Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2006

Asyikien Dan Teddy Bear (Sama-Sama Cute!)

Semalam Birthday Asyikien yang ke-22. Sempat ucap je tapi tak bagi apa-apa pun. Takde masa nak jumpa dan entah bila nak jumpa. Aku sibuk, dia pun sibuk. Adik aku sorang ni bila sibuk dengan kerja dia, benda lain dah tak ingat. Jangan nak kacau, pening kepala dia nanti. Kesian juga aku tengok. Lepas tu handset dia pula tiba-tiba rosak harini. Nokia 6101 kalau tak salah aku. Entah apa rosaknya tapi simcard tak boleh nak detect. Agaknya hardware tapi mungkin juga software. Aku cakap beli baru je, suruh pakwe dia belikan. Hadiah birthday la kononnya tu. Nak je aku bagi handset aku, tapi aku nak pakai apa pula nanti. Heh. Idea yang bodoh. Nanti mesti ada orang yang marah.

Aku kenal dia 4 tahun yang lepas masa dia baru lepas SPM dan aku belum kerja dia JPN. Sekarang dah 4 tahun, tapi lama betul rasanya dah kenal. Apa-apa pun dia mesti mengadu pada aku. Tapi ada juga yang dia rajin sembunyi. Hal peribadi la. Takkan semua nak cerita pada aku. Lebih kurang macam Lily la dia ni. Dua beradik (sep…

With Or Without You

Sudah lama aku mencari akhirnya aku ketemuinya. Lagu U2 - With Or Without You. Ye la. Bukan susah sangat nak dapat. Tapi aku nak cari MP3. Jadi dapatlah aku download semalam dan puas aku dengar berulang-ulang kali.

Kenapa aku suka dengan lagu ni? Pertamanya alunan muziknya yang begitu menarik. Kalau korang biasa dengan lagu-lagu U2, korang akan faham macamana. Melankolik diawalnya kemudian over-the-top dipenghujungnya. Ikutkan, aku pertama kali dengar lagu ini melalui sitcom Friends dan first sekali aku dengar ketika Ross dan Rachel mula-mula start bercinta. Indah betul ayat yang didendangkan. Kemudian lagu ini terus berdendang dengan benak otak ini hingga hari ini. Ye, aku belum tahu semua liriknya tapi itu senang nak cari. Aku dapat tangkap serba sedikit maksudnya.

Aku rasa inilah lagu kedua yang aku betul-betul cari bersungguh-sungguh dalam masa yang lama untuk mendapatkannya. Lagu first yang terkial-kial aku mencarinya ialah Joseph Arthur - Honey And The Moon yang first aku terdenga…

Carta Bingung FROSSONICE

Movie Paling Best Setakat Ni : Cars (woohoo!!)
Movie Paling Ditunggu : Superman Return (agaknya)
Kereta Paling Best Dapat Tengok : Ferrari Enzo
Kereta Paling Baru Dapat Tengok : Proton Satria Neo
Member Paling Best Aku Layan Minggu Ni : Asyikin (JPN Manjung) - Dia menang tempat ketiga kategori solo JPN Idol 2006.
Member Paling Baru Aku Kenal : Icha.. Hehehe. Jangan marah kalau tulis lagi.

Apa lagi? Udah la tu. Banyak songeh nak tau banyak-banyak pasal aku. Korang takde pulak nak citer apa-apa hal pasal korang. Tulis la. Boleh juga aku baca. Jangan tak jemput dah la. Huh!

Icha

Semalam ada post something tapi agaknya tak masuk kot. PC kat CC bawah rumah memang selalu gila. Ntah macamana dia boleh claim dia cukup bagus baiki PC orang. Asyik tak pernah elok je.

Harini bosan pula nak post. Huh!

Anyway, nice knowing you Icha.

Beranjak

Tension je orang perempuan kalau kita cakap kita tak boleh nak jumpa diorang sebab sekejap lagi ada game bola sepak. Sekarang musim piala dunia jadi memang bertambah marah la orang perempuan.

Tapi tadi masa menonton England vs Paraguay di kedai makan dekat rumah, ramai juga bebudak perempuan turun duduk sesama mereka menonton. Agaknya nak tengok David Beckham, atau Owen, atau Lampard atau sesiapa saja yang hensem. Tapi aku rasa tidak. Mereka betul-betul menonton. Siap ada dua orang budak perempuan ni, order air, makan kacang goreng yang dibawa bersama. Lebih la tu. Orang lelaki kat situ pun tak buat macamtu. Tapi kira okay la juga kan. Takde pun orang lelaki kat situ nak kutuk mereka. Apa salahnya nak join. Lagi meriah. Tapi aku sebenarnya bukan jenis orang yang suka tengok bola ramai-ramai. Lepas tu tengok satu skrin yang semua orang tengok. Kalau layar perak tu boleh la. Tapi ini peti TV 20 inci nun jauh sana. Malas la macamtu.

Lagi senang duduk rumah tengok TV. Puas hati. Nak buat a…

Laksa & Cendol

Sekarang di Kuala Kangsar. Bercuti. Esok ke rumah Lily, kakak sulungnya akan berkahwin. Aku kena sponsor kek. Kek macamana, ntah. Diorang yang beli. Ye lah, dah kenal lama. Takkan nak buat bodoh je.

Lama dah tak balik. Takde nampak beza pun Kuala Kangsar. Bukan macam KL yang macam cendawan tumbuh. Sini semuanya slow motion. Nak berubah pun amat-amat lambat. Manusia dan perangai mereka sahaja yang amat-amat cepat berubah.

Apa yang ada? KFC ada, 7-Eleven, bangunan baru yang dibuat kerangka besi (menarik ni) masih dalam pembinaan. Patut ada sebuah shopping complex ala-ala Jusco sini. Kawasan kelilingnya ramai orang. Patut ada Pizza Hut dan McD. Orang sini dah pandai makan semua tu. Tapi yang paling patut, kekalkan Laksa dan Cendol yang gmaler di sini. Uh.. Lapo. Nak pegi makan Laksa & Cendol.