Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2009

Menuju Ke Kampung Halaman

Sebentar lagi aku akan pulang ke kampung halaman. Ya, kampung halaman. Susah sebenarnya hendak aku definisikan maksud kampung halaman. Sejak berumur 14 tahun, aku telah jauh dari kampung halaman. 20 tahun hidup di perantauan. 20 daripada 34 tahun usia aku ini dihabiskan jauh dari kampung halaman. Aku tidak ada ramai kawan di kampung halaman. Aku tidak ada teman karib. Aku tidak pernah ada teman istimewa di sana. Aku tidak sempat untuk menikmati saat-saat itu. Jadi, entah benar atau tidak tafsiran aku mengenai kampung halaman ini. Aku sentiasa anggap kampung halaman aku adalah Gerik, Perak. Kerana separuh usia muda aku bersama keluarga aku habiskan di sana. Dari usia 10 hingga 13 tahun, aku berada di Kuala Kangsar setelah mengikut keluarga berpindah. Lebih kurang empat tahun. Kemudian merantau jauh. Maka kadang kala amat sukar hendak aku terima Kuala Kangsar sebagai kampung halaman. Aku tidak pernah lama di sana. Kalau aku balik ke Gerik, aku sentiasa rasakan ianya adalah kampung. Seben

Google Earth

Laptop dan iMac di pejabat mengandungi satu perisian yang sama; Google Earth. Dalam keadaan hati yang tidak tenteram atau bila ingin tahu dalam diri ini sedang membuak-buak, aku buka Google Earth dan merantau dari satu kawasan ke satu kawasan lain di dalam peta. Walau ianya sekadar perisian yang berinteraksi dengan internet secara langsung, aku sering terasa seperti berada di lokasi di dalam peta yang sedang aku lihat. Namun apa yang menarik adalah bila aku membuka setiap link ke gambar yang terdapat di atas peta. Kamu lihat potret lanskap daerah asing yang kamu tidak pernah fikir ianya wujud. Sungguh indah dan menguja. Setiap detik itu juga menyebabkan kaki, tangan, badan dan diri ini mahu bangun dari kerusi yang sedang aku duduk lalu pergi ke destinasi baru yang tidak pernah aku tempuhi. Kamu sendiri lihat gambar yang terdapat di dalam blog dan kamu akan faham maksud aku.  Aku sentiasa mahu mencari sesuatu yang baru. Akibat daripada minat aku terhadap Google Earth juga menyebabkan ha

Sepertiga Tahun Sudah Berlalu

Sejak kebelakangan ini aku sering membaca kembali post yang aku siarkan di sini. Aku sebenarnya ingin tahu apa yang membuatkan beberapa orang sering datang kembali untuk membacanya. Kesalahan ejaan dan bahasa itu janganlah difikirkan. Banyak. Amat banyak. Aku jarang sangat menapis (proof read) apa yang telah aku tulis. My Bad. Aku menulis terus di ruang new posting dan siarkan setelah selesai menulis. Kalau hendak difikirkan, aku lebih banyak menulis hal-hal peribadi di sini. Apa yang berlaku di sekeliling aku. Aku tidak faham apa yang membuat orang sentiasa kembali membaca. Tidak seperti tiga empat tahun dulu, pengunjung harian di sini mencapai purata 100 orang setiap hari.  Banyakkkkkk.... Empat tahun dulu, untuk dapat 10 orang pengunjung seminggu pun susah. Ikutkan tidak ada apa yang menarik di sini. Hinggalah seorang cikgu yang pernah mengajar aku di Maktab dulu memberitahu kenapa. Cikgu Zul yang datang bertemu aku di pejabat kelmarin adalah antara pengunjung tetap di sini. Mulanya

