Sudah lama aku tidak menulis di sini sehinggakan Zura sendiri bertanya kenapa. Mungkin aku boleh jawab aku sudah tidak ada apa yang menarik untuk ditulis. Tetapi hidup ini sedang dalam keadaan yang sangat menarik.
Sejak beberapa ketika ini, aku terkenangkan kampung halaman. Bukan di Kuala Kangsar, tetapi di Gerik, Perak. Aku membesar di sana dari hari pertama hingga berusia sembilan tahun, sebelum berpindah ke Kuala Kangsar pada tahun 1985.
Kamu tahu apa yang paling menarik mengenai Gerik?
Bahasanya.
Ada yang menggelar bahasa pertuturan di Gerik sebagai bahasa Gerik, ada yang kata bahasa Patani (seperti di Selatan Thailand), ada yang fikir ianya bahasa Kelantan. Hakikatnya bahasa di Gerik adalah unik dan hanya ada di sekitar Hulu Perak dan sedikit di selatan Kedah sahaja. Itu pun, di hampir setiap kampung atau kawasan, bunyinya berbeza dan gaya pertuturannya juga berbeza. Itu yang membuatkan bahasa Gerik (selepas ini aku hanya akan andaikan ianya Bahasa Gerik sahaja) adalah yang istimewa. Aku sendiri dengan asal usul emak dari Kampung Ulu Kenderong, gaya bicara bahasa Gerik aku adalah gaya Ulu Kenderong.
Aku berikan contoh perkataan dalam bahasa Gerik;

- toho - bermaksud cetek
- kelik - balik
- mengei - memancing
- setik burung - melastik burung
- bedesuk - berdesup (sangat laju)
- semawa - pelawa
- pungga/tubir/tuju - baling/lempar
- jebib/jebik - ketip bibir
- kapong - kampung
- semamat - runsing/rimas
- damuh - kotor
- katik/gatek - sama
Ada banyak lagi perkataan dalam bahasa Gerik yang boleh didengar kalau kita berbual dengan orang yang berasal dari sana. Aku suatu ketika dulu boleh berbicara dalam bahasa Gerik. Sekarang aku cuma hanya faham. Kalau disuruh bercakap, aku tidak pandai. Tapi bila ditulis dan dibunyikannya, aku masih boleh.
Emak dan adik beradiknya masih boleh berbicara dalam bahasa Gerik. Kadang-kadang aku rindu hendak berkata-kata seperti mereka kerana sewaktu kecil dulu, begitulah caranya aku berbual dengan orang yang aku kenal.
Pada tahun 1985, aku berpindah ke Kuala Kangsar. Ianya suasana yang sangat sukar kerana Kuala Kangsar ada dialek bahasanya sendiri, Bahasa Kuala Kangsar atau secara rasminya orang panggil, Bahasa Perak atau Bahasa Kuala (Kuale).
Bayangkan ketika umur 10 tahun, aku perlu beralih dari biasa berbicara dalam bahasa Gerik yang banyak perkataan hibrid dari bahasa lain, ke bahasa Kuala. Aku tidak faham apa yang kawan di sekolah cakap, dan mereka tidak faham dengan apa yang aku cakap. Tetapi untung aku cepat belajar tetapi cuma untuk masa yang sangat singkat; tidak lebih lima tahun kerana selepas itu aku menyambung pelajaran di Pulau Pinang, juga dengan dialek bahasa yang sangat berbeza.
Bila habis belajar, aku berpindah ke Lembah Klang untuk menyambung belajar di universiti dan seterusnya bekerja di sini. Lama kelamaan, aku hanya mahir dengan bahasa Melayu standard yang sering dituturkan di Lembah Klang ini. Hilang langsung identiti untuk berbicara dalam bahasa Gerik atau bahasa Kuala. Aku cuma boleh faham, tetapi amat sukar untuk menuturnya balik.
Seronok sebenarnya bila boleh faham banyak dialek. Ianya suatu kelebihan. Tetapi adalah lebih baik jika dapat kita tuturkannya sekali. Lebih cool, bukan?
Ulasan
Catat Ulasan