Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Kreativiti

Qaseh VS Papa - 1

Kerja Kerja Kerja!

Beberapa hari tidak menulis dek kerana kerja yang perlu disiapkan. Itulah, penghujung November lalu aku sangka di bulan Disember ini akan santai dan tidak dibebani kerja. Realitinya, beberapa kerja di pejabat dan studio perlu aku siapkan sebelum bercuti panjang Krismas nanti. Syukur juga kerana kerja di studio yang menghasilkan pendapatan yang berpada, sesuai diguna ketika bercuti kelak (atau untuk menampung hidup selepas bercuti). Ternyata juga aku perlu melabur sedikit duit untuk kerja-kerja sambilan yang aku lakukan. Biar besar harganya di awal ini tetapi pulangannya baik, InshaAllah. Sebulan RM500 hasilnya sudah mencukupi untuk belanja anak dan keperluan lain. Itu yang aku cari, sedikit wang untuk menampung kos hidup dan mengurangkan beban sedia ada. Dahulu aku pernah cuba menyertai Multi Level Marketing tetapi tidak berjaya. Ada dua sebab paling jelas; aku skeptik dengan perniagaan tersebut dan aku seorang yang introvert, sangat tidak sesuai berinteraksi untuk meyakinkan orang lai...

Business Talk

**Wednesday Is English Language Day For This Blog** My office colleague is busy distributing his wedding invitation cards. I took pride for being the one who designed the card. He wanted a simple card which can be send to be printed at print shop or by himself. He came to me asking for some modification on the design to which I told him not to over-do it too much.  I remember when I first saw my wedding invitation cards which was printed for free by some people close to my wife. While I appreciate their gesture so much, I was really disappointed with the quality and the material they used. To make matter worse, they changed the font that I use because they don't have the exact font to replicate it.  My Wedding Invitation Card Nevertheless, I'm grateful for not going mad about it. First of, it was free. A thousand invitation cards printed for free is a good deal. Secondly, unless you're a collector of wedding invitation cards, you will likely throw away the invitation cards ...

Melakar Mimpi

Ini kerja part-time baru aku, hasilkan album perkahwinan. Biasanya orang kata bentuk album begini adalah story book . Aku tidak nampak mana ceritanya melainkan aturan gambar dalam album yang disusun mengikut jalan cerita (perjalanan majlis). Jadi ianya masih sebuah album, dengan jalan cerita. Aku tidak turut buat rakaman fotografinya. Itu tugas orang lain. Tugas jurufoto adalah untuk merakam gambar dan memilih gambar terbaik untuk dimuatkan ke dalam album. Kemudiannya seorang editor akan membuat ' editing ' dan ' touch-up' terhadap semua gambar tersebut. Aku tidak boleh buat kerana aku rabun warna. Akhirnya barulah tugas aku, untuk membuat layout atau tata susun gambar di dalam album berdasarkan aturan cerita yang dirancang. Ini termasuk pemilihan gambar untuk kulit muka album seperti gambar di atas. Aku mahu lari dari norma sebuah album ' story book ' yang biasa kita lihat; dengan gambar pasangan bahagia memberi pose sambil mengadap audiens/kamera. Aku mahu ...

Kalendar 2011 Kami

2011. Tahun ketiga aku buat kalendar sendiri. Tahun ini ada peneman pada gambar di dalam kalendar.

Kerja Sudah Siap

Syukur, siap juga montaj 'childhood' perkahwinan seorang klien. Tengok sini; http://www.facebook.com/video/video.php?v=453341793850&ref=mf Ada beberapa teknik baru aku belajar hasil dari montaj ini. Aku sangat suka menggunakan Apple Motion. Sungguh senang dan cool. Setiap kali menggunakannya, ada saja perkara baru yang aku pelajari. Pembelajaran berterusan, boleh? Kalau aku ada masa untuk polish balik montaj ini, aku pasti boleh hasilkan yang lebih baik. Tidak mengapalah. Klien pun langsung tidak komplen. Kira sudah cukup okay. Kebelakangan ini aku semakin kuat makan. Ada alasan yang aku fikir ianya agak pelik. Setiap kali aku bekerja keras menyiapkan projek, aku mudah terasa lapar. Makan banyak mana sekalipun, aku akan lapar bila selesai buat kerja. Aku terasa seperti kehilangan banyak tenaga bila selesai membuat kerja. Padahal, aku cuma guna tangan, mata dan otak untuk bekerja. Kenapa lapar? Sekarang, badan aku semakin berat. Aku jarang sangat berbasikal. Terpaksa balik a...

Montaj

Seminggu aku ambil masa untuk menyiapkan montaj pembukaan program di pejabat. Inilah montaj menggunakan Apple Motion 4 yang paling kompleks pernah aku lakukan. InshaAllah, aku boleh hasilkan yang lebih baik di masa akan datang.

