Malam tadi bengkel habis agak awal. Mungkin semuanya sudah kepenatan memikiran baris-baris ayat yang hendak tulis. Aku sendiri sedang amat mengantuk akibat kurang tidur malam semalam. Sebentar lagi aku akan lena tidur dalam bilik hotel yang sejuk di atas tilam empuk. Mahu turut sama?
Aku sedari sesuatu. Setiap hujung minggu bermula esok hingga mungkin sampai penghujung Mei, aku tidak akan dapat berehat seperti biasa. Sentiasa ada kerja luar dan sentiasa ada yang hendak dilakukan di pejabat. Betul, kadang-kadang aku terasa amat letih dengan kerja yang ada. Tapi aku masih tetap lakukannya.
Selamat berhujung minggu.
Ulasan
Catat Ulasan