Ini Rutin

Sebelum tidur; Periksa peti emel, kalau-kalau ada emel baru masuk. Periksa blog dan lihat berapa jumlah pengujung di tengah malam buta ni. Baca semua blog regular dan tinggalkan komen kira perlu. Baca surat khabar online kalau-kalau ada berita baru. Buka Autoblog, PaulTan, Goal, Facebook dan Friendster (walau FB dan Friendster aku langsung tidak aktif) Kembali periksa peti emel, kalau-kalau ada emel baru masuk. Periksa blog dan lihat berapa jumlah pengunjung di tengah malam buta ni. Baca semua blog regular dan tinggalkan komen kira perlu Baca surat khabar online kalau-kalau ada berita baru. Buka Autoblog, PaulTan, Goal, Facebook dan Friendster (walau FB dan Friendster aku langsung tidak aktif) Periksa peti emel, kalau-kalau ada emel baru masuk. Periksa blog dan lihat berapa jumlah pengujung di tengah malam buta ni. Baca semua blog regular dan tinggalkan komen kira perlu. Baca surat khabar online kalau-kalau ada berita baru.... Aku boleh teruskan untuk beberapa kali. Lihat, bagaimana ak

Kau Ilhamku

Kau Ilhamku - Man Bai Sesungguhnya, antara lagu yang paling aku suka dan paling meninggalkan kenangan dalam hidup ini (setakat ini). Suatu ketika dulu aku menyiapkan sebuah animasi flash ucapan hari lahir kepada seseorang dengan lagu ini dijadikan sebagai lagu latarnya. Itulah animasi flash terakhir yang aku dedikasikan kepada seseorang. Selepas itu aku tidak melakukannya lagi. Ini cerita lebih tiga tahun lalu. Ketika aku masih mengejar mimpi. Ketika saat-saat akhir mimpi itu bila mana aku akan terjaga kemudian nanti dari sebuah mimpi yang indah. Tidak, ianya tidak kekal lama sebagai mimpi dan tidak juga berterus dalam realiti. Ianya bertukar menjadi mimpi paling buruk dan saat paling duka dalam hati ini. Tetapi aku tidak pernah lupakan lagu ini. Ianya sentiasa ada dan sentiasa aku nyanyikan di kala sunyi atau memandu sendirian ke mana saja destinasi. Aku juga masih terkenangkan dia dan akan sentiasa aku kenang. Aku tidak mahu lupa kerana itu bibit kisah lalu aku mahu bawa sehingga bil

Sentuhan Semula

Ini gambar lama. Aku touch-up sikit supaya nampak sesuai untuk IRA mungkin, membuat photoshot perkahwinannya nanti. Hehe. Jangan marah. Aku sedang belajar teknik-teknik mudah di Picasa 3 . Ini semua berpunca kerana aku belum install Photoshop pada laptop di rumah. Ada masalah dengan pembaca CD di laptop.  Aku sengaja pilih gambar Taman Tasik Taiping kerana aku fikir inilah set gambar yang paling cantik aku pernah rakam. Aku cuma enhance sikit supaya warnanya lebih matang dan hidup. Sekarang barulah aku tahu ramai jurugambar yang konon bagus hanya menggunakan photo editor seperti Picasa untuk touch-up balik hasil kerja mereka. Kalau yang betul-betul bagus hasil kerja mereka tanpa perlu touch-up, amat jarang ditemui. Susah sangat. kita nak lihat hasil yang betul-betul asli. Itu yang nyata. Aku buat kerana aku belajar. Selepas ini, aku rasa lebih baik aku belajar untuk mengambil gambar yang lebih baik. Kamu nak download? Silakan.

Lima Minit, Seluruh Dunia Tahu!

Aku membantu seorang sahabat menyiapkan blog perniagaannya. Setelah beberapa hari (dua hari saja), barulah aku pasang stat counter dan pengesan kedatangan pengunjung. Perkara paling mengejutkan aku bila 5 minit kemudian aku kembali, alat pengesan kedatangan (whos.amung.us) di blog beliau menunjukkan ada 12 pengunjung sedang online. Huh? Siapa pula yang tiba-tiba masuk blog yang belum sampai dua hari online? Apabila diperiksa, ramai antara pengunjung ini berasal dari luar negara. Seluruh dunia. Menarik. Kalau dia letak ruang iklan, aku fikir dia akan lebih cepat kaya dari aku. Purata pengunjung blog aku sejam cuma 2 orang. Blog dia dalam masa 5 minit boleh cecah 12 orang. Kamu lihat sendiri blog ini, http://www.maple-ebiz.com . Produk awal yang dijual adalah baju dan pakaian wanita. Selepas ini dia akan kembangkan lagi perniagaan dalam bidang online printing dan juga menjual peralatan pejabat seperti mesin fotostat dan toner. Namun buat masa ini, kalau ada yang berminat untuk beli baju

