Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Basikal

Masa Untuk Kembali Cergas!

Isnin, 3hb Januari lepas adalah hari pertama aku kembali berbasikal setelah sekian lama terhenti. Ada beberapa faktor yang menyebabkan aku tidak berbasikal; hujan, sibuk dengan kerja, sibuk dengan aktiviti sosial (dating la ni) dan paling utama, malas. Bila tiba awal tahun, aku sedari butang seluar sudah semakin sukar hendak dipasang. Perut semakin membesar dan badan semakin berat. Tinggal enam bulan dan badan masih seperti badak air. Jadi aku mulakan kembali usaha untuk berbasikal, dengan tujuan utama untuk kembali sihat. Tujuan kedua, untuk kurus. Begini, tanpa senaman yang cukup, kamu buatlah apa saja pun, badan kamu yang besar tidak akan mengurus dengan elok. Kamu boleh diet, sila. Tetapi risiko yang bakal melanda adalah boleh membahayakan organ dalaman badan. Diet yang terkawal lebih baik daripada crash-course. Tetapi cara yang terbaik adalah tetap dengan senaman. Awal berbasikal dulu aku memang jaga pemakanan. Aku kira setiap kalori yang diambil dan aku sasar jumlah kalori yang t...

Kembali Berbasikal

Setelah lebih sebulan tidak berbasikal, kelmarin aku kembali berkayuh. Tahu keadaan badan yang sudah lama tidak bersenam, aku bataskan kelajuan basikal sekitar 20 - 22 km/j bagi mengelakkan kejutan pada badan. Walaupun pada ketika itu cuaca agak redup dengan rintik-rintik hujan sedang turun, aku teruskan juga berbasikal. Puas sebenarnya. Dapat melihat alam dan suasana sekitar. Paling aku rindu adalah cahaya senja. Aku dapat merakamnya. Semalam juga aku berbasikal. Hari ini walaupun tengahari tadi hujan dan pastinya laluan basah, aku tetap akan berbasikal. Aku perlu kembali cergas seperti sebelum Ramadhan lalu.

Cuaca

Aku baru hendak menulis, "Cuaca di luar sangat cantik. Aku mahu berbasikal petang ini, InshaAllah". Tetapi bila aku lihat kembali di luar, aku dapati cuaca semakin mendung. Hujan semakin tiba. Aku mahu kembali berbasikal setelah berehat sekian lama, sejak dari sebelum berpuasa lalu. Harapnya cuaca kekal baik sehingga lewat petang, agar dapat aku berbasikal semula hari ini.

Kayuh Basikal Kembali

Lama juga tidak menulis pasal berbasikal. Apa tidaknya, aku hampir dua minggu tidak berbasikal. Minggu sebelumnya kerana ada Pesta Floria di tepi tasik yang mengganggu laluan berbasikal aku. Konon. Padahal, ada jalan lain yang boleh aku guna. Minggu lepas aku sibuk menemani si dia dengan kerjanya dan aktiviti lain (kamu mahu tahu semuanya ke?). Petang tadi aku berbasikal untuk kali kembali di hari kerja. Malam sebelumnya, aku cuma tidur dua jam. Jadi badan agak lemah untuk mengayuh secara ekstrem. Jadi aku berlagak santai, sekadar 20 - 25 km/j di sepanjang laluan. Aku tidak mendaki bukit kerana aku tahu setelah dua minggu 'berehat', pasti badan akan marah bila aku paksa bekerja keras. Badan aku juga masih gemuk. Maknanya lebih tiga bulan aku berbasikal, hasilnya secara rupa bentuk fizikal masih belum nampak. Tetapi aku tahu 'fitness level' aku adalah jauh lebih tinggi berbanding tiga bulan lalu. Cuma kamu tengok perut aku, masih sama. Perlu ada cara lain untuk aku kempi...

