Pernah menonton siri TV bertajuk 'Who Do You Think You Are?'? Siri TV yang bermula di United Kingdom ini membawa penonton bersama-sama perjalanan seorang selebriti/tokoh terkenal dalam setiap episod di UK untuk mencari asal usul hidupnya; dari mana dia berasal dan lebih utama, siapakah nenek moyang mereka.
Ianya sebuah siri TV yang cukup menarik kerana hampir semua tokoh yang dipaparkan pada setiap episod sering berasa teruja dan terkejut dengan kenyataan kehidupan keluarganya di masa lalu. Contohnya, Billy Connolly (Sila Google siapa dia) yang asalnya begitu berbangga dengan darah kelahiran Irishnya turut berbangga dengan dirinya sebagai seorang Scottish yang berasal dari Glasgow, tidak menyangka bahawa nenek moyang ada yang berdasar keturunan India. Melalui siri ini, dia mengembara dari Glasgow hingga ke daerah terpencil di India untuk melihat sendiri rekod-rekod pendaftaran nenek moyangnya yang masih tersimpan elok.
Aku juga sempat menonton siri yang sama, versi USA mengenai asal usul Cindy Crawford. Beliau paling jelas terkejut bahawa dia yang menyangka hanya hanya dari keluarga petani di Midwest Amerika, setelah mengkaji, mempunyai pertalian darah Di Raja di Eropah suatu ketika dahulu. Malah pertalian darah ini dapat dikaitkan kepada Raja Empayar Frank lebih 1000 tahun lalu, Charlemagne.
Sebenarnya ada satu perkara menarik yang aku lihat dalam setiap siri 'Who Do You Think You Are?' ini. Tanpa 'family name' atau nama keluarga, adalah sangat mustahil untuk mengkaji lebih jauh sejarah susur galur keluarga kita. Connolly dan Crawford adalah nama keluarga dan seperti yang kita tahu, majoriti orang di barat dan orang cina menggunakan nama keluarga yang dicantum dalam nama sendiri.
Kita pula sebagai seorang muslim tetapi lebih spesifik di Malaysia ini, nama keluarga amat jarang dicantum bersama nama sendiri. Malah ianya tidak dilihat sebagai mempunyai apa-apa kepentingan. Hanya ada beberapa keluarga saja yang mengekalkan nama keluarga dalam nama mereka seperti Barakbah, Nasution, Ambak dan Bashah.
Jadi aku sendiri secara fakta, tidak akan tahu susur galur aku lebih dari orang yang aku kenali atau diberitahu. Dari sebelah ayah aku, paling jauh aku diberitahu adalah moyang aku kerana ayah pernah meminta aku mencari maklumat mengenainya (tidak tertunai juga hasrat ini). Manakala dari sebelah emak pula, aku lebih beruntung. Ini kerana emak berasal dari Gerik dan Gerik bukan sebuah tempat yang lama diteroka. Ianya masih baru dan mula berpenduduk tetap di pertengahan kurun ke-19. Hasil daripadanya, keluarga emak dapat dikesan hingga ke generasi pertama yang mula berhijrah ke Gerik. Aku adalah generasi ke-8. Lebih hebat, mereka berjaya membukukan senarai keluarga dari generasi pertama hingga yang terkini dan dikenali sebagai Generasi Keluarga Tok Saad. Tok Saad ini berasal usul dari sebuah negara yang sudah pupus iaitu Negara Reman, di Selatan Thailand. Mereka lari dari peperangan antara Negara Reman dan Siam suatu ketika dahulu dan menetap di Gerik, Hulu Perak sehinggalah kini.
Berbeza dengan emak, keluarga ayah adalah keluarga perantau. Menurut cerita mulut dari arwah Tok Perempuan, keluarga sebelah ayah berasal dari Pulau Pinang. Menurut cerita lagi, mereka berasal usul dari keturunan Parsi yang berkahwin dengan orang tempatan di Pulau Pinang lebih 100 tahun lalu. Kenapa mereka percaya mereka berketurunan Parsi?
Ini kerana suatu ketika dahulu nenek moyang mereka adalah penjual kuda di Pulau Pinang. Menurut cerita orang, peniaga kuda di Pulau Pinang dulu adalah terdiri dari orang Parsi. Maka atas dasar itu, mereka percaya bahawa mereka berasal dari keturunan Parsi. Lebih meyakinkan, berbeza dengan mamak yang berasal dari Benua India, tiada dalam keluarga aku yang berkulit gelap termasuk pakcik dan makcik aku. Ada antara mereka yang berhidung tinggi (arwah ayah juga mempunyai hidung yang tinggi).
Dari Pulau Pinang, mereka berpindah ke Seberang Perak, sempadan antara Perak dan Pulau Pinang sekarang. Sewaktu kecil ketika hari raya, arwah Tok Perempuan biasanya akan mengajar anak dan cucunya berkunjung sanak saudara yang masih hidup dan tinggal di sana. Pernah dia kata,
"Ni dari sini sampai hujung jalan sana tu semua saudara mara kita..." sambil menunjuk dari tempat dia berdiri hingga penghujung jalan nun jauh di sana. Maksudnya keluarganya memang berasal usul dari situ setelah berpindah dari Pulau Pinang. Mungkin orang Parsi yang dimaksudkan itu berkahwin dengan orang yang tinggal di Seberang Perak kemudian tinggal di situ.
Dari Seberang Perak, Moyang aku berpindah ke Taiping, lebih spesifik di belakang Stesen Keretapi Taiping sekarang. Arwah ayah pernah menunjukkan secara jelas kedudukan perkampungan keluarganya suatu ketika dulu. Arwah ayah sendiri dilahirkan di Taiping, di kuarters Bomba yang kini sudah tiada lagi dan diganti dengan kedai menjual kereta terpakai. Arwah Tok Perempuan kemudian mengikut Tok Lelaki yang bekerja sebagai ahli bomba berpindah ke Kuala Kangsar dan mereka hidup di sana sehingga meninggal dunia pada tahun 80an.
Jika hendak diceritakan perjalanan hidup keluarga sebelah arwah Ayah, mungkin lebih panjang. Tetapi aku mahu mengkaji lebih jauh lagi, inshaAllah.
Cuma apa yang sedikit dikesalkan adalah kerana aku tidak berupaya untuk mencari lebih mendalam kerana kekangan nama. Jika ada nama keluarga untuk setiap ahli keluarga, aku fikir ianya lebih mudah. Tetapi doktrin penamaan orang kita tidak berfungsi seperti begitu. Aku sebenarnya sedikit hairan. Jika dikatakan hendak mengikut Islam, orang di Timur Tengah sana sendiri masih menggunakan nama keluarga dalam nama mereka sendiri.
Alangkah bagusnya jika kita dapat kembali ke masa lalu dan melihat perjalanan hidup susur galur hidup kita. Ianya sebagai kenangan dan pengajaran untuk diri kita sendiri.
Mungkin aku boleh mulakan kembali. Wujudkan nama keluarga dalam keluarga aku sendiri. Ianya tidak perlu secara rasmi. Ianya boleh dilakukan secara luaran di mana setiap ahli keluarga meletakkan nama keluarga (aku fikir secara Patriarch lebih sesuai mungkin?) di belakang setiap dokumen tidak rasmi mereka.
Apa pun, anda boleh tonton 'Who Do You Think You Are?' di YouTube dan anda pasti akan faham apa maksud aku ini.

Ulasan
Catat Ulasan