Lokasi Fotografi Perkahwinan Kamu, Mungkin

Ada sesiapa yang sedang sibuk bersedia untuk majlis perkahwinan dan sedang juga memikirkan lokasi yang cantik untuk fotografi album perkahwinan kamu? Lihat gambar bawah. Bayangkan kamu dan pasangan kamu berada di antara tiang sana. Mungkin masing-masing di pisahkan dengan tiang dan kamu menjenguk lihat antara satu sama lain. Cantik ya? Apa lagi, suruh jurugambar yang kamu upah ke tempat ini! Di mana? Baca post di bawah.

Sekarang

Hati ini sedih melihat negara ini diporak peranda dari oleh manusia yang diamanahkan untuk menjaganya. Kalau kamu di tempat aku, kamu akan dapat melihatnya dengan jelas.

Sementara Menghilang Diri

Malam ini sungguh panas. Kelajuan kipas aku letak di tahap dua dan masih panas. Sepanas hati ini. Cuma aku sedar, sepanas mana pun hati ini, sabar aku sebenarnya masih masih banyak. Mungkin itu orang pisces. Sensitif dan pendiam. Jangan risau, sahabat. Selepas tenang nanti aku akan menulis semula. Kamu tahu saat tenang aku? Apabila ruang ini penuh dengan potret damai rakaman lensa kamera aku.

Tidur, Sekejap

Jam 5 Pagi. Baru nak tidur, sekejap. 6.30 pagi nanti kena bangun semula. Ke pejabat, menyambung kerja yang belum siap. Ini kerja orang tidak sihat.

Malam Ini

Aku tidak akan tidur awal. Mungkin langsung tidak tidur. Aku menyiapkan kerja yang agak penting. Perlu siap sebelum siang nanti. Mari temani aku.

Andaikan Kamu Tidak Pernah Tahu, Kenal Tempat Ini?

Ya, aku tahu, ini kali kedua gambar ini aku letak di sini. Kali pertama aku tidak perasan. Bila aku lihat kembali, baru terdetik di hati. Kalau tidak diberitahu di mana dan kalau bukan aku sendiri mengambil gambar ini atau aku aku tidak pernah datang tempat ini, aku tidak fikir orang tahu ini gambar di Malaysia. Kamu lihat suasananya. Langsung tidak seperti di Malaysia. Seperti di luar negara. Jepun mungkin. Atau sebuah negara barat. Tidak di Malaysia; kalau kamu langsung tidak tahu. Aku gembira dengan hasil gambar ini. Inilah yang bos besar selalu cakapkan. Ambil gambar hingga boleh menduga pemikiran orang apabila melihatnya. Aku rasa ini yang dimaksudkan.

Kerana Marah, Aku Lakukan Ini

Marah betul aku tadi dengan suasana dan apa yang berlaku di pejabat. Lalu aku keluar secepat mungkin. Kebetulan cuaca di luar tenang dan cahaya sungguh terang. Aku capai kamera dan terus memandu kereta ke arah empangan kecil berhampiran Pusat Konvensyen Putrajaya. Beginilah hasilnya. Ketika ini baru aku terasa hilang polariser. Aku perlu beli sekali lagi. Kalau kamu selalu perhatikan koleksi gambar aku, harap kamu maklum bahawa aku amat jarang edit gambar sebelum dimasukkan ke sini. Apa yang aku rakam, aku luahkan balik dalam bentuk asal di sini tanpa edit.  Agaknya itu lebih ikhlas. Mungkin.

Menghilang Stress

Aku sedang dalam keadaan tertekan, marah, bengang dan bosan. Sesuatu yang berlaku di pejabat meruntun perasaan Cuaca di luar panas terik dan cahayanya cantik melimpahi bumi. Aku mahu berfotografi. Mahu ikut? Sekarang!

