Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Suatu Pencarian

Yang Terbaik 2014

Selamat Tahun Baru 2015. Tahun ini jika diizinkan Allah, keluarga kecil aku akan bertambah seorang lagi pada Ogos nanti. Tujuh bulan dari sekarang. Masa menunggu kehadiran Qaseh dahulu, kami begitu teruja dan pelbagai persiapan yang kami lakukan. Beli itu ini. Segalanya perlu dicari kerana ianya yang pertama buat kami. Tempohari aku bertanya kepada Zura, apa agaknya yang perlu dibeli untuk kehadiran cahaya mata kedua ini. Hampir semuanya sudah ada. Namun kalau anak lelaki, kami perlu siapkan pakaian untuk lelaki pula. Itu sahaja yang perlu dilakukan. Qaseh pun seperti sudah mengerti bahawa tidak lama lagi dia bakal mempunyai adik, peneman masa mainnya. Jika adiknya lahir kelak, beza umur antara mereka adalah tiga tahun empat bulan. Jadi aku fikir Qaseh sudah tentu semakin bijak untuk tidak menimbulkan karenah kelak. InshaAllah. Itu perkara istimewa yang bakal berlaku pada tahun ini. InshaAllah. Tahun 2014 berlalu dengan penuh suka duka. Zura diserang demam denggi pada awal Novemb...

Menganjak Usia

Kurang setengah bulan menjelang 2015. 2015 nanti, aku berusia 40 tahun. Orang kata hidup bermula pada usia 40 tahun. Aku tidak faham apa maksudnya. Mungkin berkaitan dengan fasa 'settle down' dan tumpuan kepada keluarga; membina keluarga. Atau mungkin maksudnya kita sudah benar-benar dewasa. Kalau di kalangan umat Islam, usia 40 tahun itu adalah tingkat di mana 2/3 daripada usia ini telah dicapai dan tinggal 1/3 lagi yang harus dilalui. Ini kerana Nabi Muhammad wafat di usia 63 tahun. Jadi bagi umat Islam, usia lebih daripada itu adalah ujian atau anugerah Allah. Sedikit sebanyak aku dapat rasakan kudrat di usia 40 tahun ini tidak lagi sekuat dahulu lagi. Sudah terasa risau dengan segala penyakit yang mungkin melanda. Lebih 20 tahun tidak menjaga diri, inilah akibatnya. Banyak yang belum dicapai dan masih terkapai-kapai mengejar. Hidup ini bukan mudah. Ianya sebuah perjalanan yang penuh dugaan. InshaAllah jika diizinNya, tahun hadapan keluarga kecil kami ada...

Aku dan Sesuatu

Hari ini hari Khamis. Hari cuti umum di negeri Selangor. Tetapi aku di Putrajaya bekerja, walaupun menetap di Selangor. Jalan lengang bila ke pejabat awal pagi tadi. Tidak banyak kenderaan seperti kebiasaan. Cuma satu perkara yang sentiasa ada apabila di jalanraya. Sikap pemandu yang tidak bertimbang rasa dan egoistik. Aku berharap dalam masa terdekat, mungkin lima hingga 10 tahun dari sekarang, kereta pandu sendiri akan menjadi realiti. Kemudian, 20 tahun dari sekarang, manusia secara peraturannya, dilarang sama sekali untuk memandu di jalan-jalan utama. Ini kerana manusia dalam apa keadaan pun, sering dikuasai oleh emosi dan ego. Sukar untuk memisahkan sifat tersebut dari diri manusia termasuk ketika memandu. Maka kereta pandu sendiri (driveless automobiles) adalah penyelesaian yang selamat untuk ini. Aku mahu lihat di jalanraya utama kenderaan dipandu oleh robot/komputer menggunakan sistem canggih yang boleh menghindar dari terjadinya kemalangan dan kelewatan untuk tiba ke d...

