Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2010

Kenangan Woodtech

Agak lama aku mencari kawan-kawan lama satu batch semasa belajar di Institut Teknologi Mara (ITM) sekitar 1993 - 1996/7. Selepas habis belajar, masing-masing terus 'lost contact', hingga aku bertemu kembali dengan beberapa orang daripada mereka di Facebook. Syukur ada Facebook. Dip. In Wood Technology 1993 - 1996/7 - all eleven of us plus a lecturer. Berdiri dari kiri - Erwan, Fauzi@Jep, Bob, Zamri, Aku@Idan, Hafiz, Man Jawa Duduk dari kiri - Kak Pah, lecturer, Yus, Arwah Kak Nor, Dillah Kami cuma ada 11 orang dalam satu batch. Satu keluarga kecil yang aku fikir cukup rapat dan akrab. Kalau antara kami bergaduh, semua orang tahu dan dapat rasakannya. Seorang daripada kami sudah pergi mengadap Yang Maha Esa. Kak Nor meninggal dunia pada tahun 1998 kerana sakit. Dia paling tua antara kami dan di penghujung hayatnya, dialah paling rapat dengan aku. Dia juga banyak mengajar aku erti kehidupan; hidup jangan berdendam, hargai orang lain dan belajar memohon maaf dan memaafi orang. Ant

Kerja Sudah Siap

Syukur, siap juga montaj 'childhood' perkahwinan seorang klien. Tengok sini; http://www.facebook.com/video/video.php?v=453341793850&ref=mf Ada beberapa teknik baru aku belajar hasil dari montaj ini. Aku sangat suka menggunakan Apple Motion. Sungguh senang dan cool. Setiap kali menggunakannya, ada saja perkara baru yang aku pelajari. Pembelajaran berterusan, boleh? Kalau aku ada masa untuk polish balik montaj ini, aku pasti boleh hasilkan yang lebih baik. Tidak mengapalah. Klien pun langsung tidak komplen. Kira sudah cukup okay. Kebelakangan ini aku semakin kuat makan. Ada alasan yang aku fikir ianya agak pelik. Setiap kali aku bekerja keras menyiapkan projek, aku mudah terasa lapar. Makan banyak mana sekalipun, aku akan lapar bila selesai buat kerja. Aku terasa seperti kehilangan banyak tenaga bila selesai membuat kerja. Padahal, aku cuma guna tangan, mata dan otak untuk bekerja. Kenapa lapar? Sekarang, badan aku semakin berat. Aku jarang sangat berbasikal. Terpaksa balik a

Menyiapkan Montaj

Sudah 2.30 petang. Ada lebih kurang tiga jam untuk aku siapkan montaj. Peduli apa. Kerja di pejabat sudah siap. Baik aku buat kerja daripada buang masa. Masalah sekarang, mood buat kerja itu yang entah ke mana. Apa kerja yang aku kena buat? Senang saja. Tengok contoh; Mudah saja bukan? Pakai slideshow atau Movie Maker pun boleh buat. Tapi aku tidak pakai semua itu. Aku guna Apple FinalCut Motion. Lebih kurang sama software yang orang guna untuk buat intro rancangan di televisyen. Ada juga yang pakai Adobe AfterEffect. Tetapi aku lebih selesa dengan Motion. Memang mudah sebenarnya. Kalau kita 'tiada jiwa', kita boleh hentam masukkan apa saja dan sumbat sekali muzik latar yang sedap-sedap. Cuma bila dengan DinaWedding , kami diajar supaya menjiwai setiap karya yang dihasilkan. Bila buat montaj atau video, kena ada 'soul' agar bila orang tengok, hatinya terdetik, meruntun jiwa dan perasaan. Sebab itu kerja yang nampak mudah ini kadang-kadang boleh mengambil masa beberapa