Empat Cerita

PERTAMA Setelah lebih seminggu menggunakan Windows 7 Beta Build, aku kembali menggunakan Windows Vista. Maklum dengan versi Beta, banyak lagi yang sedang diperbaiki oleh Microsoft, mungkin. Aku selesa menggunakan Windows 7 dan ianya agak pantas berbanding Vista. Namun kerana aku ada masalah dengan sistem bunyi di mana Windows 7 menyatakan bahawa hardware aku menimbulkan konflik dengan OS mereka, aku terpaksa kembali ke Vista. Secara umumnya, Windows 7 lebih "ringan" dan mudah dijalankan. Apa mengecewakan aku adalah kerana Windows 7 tidak membawa apa-apa perubahan signifikan terhadap OS keluaran Microsoft. Antaramuka lebih kurang sama dan masih kuno seperti Vista dan XP. Tiada yang radikal. Aku cadangkan kamu tunggu dulu sehingga versi sebenar Windows 7 keluar nanti. Harapnya ketika itu, masalah yang dihadapi terutama support terhadap hardware sedia ada dapat diselesaikan. Aku pasti akan berpindah ke Windows 7 secepat mungkin apabila keluar kelak. Sekarang, aku terpaksa layan

Selamat Datang Ke

http://frossonfire.blogspot.com Ada yang terbakar nanti. Tetapi apinya belum sempurna. Aku akan limitkan akses ke blog tersebut tidak lama lagi. Kalau kamu berminat untuk sentiasa membacanya, sila emelkan alamat emel kamu kepada aku di ahmadsharidan@gmail.com

Sambung Belajar

Setelah sekian lama, aku mengambil keputusan untuk menyambung pengajian aku. Aku memohon untuk memasuki program B.A. (Hons.) Liberal Studies di Wawasan Open University . Universiti swasta dengan program pengajian yang terbuka. Program yang aku ambil bersifat umum tanpa pengkhususan. Itu yang aku mahu. Aku tidak mahu di usia aku ini, aku memberi tumpuan kepada sesuatu perkara. InsyaAllah, kalau okay, aku akan sambung belajar. Kos memang agak mahal berbanding universiti awam tapi aku fikir program yang ditawarkan amat bersesuaian dengan minat aku. Sepatutnya program sebegini sudah lama ada. Baru sekarang aku jumpa. Aku tidak suka pengkhususan. Ianya tidak menarik bagi aku yang suka lakukan bermacam-macam perkara. All the best to myself. Heh!

Rempit

Hehe. Beat that, mat rempits!

Pengikut Ajaran Apa Ni?

Aku sudah ada enam orang pengikut setakat ini. Ramai juga. Hehe. Cuma, aku perlu mohon maaf kepada mereka (kalau mereka ada blog/website) dan kepada sesiapa pun. Aku tidak akan jadi pengikut (follower) mana-mana blog walaupun ada blog yang aku sentiasa kunjungi. Sentiasa di sini membawa maksud aku kunjungi sekurang-kurangnya sekali sehari. Itu pun aku tidak akan jadi pengikut. Kena ada sebab? Kalau ada pun, aku tidak perlu berikan. Alah, orang lain ada yang macam aku. Jangan risau, kalau aku tidak jadi pengikut kamu pun, aku akan tetap kunjungi blog/website kamu. Lagipun, bagi aku (kejap, kenapa aku letak juga pengikut kalau aku tidak berminat?) aplikasi pengikut ini adalah tidak lebih sebagai menunjuk saja. Cuma satu kelebihan yang aku fikir menarik; kamu lebih senang untuk akses pengikut kamu yang mungkin selama ini kamu tidak tahu ada blog/website. Itu aku fikir, perkara yang menarik. Kepada pengikut aku, terima kasih kerana sudi menjadi pengikut. Aku tidak tahu apa yang kamu sukaka

Tukar, Nak?

Bermula lagi bengkel yang memenatkan otak dan mengjengkelkan mata, dan hati. Bermula lagi beban menaip sepanjang masa sehingga muak melihat skrin komputer dan baris-baris ayat yang ditulis Aku mahu kamu! Ya! Untuk buat kerja aku ini.