Aku dan Sesuatu

Bila memandu, ada waktunya aku lebih sukakan jalan berliku laluannya dihiasi pepohon yang menghamparkan bayang-bayang di sepanjang jalan. Ketika itu, disulami irama yang mendamaikan aku dapat rasakan sebuah ketenangan. Waktu bujang dulu, itulah perkara yang paling kerap aku lakukan. Kerana aku tidak pernah ada sahabat karib atau teman rapat. Malah aku sebenarnya tidak ada sahabat untuk berhujung minggu bersama-sama seperti orang lain. Hidup di penghujung hari selepas kerja atau di hujung minggu adalah sendiri. Ke mana-mana sendiri. Hingga pernah bercuti seorang diri di Langkawi. Itulah pertama kali aku ke Langkawi. Seorang diri. Maka aku lebih banyak berdiam diri dari bercakap. Aku jadi pendiam kerana keadaan. Banyak waktu-waktu bisu ini aku penuhi dengan fotografi dan membaca. Pantai Klanang Kini aku terkesan dengan keadaan ini. Ketika ini Qaseh semakin membesar dan semakin betah berbicara. Ada waktunya aku dan Zura langsung tidak faham apa yang diluahkan oleh Qaseh. Ada waktunya dia ...

21 Tahun Lalu; Sebuah Lagu & Walkman

Tiba-tiba aku teringat sebuah lagu lama, Waktu itu tahun 1993, ketika aku bekerja sementara di sebuah syarikat jual broker saham di Kuala Lumpur selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia. Kerja sementara yang sangat mewah. Walaupun gaji hanya sekitar RM500 saja ketika itu tetapi ianya sudah cukup banyak, ditambah lagi dengan klaim kerja lebih masa yang boleh dikatakan hampir setiap hari aku perlu lakukan. Dapat duit gaji, antara perkara pertama yang aku buat adalah membeli sebuah 'walkman'. Aku membeli sebuah 'walkman' jenama Aiwa berharga hampir RM400. Kalau ikut nilai sekarang, mungkin lebih RM1200. Hanya untuk sebuah 'walkman'. Aku lupa model mana satu dan ingat-ingat lupa bagaimana bentuknya tetapi aku ingat ianya nipis dan ada pek bateri luaran yang ketika itu merupakan sesuatu yang canggih. Salah satu kaset yang aku beli ketika itu adalah album Jon Secada, penyanyi Amerika Latin yang berasal dari Cuba. Ia merupakan album Bahasa Inggeris pertama beliau. Dari m...

Menanti Hujung Minggu

Sekelip mata penghujung minggu tiba. Waktu terasa berlalu begitu pantas. Esok november menjelang tiba. Setahun lagi waktu bakal dilalui dan ditinggal pergi. Aku seperti tidak sempat mengejar apa-apa buat masa ini. Tahun hadapan aku menjejak usia 40 tahun. Empat puluh tahun. Sungguh lama walaupun terasa begitu sekejap tibanya. Mana perginya dekad-dekad yang aku tempuhi sebelum ini? Qaseh hanya baru berusia dua setengah tahun. Empat puluh tahun. Lama. Sungguh lama. Aku doakan agar 20 tahun dari sekarang aku masih ada untuk melihat Qaseh membesar gembira dan bahagia. Aku pasti akan merindui saat-saat jari tangan ini ditariknya, mendesak aku mengikut kemana saja dia pergi untuk bermain; di rumah dan di mana saja. Dia sudah menjadi begitu bijak sekarang. Kelmarin dia buat tipu daya terhadap aku. Aku pasang suis mesin pembersih udara. Dia tutup. Aku pasang kembali dan aku cuba halang dari dia menutupnya. Dia berlari ke kanan dan ke kiri cuba mencari ruang untuk jarinya menek...

Hujung Minggu

Selamat berhujung minggu. Moga damai hendaknya hidup kita sepanjang masa.