Menjelang November

Ada kerja penting yang perlu aku siapkan menjelang petang ini. Tetapi aku masih belum mulakan lagi. Sumber idea dan kreativiti sedikit buntu. Aku yakin aku boleh siapkan dalam masa yang sekejap saja. Namun begitu, dek kerana mood untuk menghasilkannya masih belum tiba, aku menulis di sini dulu. Semalam di studio aku nampak jalan yang luas untuk aku maju setapak lagi dalam kerjaya sambilan aku. Banyak ruang yang boleh aku teroka untuk mencari pendapatan dengan syarat aku rajin dan penuh kreatif. Ada sedikit pengorbanan yang perlu dilakukan. Aktiviti santai perlu dikurangkan (sekarang pun sudah semakin kurang). Masa terdekat ini akan jadi amat sibuk. Jadi, mungkin akan kurang aku menulis di sini buat sementara waktu. Jujurnya, kadang-kadang aku rasa sedikit kecewa dengan diri sendiri. Perkara yang telah berlaku dulu adalah kesilapan aku sendiri. Hidup tidak dirancang dan tidak diatur dengan baik dan bila tiba dalam keadaan begini, aku hanya mampu terduduk dan menggeleng kepala. Rugi sebe

Apple Mac - Cerita Aku 1

Aku pakai komputer jenama Apple di rumah dan di pejabat. Laptop MacBook Pro aku beli menggantikan laptop Acer Aspire (sudah dijual) dengan tujuan sebenar untuk kerja sampingan sebagai video editor dengan sebuah studio perkahwinan ( DinaWedding ). Aku sudah menggunakan Apple iMac di pejabat sejak penghujung 2006 lagi. Secara umumnya, banyak kerja aku melibatkan senireka grafik menyebabkan komputer Apple menjadi pilihan paling sesuai. Aku pernah dan sering ditanya serta aku yakin di luar sana ramai juga yang ingin mengetahui kebaikan dan keburukan menggunakan komputer jenama Apple. Jadi aku fikir lebih baik aku kongsi pengalaman aku. Komputer jenama Apple secara umumnya adalah komputer peribadi/workstation/server yang dibina dan dijual sendiri oleh syarikat Apple Inc. dan menggunakan sistem operasi (Operating System) jenama Mac OS. Suatu ketika dulu ada syarikat pengeluar komputer yang mengeluarkan komputer dengan menggunakan sistem operasi Mac OS namun begitu semenjak Steve Jobs (CEO d

Ilmu Mutu Manusia

Seperti biasa, Ahad malam Isnin adalah waktu paling sukar untuk aku lelapkan mata. Jam dalam badan masih bercuti. Maka di waktu ini, 1.35 tengah malam, aku masih berjaga dan belum ada tanda-tanda mengantuk. Dalam keadaan begini, internet adalah teman setia. Aku akan baca apa saja yang menarik. Setiap perkara baru yang aku temui, aku akan cari maklumat tambahan di Wikipedia, kalau ada. Ada beberapa blog yang cuba merungkaikan teori asal usul orang Melayu dan sejarahnya dari perspektif dan sudut pandangan yang berbeza. Ada yang logik dan tidak kurang juga yang tidak masuk akal. Aku sering mahu tahu apa yang berlaku sebelum 1400an, titik popular permulaan sejarah Melayu yang sering ditulis dalam buku sejarah sekolah atau diceritakan dalam banyak medium. Aku faham kenapa begitu sedikit maklumat mengenai sejarah Melayu sebelum itu banyak berunsurkan Hindu dan Buddha serta mungkin paganisme dan itu adalah begitu taboo bagi suasana politik sekarang. Kita tidak boleh sama sekali asosiasikan or

Terbang

Aku cuba pujuk Zura balik ke Alor Star dengan AirAsia atau Firefly. Aku rasanya ianya lebih selamat daripada menggunakan bas ekspres. Lagipun, tiket AirAsia cuma RM85 sehala dan Firefly pula cuma RM75 sehala. Lebih RM30 daripada menaiki bas tetapi tiba dalam masa cuma sejam. Dia tidak mahu. Aku faham kenapa. Fear of Flying. Aku dulu pernah alami perkara yang sama ketika mula-mula menaiki kapal terbang. Risau dengan apa yang akan berlaku kerana kita tidak berpijak di bumi yang nyata. Kita terbang di angkasa dan secara literal, sangat tinggi di angkasa. Kalau orang yang takutkan ketinggian, itu satu masalah besar. Boleh saja aku beli dua tiket dan terbang bersamanya, kemudian patah balik seorang diri. Maksud aku, penerbangan adalah alternatif yang lebih mudah. Lebih menjimatkan (walaupun tidak jimat wang ringgit) dalam banyak perkara. Lebih selamat, itu pasti. Aku fikir, syarikat penerbangan di Malaysia perlu lebih agresif untuk memasarkan perniagaan mereka. Mereka perlu menawarkan lebih