Kawan Menangis

Beberapa hari lalu. Hampir lewat malam, aku terima panggilan sedih dari seorang sahabat. Sedang berputus asa kerana manusia lain yang tidak jujur dan ikhlas. Lalu aku pergi mencari dia di suatu sudut di dataran Putrajaya. Aku hanya ada beberapa ketika untuk mendengar luahan hatinya dan memujuk dia. Atau sekurang-kurangnya mendamaikan hatinya buat sekejap waktu. Dalam detik selepas hujan kami duduk di hamparan batu basah. Dia minta izin untuk mendengar sebuah lagu. Sepi. Kesedihan selepas itu. Aku tidak tahu bagaimana hendak bereaksi. Kata-kata aku selepas itu seperti aku cedok bulat-bulat dari kata-kata orang lain. Bila kali terakhir aku memujuk hati orang yang sedang bersedih? Sudah aku lupa. Mungkin lebih 13 tahun dulu dikerusi Kompleks PKNS Shah Alam. Kemudian dia menceritakan perkara yang telah berlaku. Kamu mahu menjadi marah, geram dan dalam masa yang sama turut bersimpati dengan dia. Aku bukanlah orang yang terbaik untuk keadaan begitu. Kadang-kadang aku terfikir; kenapa manusia

Sudah Jumpa?

Sudah jumpa blog baru aku? Belum? Cari lagi. Aku tidak akan beritahu, walau kamu berdiri sebelah aku merayu. Setakat ini sudah ada tiga (3) post yang tidak berkaitan antara satu sama lain. Pengenalan, politik dan sosial. Sana, aku tidak akan tapis apa yang aku tulis. Aku tidak akan sembunyi di sebalik dinding keselamatan diri (terutamanya kerjaya). Ya, aku tahu kamu geram. Biarkan. Cuma satu yang amat pasti di sana. Tiada koleksi gambar.

Jangan Tegur Aku Kiranya Kamu Tidak Tahu

Semalam menonton Jangan Tegur. Serius, bodoh. Apa motif filem ini, aku tak faham. Sepanjang menonton, aku hanya ketawa melihat telatah sahabat yang turut sama menonton. Kamilah yang paling bising di dalam pawagam itu, mungkin. Aku tidak pernah suka filem-filem sebegini. Aku lebih rela menonton Talentime beribu kali daripada menonton filem hantu yang tidak pernah seram. Heck, aku lebih rela menonton Wonderpet sampai muntah darah daripada menonton filem sebegini. Tapi, kenapa aku pergi juga menonton? Kerana kawan-kawan. Mereka ajak dan aku ikut. Takkan sepanjang masa hendak bersendirian. Sekali sekala dengan mereka, lebih baik. Fikir-fikir balik, entah bila akhir sekali aku pergi menonton wayang dengan rakan pejabat. Rakan lain adalah. Itu pun amat jarang. Aku balik ke rumah melihat pakaian belum dibasuh menimbun di dalam raga. Ini akibat kursus tempohari. Maka aku basuh malam tadi kesemuanya, dengan mesin basuh. Tiga kali, baru selesai. Oh, aku bukan bodoh. Semuanya aku asing mengikut j

Mac OSX vs Windows 7

Jadi, Windows 7 Beta Build agak menyeronokkan, kecuali ianya begitu canggih hingga bakal mengelirukan pengguna biasa dan sistem bunyi laptop aku tidak boleh berfungsi. Aku pasti akan kembali ke Windows Vista. Kenapa aku tidak kembali saja ke Windows XP? Pertama, aku sudah lama menggunakan XP, sejak 2001 bila awal ianya dikeluarkan. Maka aku anggap ia perisian tua yang tidak perlu aku fikirkan. Aku lebih selesa dengan sistem yang terdapat dalam Vista walaupun OS ini terlalu berat dan mengjengkelkan. Kenapalah Microsoft masih gagal menghasilkan OS yang benar-benar selesa digunakan oleh sesiapa saja? Percayalah, kalau kamu berpeluang menggunakan Apple Mac OSX, walau hanya untuk beberapa ketika, kamu akan rasakan betapa lecehnya OS keluaran Microsoft. Kebanyakkan orang hanya mahu buka komputer, jalankan aplikasi dan gunakannya. Itu saja. Mereka tidak perlu pengetahuan teknikal untuk menjalankan operasi dalam komputer. Mungkin ini pandangan yang agak tidak adil, namun bagi aku, Windows 7 m

