Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Cakap Seorang Diri

Selamat Hari Raya Aidil Adha

TV Beberapa perkara yang aku sedari setelah beberapa hari menonton di peti TV baru. Resolusi adalah 'over-hyped'. Melainkan mata kita sangat tajam dan bionik, kualiti gambar SD dan HD tidak jauh berbeza. Tetapi ianya tetap berbeza. Ianya lebih 'kaya' melalui HD. Sekiranya anda menggunakan Astro, cuma beberapa siaran saja yang menggunakan HD buat masa ini. Selebihnya masih SD.  Tapi perlukah kita ada TV HD sekarang? Sekiranya ada duit, beli TV HD-sepenuhnya. Sekiranya tidak, tidak perlu. Lima tahun dari sekarang, aku rasa siaran TV HD ini baru akan benar-benar matang. Aku perlukan sistem pembesar suara untuk mendengar kesan bunyi yang lebih baik. Jika mengharap pembesar suara terbina dalam TV, jangan haraplah. Tetapi ianya bagi aku masih sekadar kehendak, bukan keperluan. Jadi pembesar suara TV buat masa ini masih cukup. Saiz skrin 42 inci di dalam rumah aku terasa sangat besar. Tambahan pula sofa aku cuma 2 meter dari TV. Tetapi apa yang menariknya, sekarang aku boleh m...

The Ballad of Badak Air and Idan

Kisah badak air lagi. Kamu jangan harap aku akan berhenti. Kamu juga boleh salahkan Khaty, si budak yang suka gelak kuat di pejabat ini. Dapat saja BlackBerry aku di tangannya, badak air akan jadi mangsa modelnya. Mungkin kerana bosan akibat suami dia yang berada jauh di Sarawak, badak air aku dikacau Khaty. Dia suruh aku melakarkan cerita dari rakaman gambar-gambar badak air. Si badak air baru bangun dari tidur, di dalam kotak penuh berisi folder kosong. Macam sudah tidak ada tempat lain untuk dijadikan tempat tidur. Dengan dagu sebagai tongkat di pintu kotak, si badak air mengeluh; "Idan, aku dahaga air..." "Itu, satu tasik Putrajaya kau boleh minum. Jangan kacau aku buat kerja!" bentak aku. Mungkin kerana kemalasan, si badak air tidak mahu terjun ke tasik Putrajaya. Badak air terpandang labu sayong yang terletak di atas kabinet besi, belakang kubikel aku. "Arrghhh.. macamana aku nak buka penutup labu ni?" keluh badak air. Dia cuba membukanya dengan mulu...

Badak Air Bersiar-Siar

Siang tadi kata seorang staf di pejabat, badak air aku merayau sana sini. Ada ketika dengan selamba, si badak air duduk di atas iMac. Konon hendak memantau. Kaki lembik si badak memang mengganggu tumpuan aku buat kerja. Badak air sedang memberi motivasi kepada aku supaya tidak menguap untuk ke seratus kali dalam sejam. Selepas itu aku menonton video lagu hindustan di YouTube. Macam tahu sangat apa yang sedang aku buat. Siap pijak sipi-sipi telefon bimbit aku. "Apa kau buat ni, Idan?" tanya si badak air kepada aku. "Tengah siapkan Laporan Tahunan la" jawab aku ringkas. "Apa lembab la kau buat kerja ha? Bila nak siap?" si badak air mula bersuara lebih serius. "Banyak nak kena ubah ni!" tegas aku. "Eleh Idan, bukan aku tak tahu kau asyik dok berbalas mesej dengan awek baru kau!" si badak menjawab sinis. "Kurang asam! Pergi kacau Kathy!" bengang betul aku. Hahaha.

Siri Bercakap Dengan Diri Sendiri - 4

"Idan..." "Ye?" "Kenapa kau tak sokong kerajaan?" "Bila aku tak sokong kerajaan?" "Dalam blog ni. Selalu kau kritik kerajaan." "Ye ke? Setahu aku, aku cuma kritik parti politik yang memerintah sahaja." "Kritik kerajaan la tu." "Siapa kata? Kerajaan lain, parti politik lain." "Mana pulak. Kalau kau kritik apa yang mereka buat, kau kritik kerajaan la tu. Sebab mereka yang memerintah." "Betul mereka memerintah tetapi bukan aku kritik kerajaan. Sejak bilalah parti politik itu adalah kerajaan?" "Sejak dulu lagi." "Kalau macamtu, orang yang tidak sokong mereka semasa pilihanraya itu adalah penentang kerajaan la ye? Pemberontak? Pembelot?" "Bukanlah macamtu. Tapi kalau kau tidak suka apa yang mereka buat, sama juga dengan kau tak suka kerajaan. Lagipun, kau kerja kerajaan. Tak patut kau kritik kerajaan." "Mana boleh macamtu. Aku kerja dengan kerajaan bukan ber...

Siri Bercakap Dengan Diri Sendiri - 3

"Idan.." "Oit.." "Kau fikir orang yang apply naik pangkat tu semua layak ke?" "Mana aku nak tau." "Andaian kau la." "Aku fikir? Aku fikir ramai antara mereka yang mahu naik pangkat kerana mereka fikir itu jalan terbaik untuk kerjaya mereka." "Maksudnya? "Ramai antara mereka yang clueless dengan jawatan yang mereka pohon. Maksud aku kalau dari segi buat kerja tu, memanglah lebih kurang sama saja. Tapi tanggungjawab lain." "Ada tanggungjawab lain ke selain jadi mandur?" "Mandur? Hahaha..." "Lebih kurang la tu." "Human interaction, diplomasi, problem solving, stress management, authority, kaunseling, motivasi dan banyak lagi mereka perlu tahu dan faham dan boleh menggunakannya. Kalau setakat mahu naik pangkat kerana mahu naik pangkat, ramai mereka nanti akan tertekan kemudian hari." "Oo... Mereka boleh belajar kan?" "Memanglah boleh. Tapi ingat Matrix ke? 10 sa...

Siri Bercakap Dengan Diri Sendiri - 2

"Apasal tak mintak naik pangkat, Idan?" "Tak nak." "Rugi la kau. Orang lain yang sama masuk dengan kau dulu dah naik pun." "Biarlah diorang. Aku belum ready." "Bila nak ready?" "Bila aku rasa aku boleh nak mengarah orang bawah. Kau fikir aku suka arah orang?" "Ya, aku tahu." "Banyak masa lagi." "Tapi sekarang la peluang kau, Idan. Sementara Bos Besar baik dengan kau." "Lagi aku tak nak. Nanti orang cakap aku guna Bos Besar untuk kepentingan aku." "Apa masalahnya?" "Takde masalah bagi aku. Orang je yang bermasalah nanti." "Biarkan diorang. Pentingkan diri sendiri dulu." "Boleh. Tapi sampai bila? Kau ingat Bos Besar tu jadi bos selama-lamanya ke? Orang di pejabat tu tunggu masa je Bos Besar keluar." "Jadi?" "Aku nak orang tahu, aku bukan orang Bos Besar. Tapi tak payah la aku bagitau." "Biar je lah diorang." "Aku bi...