Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Myself

Selamat Hari Lahir Yang Pertama, Qaseh Nurzahra

1 April 2013, Qaseh Nurzahra berusia satu tahun. Terasa begitu pantas masa berlalu. Masih aku teringat ketika pertama kali aku menyambut kehadiran Qaseh, lebih kurang jam 3.30 pagi di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Ianya suatu perasaan yang tidak dapat digambarkan. Segalanya ada. Setahun berlalu dan Qaseh semakin membesar menjadi seorang manusia yang sungguh bijak dan penuh telatah dan karenah yang menghiburkan. Sepanjang tempoh setahun itu juga aku dan Zura pernah lalui saat-saat getir dan meresahkan ketika Qaseh tidak sihat, atau ketika melayan kehendak Qaseh yang masih belum mahu tidur di lewat malam walaupun kami sudah terlalu mengantuk dan keletihan. Qaseh adalah anak papa ketika bermain dan gembira dan anak mama ketika sakit dan mahu tidur. Kecil-kecil sudah pandai membahagi masa untuk papa dan mamanya. Tidak salah kami memilih nama Qaseh (atau Kasih) kerana itulah yang kami rasakan setiap masa ketika bersama Qaseh Nurzahra. Aku tidak mahu menjanjikan apa-apa yang besar atau ...

Hari Ini Aku Berubah Lagi

Cuma ada beberapa post lagi yang perlu aku lakukan untuk aku menyamai jumlah post aku tahun lepas. Kira banyak juga aku post tahun ini walau aku amat-amat sibuk terutama kebelakangan yang lalu. Mungkin, ianya bakal mencecah 100 post untuk tahun ini. Aku akan cuba. Ruginya sebab kalau ikut sejarah post aku, ianya bermula pada tahun 2002 dengan 1 post dan mula aktif pada tahun 2004. Padahal aku sudah mula buat blog sejak tahun 2001 lagi. Sudah lama. Dulu aku post blog melalui website aku sendiri. Sejak tahun 2004 aku malas jadi malas, maka aku post saja guna blogger. Kalau ikutkan sebelum tu ada Diaryland dan UJournal yang lingkup. Post di Diaryland ada lagi, klik SINI . Aku masih ada post mengenai tragedi 9/11. Mungkin aku akan upload balik bila ada masa nanti. Hari ini hari yang relaks. Mengemas rumah macam anak dara dan pergi ke Jusco untuk membaca. Malangnya kedai buku situ amat kecil dan amat terbatas bahan bacaan. Kalau dulu aku menetap di KL, MidValley cuma 5 minit dari rumah. Mak...

Maaf Yang Letih

Ada 10 minit sebelum balik kerja. Sempat ke menulis? Harini hampir 200 keping gambar diambil dalam masa 1 jam. Ada majlis dan ada acara penyampaian sijil untuk dekat 200 orang staff yang telah bertungkus lumus menyiapkan projek MS ISO 9001:2000 dan AKPM 2007 JPN. Aku terpacak berdiri depan pentas untuk mengambil hampir semua gambar tersebut. Letih tangan, letih tengkuk dan letih mata nak fokus. Tapi OK la. Cuma letih. Letih macam ni... Bukan letih sebenarnya. Bosan. Bosan dengan kerja yang tak banyak tapi yang paling bosan adalah bosan dengan karenah orang. Apa, aku saja ke yang kena ambil hati orang? Takpelah. Aku tak marah. Aku cuma bosan. Tapi biarkanlah. Ianya tidak membawa apa-apa makna. Sebab selama ni aku cuma menumpang. Kalau orang nak halau, halau je la. Itu hak dia. Lagipun, orang yang dah jauh terbang tinggi, dia takkan dengar apa yang kita jerit dari atas tanah di bumi ni. Angin kuat sangat kot. Atau mungkin, dia takut nak pandang bawah. Takut jatuh. Apa-apa pun, aku doakan...

Kisah Jam Tangan (Spoiler Alert!!!)