Israel Kamakawiwo'ole - Seindah Pasir Putih Hawai'i

Aku diminta untuk menyediakan sebuah montaj majlis perkahwinan. Ini kerja part-time aku. Dapatlah rezeki sikit untuk menyara hidup. Kelmarin aku diberitahu bahawa lagu yang dipilih untuk mengiringi montaj tersebut adalah Over The Rainbow/What A Wonderful World nyanyian mendiang Israel Kamakawiwo'ole , seorang penyanyi kelahiran Hawai'i. Jangan salah faham, dia bukan seorang Yahudi. Dia berketurunan Hawai'i. Beliau meninggal pada tahun 1997 akibat daripada penyakit yang berpunca daripada masalah saiz badannya. Ada beberapa buah lagu beliau yang menarik. Kebanyakannya dinyanyikan dalam bahasa Hawai'i. Menarik mengenai IZ (gelarannya popular beliau), walaupun berbadan sangat besar (obese), alat muzik yang dimainkan adalah sangat kecil, sebuah ukelele. Ada banyak lagu beliau yang menarik untuk didengar, terutama dalam keadaan hati yang resah atau sebelum tidur. Kalau lebih rajin, cari dalam YouTube.

Nota Tidur

Ada benda aku boleh tulis di sini dalam masa dua hari aku tidak menulis. Banyak. Tetapi aku sangat sibuk. Waktu pejabat aku sibuk siapkan buletin dan sibuk juga sain itu ini (aku minta sain, bukan aku sain.. eh, aku ada sain). Dengar juga ura-ura berita baik yang bakal diterima. Syukur kalau ianya benar. Agaknya betul orang kata, rezeki murah bila dah... Heh. Kemudian di rumah juga aku sibuk. Semalam ke Seremban, ada urusan bersama Zura. Kelmarin tunggu kereta dibaiki dari petang hingga jam 10 malam. Malam tadi aku ke The Mines hantar BlackBerry yang disangka rosak. BlackBerry tidak rosak. Ianya perlu dicas selama lapan jam. Kemudian aku merayap mencari makan. Zura pernah beritahu makan di SweetChat sedap. Jadi aku cuba. Aku pesan spageti dengan daging bakar pedas. Kau tahu apa? Bila aku makan, baru aku sedar ianya adalah spageti yang dimakan bersama masak lemak daging bakar ala orang Melaka selalu buat. Ceh.. Aku hargai 'fusion food' dan aku sentiasa mahu cuba. Tetapi makan sp

Menanti Senja, Melihat Layang-Layang Di Angkasa di Taman Metropolitan Kepong

Aku jarang sangat menulis di hujung minggu. Hujung minggu sekarang aku lebih tumpukan masa dengan Zura. Namun ada waktu dan ketika kami buntu apa yang hendak dilakukan di hujung minggu. Dalam kereta, kami kelu mencari jawapan, apa yang hendak dilakukan seterusnya. Ketika itu, bila jumpa suatu tempat atau tujuan yang kita tidak sangka ianya wujud, kita tiba di tempat itu dengan berasa lega dan sungguh selesa. Melihat suasana sekitarnya dan kita tahu, di sini kita mahu berada ketika itu. Kami dalam perjalan menuju ke Kelana Jaya setelah singgah di Keramat untuk suatu urusan. Aku mengambil jalan MRR2 melalui Gombak dan Kepong kerana ianya lebih jauh dan lebih ruang masa untuk memikirkan apa yang perlu dilakukan seterusnya. Bila melepasi Batu Caves, aku teringatkan ada sebuah taman di hadapan yang selalu dipenuhi orang bermain layang-layang. Terus aku ajak Zura untuk singgah dan melihat suasananya. Tidak aku sangka begitu ramai orang di Taman Metropolitan Kepong. Sungguh ramai dan begitu b