Bila Hati Sudah Tenang

Bila kita temui apa yang kita mahu lakukan dalam hidup, perbuatan itu akan menjadi lebih mudah daripada terpaksa melakukannya. Bertahun aku di Putrajaya, datang bekerja di awal pagi dan pulang di lewat petang. Tempuhi kesesakan jalan, harungi hujan dan panas dan meluncur laju kereta tanpa melihat apa yang ada di sekeliling. Bila sudah berbasikal dan menikmati keadaan sebenar di Putrajaya, aku tidak ada jawapan kepada persoalan sampai bila aku akan berada di sini. Kalau boleh untuk selama-lamanya. Suatu perubahan kecil dalam hidup boleh menghasilkan transformasi diri yang sungguh besar. Seronok.

Petang Membawa Damai

Sepanjang minggu dari Isnin hingga Jumaat tempohari, cuaca sangat menyenangkan di Putrajaya. Empat hari setiap petang selepas waktu kerja, aku berbasikal. Sudah lama aku tidak berbasikal terus menerus begini. Akibatnya, badan jadi lenguh dek kerana tiada masa untuk kembali segar. Maklum saja, waktu malam aku masih ada aktiviti lain. Sempat juga aku merakam suasana damai di Putrajay di waktu petang sepanjang minggu ini. Harapnya beberapa minggu mendatang, cuacanya tetap begini. Tetapi di luar sana sekarang, hujan baru reda.

Berbasikal di Laluan Presint 16 - Parcel B - E, Putrajaya

Satu lagi laluan (trail) yang aku suka guna ketika berbasikal di sekitar Putrajaya adalah laluan di sepanjang tasik di Presint 16 dan Parcel B - E. Ada dua cara untuk aku ke situ. Pertama melalui Dataran Putra turun ke kawasan tepi tasik (berhampiran tempat letak kereta) dan terus ikut laluan sepanjang tasik (lihat gambar atas). Kedua, yang paling biasa aku buat, aku lalui laluan Core Island ikut arah jam (rujuk post sebelum ini - Berbasikal Di Laluan Core-Island, Putrajaya ) sehingga tiba di penghujung Taman Wawasan, betul-betul di tepi Jambatan Seri Bestari, aku belok ke kanan, naik bukit yang agak curam. Sini sama ada kamu kayuh, kalau larat, atau kamu tolak saja basikal hingga tiba ke jalan utama yang menuju ke Jambatan Seri Gemilang. Selepas jambatan Seri Bestari, belok ke kiri berhadapan Taman Warisan Pertanian, tiba di simpang, belok ke kanan menuju ke Presint 16. Teruskan kayuhan hingga tiba di bulatan kecil. Selepas bulatan ada simpang belok ke kiri menuju ke laluan berbasikal...

Berbasikal di Laluan Core-Island, Putrajaya

Selama ini aku bercerita mengenai aku berbasikal mengelilingi core-island di Putrajaya sejauh lebih kurang 11.5 km satu pusingan. Ada orang bertanya, di mana letaknya core-island di Putrajaya. Kalau kamu ada Google Maps atau Google Earth , kamu boleh melihatnya sendiri. Kalau malas sangat, lihat saja keratan gambar di bawah yang aku rakam menggunakan Google Earth. Garisan berwarna biru yang ditanda di peta adalah laluan aku berbasikal. Aku panggil ia sebagai Laluan Core Island. Majoriti laluan terletak di tebing tasik. Kalau angin sedikit kuat, kamu akan menghadapi sikit kesukaran mengharunginya. Laluan ini secara umumnya mendatar, sesuai untuk novis yang baru belajar senaman menggunakan basikal serta mereka yang mahu santai. Ada dua tempat yang sedikit curam; berhampiran jambatan Seri Saujana dan di Presint 18. Tetapi jangan risau, ianya tidak sukar untuk dihadapi. Banyak permandangan cantik yang kamu boleh temui di sepanjang perjalanan. Antara yang paling menarik adalah di sepanjang...

Cateye Velo 8 - Lesen Menunjuk Bukti!