"Jam berapa?" Kalau si Sudin dalam Bujang Lapok sudah pasti akan mengira berapa banyak jam yang ada disekeliling dia. "Tuan pakai satu, saya pakai satu..." Haha. Lawak bodoh tapi sangat efektif. Aku dok pakai lawak-lawak jenis ni sekarang bila nak bergurau dengan member. Ada yang sakit hati dengar jawapan dari aku. "Buka apa nanti?" "Buka baju, seluar, mata, pintu..." Aku jawab. "Orang tanya buka puasa nanti makan apa la!" Marah kawan aku. Pasal jam. Aku tengok pergelangan tangan aku. Korang tengok korang punya sendiri. Aku dah lama tak pakai jam tangan rupanya. Mungkin hampir 10 tahun. Mungkin lebih. Entah, aku sudah lupa bila kali terakhir aku pakai jam tangan. Mungkin kalau dihitung dari usia aku, cuma 3-4 tahun saja aku pakai jam di tangan. Selebihnya samada aku takde jam langsung, atau jam tangan tidak bertali di dalam poket atau jam di handphone. Kalau nak diikutkan, memang aku tak reti nak pakai apa-apa di tangan. Cincin atau gel...

Customised Your Life

Semalam balik sampai KL sebelum waktu berbuka, bergegas aku ke MidValley. Kononnya nak makan Carl's Jr. untuk berbuka puasa. Tapi malangnya belum buka. Entah bila nak dibuka cawangan disitu. Takde kerja aku nak ke 1 Utama semata-mata nak berbuka makan Carl's Jr. Jadi akhirnya aku cuma makan Burger King. Boleh la... Jadi harini mula kerja balik. Aku buat apa? Aku belajar. Aku belajar InDesign dengan video oleh Steve Holmes, antara pakar dalam publishing design. Bukan apa, senang nak faham apa yang dia ajar. Walaupun apa yang dia ajar tu benda simple, tapi dia ajar penuh detail dan penuh contoh yang jelas. Itulah rahsia aku tahu guna InDesign. Dengan DVD cetak rompak bagaimana nak mahir menggunakan InDesign. Hasilnya boleh korang tengok SINI . Aku tak mengaku aku pakar, tapi sekurang-kurangnya hasilnya dah nampak dan semakin hari semakin bertambah bagus, kata bos aku. Ok la tu. Ada perubahan. Tapi kata bos aku semasa dia mengadu kepada bos besarnya, aku ni takde successor. Nak bu...

Aku Tidak Senang

Lama sudah tak post dari kampung halaman sendiri. Sudah lama tak balik kampung. Rasanya dalam tahun ni, baru 3 kali balik dan ini mungkin paling lama, 4 hari. Setakat bulan puasa ni, dapat la makan murtabak Pak Mat Kuala Kangsar yang amat-amat glamer tu. Kena harinya, orang akan beratur panjang untuk tunggu dapat order. Sedap? Biasa je. Cuma mungkin isinya yang lebih berbanding orang lain buat. Takkan boleh lawan oleh pasar Ramadhan di Putrajaya. Kecuali kalau ada murtabak Singapore. Besar gila. Harini aku rancang nak beli laksa. Asal balik kampung, aku pasti akan cari laksa. Itu favorite aku. Boleh aku beli banyak sikit nak berbuka nanti. Malas nak suruh emak buat, kesian dia puasa. Jadi beli pun dah ok walaupun kuahnya tak sesedap yang emak buat. Sini musim hujan jadi nyamuk banyak sangat di rumah. Habis aku kena hurung. Sudahlah aku jenis alah dengan nyamuk. Mesti bengkak-bengkak badan. Lupa pula nak bawa balik baju tangan panjang untuk aku pakai malam-malam. Terpaksa la tanggung gi...

Dulu Aku Pernah Beraya

Selamat berpuasa kepada yang berpuasa. Jangan lupa puasa kalau yang rasa nak-nak lupa puasa. Harap kurus sesiapa nak kurus bulan puasa ni. Semoga diberkati ibadah yang dijalankan. Semoga damai sepanjang Ramadhan. Aku tak buat baju raya untuk kesekian tahun. Berapa tahun dah? Lebih 3 tahun mungkin. Baju melayu dulu masih elok kata diri aku sendiri. Walaupun ada juga member yang cakap, buat je la yang baru. Bila lagi nak buat. Aku rasa aku boleh cakap esok, lusa atau bila-bila time bukan raya pun boleh buat. Lagipun time raya aku macam hari biasa saja. Aku takkan kemana-mana pun. Duduk rumah tengok sarkas dalam TV. Atau silap mata atau cereka-cereka melayu yang entah kali ke berapa diulang tayang. Atau mungkin saja aku beritahu bos aku yang aku mahu kerja time raya nanti. Walaupun aku akan ke pejabat dengan niat untuk surfing sepanjang hari. Mungkin aku boleh bawa balik iMac opis ke kampung dan buat kerja yang aku perlu buat sepanjang minggu bercuti. Bagus juga idea tu. Tapi sure aku ken...