Apa Sebenarnya Yang Berlaku Bila Kamu Rabun Warna

Life's minor frustrations (and occasional dangers) for the color blind: Weather forecasts - especially the Weather Channel - where certain colors just can not be distinguished on their weather maps. Also, maps in general because of the color coding on the legends. Bi-color and tri-color LEDs (Light Emitting Diodes): Is that glowing indicator light red, yellow, or green? Traffic lights, and worst of all, Caution lights: Color blind people always know the position of the colors on the traffic light - in most states, Red on top, Yellow in the center, Green (or is that blue?) on the bottom. It isn't good when we go to a city or state where they put traffic lights horizontal - it takes a couple of days to get used to that one! But caution lights present an entirely different problem. In this situation there is only one light; no top or bottom, no right or left, just one light that is either red or yellow - but which is it? Getting in the sun with your girlfriend: So, you're out

Windows 7

Baru install Microsoft Windows 7 Beta Build. Sistem masih belum stabil. Sound masih belum dapat diselesaikan. Tidak banyak berbeza dengan Windows Vista, malah dirasakan sedikit lebih berat daripada Vista. Lebih kemas susunatur berbanding Vista. Aku pasti ianya akan lebih selesa digunakan kelak. Aku perlu tidur. Jam sudah melebihi dua pagi.

Setelah Empat Hari

Telah aku katakan sebelum ini bahawa aku ada kerja luar. Empat hari membisu tanpa suara dan berita dari dunia luar (berita maksud di sini adalah berpunca sumber dari internet, bukan media arus perdana). Namun sehari sebelum bekerja di luar, aku sempat mengambil gambar di bawah di lewat senja. Matahari berlabuh sangat indah. Aku amat suka senja sebegini. Namun, kalaulah perenggan di atas itu betul dengan suasana sebenarnya pada waktu itu. Ketika aku baru reda dari kepenatan akibat beban tugas. Walau dalam suasana mentari yang damai itu, aku masih resah menanti hari esoknya. Kerja-kerja yang masih perlu diselesaikan seperti tiada penghujungnya. Gambar-gambar seterusnya ini adalah sebahagian daripada koleksi yang sempat aku rakam semasa di Agrotek Resort, Hulu Langat. Tidaklah menarik kerana aku sedang cuba bermain dengan pelbagai setting yang ada di kamera. Antara cabaran yang aku letak untuk diri sendiri adalah untuk merakamkan gambar yang melibatkan air terutamanya hujan atau air yang

Berani Berubah - II

Aku sambung post lepas. Betul kata orang yang komen. Terima kasih. Ada kalanya apabila kita sudah lama bekerja dalam di satu tempat, kita jadi selesa. Kita masuk comfort zone yang menyebabkan kita tidak mahu lagi lakukan apa-apa perkara yang di luar bidang tugas kita. Itu senario biasa yang kita boleh lihat di mana-mana saja pejabat. Malah kadang kala aku juga fikir begitu terutama dengan apa yang aku lakukan sekarang. Aku jadi selesa dengan kerja aku dan tidak mahu ke mana-mana walaupun ada ruang untuk melakukannya. Tetapi apabila difikirkan balik, aku sebenarnya masih belum selesa. Setiap masa ada perkara baru yang perlu aku pelajari atau terpaksa aku pelajari kerana orang lain tidak mahu melakukannya. Their lost. Kemudian, kamu tidak mungkin terlalu sibuk dengan hal-hal luar menyebabkan kamu perlu berkorban kerja hakiki kamu. Kalau itu berlaku, kamu sudah tidak melakukan tugas kamu dengan betul. Melainkan tugas hal luar kamu itu mendatangkan hasil yang jauh lebih lumayan dengan kerj