Minum Air Kosong Banyak-Banyak

Serius aku peminum air mineral tegar. Aku lebih selesa minum berbotol air mineral sehari daripada minum kopi, teh atau jus. Pagi ini saja setakat jam 11.45 ini, aku sudah meneguk 2/3 botol air mineral bersaiz 1.5 liter. Petang nanti pasti akan habis. Itu belum termasuk di rumah. Purata sehari aku akan minum hingga 2 botol air mineral 1.5 liter. Itu sebab juga aku kerap ke tandas. Untung juga sebab sebuah kedai runcit berhampiran rumah menjual sebotol air mineral 1.5 liter dengan harga RM1.00 sahaja. Setiap kali beli, aku akan ambil lima botol sekaligus. Itu pun cuma tahan untuk tiga hari. Mungkin ada yang bertanya, kenapa tidak masak saja air di rumah dan simpan dalam botol, lebih menjimatkan. Masalah pertama, air di rumah tidak ada sistem tapisan. Keladak banyak. Kedua, botol plastik sebenarnya tidak boleh digunakan berulang-ulang kali. Tidak elok kerana bahan kimia yang membentuk botol itu boleh meresap dalam air terutama bila air panas diisi dalam botol tersebut. Ketiga, aku agak ma

Keselamatan Jalanraya - Kurangkan Kenderaan Di Jalanraya

Sambungan mengenai pandangan aku terhadap Keselamatan Jalanraya. Rujuk post aku sebelum ini DISINI . Untuk sebuah negara yang kecil seperti Malaysia, jumlah kenderaan di jalanraya adalah terlalu tinggi menyebabkan peratus kemungkinan kemalangan juga tinggi. Tambahan pula, sistem pengangkutan awam kita yang masih berintensifkan penggunaan bas menyebabkan kita memerlukan banyak bas untuk mengangkut pengguna ke sana sini. Hanya baru sekarang kita sibuk membina rangkaian sistem keretapi laju (separa laju sebenarnya) antara bandar-bandar utama di pantai barat. Aku rasa ianya sudah 20 tahun terlewat. Kita terlalu menumpukan kepada kereta atau kenderaan di jalanraya kerana faktor "kenderaan nasional" iaitu Proton dan Perodua serta mungkin lori Hicom dan motosikal Modenas. Maka jalanraya lebih dititikberatkan kerana ianya berkait rapat dengan skel ekonomi industri kenderaan di Malaysia. Pengangkutan awam lain seperti keretapi dan pengangkutan udara kurang diberi tumpuan sebelum ini k

Usaha1.com

Ini Adalah Iklan. Sila Skip Membaca Jika Kamu Tidak Berminat. Beberapa hari lepas aku menyertai suatu program bisnes di internet. Sebenarnya aku sertai beberapa program tetapi program ini paling murah. Sudah sampai masa untuk aku cari duit lebih dari internet. Kalau kamu sedari, di bahagian atas dan sisi kanan blog ini aku letakkan banner/bunting iklan menyertai suatu program di internet yang diberi nama Usaha1.com . Ianya sama dengan mana-mana program MLM yang ada kecuali beberapa 'penambahbaikan'. Ianya bermula dengan modal yang kecil, cuma RM20 dan itu pun untuk sekali bayar saja. Kerja aku hanya memperkenalkan laman web dan ajak orang menyertainya dengan bayaran RM20. Orang itu akan buat kerja yang sama. Ada fasa seterusnya tetapi kamu bacalah sendiri di laman web yang dibekalkan atau klik saja banner yang aku sediakan. Aku bukan paksa. Kamu tidak berminat, tutup saja laman web tersebut dan teruskan geledah internet di tempat lain. Sebab modalnya amat kecil (bagi aku), jadi

Pembaca

Wah, semenjak berubah daripada frossonice.com ke blogspot, jumlah pembaca turun mendadak dari purata 100 orang kepada cuma 20 - 30 orang. Nasiblah. Aku tidak kisah sangat. Enjin pencari biasanya agak lambat untuk update data yang mereka perolehi. Orang masih akan jumpa link ke frossonice.com untuk carian yang mereka lakukan dan bila klik, tidak sampai ke tempat yang sepatutnya. Tunggu beberapa ketika untuk ianya kembali normal. Untuk makluman juga, blog ini akan semakin hari semakin dipenuhi iklan dan link ke laman tertentu untuk aku cari pendapatan tambahan dan kamu juga boleh menyertainya. Tapi tidaklah sampai ianya menyemakan blog. Aku akan pastikan ianya tidak mengganggu tumpuan kamu.  Eh, aku sepatutnya sambung artikel mengenai keselamatan jalanraya. Menyimpang sekejap.