Asal Dekat Ramadhan Mesti Ingat Nak Makan...

Aku teringat suatu masa dulu aku pernah makan fast food Carl's Jr. Siapa pernah dengar? Masa tu kalau tak salah aku ada dua cawangan di KL, di Lot 10 dan dekat Jalan Silang. Masa tu kira dah mahal sebab burger saja dah RM5 lebih. Tahun 1993 burger harga macamtu memang mahal. McD Big Mac pun baru RM3.60 kalau tak silap. Tapi aku pasti itulah burger paling sedap aku pernah makan. Sayangnya tak lama lepas tu Carl's Jr. tutup kedai. Tahun 2007 aku jumpa papan iklan yang Carl's Jr. akan buka kembali di MidValley semasa aku jalan-jalan disana. Tak sabar nak rasa kembali burger bapak gajah mereka. Rupa-rupanya di 1 Utama dah lama buka. Lama ke baru aku tak pasti tapi yang pasti dah buka. Jadi bila aku jalan-jalan sana hujung minggu lepas, aku terserempak dengan iklannya. Aku tak peduli. Member aku nak bebel aku makan burger pagi-pagi, pedulikan. Aku tahu dia tak suka sangat dengan burger tambah-tambah burger yang dia tak pernah kenal dan dengar. Tapi aku kenal dan aku pernah rasa....

Meninggalkan Sebentar Tadi

James Blunt - Cry Lyrics I have seen peace. I have seen pain, Resting on the shoulders of your name. Do you see the truth through all their lies? Do you see the world through troubled eyes? And if you want to talk about it anymore, Lie here on the floor and cry on my shoulder, I'm a friend. I have seen birth. I have seen death. Lived to see a lover's final breath. Do you see my guilt? Should I feel fright? Is the fire of hesitation burning bright? And if you want to talk about it once again, On you I depend. I'll cry on your shoulder. You're a friend. You and I have been through many things. I'll hold on to your heart. I wouldn't cry for anything, But don't go tearing your life apart. I have seen fear. I have seen faith. Seen the look of anger on your face. And if you want to talk about what will be, Come and sit with me, and cry on my shoulder, I'm a friend. And if you want to talk about it anymore, Lie here on the floor and cry on my shoulder, I'm...

Persona Atau Pesona?

Proton dah keluarkan model baru. Model baru ke? Tak juga. Mungkin sepatutnya Proton keluarkan Persona dulu, baru keluarkan Gen.2. Baru nampak sesuai. Tapi kalau Proton Persona keluar dahulu, kemudian baru Gen.2 keluar, aku rasa Proton akan bertambah teruk. Proton Persona ni jauh lebih bagus dan menarik dari Gen.2. Malah jauh lebih baik daripada Waja, mungkin. Aku terfikir nak beli. Tapi banyak perkara yang menyebabkan aku berfikir dua kali. Kalau nak beli yang base-line, serupa macam beli tong sampah beroda. Tak ada apa yang menarik. Kalau nak beli medium-line, kena pula beli wing kecil belakang yang kosnya RM950. RM950 untuk sekeping plastik yang dilekatkan pada bonet belakang. Aku tanya salesman, takde option ke kalau tak nak? Dia cakap takde dan menambah plastik yang ditampal pada bonet belakang Proton Persona ini membantu kereta ini melekap pada permukaan jalan dengan lebih baik. Berapa laju yang aku nak bawa sehingga Proton Persona boleh terbang kalau tak guna sayap belakang tu? ...

