Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2006

Jangan Mohon Kerja Kerajaan Disini!

Betul la, kalau kita dah tahu esok lusa kita kena pindah kerja tempat lain atau bahagian lain, kerja yang ada ditangan kita sekarang ni rasa macam malas sangat nak kita buat. Tambah-tambah kalau kerja tu bukan bergantung kepada kita seorang, maknanya orang lain yang ganti kita pun boleh buat. Lagilah kita taknak buat. Takde motif pun tunjuk rajin tak tentu pasal. Jadi 1 Ogos nanti aku akan berpindah ke Bahagian Latihan, JPN. Daripada kerja buat MyKad, sekarang kerja buat buletin JPN dan organise latihan untuk kakitangan JPN. Tapi tugas aku spesifiknya yang pertama tadi, buat buletin JPN. Kenapa? Sebab orang kata aku kreatif. Ooo, sebab tengok aku buat beberapa backdrop untuk majlis JPN, orang dah kata aku kreatif. Okay la tu. Alhamdullillah. Bukan nak bangga diri, tapi kurang-kurangnya kita bawa perubahan dalam teknik bekerja atau menghasilkan sesuatu dalam pejabat kerajaan. Selama ini kalau ada apa-apa function jabatan yang memerlukan backdrop pada dinding atau layar didewan, mereka s

Pukul 3 Pagi Tersenyum

Semalam meronda dengan Asyikien sepanjang malam keliling KL. Katanya jarang dia pusing KL. Jadi aku bawa dia ketempat-tempat yang aku fikir dia takkan pergi walau dengan sesiapa pun. Memang banyak tempat dia tak pernah pergi rupanya! Pelik juga memandangkan pakwe dia tu aku rasa jenis mamat yang suka jalan-jalan KL. Daripada Setiawangsa ke Kampung Baru ke Bangsar ke Setapak balik ke Setiawangsa. Kejap je. Kemudian singgah di kedai makan dan kami berbual sampai hampir jam 3 pagi. Agaknya teringat lagu P.Ramlee, baru ada rasa nak balik. Kalau tak difikirkan pagi nantinya kena pergi kerja, aku rasa mahu saja kami berbual sampai ke subuh pagi. Memang begitulah selalunya kalau bersua muka. Ada saja yang hendak dibualkan dan ada saja yang hendak diadu. Ada benda yang aku bagi pada dia yang aku dah janji lama nak bagi. Jeles juga sebab aku pun suka benda tu. Takpelah, nanti aku dapatkan sendiri untuk aku. Tapi puas hati kan kalau dapat bagi sesuatu benda yang kita suka kepada orang dan orang

Hadiah Yang Tersenyum

Haritu bagi Asyikien hadiah hari lahir dia termasuk la kot hadiah konvo dia. Aku tak dapat nak pergi sebab ada kursus di Melaka. Tapi sempat la jumpa kejap Jumaat tengahari dan sembang-sembang dengan dia. Lama betul tak jumpa. Fikir-fikir balik, rasanya dah dekat 2 bulan tak jumpa. Walaupun dekat je duduk dan senang je nak pergi opis dia. Tapi aku dah le kerja jauh, tak sempat nak jumpa pun. Jadi banyak sembang dalam phone je la sebab local call murah. Hehehe. Telefon pejabat je. Kalau pakai public phone pun masih murah lagi dari bersusah payah nak guna handset. Seronok la dia sebab dapat anugerah pelajar terbaik untuk kursus dia. Mungkin aku tak nampak bagaimana keadaan dia haritu tapi aku fikir memang dia patut dapat dan layak dapat. Aku ada di sebelah dia sewaktu dia bersengkang mata dikedai mamak menyiapkan assignment sedang kawan lain sibuk tidur. Masa makan Jumaat tu dia mengadu kenapa dia kena duduk belakang sekali dalam dewan nanti. Aku kata mungkin sebab dia top student kot. M

Neo-Romantika (Pehal Ni?)

Berbalik dengan Neo. Oh ya, dalam Matrix Revolution, Neo akhirnya mati. Agaknya begitu nasib Proton Satria Neo? Tapi dalam Matrix Revolution juga, diakhir cerita Saathi dan Oracle berbual dimana Oracle memberitahu budak kecik tu yang Neo akan kembali lagi nanti, mungkin. Jadi, apa kena mengena Satria Neo dengan Mr. Anderson @ Neo? Tak ada apa-apa, aku cuma nak menyedapkan cerita. Proton perlu bijak. Apa yang mereka dah hasilkan ini cukup bagus kalau dikembangkan. Tak payah susah payah beli platfom atau buat platfom baru lagi. Berapa banyak platfom nak buat? Banyak duit? Satu platfom Satria ni aku rasa cukup untuk beberapa buah model kereta Proton yang lain. Boleh buat Satria 4 pintu yang mungkin mereka boleh panggil Satria Trinity (tapi nama tu 3 ye?). Boleh buat mini MPV atau orang Jepun kata B-Class Car macam Honda Jazz dan Suzuki Swift. Mungkin, mungkin boleh jadi sedan dan namakan saja Wira. Wira Neo mungkin. Senang cerita. Memang ceritanya agak senang tapi nak buat susah. Cuma kal

Superman Saves Satria Neo From World Cup?

Mengenai Piala Dunia Semalam tengah orang sibuk menonton Germany vs Argentina, aku sibuk menonton Superman Returns. Ah, aku dah agak games akan berakhir dengan sepakan penalti. Gitulah kalau dah sampai tahap ni. Semua jadi berhati-hati tak tentu pasal. Tengok nanti Brazil main, takde nak berhati-hati langsung. Kalau boleh lawan mereka score, cubalah. Takde nak ultra-defense, takde nak hard-tackling, takde nak faking itu ini. Sebab itu masa game Brazil vs Ghana, pengulas tak sudah-sudah memuji Brazil, dan sekali sekala Ghana. Mereka takkan berkampung dalam kotak penalti apabila diserang dan apabila menyerang, takkan buat-buat jatuh tak tentu pasal. England vs Portugal malam ni aku rasa game lebih kurang macam Argentina vs Germany, berhati-hati. Tapi Portugal mungkin lebih laju dan inventif berbanding England. Dan akhirnya England akan menang, kenapa? Gerrard merembat dari jarak 30 kaki. Hahaha! Tapi aku lebih prefer Portugal menang kalau lawan mereka nanti adalah Perancis. Lebih menarik