Berani Berubah

Perit rasanya dengan suasana kerja sekarang. Ianya amat-amat sibuk hingga aku rasa tiada lagi masa untuk santai sementara bagi mencari idea atau semata-mata berehat. Aku begitu terdesak hingga aku bawa kerja pulang ke rumah. Sedang asyik rakan kerja lain nyenyak tidur di lewat malam, aku masih bersengkang mata menyiapkan kerja yang tidak sepatutnya aku lakukan. Tapi kalau bukan aku, siapa lagi? Tadi timbalan Bos Besar, mungkin atas dasar simpati melihat keadaan aku lalu bertanya, "Dan, kau belum jumpa orang yang boleh tolong buat kerja macam kau ke?" Aku cuma ketawa kecil dan mengangat bahu tanda maksud aku, "Tiada" Lalu dia ajukan soalan yang sama kepada bos aku. Mereka tidak boleh menjawab soalan itu. Aku tahu mereka sedar kenapa. Aku amat berhadap dapat temui orang yang boleh buat kerja aku sedang buat dan suka untuk melakukannya, bukan kerana terpaksa. Namun sehingga hari ini, agak mengecewakan. Aku sedari sesuatu. Kalau aku, untuk belajar sesuatu yang baru, aku

Sebelum Dan Selepas

Ini aku sebelum membuat kerja pejabat di rumah pada jam 1.00 pagi. Ini aku setelah selesai sedikit kerja pejabat yang aku buat di rumah pada jam 2.15 pagi.

Ini Rasa Hati Aku

Sepatutnya aku sudah lama lena merehatkan badan yang sepanjang minggu ini kepenatan dengan kerja dan otak yang tepu akibat diperah menyiapkan kerja tersebut. Sebaliknya, lewat malam sebegini, aku masih belum tidur. Aku mahu tulis sesuatu di sini namun tiada apa yang menarik hendak diperkatakan. Lalu aku selongkar gambar lama yang aku scan beberapa tahun lalu. Kualiti scan agak teruk. Namun cukup untuk aku lihat dan simpan. Sebenarnya aku tidak kenal siapa di dalam gambar ini sehinggalah diberitahu ayah bahawa ini adalah arwah moyang aku, Awang Kechil. Beliau meninggal di Laut Merah semasa mengerjakan haji. Aku pernah tanya dan ayah pernah beritahu moyang aku ke Mekah sekitar awal 1960an, mungkin 1962. Ada satu permintaan yang ayah minta dari aku iaitu mencari dokumen moyang aku di JPN. Sehingga sekarang aku masih belum dapat tunaikan. Tapi akan aku usahakan nanti, insyaAllah. JPN menyimpan rekod penduduk di Malaysia sejak ratusan tahun. Gambar bawah adalah gambar yang sangat menarik da

Bukan Memberi Alasan

Aku adalah orang yang agak mudah bersimpati. Ada kalanya, aku lakukan sesuatu perkara dalam keadaan terpaksa kerana aku bersimpati dan mahu menyenangkan hati orang lain. Realitinya aku adalah seorang introvert yang lebih suka menyendiri dari bersama dengan sesiapa. Kadang-kadang bila ada orang yang mahu lakukan sesuatu perkara bersama aku, aku jadi panik dan keliru. Aku tidak boleh hendak tentukan apa yang perlu dilakukan. Realitinya, aku amat jarang letakkan matlamat dalam setiap tindakan aku. Aku lebih selesa lakukan sesuatu perkara secara spontan. Tiada perancangan, tiada perjanjian. Mungkin kerana sudah terlalu biasa bersendirian menyebabkan aku kurang selesa bila ada orang bersama aku. Kalau mereka bertanyakan pasal makanan, aku suruh mereka tentukan. Aku akan ikut.  Sudah tentu aku bukan seorang leader; pemimpin. Aku tidak punyai skil dan kemampuan untuk melakukannya. Aku lebih selesa melakukan sesuatu perkara sendiri. Akibatnya, aku sering dibiarkan atau diabaikan. Hakikatnya ak

Hujung Minggu Ini

Kalau hendak menyelesaikan tatabahasa sebaris ayat pun mengambil masa sejam, memanglah banyak perkara yang dilakukan di jabatan kerajaan membazir. Membazir masa untuk menunjukkan susunan perkataan dalam ayat itu bagus dan 6 bilion orang di dunia boleh memahaminya. Well, lebih kurang 10 juta... errr.. 100 orang rakyat Malaysia yang rajin membaca boleh faham. Isk.. beberapa orang rakyat Malaysia yang mahu membaca buku kerajaan boleh faham. Saya suka kamu. Ayat mudah bukan? Semua orang faham kerana ianya jelas. Tapi dalam bengkel ini, ayat sebegitu tidak jelas langsung maksudnya. Maka, jadilah seperti begini; Saya bernama Ahmad Sharidan dan bekerja di JPN memberitahu bahawa saya  sukakan kamu yang bernama... Ya, poyo. As if semua orang di Malaysia ini bodoh sangat. Tapi itulah realitinya dengan banyak pejabat kerajaan. Mentaliti bos mereka ini terlebih hebat kerana mereka fikir, hanya tulisan semacam tesis saja akan difahami. Itulah yang membuat aku diam terpaku di hadapan iMac selama sej