Keselamatan Jalanraya - Wajibkan Penggunaan "Speed Limiter"

Aku rasa sudah tiba masanya kerajaan memperkenalkan "Speed Limiter" dan mewajibkan semua kenderaan termasuk kenderaan peribadi memasangnya. Kemalangan besar yang berlaku berhampiran Tol Simpang Ampat, Rembau tempohari membayangkan bagaimana bas ekspres dipandu laju dan gagal dikawal menyebabkan ianya terbabas dan merempuh kenderaan lain. 'Speed Limiter' elektronik ini wajib dipasang pada semua kenderaan dan ianya akan menghadkan kelajuan kenderaan secara automatik. Kalau ianya telah lama dilaksanakan di negara seperti Jepun dan negara-negara eropah, kita sepatutnya mewajibkan juga. Tiada alasan mengenai kos pelaksanaan yang tinggi kerana nyawa manusia itu jauh lebih tinggi nilainya. Juga, kalau sebuah syarikat pengangkutan mampu membeli bas atau lori yang berharga ratusan ribu, kenapa mereka tidak boleh pasang 'speed limiter' yang berharga beberapa ribu saja (mungkin). Atau kerajaan boleh wajibkan semua kenderaan yang hendak dipasarkan di Malaysia ada 'sp

Montaj

Seminggu aku ambil masa untuk menyiapkan montaj pembukaan program di pejabat. Inilah montaj menggunakan Apple Motion 4 yang paling kompleks pernah aku lakukan. InshaAllah, aku boleh hasilkan yang lebih baik di masa akan datang.

Tribute To John Lennon (The Beatles) - 3

Video-video di bawah adalah video persembahan live bersama ahli kumpulan The Beatles buat kali terakhir di atas bumbung syarikat mereka, Apple Corp. pada 30 Januari 1969. The Beatles Rooftop Concert - Part 1 The Beatles Rooftop Concert - Part 2 The Beatles Rooftop Concert - Part 3

Tribute To John Lennon (The Beatles) - 1

Berkait dengan post sebelum ini mengenai John Lennon, salah seorang ahli kumpulan muzik lagenda, The Beatles. Entah bila aku mula meminati The Beatles ini tapi aku boleh beritahu kamu bahawa ianya bermula kira-kira 17 tahun dulu sewaktu aku bekerja selepas SPM. Ini beberapa sebab kenapa aku begitu meminati The Beatles (lagu-lagu pelik yang sungguh menarik); Eleanor Rigby Strawberry Fields Forever I Am A Walrus

Happy Birthday, John Lennon

Hari ini, 9 Oktober 2010, kalau John Lennon masih hidup, dia berusia 70 tahun. Lagu Imagine dalam video di atas adalah sinonim dengan John Lennon dan juga paling sinonim dengan usaha mencapai kedamaian sejagat. Ya, muslim seperti kita mungkin berasa kekok dengan liriknya. Tetapi seperti yang kita sering diingatkan, ambil yang baik mengenainya. You may say that I'm dreamer... Dear Mr. Lennon, you are not a dreamer and you will always be remembered.

Liverpool FC Dijual!

Akhirnya, setelah tiga tahun lebih sengsara dengan si Hick dan Gillett, Liverpool FC akhirnya berjaya dijual kepada pemilik baru. New England Sport Ventures adalah pemilik baru. Harapnya, mereka boleh membantu mengembalikan kegemilangan Liverpool FC.

Robot

Aku rasa aku pernah letak iklan Honda Asimo di blog ini suatu ketika dulu. Aku sudah lupa. Walaupun ianya cuma sebuah iklan dan kemungkinan besar aksi yang dilakukan oleh robot Asimo itu dirancang dan diprogram terlebih dahulu, ianya sungguh mengujakan. Suatu masa bila kita sudah mencapai tahap di mana robot boleh berjalan dan berinteraksi secara 'normal' dengan manusia, adakah kita akan bersikap adil terhadapnya? Sedang kita tahu robot adalah ciptaan manusia, diprogram oleh manusia dan di tentukan keadaannya oleh manusia sendiri. Sedang sesama kita dan dengan haiwan, manusia tidak pernah berlaku adil, apatah lagi dengan robot? Adakah kita akan digelar rasis sekiranya kita membenci robot? Adakah kita akan dicop sebagai manusia jahat kerana menghukum dan menjadikan robot (yang ketika itu nanti boleh berfikir sendiri - secara logik) sebagai hamba abdi? Kita perlu tahu bahawa ada tiga (3) undang-undang robot  dicipta oleh Isaac Asimov yang perlu dipatuhi oleh semua robot. Adakah i

Apa Ada Di Panggung Wayang?