Dihargai

Semalam aku terima kad ucapan daripada mantan Big Bos di pejabat. Dia menyatakan penghargaan terhadap usaha aku menghasilkan montaj persaraannya tempohari. Kerja ini asalnya adalah sebuah 'tribute' perbadi aku kepadanya, atas segala tunjuk ajar dan didikan yang dicurahkan sepanjang aku sempat bekerja dibawahnya. Sebuah penghargaan yang dihargai. Syukur.

Reka Letak

Sebenarnya kerja menghasilkan laporan tahunan yang aku sedang buat tidaklah sesusah mana. Kalau betul datang idea yang membuak-buak, lima minit boleh siapkan design yang aku cuba hasilkan dalam setengah tahun. Sama seperti cover laporan seperti yang tertera. Puas aku berhempas pulas mencari idea sana sini, mencari ilham dan memaksa diri untuk melakar design yang sesuai. Pagi tadi, selepas lebih kurang sejam, siap satu design yang simple dan elegan. Seperti yang aku idamkan. Mungkin kerana malam tadi aku tenang dan damai bersamanya. Terima kasih buat si dia. Ada beberapa lagi sample cover yang aku akan hasilkan. Kalau beri satu contoh saja, pastinya susah hendak mempertahankannya. Kalau beri lebih, sekurang-kurangnya ada alasan kukuh kenapa design ini lebih bagus dari design lain. Rasanya ramai orang yang membuat design, mereka akan hasilkan design terbaik dulu, kemudian design sampingan, sekadar memenuhi kuota pemilihan nanti. Aku sasarkan konsep 'simple elegant' sebagai motif ...

Montaj Perpisahan

Tempohari aku ada post mengenai video ini tetapi tanpa aku sedari, video yang aku upload ke YouTube  tidak boleh digunakan. Kali ini aku upload sekali lagi video montaj majlis perpisahan timbalan bos di pejabat tempohari. Montaj ini dihasilkan dalam masa 24 jam. Kurang sempurna tetapi sudah cukup okay.

Badak Air Sudah Berpindah Ke Miri, Sarawak!

Akhirnya si badak air sudah berpindah ke Miri, mengikut tuan barunya. Pagi tadi hari terakhir badak air di pejabat. Khaty (yang berbaju biru dalam gambar di bawah) manusia paling sedih melihat badak air dibawa pergi. Adalah adegan menghentak-hentak kaki tanda tidak setuju. Walaupun seketika berada di pejabat aku, si badak air sudah menarik perhatian ramai orang. Ada saja yang bertanya dan mahu memegangnya. Si badak air bukan peduli pun semua itu. Sekarang si badak air sudah ada tuan baru dan rumah baru, di Miri, Sarawak! Apalah ceritanya nanti ya. Dengar tadi tuannya beritahu kotak kandang badak masih tersangkut di KLIA dan cuma akan tiba di Miri, jam 11 lebih nanti. Itulah akibat membawa badak air bersama dalam penerbangan. Sudah kena bayar cas lebih RM800! Hahaha. Nasib la kau Hani. Jaga badak air baik-baik okay. Dia suka makan McDonald's McFlurry Mudpie dan juga suka melihat Khaty ketawa terbahak-bahak setiap kali orang lain buat lawak. Have a pleasant new life, badak air. We in...

Si Badak Dan Basikal

Badak air aku memang suka merayau. Setiap hari ada saja tempat yang hendak dikunjungi. Kelmarin (sebenarnya minggu lepas), si badak terjumpa basikal aku. Awalnya si badak cuma memerhatikan dari jauh. Pada fikiranya, siapalah yang bebal sangat simpan basikal di dalam pejabat.  Namun lama-kelamaan si badak semakin teruja dengan basikal tersebut. Lalau dia memanjat naik ke pelana dan duduk di atasnya. Tempat duduk gel, jadi amat lembut dan selesa. Lama si badak duduk tanpa melakukan apa-apa. Akhirnya si badak mengeluh, "Seat ni tinggi sangatlah. Kaki aku tidak sampai ke pedal!" Lalu si badak turun dari basikal cuba dengan kudrat yang ia ada menggerakkan basikal tersebut. Si badak mungkin perasan bagus tetapi ia tidak sedar bahawa roda belakang basikal sudah berkunci. Basikal tidak akan ke mana. Penat si badak cuba menggerakkan basikal, akhirnya ia berputus asa. Dalam keadaan keletihan, si badak berlalu pergi dari basikal. Kecewa mungkin. Dan terdampat di tempat pembaringan, kepe...