Aku terima satu komen pembaca, secara sinikal mempersoalkan sama ada aku mampu mengayuh basikal dengan badan gemuk ini. Sekurang-kurangnya aku berusaha untuk melakukannya daripada mempersoalkan keupayaan diri sendiri. Kalau orang lain hendak persoalkannya, itu hak mereka. Lagi pun aku ada alat yang boleh membantu aku menilai hasil aku berbasikal selama ini. Semasa aku beli basikal, aku belikan juga Cateye Velo 8 yang merupakan sistem mengukur kelajuan dan fungsi-fungsi lain. Ini paling asas dengan menggunakan kabel dan sensor di jejari basikal. Semalam aku sempat merakam data hasil berbasikal aku. Aku berbasikal selama 59 minit 6 saat, hampir sejam. Semalam agak lewat keluar kerana kerja selesai lambat. Walaupun tidak sampai sejam, dek kerana jarang berbasikal, aku berasa kepenatan. Salahkan juga pulut yang aku makan sewaktu minum petang, sejam sebelum berbasikal. Kayuhan aku semalam merangkumi jarak 20.6 kilometer. Tidak jauh sangat. Aku ikut jalan pintas di pusingan kedua kerana suda...

Berbasikal Setelah Penat Berjalan

Petang tadi setelah selesai kerja di pejabat, sempat aku berbasikal mengelilingi core island di Putrajaya. Asalnya bercadang untuk berkayuh dua pusingan. Tetapi memandangkan hari semakin senja dan kaki semakin penat (kerana banyak berjalan sewaktu bekerja siang tadi), aku mengambil jalan pintas pulang ke pejabat di pusingan kedua. Nasib juga aku tidak terlanggar seorang budak kecil yang tiba-tiba berlari ke tengah laluan berbasikal. Aku sudah nampak dari jauh gelagat budak tersebut. Jadi dari awal aku perlahankan basikal. Aku cuba bergerak jauh dari budak tersebut. Bila semakin hampir, budak itu tiba-tiba mengundur ke arah aku. Terpaksa aku membrek sekuat hati dan cuba mengelak dari melanggar budak itu. Walaupun perlahan, kalau sudah dilanggar basikal besar, aku rasa keadaan budak itu nanti akan teruk juga. Ada seorang anggota polis dan dua orang pengawal keselamatan di tempat kejadian. Mereka hanya memerhatikan situasi tersebut. Serentak itu juga, si ibu memarahi budak tersebut dan ak...

Enjoy Berbasikal

Siang tadi semasa berkayuh, aku terdengar bunyi yang kurang menyenangkan pada basikal. Aku masih belum pasti bunyi apa, aku masih mencari punca. Kalau dulu sewaktu aku miliki sebuah basikal lumba, segala kerosakan aku baiki sendiri. Sekarang, aku akan lebih senang hantar ke kedai saja. Biar mereka yang mahir melakukannya. Di bawah jambatan Seri Saujana Namun, aku fikir ianya mungkin masalah kecil. Mungkin ada part yang sudah lama diminyakkan. Kalau kamu lihat posisi pelana duduk di dalam gambar di atas, nampak biasa. Sebenarnya untuk orang yang lebih kurang tinggi aku, ianya agak tinggi. Kamu terpaksa berjengket apabila basikal berhenti. Namun kedudukannya masih rendah. Aku akan naikkan lagi seat hingga tahap maksima kaki aku boleh menyentuh pedal basikal. Di tepi padang bola sepak di Presint 5. Aku amat berpuas hati dengan basikal ini. Walaupun ada kekurangan, tetapi aku tidak ada masalah menggunakannya setakat ini. Kayuhan lancar dan sistem gear sentiasa dalam keadaan baik. Untuk bas...