Lama sudah tidak menulis mengenai filem. Banyak filem yang aku sudah tonton di pawagam tetapi aku tidak mengulas mengenainya. Malas. Aku senaraikan beberapa filem yang aku rancang untuk menontonnya sepanjang tahun ini, inshaAllah. Zura, jangan lupa bawa pashmina nanti, ya. Filem Eat Pray Love ini sedang mula ditayangkan di pawagam. Siang tadi aku sudah mengajak Zura untuk menontonnya. Untuk pasangan seperti kami, jarang sangat kami menonton filem berunsur cinta. Kenapa ya? Kata Fatin Ajla (setiausaha di pejabat), filem ini menarik dan berbaloi ditonton. Aku percaya cakap dia. Kemudian pada 14 Oktober nanti, filem The Other Guys lakonan The Rock, Mark Wahlberg, Samuel L. Jackson dan Wil Ferrell menjadi pilihan seterusnya untuk ke pawagam. Semuanya kerana Samuel L. Jackson semata-mata. Filem aksi RED lakonan Bruce Willis dan Morgan Freeman ini sebenarnya aku tidak tahu mengenai kewujudannya. Ianya mengenai agen perisik CIA dan kisah pembunuhan terancang. Harap ianya menarik, tambah lagi

Penutup frossonice.com (Blog Ini Masih Dibuka)

Aku terima emel daripada pembekal alamat website ini, IPServerOne yang memberitahu bahawa aku cuma tinggal satu hari saja lagi untuk membuat pembayaran sambungan kontrak alamat web frossonice.com. Sekiranya tidak dibayar, ianya akan ditutup dan aku terpaksa kembali menggunakan frossonice.blogspot.com. Aku sudah beritahu kamu semua mengenai ini. Terima kasih IPServerOne kerana selama ini melayan karenah aku dengan baik. Ada aku pernah membebel dengan helpline mereka kerana konfigurasi yang mereka berikan tidak boleh diguna untuk link alamat web dengan akaun blog aku. Walaupun aku lambat bayar, mereka masih menunggu dan memberi peluang peluang aku menyelesaikannya (tahun lepas). Tetapi tahun ini aku mengambil keputusan untuk menamatkan perkhidmatan dengan mereka. Bayaran kontrak alamat web sebanyak RM48 setahun yang ditawarkan oleh mereka adalah agak tinggi berbanding tawaran daripada syarikat lain. Dengan nilai yang sama, aku boleh dapat kontrak selama dua tahun di sebuah pembekal alama

Petang Di Tepi Tasik

Petang Ahad dengan cuaca yang damai dan redup, aku bawa Zura ke suatu tempat di Putrajaya yang sangat aku suka, di Kompleks Sukan Air Putrajaya, Presint 5. Ada tiga buah pontoon yang sering menjadi lokasi popular pasangan pengantin untuk bergambar kenang-kenangan. Kami duduk di hujung pontoon, di gigi air sambil menikmati suasana damai sekitar tasik. Ramai orang di situ walaupun sudah lewat petang. Kalau tidak kerana seorang pengawal yang memegang cota (aku tidak faham apa motif dia menunjukkan cota kepada semua orang - garang sangat ke?) mengarahkan orang beredar apabila jam hampir 7 petang, orang ramai pasti akan duduk di situ lebih  lama. Tindakan pengawal itu agak tidak wajar walaupun kita faham itu tugas dia. Perbadanan Putrajaya perlu lebih prihatin dengan 'waktu santai' di hujung minggu. Orang mahukan masa lebih lama untuk bersama keluarga, rakan dan kenalan. Pengawal yang memegang cota untuk menunjukkan autoriti bukanlah idea yang bagus.

