2 jnj sampah masyarakat n mengharapkan hujan emas yang entah wujud ke tak utk turun keriba bukan bumi RIBA diri sendiri... Kena ingat dalam dunia ni kita hidup saling memerlukan antara satu sama len... kerajaan or swasta all r the same... HUMAN BEING n still can die one day dengan KEHENDAKNYA...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 2

Sambungan koleksi gambar MRSM Balik Pulau, circa 2003. Ini bas maktab suatu ketika dulu. Aku sudah tengok bas baru. Tapi bas lama ini sungguh manis kenangannya. Kami menyanyi gembira setelah muncul johan bolasepak under-15 dan under-18. Pergi berkelah di Batu Feringgi atau melawat Botanical Garden. Pergi trip ke MRSM Berseri dengan ditemani bumbung bas yang bocor. Ianya suatu kebanggaan dapat naik bas ini suatu ketika dahulu. Masa itu tidak semua sekolah ada bas sendiri. Jadi kira hebat la. Baru sekarang aku terperasan, bas tersebut ada iras-iras Penang Yellow Bus. Hmm... Padang. Kalau masa aku pergi tahun 2003 dahulu ada sign board tertulis, "Home of The Cougars", merujuk kepada pasukan ragbi maktab. Mungkin pada ketika itu ianya amat kuat. Memang ragbi masa zaman aku pun kuat juga, tapi tidak sehebat team bolasepak yang dibentuk sejak kami form 2. Sepanjang itu hingga ke form 5, kami tidak pernah tewas satu game pun (betul tak Carrie?). Jadi johan Under-15 dan Under-18 nege...

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 1

Malas pula hendak bercerita mengenai Homeroom. Baik aku tunjukkan koleksi gambar yang diambil pada tahun 2003 semasa reunion MRSM Balik Pulau ketika itu. Ada lagi gambar yang akan diupload kemudian nanti. Banyak. Aku fikir ada baik aku kembali kesana suatu hari nanti untuk aku ambil gambar yang lebih baik. Ini pun guna kamera digital Kodak 3.2 megapixel. Model di atas adalah Meor. Ini sebenarnya pada zaman aku dulu merupakan kaunter untuk segala pembayaran yang berkaitan dengan yuran pembelajaran maktab. Kalau tak salah aku ianya adalah sebanyak RM30 setiap bulan. Disini juga kami akan terima wang saku daripada MARA berjumlah RM25 bagi sesiapa yang layak. Segala keputusan, slip periksa dan apa saja urusan dengan pejabat, semuanya disini. Kaunter segera tepi tingkap. Ini sebenarnya pentas dalam dewan besar maktab. Aku masih ingat semasa menjadi 'sound engineer' untuk drama arahan Amron Roni. si Amron ni pernah jadi produser untuk rancangan sembang-sembang Chef Wan di TV9 tidak l...

Apple Mac - Cerita Aku 1

Aku pakai komputer jenama Apple di rumah dan di pejabat. Laptop MacBook Pro aku beli menggantikan laptop Acer Aspire (sudah dijual) dengan tujuan sebenar untuk kerja sampingan sebagai video editor dengan sebuah studio perkahwinan ( DinaWedding ). Aku sudah menggunakan Apple iMac di pejabat sejak penghujung 2006 lagi. Secara umumnya, banyak kerja aku melibatkan senireka grafik menyebabkan komputer Apple menjadi pilihan paling sesuai. Aku pernah dan sering ditanya serta aku yakin di luar sana ramai juga yang ingin mengetahui kebaikan dan keburukan menggunakan komputer jenama Apple. Jadi aku fikir lebih baik aku kongsi pengalaman aku. Komputer jenama Apple secara umumnya adalah komputer peribadi/workstation/server yang dibina dan dijual sendiri oleh syarikat Apple Inc. dan menggunakan sistem operasi (Operating System) jenama Mac OS. Suatu ketika dulu ada syarikat pengeluar komputer yang mengeluarkan komputer dengan menggunakan sistem operasi Mac OS namun begitu semenjak Steve Jobs (CEO d...