Langkau ke kandungan utama

Kisah Jam Tangan (Spoiler Alert!!!)

"Jam berapa?"

Kalau si Sudin dalam Bujang Lapok sudah pasti akan mengira berapa banyak jam yang ada disekeliling dia.

"Tuan pakai satu, saya pakai satu..." Haha. Lawak bodoh tapi sangat efektif. Aku dok pakai lawak-lawak jenis ni sekarang bila nak bergurau dengan member. Ada yang sakit hati dengar jawapan dari aku.

"Buka apa nanti?"
"Buka baju, seluar, mata, pintu..." Aku jawab.
"Orang tanya buka puasa nanti makan apa la!" Marah kawan aku.

Pasal jam. Aku tengok pergelangan tangan aku. Korang tengok korang punya sendiri. Aku dah lama tak pakai jam tangan rupanya. Mungkin hampir 10 tahun. Mungkin lebih. Entah, aku sudah lupa bila kali terakhir aku pakai jam tangan. Mungkin kalau dihitung dari usia aku, cuma 3-4 tahun saja aku pakai jam di tangan. Selebihnya samada aku takde jam langsung, atau jam tangan tidak bertali di dalam poket atau jam di handphone.

Kalau nak diikutkan, memang aku tak reti nak pakai apa-apa di tangan. Cincin atau gelang jangan harap. Sarung tangan pun aku rasa kekok untuk dipakai. Masa menunggang motor dulu aku beli dengan harapan tangan kanan yang memulas pendikit minyak tidak akan berasa kebas bila jalan jauh. Rupanya tidak ada kesan langsung. Tangan tetap kebas. Aku syak tangan kanan aku sedang mengalami fasa awal RSI - repetitive strain injury akibat terlalu lama menggunakan keyboard. Mungkin aku perlu mendapatkan rawatan segera.

Berbalik dengan jam. Mungkin aku tak suka pakai jam tangan sebab ianya tidak selesa ditangan. Kalau pakai jam yang bertali besi, rimas sebab bulu-bulu roma di tangan pasti akan tersepit dicelah-celah rantai besi tersebut. Kalau pakai jam yang bertali kulit, baunya nanti kalau lama dipakai di tangan. Atau mungkin aku patut pakai jam yang berantai dan tersimpan didalam poket (pocket watch) yang biasa orang dulu-dulu pakai? Tapi kalau begitu, aku perlukan set kot, cermin mata satu kanta (monocle) dan sebatang cerut Cuba yang sentiasa terselit dibibir. Tidak lupa rambut disisir rapi belah di tengah dan misai panjang "handlebar". Tambah lagi satu, kasut kulit hitam putih. Ya, itu perlu. Menarik juga kalau dijadikan set baju raya tahun ini memandangkan aku tidak pernah beli baju raya sejak 3 tahun lepas. Kalau hendak buat perubahan, biar pasti mengejutkan orang. Betul kan? Tidak perlu cliche, tidak perlu konformis. Buat sehabis hebat dan aku rasa apa yang aku cakap tadi memang betul-betul hebat. Kalau hendak retro, retrokan diri 100%. Kemudian boleh aku berbual bicara dengan gaya bahasa 30an-50an. Lebih menakjubkan!

Aku masih ingat semasa di ITM dulu, seorang kawan sebilik. Otak memang gila-gila dan bergeliga. Entah kenapa satu hari dia kata mahu gunting rambut. Sedang aku sibuk melukis watak-watak dari karya Tony Wong (komik kung-fu), dia melihat salah satu watak yang berambut separuh kepala di belakang saja. Macam dalam cerita period cina yang biasa kita tonton di TV. Separuh kepala didepan botak, separuh dibelakang berambut dan mungkin bertocang. Itu yang kawan seorang ni buat. Separuh kepala di hadapan botak dan separuh di belakang berambut walau tidak bertocang. Esoknya di kelas. Seperti biasa. Nah, itu betul manusia yang non-konformis. Bukan Melayu yang bangga dengan Guiness di tangan, perempuan yang dilayan dan parodi falsafah barat yang keliru. Itu bukan non-konformis. Itu... berkhayal. Silakan, rambut separuh bota dihadapan. Silakan, seluar senteng setengah kaki. Silakan, pakai baju terbalik luar ke dalam dan tidak perlu tertulis di dadanya

FROSSONICE
AKU MANUSIA PALING HEBAT DALAM DUNIA
AKU NON-KONFORMIS DAN KAMU SEMUA BANGSAT
AKU MANUSIA BERAKAL KERANA MEMBACA FALSAFAH DUNGU DAN ENGKAU HANYA MEMBACA URTV
AKU COOL KERANA ADA MINERAL WATER DI TANGAN DAN ENGKAU HANYA MENELAN AIR LIUR

Tidak perlu semua itu.

Berapa jauh aku tersasar dari jam tangan?

Mungkin aku tidak suka memakai jam tangan kerana aku rasa ianya suatu penindasan diri. Kita memaksa diri untuk sentiasa patuh dengan masa sedang masa itu tidak pernah patuh dengan kita. Kita mahu sentiasa mengawal keadaan dan dengan itu kita perlukan satu alat iaitu sebuah jam untuk memberitahu kita samada kita sedang mengawal keadaan atau tidak.

Atau pakai cincin dijari kerana ianya sebuah pelaburan bagi sesetengah orang. Mungkin kalau yang batu cincinnya sebesar telur ayam, boleh disimpulkan bahawa dia adalah seorang yang gagah perkasa lagi maha hebat. Sekurang-kurangnya kalau bergaduh dengan penyangak, boleh la melebamkan kepala beberapa orang dari penyangak tersebut dengan batu cincin sebesar telur ayam tu.