Siang Tadi Aku Berlawan Dengan Nafsu; Aku Kalah

Siang tadi punya cerita. Awal pagi aku bergerak ke pejabat untuk menghadiri kursus. Aku berhenti di stesen minyak untuk membeli sarapan pagi; sanwich tuna dan telur bersama setin air teh boh madu (nanti aku ceritakan kenapa aku minum air ini). Dua benda itu sudah berjumlah 460 kalori, lebih kurang. Cukup untuk sepanjang pagi, kononnya. Sewaktu rehat pagi, aku menjamah dua biji kuih. Aku pasti dua biji kuih itu pun sudah beratus kalori. Rehat tengahari dengan niat aku tidak akan makan, seperti hari semalam. Tetapi apabila melihat menu yang menarik; kari ayam dengan kentang dan daging (aku rasa rendang tok. entah), aku makan sepinggan. Sudah pasti beribu kalori aku suap ke dalam badan. Selepas habis kursus petang tadi, ada jamuan. Aku menjamah dua tiga ketul (aku rasa lima ketul) kuih. Tidak perlu aku beritahu berapa kalori. Banyak. Naik ke pejabat untuk menukar kasut dan di dalam fikiran aku mahu terus balik rehat. Ketika itu juga hati berkata, aku perlu berbasikal. Hari ini aku makan d...

Seronok Berbasikal!

Aku kepilkan di sini potret diri, aku rakam sendiri sekitar aku berbasikal sejak awal Mac lalu. Sudah hampir sebulan aku berbasikal setiap petang (hampir) dan ianya sentiasa memberikan pengalaman dan suasana yang baru. Hari-hari terawal berbasikal. Kayuh 12km, sesak nafas. Oh, perut aku. Itu punca utama aku berbasikal. Untuk membuang lemak yang sudah lama bertapa di dalam badan ini. Gambar atas dan bawah di tempat yang sama, hari berlainan. Di puncak bukit di Taman Wawasan. Kamu perlu pergi di situ untuk melihat keindahannya sendiri. Gambar atas dan bawah, di trail berhampiran Parcel C - F dan Dataran Putra. Laluan yang landai dan berpinggiran dengan tasik sungguh menenangkan fikiran. Petang hujung minggu lalu, aku menanti senja berlabuh di tepi Jambatan Seri Saujana. Sungguh indah. Siang tadi, sementara berehat setelah selesai berbasikal. Awan di kala senja semakin menjelang tiba membuat aku terhenti dan duduk menghargainya. Oh, hidup ini sungguh bertuah. Terima Kasih kepadaNya.

Bagai Mimpi

Ada waktu kita mahu segalanya tenang, damai dan menyenangkan hati kita. Setiap petang semasa berbasikal, itulah yang aku cari. Kadang-kadang aku temuinya. Tetapi biasanya aku biarkan ianya berlalu pergi. Ada waktunya juga, aku simpan untuk diri sendiri. Bila sudah puas menikmatinya, barulah aku kongsikan bersama kamu. Sejak minggu lepas, aku temui ketenangan di sekitar mini wetland di Presint 16. Begitu mendamaikan walau hanya sekadar melihat burung migrasi terbang datang dan pergi. Tunggu videonya nanti.

Berbasikal Sebenarnya Membazir

Aku rasa hobi berbasikal ini sudah mula membazirkan duit aku. Aku perlu bagi alasan supaya orang tidak mempersoalnya nanti. Hehehe. Sebenarnya bukan hendak beri alasan. Hendak menunjuk. Bukan kamu tidak kenal aku. Perkara pertama aku beli adalah sebuah kamera digital, Sony DSC-W350. Aku jimat lebih RM3000 apabila membeli kamera ini. Asalnya aku mahu beli sebuah DSLR baru kerana Canon EOS 400D sudah tidak dapat berfungsi dengan baik. Aku sudah keluar duit yang diperlukan semalam dan semasa dalam perjalanan menuju destinasi membeli DSLR baru, aku terfikir. Kenapa perlu aku beli sebuah DSLR yang besar, berat dan agak sukar hendak dikendalikan sekelip mata serta berharga ribuan ringgit sedang aku cuma mahu merakam gambar dan video sepantas mungkin dari atas basikal yang sedang bergerak? Kenapa aku tidak beli kamera digital biasa saja? Jadi aku pilih Sony Cyber-shot DSC-W350 yang jauh lebih murah dan senang dikendalikan. Paling menarik, ia boleh merakam shot panorama yang aku fikir akan men...