Irama Penghias Jiwa

Memandu kereta pergi pulang dari kerja setiap hari boleh menimbulkan rasa bosan. Tambahan jika jarak perjalanan itu mencecah 50 kilometer sehari dan sering menempuh kesesakan. Ubat atau penawarnya adalah siaran-siaran radio yang berkumandang. Namun begitu ada satu tahap di mana siaran radio ini juga sudah tidak lagi mampu membendung rasa bosan. Tambahan pula jika hampir setiap masa disumbat dengan lagu-lagu rap melayu yang aku ragui kenapa ianya begitu kerap dimainkan di corong radio sedangkan peminatnya tidaklah begitu ramai. Kualitinya juga, meh... Nasib juga sistem hiburan dalam kereta (ICE - In Car Entertainment) kereta aku menyokong penggunaan USB dan boleh memainkan lagu-lagu dalam bentuk MP3. Maka aku download lagu-lagu seperti ini; atau; dan beberapa genre lagu lain, kebanyakkannya instrumental. Aku mainkan lagu-lagu ini mengikut mood aku sewaktu memandu. Sekiranya matahari senja sedang berlabuh dan melimpahkan cahaya jingga yang indah, lagu instrumental paling sesuai, seperti ...

Who Do You Think You Are?

Pernah menonton siri TV bertajuk 'Who Do You Think You Are?'? Siri TV yang bermula di United Kingdom ini membawa penonton bersama-sama perjalanan seorang selebriti/tokoh terkenal dalam setiap episod di UK untuk mencari asal usul hidupnya; dari mana dia berasal dan lebih utama, siapakah nenek moyang mereka. Ianya sebuah siri TV yang cukup menarik kerana hampir semua tokoh yang dipaparkan pada setiap episod sering berasa teruja dan terkejut dengan kenyataan kehidupan keluarganya di masa lalu. Contohnya, Billy Connolly (Sila Google siapa dia) yang asalnya begitu berbangga dengan darah kelahiran Irishnya turut berbangga dengan dirinya sebagai seorang Scottish yang berasal dari Glasgow, tidak menyangka bahawa nenek moyang ada yang berdasar keturunan India. Melalui siri ini, dia mengembara dari Glasgow hingga ke daerah terpencil di India untuk melihat sendiri rekod-rekod pendaftaran nenek moyangnya yang masih tersimpan elok. Aku juga sempat menonton siri yang sama, versi USA mengenai...

Qaseh Pengubat Rasa

Sudah terlalu lama aku tinggalkan ruang ini. Suatu masa dulu sinilah jadi tempat aku mengadu rasa hati yang dalam terpendam. Mungkin kerana hidup aku lebih gembira dengan isteri dan anak tersayang sekarang. Atau mungkin juga kerana Facebook. Sembilan bulan berlalu tanpa bicara; Qaseh Nurzahra sudah menjejak usia dua setengah tahun. Sudah pandai berkata-kata, sudah pandai merajuk, sudah pandai meminta-minta, sudah pandai serba serbi. Masa sungguh pantas berlalu. Tak terkejar aku dengan pantasnya Qaseh membesar. Hari demi hari ianya seperti lakaran yang semakin luas ruangnya untuk aku gapai setiap inci keindahannya. Tuhan anugerahkan aku suatu yang sangat istimewa dan aku lihat ianya semakin mekar dan harum setiap ketika. Life is trully beautiful. Isteriku tersayang, Maszura berkata, tunggulah biar Qaseh sudah bijak sedikit lagi sebelum merancang untuk mendapatkan adik. InshaAllah. Kami tidak pernah puas dengan Qaseh. Belum lagi. Mungkin untuk selamanya belum. Setiap detik ...