The Ballad of Badak Air and Idan

Kisah badak air lagi. Kamu jangan harap aku akan berhenti. Kamu juga boleh salahkan Khaty, si budak yang suka gelak kuat di pejabat ini. Dapat saja BlackBerry aku di tangannya, badak air akan jadi mangsa modelnya. Mungkin kerana bosan akibat suami dia yang berada jauh di Sarawak, badak air aku dikacau Khaty. Dia suruh aku melakarkan cerita dari rakaman gambar-gambar badak air. Si badak air baru bangun dari tidur, di dalam kotak penuh berisi folder kosong. Macam sudah tidak ada tempat lain untuk dijadikan tempat tidur. Dengan dagu sebagai tongkat di pintu kotak, si badak air mengeluh; "Idan, aku dahaga air..." "Itu, satu tasik Putrajaya kau boleh minum. Jangan kacau aku buat kerja!" bentak aku. Mungkin kerana kemalasan, si badak air tidak mahu terjun ke tasik Putrajaya. Badak air terpandang labu sayong yang terletak di atas kabinet besi, belakang kubikel aku. "Arrghhh.. macamana aku nak buka penutup labu ni?" keluh badak air. Dia cuba membukanya dengan mulu...

The Art Of Badak

Jangan salahkan aku kalau aku cuma bercerita mengenai si patung badak air. Setiap hari ada saja yang hendak dilakukan oleh orang di pejabat terhadapnya. Tadi, aku fotostat badak air di mesin fotostat. Beginilah hasilnya; Cool saja gayanya. Ada yang mungkin mempersoalkan apa motif bermain dengan patung badak air seperti budak perempuan. Ini adalah satu konsep brain simulation. Kita mencipta kreativiti dan juga mencari idea berdasarkan objek yang sedia ada. Kita berfikir dan ini akan menyebabkan otak dan fikiran kita sentiasa aktif. Kita cuba cari positif dalam setiap keadaan yang ada. InshaAllah perkara remeh seperti patung badak air boleh meluahkan hasil yang menarik.

Teh O Ais (Earl Grey) Madu

Sebelum aku terlupa. Aku mahu ceritakan kenapa kebelakangan ini aku sering minum air Boh Teh-O-Ais. Ini bukan promosi produk sebab aku tidak dapat apa-apa bayaran pun. Aku minum kerana aku sebenarnya mahu membancuh sendiri teh o dengan madu sebagai manisan. Kebetulan sewaktu aku mencari air teh o ais dalam tin, aku terjumpa teh o air Boh yang menggunakan madu sebagai pemanis (juga dicampur gula). Rasanya agak berlainan daripada rasa teh o yang ditinkan oleh syarikat lain. Ianya ada rasa madu (walaupun mungkin sedikit).  Aku mahu mereka bagaimana teh o air yang dimaniskan dengan madu rasa. Aku mahu kurangkan penggunaan gula dalam pemakanan aku. Sekarang aku sudah tahu bagaimana rasanya (secara umum). Tadi sebelum tidur, aku bancuh teh o yang dimaniskan dengan madu. Aku simpan dalam bekas air yang besar dan dimasukkan ke dalam peti ais. Esok aku akan bawa ke tempat kerja. Teh O ais madu yang sedap. Cuma aku guna Teh Earl Grey kerana aromanya yang sungguh menawan. Ia bagi aku adalah m...

Santai Badak

Petang tadi aku biarkan badak duduk di atas partition sambil memerhatikan keadaan sekeliling di pejabat. Bulu kening si badak jelas menunjuk rasa peliknya. Mungkin si badak sedang berfikir, apa yang manusia sedang buat di sini. Bila lihat dari sudut mata si badak, nampak nun begitu jauh semuanya. Aku fikir si badak mungkin sedang bangga diri seketika. Maklumlah, cerita di kepala badak ada headphone sudah disiarkan di sini. Apa pula aksi si badak nanti?

Design Ke-2

Ini design laporan tahunan berkonsep retro yang ke-2. Lebih ekstrem. Aku kurang minat sebenarnya, tetapi mungkin kerana suasana keseluruhan nampak lebih retro, aku fikir ianya lebih berkesan daripada design sebelum ini. Ada lagi beberapa design yang akan dihasilkan. Perlu aku ingatkan, ini semua bukan hasil akhir. Akan ada pindaan demi pindaan hingga betul-betul puas hati.

Projek Pertama Tahun 2010

Ini tugasan besar aku untuk tahun 2010, menyiapkan laporan tahunan jabatan untuk tahun 2009. Ini design mock-up pertama yang dihasilkan setelah hampir seminggu memerah idea. Masih ada yang 'longgar', dan akan diperbaiki lagi. Aku mahu tekankan konsep retro. Garisan dan warna yang digunakan juga bersifat retro. Itu tema yang aku mahu cadangkan kepada pengurusan. Harap mereka bersetuju. Tetapi kenapa retro? Sebenarnya ia adalah kritikal sinikal. Aku pernah ditunjukkan dengan laporan tahunan yang berkonsep lama dan itu yang mereka cadang aku hasilkan. Gaya lama (yang sebenarnya cuma sekadar teks dan sekeping dua gambar) dengan corak lama. Jadi aku melangkah kebelakang lebih jauh. Aku perkenalkan retro supaya mereka sedar, lama tidak semestinya bosan. Aku mahu ianya kelihatan cool dengan warna-warna kontras yang menarik. Ada lagi design retro yang akan aku hasilkan, InshaAllah. Apa komen kamu?