Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2011

Kemas dan Kini

Nampak malas sungguh aku menulis blog pada tahun ini. Sehingga Mac ini, baru 21 post. Bulan Mac baru ada tiga post. Itu pun satu daripadanya hanya lagu yang dipetik dari YouTube. Jadi aku cuma menulis dua post sahaja pada bulan ini. Kalau ditanya mengapa, aku tiada jawapan yang pasti. Aku duga, kerana aku lebih gembira sekarang maka aku kurang hendak bercerita mengenai kesedihan, sunyi dan kecewa. Aku hairan kenapa cerita gembira aku tidak boleh terluah dengan tulisan di sini. Mungkin di hati ini berkata, cukup untuk diri sendiri menikmatinya. Atau mungkin tahun ini adalah tahun rehat aku. tahun meluangkan masa dan kurang menulis. Lebih memerhati. Atau mungkin kerana aku sedang belajar berkomunikasi dengan Zura. Kerana aku sudah lama tinggalkan cinta. Jujur aku tidak tahu jalan dan cara untuk mengambil hati orang. Kena belajar perlahan-lahan. Aku tahu ada kala Zura tersinggung dengan tingkah laku, kata-kata dan perbuatan aku. Dia lebih banyak bersabar. Aku sedang belajar untuk memperba

Melakar Mimpi

Ini kerja part-time baru aku, hasilkan album perkahwinan. Biasanya orang kata bentuk album begini adalah story book . Aku tidak nampak mana ceritanya melainkan aturan gambar dalam album yang disusun mengikut jalan cerita (perjalanan majlis). Jadi ianya masih sebuah album, dengan jalan cerita. Aku tidak turut buat rakaman fotografinya. Itu tugas orang lain. Tugas jurufoto adalah untuk merakam gambar dan memilih gambar terbaik untuk dimuatkan ke dalam album. Kemudiannya seorang editor akan membuat ' editing ' dan ' touch-up' terhadap semua gambar tersebut. Aku tidak boleh buat kerana aku rabun warna. Akhirnya barulah tugas aku, untuk membuat layout atau tata susun gambar di dalam album berdasarkan aturan cerita yang dirancang. Ini termasuk pemilihan gambar untuk kulit muka album seperti gambar di atas. Aku mahu lari dari norma sebuah album ' story book ' yang biasa kita lihat; dengan gambar pasangan bahagia memberi pose sambil mengadap audiens/kamera. Aku mahu &#

Epik

Entahlah, kadang-kadang aku boleh dengar apa saja muzik dan terus menjiwainya sekelip mata. Kadang-kadang punca mencari asal usul lagu atau irama tersebut dari sebuah iklan. Seperti muzik latar iklan kereta jenama Ferrari baru, FF. Muzik latarnya sungguh menakjubkan. Lalu aku mencari asal usul muzik tersebut. Apa yang aku temui adalah sesuatu yang begitu mengagumkan. Lagu bertajuk Heart of Courage dari sebuah kumpulan yang menamakan diri mereka Two Steps From Hell. Agak pelik tetapi muziknya sungguh epik. Dengar saja; Ada banyak lagi lagu mereka. Kamu cari dan dengar sendiri di YouTube. 

Bahasa

Sudah lama aku tidak menulis di sini sehinggakan Zura sendiri bertanya kenapa. Mungkin aku boleh jawab aku sudah tidak ada apa yang menarik untuk ditulis. Tetapi hidup ini sedang dalam keadaan yang sangat menarik. Sejak beberapa ketika ini, aku terkenangkan kampung halaman. Bukan di Kuala Kangsar, tetapi di Gerik, Perak. Aku membesar di sana dari hari pertama hingga berusia sembilan tahun, sebelum berpindah ke Kuala Kangsar pada tahun 1985. Kamu tahu apa yang paling menarik mengenai Gerik? Bahasanya. Ada yang menggelar bahasa pertuturan di Gerik sebagai bahasa Gerik, ada yang kata bahasa Patani (seperti di Selatan Thailand), ada yang fikir ianya bahasa Kelantan. Hakikatnya bahasa di Gerik adalah unik dan hanya ada di sekitar Hulu Perak dan sedikit di selatan Kedah sahaja. Itu pun, di hampir setiap kampung atau kawasan, bunyinya berbeza dan gaya pertuturannya juga berbeza. Itu yang membuatkan bahasa Gerik (selepas ini aku hanya akan andaikan ianya Bahasa Gerik sahaja) adalah yang istime