Tiga Hari Mengejar Kesabaran

Jumaat tempohari, balik dari kerja, Zura tunjukkan beberapa keputihan di dalam mulut Qaseh. Cepat-cepat aku rujuk internet dan aku dapati ianya dikenali sebagai Thrush atau dalam bahasa Melayu, Kulat Susu. Semakin lama ianya semakin merebak dan akhirnya seluruh mulut Qaseh dipenuhi dengan kulat susu. Doktor berikan kami ubat sapu untuk Qaseh dan beritahu kami ianya akan mengambil masa untuk pulih. Sabtu dan Ahad kami hanya duduk di rumah melayan karenah Qaseh yang meragam sepanjang masa. Makan minum terpaksa diberi secara paksa kerana beliau berasa sakit setiap kali makan. Kami sapukan Teething Gel untuk mengurangkan rasa sakit. Sepanjang Qaseh sakit, inilah kali permata dia meraung sepanjang malam. Tidur 30 minit, terjaga dan meraung. Aku dan Zura bergilir-gilir menjaganya. Selalunya dulu kalau Qaseh sakit, dia hanya akan mahu kepada Zura. Dia akan memerap pada mamanya. Tetapi kali ini dia mahu memerap dengan aku. Jadi sehari dua ini aku langsung tak cukup tidur melayan Qaseh yang tak...

Dahulu Lain, Sekarang Lain

Dalam perjalanan balik setelah bertemu sahabat lama di Shah Alam, aku terdengar iklan kicap di radio. Dua iklan berbeza dari jenama kicap berbeza tetapi konsepnya sama, "Kalau takde kicap, tak lalu makan" Aku terkenang waktu lalu. Betul, kalau tak ada kicap, memang tak lalu makan. Kadang-kadang balik dari sekolah, lauk di rumah sudah hampir kehabisan. Adik beradik ramai dan maklumlah keadaan waktu itu. Aku goreng telur dan makan nasi berkuahkan kicap. Kalau ada ikan bilis, aku goreng ikan bilis bersama telur. Kicap tetap ada. Makanan itu dirasakan begitu 'heaven'. Duduk di tepi tingkap, aku bayangkan aku sedang makan di sebuah restoran atau hotel mewah. Hinggalah beberapa tahun lalu, kicap adalah pelengkap kepada makanan aku. Keluarga aku menggemari kicap jenama Tamin. Mungkin kerana kami tinggal di Kuala Kangsar dan kilang kicap tersebut tidak jauh dari Kuala Kangsar. Aku tidak tahu bila aku berhenti menggunakan kicap sebagai penambah selera makanan. Ianya sudah lama...

Cerita Tujuh Hari

Tempohari Qaseh dimasukkan ke wad di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Puncanya kerana batuk berterusan dan penafasannya terganggu (wheezing) seperti sedang mengalami lelah. Aku dan Zura sudah sedia maklum, sekiranya Qaseh mengalami selsema dan batuk, potensi untuk Qaseh diberi nebulizer adalah besar. Namun begitu kali ini lebih membimbangkan. Ketika dibawa ke PPUM, suhu badan Qaseh mencecah 39 darjah selsius. Sangat tinggi dan berpotensi untuk terkena sawan. Setelah diberi nebulizer, doktor menasihati kami agar Qaseh diberi rawatan susulan di wad pedriatik. Maka selama tiga hari Qaseh dipantau dengan rapi oleh beberapa orang doktor dan jururawat. Aku terasa kagum melihat kegigihan para doktor dan jururawat di PPUM. Walaupun ada di antara mereka adalah doktor pelatih, namun dedikasi mereka tetap tinggi. Tidak seperti yang selalu digambarkan, tingkah perbuatan mereka terhadap Qaseh adalah lembut dan mesra. Sentiasa mengambil berat keadaan Qaseh dan kerana itu, aku ucapkan terima kasih ...

Masa Untuk Qaseh

Masa untuk Qaseh; Setiap hari bekerja; - 15 minit di waktu pagi sebelum dihantar ke penjaganya. - Lebih kurang 4 jam selepas balik kerja sehingga dia tidur. = Lebih kurang 24 jam. Hujung minggu sepenuh masa dengan Qaseh @ 2 hari. Seminggu = 3 hari. 52 minggu = 156 hari. (Aku anggap 180 hari) 180 hari = lebih kurang 6 bulan. Sekadar 6 bulan. Mana cukup!