Sekadar Memberitahu

Malam tadi bengkel habis agak awal. Mungkin semuanya sudah kepenatan memikiran baris-baris ayat yang hendak tulis. Aku sendiri sedang amat mengantuk akibat kurang tidur malam semalam. Sebentar lagi aku akan lena tidur dalam bilik hotel yang sejuk di atas tilam empuk. Mahu turut sama? Aku sedari sesuatu. Setiap hujung minggu bermula esok hingga mungkin sampai penghujung Mei, aku tidak akan dapat berehat seperti biasa. Sentiasa ada kerja luar dan sentiasa ada yang hendak dilakukan di pejabat. Betul, kadang-kadang aku terasa amat letih dengan kerja yang ada. Tapi aku masih tetap lakukannya. Selamat berhujung minggu.

Masih Ada Sedikit Kerja

1.30 pagi, di bilik hotel. Sedang menunggu printer menyiapkan cetakan kad undangan perkahwinan yang sepatutnya aku siapkan lama dulu. Sewaktu sibuk inilah aku berjaga untuk mencetak kerana esok siang, pemiliknya mahukan hasil kerja aku itu.  Jadi... Tunggu sajalah. Aku mengantuk!

Menjadi Malaysian

Kita rakyat Malaysia ini sesungguhnya amat kurang toleransi apabila Melihat YouTube mengenai Gur Dur (mantan Presiden Indonesia) didoakan dalam satu perhimpunan penganut Kristian di sana, orang kita sibuk kata dia murtad dan lain-lain lagi. Melintasi sekumpulan anak muda keturunan India, kita bersangka buruk dengan mereka di dalam benak otak dengan menuduh mereka sebagai pembuat kacau, kaki pukul, orang rendah akhlak dan gangster. Melintasi kedai makanan orang Cina, kita menutup hidup dan memandang jelik daging khinzir dan itik panggang yang tergantung dalam peti kaca dihadapan ramai pengunjung kedai makan itu seperti kita menghina makanan mereka. Melihat Melayu bekerja di pejabat kerajaan tidak lebih kerana semata-mata keturunan Melayu mereka yang melayakkan mereka bekerja dengan kerajaan tanpa perlu bersusah payah berebut (sedang kadang-kadang untuk 100 jawatan yang ditawar, mereka terpaksa bersaing dengan 40,000 Melayu lain yang turut memohon jawatan yang sama). Memandang rendah men

Kerana Bosan, Aku Lakukan Ini

Sepanjang hari siang tadi aku dalam keadaan resah dan rimas. Tidak tahu arah mana hendak berpaling kerana di mana saja, aku akan dapat melihat bosan. Selesai kerja, aku terus bergegas keluar dari pejabat. Cuaca hari ini cantik dan aku mahu cari ketenangan. Aku capai kamera dan menuju ke pusat reakreasi air Putrajaya. Hasilnya begini; Kalau sekali pandang, kamu takkan terfikir ianya adalah di Putrajaya. Sungguh cantik dan menarik. Bila aku sampai di situ, aku berseorangan mengambil gambar sekitar kawasan tersebut. Tidak lama kemudian, aku lihat ada tiga pasangan yang sedang membuat sesi fotografi perkahwinan mereka. Sekaligus! Pelbagai aksi aku lihat (kamu tengok sendiri gambar akhir atas). Lalu aku beredar dari situ. Aku tidak mahu ganggu suasana mereka. Aku memandu pulang. Namun sempat juga aku berhenti dan mengambil shot di bawah secara kebetulan. Matahari sedang berlabuh. Sungguh indah. Tidak jauh di hadapan, ada taman mini. Aku nampak deretan pokok di bawah dan aku bayangkan bila p