Badak air aku memang suka merayau. Setiap hari ada saja tempat yang hendak dikunjungi. Kelmarin (sebenarnya minggu lepas), si badak terjumpa basikal aku.
Awalnya si badak cuma memerhatikan dari jauh. Pada fikiranya, siapalah yang bebal sangat simpan basikal di dalam pejabat. Namun lama-kelamaan si badak semakin teruja dengan basikal tersebut. Lalau dia memanjat naik ke pelana dan duduk di atasnya.
Tempat duduk gel, jadi amat lembut dan selesa. Lama si badak duduk tanpa melakukan apa-apa. Akhirnya si badak mengeluh,
"Seat ni tinggi sangatlah. Kaki aku tidak sampai ke pedal!"
Lalu si badak turun dari basikal cuba dengan kudrat yang ia ada menggerakkan basikal tersebut. Si badak mungkin perasan bagus tetapi ia tidak sedar bahawa roda belakang basikal sudah berkunci. Basikal tidak akan ke mana.
Penat si badak cuba menggerakkan basikal, akhirnya ia berputus asa. Dalam keadaan keletihan, si badak berlalu pergi dari basikal. Kecewa mungkin.
Dan terdampat di tempat pembaringan, kepenatan.
Sejak hari tersebut, si badak lebih suka menunggang anak zirafah milik Khaty saja. Tetapi itu cerita lain.
badak air yg comel..iv got pinky one~
BalasPadam