Atau pakai rantai perak di tangan sebesar-besarnya dengan harapan orang boleh lihat bahawa kita ada rantai tangan besar. Aku ada cadangan, guna saja rantai basikal. Atau rantai motor, atau rantai pintu yang jauh lebih besar dan berguna. Sekurang-kurangnya orang boleh kata engkau seorang non-konformis.

"Yeah, tengok aku! Aku pakai rantai basikal!!!" Jerit sekuat hati di tingkat 5 Suria KLCC dengan harapan awek-awek akan melihat anda sebagai seorang yang amat cool.

"Yeah, tengok aku! Aku khatam Quran, minum Guiness, tidur dengan seramai awek, pencinta alam, bencikan perosak alam, benci pembunuhan, hisap rokok berbungkal-bungkal, baca buku falsafah Barat paling agung, berhaluan kiri (kerana tangan kanan aku sedang memegang sebotol Guiness) dan non-Konformis. Aku Rebel! Tidakkah aku amat-amat COOL??"

Maka dengan penuh taksubnya ramai wanita akan melihat lelaki itu amat-amat cool kerana semua itu. Dan tidak lupa pada cincin dengan batu sebesar telur ayam di jarinya, rantai basikal di tangan, rantai pintu di leher, kasut kulit hitam putih, seluar senteng setengah kaki, baju kot dipakai luar ke dalam, jam poket berkilauan emas, misai handle-bar dan cerut Cuba terselit di bibir. Oh, tidak lupa rambut separuh botak dihadapan. Itu amat-amat cool. Mungkin wanita yang memandang akan meruap...

Sudah amat jauh aku terpesong dari jam tangan. Padahal ini adalah ceritanya. Kesian...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 2

Sambungan koleksi gambar MRSM Balik Pulau, circa 2003. Ini bas maktab suatu ketika dulu. Aku sudah tengok bas baru. Tapi bas lama ini sungguh manis kenangannya. Kami menyanyi gembira setelah muncul johan bolasepak under-15 dan under-18. Pergi berkelah di Batu Feringgi atau melawat Botanical Garden. Pergi trip ke MRSM Berseri dengan ditemani bumbung bas yang bocor. Ianya suatu kebanggaan dapat naik bas ini suatu ketika dahulu. Masa itu tidak semua sekolah ada bas sendiri. Jadi kira hebat la. Baru sekarang aku terperasan, bas tersebut ada iras-iras Penang Yellow Bus. Hmm... Padang. Kalau masa aku pergi tahun 2003 dahulu ada sign board tertulis, "Home of The Cougars", merujuk kepada pasukan ragbi maktab. Mungkin pada ketika itu ianya amat kuat. Memang ragbi masa zaman aku pun kuat juga, tapi tidak sehebat team bolasepak yang dibentuk sejak kami form 2. Sepanjang itu hingga ke form 5, kami tidak pernah tewas satu game pun (betul tak Carrie?). Jadi johan Under-15 dan Under-18 nege...

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 1

Malas pula hendak bercerita mengenai Homeroom. Baik aku tunjukkan koleksi gambar yang diambil pada tahun 2003 semasa reunion MRSM Balik Pulau ketika itu. Ada lagi gambar yang akan diupload kemudian nanti. Banyak. Aku fikir ada baik aku kembali kesana suatu hari nanti untuk aku ambil gambar yang lebih baik. Ini pun guna kamera digital Kodak 3.2 megapixel. Model di atas adalah Meor. Ini sebenarnya pada zaman aku dulu merupakan kaunter untuk segala pembayaran yang berkaitan dengan yuran pembelajaran maktab. Kalau tak salah aku ianya adalah sebanyak RM30 setiap bulan. Disini juga kami akan terima wang saku daripada MARA berjumlah RM25 bagi sesiapa yang layak. Segala keputusan, slip periksa dan apa saja urusan dengan pejabat, semuanya disini. Kaunter segera tepi tingkap. Ini sebenarnya pentas dalam dewan besar maktab. Aku masih ingat semasa menjadi 'sound engineer' untuk drama arahan Amron Roni. si Amron ni pernah jadi produser untuk rancangan sembang-sembang Chef Wan di TV9 tidak l...

Apple Mac - Cerita Aku 1

Aku pakai komputer jenama Apple di rumah dan di pejabat. Laptop MacBook Pro aku beli menggantikan laptop Acer Aspire (sudah dijual) dengan tujuan sebenar untuk kerja sampingan sebagai video editor dengan sebuah studio perkahwinan ( DinaWedding ). Aku sudah menggunakan Apple iMac di pejabat sejak penghujung 2006 lagi. Secara umumnya, banyak kerja aku melibatkan senireka grafik menyebabkan komputer Apple menjadi pilihan paling sesuai. Aku pernah dan sering ditanya serta aku yakin di luar sana ramai juga yang ingin mengetahui kebaikan dan keburukan menggunakan komputer jenama Apple. Jadi aku fikir lebih baik aku kongsi pengalaman aku. Komputer jenama Apple secara umumnya adalah komputer peribadi/workstation/server yang dibina dan dijual sendiri oleh syarikat Apple Inc. dan menggunakan sistem operasi (Operating System) jenama Mac OS. Suatu ketika dulu ada syarikat pengeluar komputer yang mengeluarkan komputer dengan menggunakan sistem operasi Mac OS namun begitu semenjak Steve Jobs (CEO d...