Mengenai Telefon

Siang tadi ada seorang yang bertanya kenapa sudah tidak bertwitter. Aku sudah tidak guna telefon pintar. telefon bimbit aku sekarang adalah ini; Jadi tidak adalah twitter, facebook atau instagram secara mobile. Aku beli dengan harga lebih kurang RM90. Semenjak beli, ianya baru dua kali dicas. Dua kali setelah hampir dua minggu. Kalau dengan Samsung Galaxy S3 dulu, hampir setiap masa aku perlu cas. Puncanya amat jelas. Ketika ada telefon pintar, hampir setiap masa aku online. Buka laman web, facebook, twitter dan perkara lain. Ada saja perkara yang hendak dilakukan dengan telefon itu. Tunggu lif, belek internet. Dalam lif, semak status facebook. Jalan 10 meter, semak twitter. Lepak depan TV, jenguk instagram. Memang melekat dengan telefon. Awal aku beli telefon ini tempohari aku rasa sedikit kekok. Depan lif, aku seluk poket seluar dan keluarkan telefon. Flip telefon dan aku terkesima. Apa benda yang aku boleh buat dengannya? Internet, facebook, twitter atau instagram semuanya tidak ada...

Diari

Hey... Sudah hampir sebulan tidak menulis di sini. Selalunya aku akan beri alasan ketiadaan masa. Masa ada. Banyak. Idea pun ada. Banyak. Aku rasa jawapan paling tepat adalah perubahan. Jika lima tahun dulu, blog ini aku fikir tempat paling sesuai untuk bercerita dan meluah rasa. Dari 2002 hingga kini, sinilah tersimpannya segala gelodak jiwa yang kadang-kadang tidak mampu dikongsi secara terus dengan orang lain. Namun begitu apabila sudah berkahwin, aku rasa hidup ini lebih damai tanpa banyak titik kabur yang meruntun hati. Hari-hari yang dilalui lebih terancang dan lebih istimewa. Hadir Qaseh hampir setahun lalu menambah lagi sebab untuk aku menumpukan perhatian kepada perkara yang lebih jelas. Maka, tidak perlu lagi aku selalu menulis di sini mengenai apa yang terbuku di hati. Zura ada dan Qaseh pun ada. Mereka peneman jiwa yang 'sempurna'. Satu lagi, aku ada dua atau tiga tempat di maya ini yang boleh aku guna untuk berinteraksi. Instagram, Twitter dan paling kerap, Faceboo...

38 Tahun, 2 Hari

Kelmarin hari lahir aku yang ke-38. Kalau ikut tradisi tahun-tahun sebelumnya, pasti aku akan menulis di sini sehari dua sebelum atau pada hari tersebut. Ikut tradisinya juga, pada hari lahir aku, aku akan ke mana-mana restoran makanan segera, makan sambil membaca buku atau majalah atau novel. Biasanya restoran tersebut mestilah jauh dari tempat kebiasaan aku pergi. Aku pernah sambut hari lahir aku di KFC Sungai Pelek. Ya, sejauh itu. Rasanya semua itu akan hanya tinggal kenangan. Hari lahir aku kelmarin disambut bersama dua insan; Zura isteriku dan Qaseh, anakku.Ianya suatu pengalaman yang tidak dapat dicairkan dengan tulisan di sini. Kami tidak pergi ke restoran mewah atau membeli sebuah kek besar untuk diletak lilin di atasnya.  Kami cuma ke Restoran Strawberry di Petaling Jaya, restoran kegemaran kami. Kami pesan semangkuk tomyam seafood, telur dadar bersama daging ayam dan kailan ikan masin, jus tembikai untuk Zura dan air coklat untuk aku. Aku memesan sepotong kek tiramisu se...