Merepek Di Hujung Minggu

Aku lihat kaum india berpiket dihadapan Putra Perdana harini. Menuntut pembelaan diatas kemiskinan dan kemunduran hidup mereka. Patutlah jalan masuk ke Putrajaya dipenuhi dengan roadblock dan yang peliknya menahan bas yang membawa penumpang kaum india. Aku ingatkan mereka pendatang dari negara India tau pekerja estate yang buat rombongan tiada permit bas, rupanya ada piket. Cuma sekarang ni aku lihat ramai orang india yang berjaya. Agak pelik juga ramai kaum india yang suka beli kereta berjenama Nissan. Kenapa ye? Tapi aku perhatikan ada satu masalah dengan anak-anak muda kaum india. Mereka lebih kurang sama dengan orang melayu, suka melepak dan buat bising tak tentu pasal. Tapi yang hebatnya anak-anak muda india ni, mereka mungkin rasa agak kebal. Mereka boleh berdiri di tengah jalan tanpa rasa apa-apa ketakutan. Kalau kereta nak lalu, kereta kena mencelah. Mereka boleh berkumpul depan pintu lift sambil berbual dengan nada yang tinggi dan kalau orang nak guna lift, pandai-pandai la me...

Cerita Mengenai Gambar

Tiga koleksi catatan bergambar sebelum ini adalah ayah dan emak bersama cucu pertama mereka. Anak adik aku yang ketiga. Obviously aku takde anak lagi dan belum berkahwin. Menariknya ayah dan emak adalah tarikan mereka terhadap budak kecil. Walau sesiapa saja pun pasti akan sukakan mereka berdua dan mereka akan layan budak kecil sama seperti mereka layan anak mereka sendiri. Anak saudara aku yang baru bangun tidur terus mendapatkan ayah aku untuk baring dan merasa senang dalam dakapan datuknya, sementara melihat kelibat aku yang tidak pernah dia lihat sejak beberapa hari dia dilahirkan dulu. Itu kali terakhir dia melihat aku (mungkin dia tidak melihat pun) hingga hujung minggu lepas. Aku balik dengan Canon Digital SLR D350 dengan niat hanya satu, aku merakamkan telatah anak saudara aku yang seorang ini. Aku dapat banyak dan hasilnya adalah seperti yang korang lihat dibawah. Menarik bukan?

How Cute Is Cute - 3

Datuk, Nenek dan Cucunya...

How Cute Is Cute - 2

Datuk dan cucunya...

How Cute Is Cute - 1

Datuk dan cucunya...

Seize The Day

Carpe Diem Dulu aku selalu anggap segala yang berlaku dalam hidup adalah takdir. Segala yang aku hadapi, aku kena terima. Maka bila aku alami 'kekalahan' dalam hidup, ianya adalah sebuah kekalahan. Bila aku kecewa dalam hidup, ianya adalah kecewa. Dan bila aku putus asa dalam hidup, ianya adalah putus asa. Sedang aku lupa sebenarnya apa yang berlaku adalah sebahagian dari hidup aku. Kalau niat aku untuk gagal, maka aku gagal. Kalau niat aku untuk berjaya, insyaAllah akan pasti berjaya. Maka Carpe Diem dengan hidup ini. Seperti yang aku ceritakan sebelum ini, aku tidak tahu sesuatu perkara, bukan bermakna aku tidak tahu selama-lamanya. Cuba dulu, baru tahu. Segalanya mungkin, kan? Hehe. Kenapa menulis pendek sehari dua ni? Erm... Aaa... Tiada alasan.

You'll Never Walk Alone

Written by Rogers and Hammerstein for the 1945 Broadway musical 'Carousel', Gerry Marsden and his Pacemakers performed the song in Liverpool clubs during the birth of Merseybeat. "The audience would just stop, stand and listen. It had this immediate effect," says Marsden. Released in October 1963, YNWA was the Pacemakers' third consecutive number one and nowhere was it more popular than on the Kop, as fans sang along with the PA before matches. When it fell from the top spot, Kopites continued to sing it and YNWA has been played and sung at Anfield ever since. When you walk through a storm Hold your head up high And don't be afraid of the dark At the end of the storm Is a golden sky And the sweet silver song of a lark Walk on through the wind Walk on through the rain Tho' your dreams be tossed and blown Walk on, walk on With hope in your heart And you'll never walk alone You'll never walk alone ==== When i listened to the original song, then I real...