Sarapan

Selepas mandi pagi tadi dan siap berpakaian ringkas, berbekalkan RM10, aku keluar rumah dan menuju ke pagar apartmen. Aku mahu beli sarapan pagi dari gerai makcik yang selalu berniaga di situ. Nasi lemak, sambal kerang, telur, ikan bilis dan kacang. Bila tiba di tepi pagar, aku dapati dia tidak berniaga hari ini. Lalu aku berjalan jauh sikit ke kedai berhampiran. Mulanya ke kedai runcit, kononnya hendak membeli roti dan sapuan mentega. Sampai di kedai runcit, hati mula berbicara, "Aku hendak makan roti ke pagi-pagi ni?" Lalu aku batalkan hasrat dan berjalan lagi ke kedai mamak berhampiran. Kalau ada roti sardin atau roti telur, sedap juga. Hujan gerimis yang sedang turun pasti menambah selera makan. Tiba di kedai mamak, orang begitu ramai. Ah, malas hendak menunggu. Lalu aku jalan lebih jauh ke hadapan, menuju ke kedai makan orang melayu yang aku duga membuka kedainya untuk makanan siang hari. Seperti biasa, tutup. Aku nampak bangunan kompleks membeli belah Jusco di hadapan.

Monolog Selepas Penat Berbasikal

Penat berbasikal petang tadi. Aku berkayuh sejauh lebih kurang 23 km dalam masa sejam bersamaan dua pusingan core island di Putrajaya. Kerana lama tidak berbasikal, habis badan terutamanya punggung berasa sakit. Tetapi masih tetap puas hati. Aku juga sedari bahawa odometer basikal menunjukkan bahawa kayuhan aku sudah hampir mencecah 1000 km! Ada lebih kurang 1 km yang perlu aku selesaikan untuk mencecah angka 1000. Bermula daripada bulan Mac hingga sekarang, berhenti seketika di bulan Ramadhan dan awal raya, aku fikir ianya suatu pencapaian yang hebat bagi aku, secara personal. Memang, badan masih belum kurus. Perut semakin membuncit dan lemak semakin bertambah. Tetapi kepuasan berbasikal tidak dapat dinafikan. Walaupun tidak kurus, aku rasa lebih sihat. Lebih bertenaga dan lebih mudah untuk terlena di waktu malam. Aku fikir, ianya suatu perkara yang baik, bukan? Bila dekat dengan alam, hati jadi lebih tenang. Malah hati ini lebih tenang dalam keadaan ribut yang sedang melanda diri. Bu

Bangunan Sultan Abdul Samad Bermain Cahaya

Semalam selepas makan malam dengan Zura di Kg. Baru, kami duduk santai di Dataran Merdeka. Pertamanya kerana mahu melihat telatah orang bermain lastik berlampu (susah aku nak terangkan apa benda). Ada yang terbang tinggi, ada yang jatuh begitu laju. Kemudian baru aku sedari bahawa cahaya yang melimpahi Bangunan Sultan Abdul Samad bertukar-tukar warna. Dek kerana aku rabun warna dan tidak pasti apakah warna semasa aku merakam gambar-gambar di bawah, lebih baik kamu sendiri teka apa warnanya. Sungguh menarik dan nampak cool. Aku fikir, ada baiknya jalan di hadapan Dataran Merdeka ini ditutup pada setiap malam dan dijadikan kawasan bersantai untuk warga kota. Malam biasanya jalan sudah tidak terlalu sesak. Seronok kalau dapat berkelah di situ; sambil duduk di atas tidak dan makan-makan. Biar ianya sama seperti Dataran Putra di Putrajaya yang dilimpahi keluarga dan orang ramai yang santai bersama anak dan rakan mereka. Kita perlukan waktu santai sebegitu.

Kembali Berbasikal

Setelah lebih sebulan tidak berbasikal, kelmarin aku kembali berkayuh. Tahu keadaan badan yang sudah lama tidak bersenam, aku bataskan kelajuan basikal sekitar 20 - 22 km/j bagi mengelakkan kejutan pada badan. Walaupun pada ketika itu cuaca agak redup dengan rintik-rintik hujan sedang turun, aku teruskan juga berbasikal. Puas sebenarnya. Dapat melihat alam dan suasana sekitar. Paling aku rindu adalah cahaya senja. Aku dapat merakamnya. Semalam juga aku berbasikal. Hari ini walaupun tengahari tadi hujan dan pastinya laluan basah, aku tetap akan berbasikal. Aku perlu kembali cergas seperti sebelum Ramadhan lalu.