Untuk Sepuluh Tahun Lagi Dan Seterusnya

Aku sebenarnya bukan tiada masa untuk menulis di sini. Banyak masa dan banyak perkara yang boleh ditulis. Kehendak itu saja tiada. Suatu masa dulu aku menulis kerana jiwa ini kosong. Hidup ini juga kosong. Ketika itu. Sekarang hidup ini dipenuhi dengan insan tersayang; Zura dan Qaseh. Kalau boleh setiap detik bersama mereka hendak aku lakarkan di sini. Tetapi cuma setakat itu; hanya hasrat. Bila tiba masa hendak menulis, aku tidak melakukannya. Aku fikir apa yang aku tulis sekarang adalah sebagai legasi untuk Qaseh dan mungkin adik-adiknya nanti. Atau mungkin hingga ke cucu cicit mereka. Seperti sebuah kapsul masa. Sama seperti ketika aku membaca nota-nota tulisan arwah Tok Ismail. Aku cemburu dengan mereka yang menulis diari. Mereka yang tekun dan berdedikasi mencatat perjalanan hidup mereka sehari-hari. Orang seperti aku tidak mungkin akan menerbitkan sebuah buku biografi peribadi yang menjadi bacaan ramai orang. Namun begitu sekurang-kurangnya anak cucu aku nanti mungkin dapat menik...

Yang Terbaik

Sejak beberapa tahun lalu, aku catatkan perkara-perkara yang terbaik berlaku kepada diri ini sepanjang tahun. Tidak ada kategori spesifik sebenarnya tetapi dalam beberapa tahun ini aku sering senaraikan foto, muzik, filem dan perkara terbaik yang aku lalui, dengar dan lihat. Inilah perkara-perkara yang terbaik pada tahun 2012 Qaseh Nurzahra  Tidak ada yang lebih baik sepanjang tahun 2012 melainkan kelahiran zuriat pertama kami, Qaseh Nurzahra. Qaseh dilahirkan pada 1 April 2012, jam 1.45 pagi di Pusat Perubatan Universiti Malaya dengan berat 2.39kg. Beliau lahir hampir dua minggu lebih awal dari masa yang dijangkakan. Mungkin kerana Qaseh sudah tidak sabar hendak melihat dunia atau kerana Allah sudah tetapkan bahawa Arwah Ayah sekurang-kurangnya dapat melihat cucunya sebelum menghembuskan nafas dua hari kemudian. Inilah penyeri hidup kami sekeluarga saat ini. Setiap hari adalah seperti menunggu perkara magis yang akan berlaku. Tidak ada apa yang lebih berharga dan istimewa sepanjan...

Qaseh, Lapan Setengah Bulan Kemudian

Bila ada anak, macam-macam kerisauan yang timbul. Sakit sikit, risau. Kepala terhantuk lantai, risau. Menangis sikit, risau. Serba serbi risau. Aku dan Zura sudah lama tidak dapat menikmati tidur yang nyenyak. Aku lebih simpatikan Zura. Rasanya sejak ada Qaseh, beliau langsung tidak pernah lena tidur. Qaseh sehingga kini masih menyusu badan. Maka di tengah malam pasti Zura akan terjaga akibat rengekan Qaseh yang mahukan susu. Qaseh pula sering sakit; demam, selsema dan batuk. Doktor kata itu perkara biasa dan sakitnya tidak serius. Bayi yang minum susu ibu, pada enam bulan pertama memang mempunyai daya tahan badan yang tinggi. Tetapi selepas itu daya tahan itu akan berkurang. Qaseh selepas enam bulanlah baru sering mendapat sakit. Namun begitu, setiap kali berjumpa doktor, jawapannya adalah sama. Itu perkara biasa.  Kami bukan bawa Qaseh ke klinik biasa. Kami bawa ke pakar kanak-kanak. Bayarannya jauh lebih mahal tetapi itulah pengorbanan yang kami sanggup lakukan. Kami pernah bawa...