365 hari lalu aku menulis bahawa di usia 36 tahun ini, aku tidak akan lagi bergelar bujang. Aku berkahwin pada usia 36 tahun dan ianya terlaksana pada Jun lalu. Esok aku berusia 37 tahun, inshaAllah. Jika diizinkanNya, pada usia 37 tahun, aku akan bergelar seorang ayah. Mempunyai anak sendiri di samping seorang isteri adalah sesuatu yang sungguh mengharukan jiwa. Selama aku menulis di blog ini lebih 10 tahun lalu, aku sangkakan hidup ini sudah cukup menawan dan berliku. Tetapi dalam masa terdekat sejak Jun lalu hingga menjelang April nanti, segala yang terisi di sini sejak 10 tahun lalu tidak akan dapat menggambarkan begitu bermaknanya hidup ini. Fasa baru dalam hidup ini sudah bermula dan walaupun agak lewat, ianya tetap sebuah perjalanan yang menarik dan penuh dengan bunga-bunga yang harum baunya di kiri dan kanan perjalanan ini. Pada penghujung usia aku 35 tahun lalu, aku menulis bagaimana hidup ini tidak sendirian lagi kerana ada Zura sebagai penyeri hidup. Maka, hendaknya pada usi...