Langkau ke kandungan utama

Kejam

Aku melihat dengan mata kepala sendiri sekumpulan polis berpakaian biasa menangkap seorang lelaki yang disyaki pengedar/penghisap dadah. Tanpa memperdulikan keadaan sekeliling, lelaki tersebut digari tangan kebelakang, ditendang kaki hingga jatuh tertiarap, ditendang perut, dipijak kepala dan dimaki hamun. Maka menjerit-jerit lelaki tersebut memohon simpati dari 'penjaga keamanan' ini agar tidak dia diperlakukan sebegitu. Namun itu semua tidak diperdulikan. Lalu ditendang lagi, dipijak kepala seperti memijak puntung rokok dan diseret menuju ketempat yang lebih gelap. 'Serangan' diteruskan. Sehinggalah sebuah Proton Perdana berhenti tidak jauh dari adegan kekejaman itu. Keluar dua orang dengan lagak tokoh yang berpengaruh. Mereka lalu berbicara dengan sekumpulan polis ini. Seketika kemudian dua tokoh ini pergi, dan suara jeritan kesakitan lelaki itu senyap. Selesai...

Dimana kereta polis? Yang kelihatan hanya 5 buah motosikal.
Dimana suara yang menyatakan mereka polis? Serangan begitu licik seperti askar menyerang hendap musuh.
Dimana keadilan? Sejahat mana manusia, apakah layak dia dihina dan disiksa sebegitu rupa?
Aku dan rakan-rakan serta mungkin puluhan pasang mata yang melihat, apa yang kami rasa? Setidak-tidak ia telah mengesahkan kekejaman polis.
Mungkin lelaki itu pengedar/penagih dadah. Tapi kalau nak pukul sekalipun, jangan dihadapan orang. Pandangan orang akan menjadi lebih negatif...

Jeritan lelaki itu masih terngiang ditelinga ini.

Aku benci kekejaman...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 2

Sambungan koleksi gambar MRSM Balik Pulau, circa 2003. Ini bas maktab suatu ketika dulu. Aku sudah tengok bas baru. Tapi bas lama ini sungguh manis kenangannya. Kami menyanyi gembira setelah muncul johan bolasepak under-15 dan under-18. Pergi berkelah di Batu Feringgi atau melawat Botanical Garden. Pergi trip ke MRSM Berseri dengan ditemani bumbung bas yang bocor. Ianya suatu kebanggaan dapat naik bas ini suatu ketika dahulu. Masa itu tidak semua sekolah ada bas sendiri. Jadi kira hebat la. Baru sekarang aku terperasan, bas tersebut ada iras-iras Penang Yellow Bus. Hmm... Padang. Kalau masa aku pergi tahun 2003 dahulu ada sign board tertulis, "Home of The Cougars", merujuk kepada pasukan ragbi maktab. Mungkin pada ketika itu ianya amat kuat. Memang ragbi masa zaman aku pun kuat juga, tapi tidak sehebat team bolasepak yang dibentuk sejak kami form 2. Sepanjang itu hingga ke form 5, kami tidak pernah tewas satu game pun (betul tak Carrie?). Jadi johan Under-15 dan Under-18 nege...

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 1

Malas pula hendak bercerita mengenai Homeroom. Baik aku tunjukkan koleksi gambar yang diambil pada tahun 2003 semasa reunion MRSM Balik Pulau ketika itu. Ada lagi gambar yang akan diupload kemudian nanti. Banyak. Aku fikir ada baik aku kembali kesana suatu hari nanti untuk aku ambil gambar yang lebih baik. Ini pun guna kamera digital Kodak 3.2 megapixel. Model di atas adalah Meor. Ini sebenarnya pada zaman aku dulu merupakan kaunter untuk segala pembayaran yang berkaitan dengan yuran pembelajaran maktab. Kalau tak salah aku ianya adalah sebanyak RM30 setiap bulan. Disini juga kami akan terima wang saku daripada MARA berjumlah RM25 bagi sesiapa yang layak. Segala keputusan, slip periksa dan apa saja urusan dengan pejabat, semuanya disini. Kaunter segera tepi tingkap. Ini sebenarnya pentas dalam dewan besar maktab. Aku masih ingat semasa menjadi 'sound engineer' untuk drama arahan Amron Roni. si Amron ni pernah jadi produser untuk rancangan sembang-sembang Chef Wan di TV9 tidak l...

Jemputan

Semalam edar kad jemputan ke majlis perkahwinan aku 11 Jun nanti (Ingat tarikh ini ya Pn. Ain dan jemput datang). Setakat ini aku cuma edarkannya di pejabat. Memang agak lewat tetapi tidak boleh dielak. Terima kad dari pencetak pun sudah lewat. Aku sudah sediakan kad secukupnya (aku fikir) untuk orang di pejabat. Rupanya tidak cukup. Setiap kali aku masuk ke ruang pejabat mereka, aku sedari ada lagi orang yang aku perlu jemput secara khusus. Nampaknya sungguh ramai yang mengenali aku. Aku sendiri terkial-kial untuk menulis nama mereka di kad kerana aku tidak tahu nama mereka dan aku tidak kenal mereka. Ada kad yang perlu aku pos. Wah, sudah berapa lama aku tidak menggunakan setem? Berapa harga setem yang aku perlu guna untuk mengirim sekeping kad? Masih 30 sen? Setiap kali orang menerima kad jemputan aku, ayat pertama yang keluar dari mulut mereka mestinya, "Wah Dan... Besarnya kad kau!" Aku cuma tersenyum. Lalu jawapan standard aku adalah, "Kena buat besar-besar. Orang ...