Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2005

Weekend Summary...

Susah kalau kenal seseorang yang begitu mudah menarik perhatian orang lain. Terasa begitu banyak cabaran dan dugaan. Terasa begitu banyak saingan. Ditambah kalau orang itu sendiri begitu terbuka menerima sesiapa sahaja dalam hidupnya.

====

"Wah sudah lama tak nampak?"
"Ada, lu saja yang sudah pindah atas"
"Kawan, RAM sudah turun banyak woo"
"Aiya, saya cari LCD la"
"RM700 Viewsonic"
"Minggu depan beli. RAM murah?"
"Ya la, DDR 512 sekalang sudah RM169 saja"
"Mak aih, murahnya!"

Aku dok berkira, kalau beli dua keping, dapat 1GB RAM. Besar tu. Main dengan graphics ni best. Harap tak naik balik. Sayang PC aku tak support DDR2, kalau tak aku dah beli yang tu. Murah juga.

====

"Saya gaduh dengan orang tu"
"Orang tu? Aik, ingat pegi seminar?"
diam...
"Awak okay ke?"
diam...

Telefon...
"Saya dalam kereta"
"Kereta?"
"Pinjam kereta orang, nak beli kek sambung birthday member"
&…

Lagenda MyKad...

Maka pada hari ini berakhirlah stok MyKad. Tak habis tapi belum ada stok. Jadi rilekslah staf-staf yang berhempas pulas siang malam menyiapkan MyKad untuk jutaan rakyat Malaysia (yang tak sudah-sudah komplen). Sekarang tengah tunggu stok baru sampai. Bukan jauh pun. Kompeni Malaysia juga yang buat. Tapi kualiti sedang menjadi persoalan. Sebab itulah jadi lambat pengiriman stok baru. Mula-mula Sirim mempersoalkan sebab begitu mudah rosak. Kemudian staf persoalkan sebab begitu mudah rosak. Akhirnya pengguna mempersoalkan sebab begitu mudah rosak. Agaknya mereka masih tak nampak rasional institusi piawaian beri respon negatif. Mereka hendak letakkan salah kepada kerajaan kerana tidak menyediakan kad yang bermutu. Kemudian bos-bos dalam kerajaan pula letakkan salah kepada anak-anak buah kononnya mereka tak buat kerja dengan baik, akibatnya kualiti kad tiada. Dimana agaknya staf-staf yang bersengkang mata dari jam 7.30am - 9.00pm Isnin sampai Jumaat dan 8.00am - 4.00pm Sabtu dan Ahad bercu…

Kejam

Aku melihat dengan mata kepala sendiri sekumpulan polis berpakaian biasa menangkap seorang lelaki yang disyaki pengedar/penghisap dadah. Tanpa memperdulikan keadaan sekeliling, lelaki tersebut digari tangan kebelakang, ditendang kaki hingga jatuh tertiarap, ditendang perut, dipijak kepala dan dimaki hamun. Maka menjerit-jerit lelaki tersebut memohon simpati dari 'penjaga keamanan' ini agar tidak dia diperlakukan sebegitu. Namun itu semua tidak diperdulikan. Lalu ditendang lagi, dipijak kepala seperti memijak puntung rokok dan diseret menuju ketempat yang lebih gelap. 'Serangan' diteruskan. Sehinggalah sebuah Proton Perdana berhenti tidak jauh dari adegan kekejaman itu. Keluar dua orang dengan lagak tokoh yang berpengaruh. Mereka lalu berbicara dengan sekumpulan polis ini. Seketika kemudian dua tokoh ini pergi, dan suara jeritan kesakitan lelaki itu senyap. Selesai...

Dimana kereta polis? Yang kelihatan hanya 5 buah motosikal.
Dimana suara yang menyatakan mereka polis? Se…

Friends Revisited.

Tengok Friends season 8
Tengok Friends season 2
Tengok Friends season 6
Tengok Friends season 9
Tengok Friends season 2
Tengok Friends season 10
Tengok Friends season 7
Cari disc 3 Friends season 7 entah kemana aku letak.
Sambung tengok Friends season 7
Tengok Friends season 8
Tengok Friends season 1 (beli original tapi Pilot & episod 2 takde. Lepas season 2 aku beli DVD pirate je. Apa guna beli VCD original kalau mutu macam orang ambil gambar curi dari dalam panggung wayang? Oit, original beli di Speedy! RM119.00. Beli DVD pirated RM40.00 complete season, lagi puas hati.
Sambung balik tengok Friends season 1
Habis tengok Friends season 1... Season apa lagi tak tengok? 3,4 dan 5. Ada tapi tunggulah dulu. Tengok Futurama season 1.
Nak beli Futurama season 2 - season 5 (atau sampai 4 je?)
Nak beli Smallville season 1 - season 3.
Nak beli...

Godfather
You've Got Mail
The Grinch
Good Will Hunting (CD yang ada dah hampir rosak)
Patch Adam
Mambo King
Semua Filem P.Ramlee (tak kira la yang sedih nak mamp…

Menunggu Bas..

Semalam masih sama. Aku masih disini. Masih belum mengerti dan masih mencari. Mana mungkin aku biarkan sepanjang masa ini mencari tapi tidak menemuinya. Mana mungkin sepanjang masa aku perlu berjalan.

Selamat malam dunia.

La La La La La La La La

La La La La La La La La La La La La La La La La
La La La La La La La La La La La La La La La La
La La La La La La La La La La La La La La La La
La La La La La La La La....