Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2013

Masa Untuk Qaseh

Masa untuk Qaseh; Setiap hari bekerja; - 15 minit di waktu pagi sebelum dihantar ke penjaganya. - Lebih kurang 4 jam selepas balik kerja sehingga dia tidur. = Lebih kurang 24 jam. Hujung minggu sepenuh masa dengan Qaseh @ 2 hari. Seminggu = 3 hari. 52 minggu = 156 hari. (Aku anggap 180 hari) 180 hari = lebih kurang 6 bulan. Sekadar 6 bulan. Mana cukup!

Mencari Damai di Bukit Fraser

Dek kerana jerebu yang semakin serius, siang tadi aku bawa lari Zura dan Qaseh ke Bukit Fraser. Pertama kali aku ke sana. Tiba sudah lewat petang. Namun begitu, walaupun cuma sekadar untuk sejam dua, ianya sudah cukup untuk kami sekeluarga menghirup udara segar di sana. Cukup untuk membuat Qaseh nampak lebih selesa. Itu yang penting. Fraser memang mendamaikan. Suasananya sangat tenang. Jauh berbeza dengan Cameron Highlands. Aku fikir Bukit Fraser masih terpelihara daripada pembangunan berleluasa. Tidak ada ladang sayur yang dibuka di mana-mana. Mungkin faktor geografi yang kurang sesuai atau kawasan sekitar yang kebanyakkannya digazetkan sebagai hutan simpan kekal. Akses yang aku fikir lebih sukar berbanding ke Cameron Highland juga satu faktor. Jalan di sana sangat kecil. Mustahil bas-bas besar dapat terus sampai ke puncak dengan mudah. Untuk bercuti sambil menikmati suasana damai alam yang sejuk dan nyaman, Bukit Fraser adalah sangat sesuai. Kita tidak akan habis banyak duit di sana.

Perit Jerebu

Aku awalnya cadang nak tidur awal malam ni. Semalam Qaseh tidur jam 3 pagi akibat jerebu. Jerebu semakin teruk, kan? Tekak makin perit dan mata terasa pedih. Itu aku. Qaseh lagi merana. Malam seperti ini adalah sesuatu yang sukar hendak dilaluinya. Batuk tanpa kahak adalah salah satu punca kesan jerebu. Badan panas dan kesukaran untuk bernafas. Sekarang dia sedang menangis. Aku perlu stop.

Mengenai Telefon

Siang tadi ada seorang yang bertanya kenapa sudah tidak bertwitter. Aku sudah tidak guna telefon pintar. telefon bimbit aku sekarang adalah ini; Jadi tidak adalah twitter, facebook atau instagram secara mobile. Aku beli dengan harga lebih kurang RM90. Semenjak beli, ianya baru dua kali dicas. Dua kali setelah hampir dua minggu. Kalau dengan Samsung Galaxy S3 dulu, hampir setiap masa aku perlu cas. Puncanya amat jelas. Ketika ada telefon pintar, hampir setiap masa aku online. Buka laman web, facebook, twitter dan perkara lain. Ada saja perkara yang hendak dilakukan dengan telefon itu. Tunggu lif, belek internet. Dalam lif, semak status facebook. Jalan 10 meter, semak twitter. Lepak depan TV, jenguk instagram. Memang melekat dengan telefon. Awal aku beli telefon ini tempohari aku rasa sedikit kekok. Depan lif, aku seluk poket seluar dan keluarkan telefon. Flip telefon dan aku terkesima. Apa benda yang aku boleh buat dengannya? Internet, facebook, twitter atau instagram semuanya tidak ada

Lewat Malam

Antara punca aku kurang menulis adalah disebabkan untuk beberapa ketika, setiap post aku mesti dikepilkan dengan foto. Bukan sekadar foto, tetapi foto yang menceritakan sesuatu. Akibatnya aku lebih banyak menceritakan hal keluarga dan kurang hal-hal lain yang tidak aku rakam dengan kamera. Blog ini dulunya begitu terbuka. Aku berbicara apa saja. Semuanya aku sumbat di sini sebagai momento saat itu. Ianya begitu relevan dengan suasana dan apa yang berlaku ketika itu. Tidak berapa lama dulu aku haramkan diri aku dari menulis hal politik di sini. Aku juga sudah tidak menulis hal yang sedih, kecewa atau bersifat terlalu peribadi. Sedangkan dulu aku ceritakan semuanya. Mungkin ada perkara yang tidak perlu aku tulis lagi di sini kerana tidak mahu mencetus salah faham atau menyentuh perasaan orang lain. Selepas ini blog ini akan lebih terbuka. Aku begitu berminat hendak menulis mengenai teknologi; buat ulasan terhadap sesuatu produk seperti telefon bimbit atau komputer. Aku juga berminat berk

Mengenai 5S

Semalam selesai audit 5S di pejabat. Sudah lima tahun pejabat ini terlibat dengan 5S, jadi ini adalah perkara biasa bagi kami di pejabat. Aku sendiri kenal mengenai 5S lebih lama dari itu kerana suatu ketika dulu aku pernah ditugaskan untuk membukukan slaid 5S. Tetapi aku tidak pernah suka 5S. 5S itu sendiri adalah bagus. Sebuah konsep yang baik untuk diamalkan di pejabat bagi memastikan efisiensi kerja. Tetapi apabila diberikan kepada kakitangan kerajaan, ianya bertukar menjadi ritual mencantik dan menghias pejabat. Perkara lain cuma 30%. Ianya dalam banyak segi menyekat kebebasan berkreatif. Kreatif tetap atas tetapi dalam keadaan terkawal. Satu design/corak mengisi ruang yang luas sedangkan ruang itu sebenarnya boleh dimuatkan dengan pelbagai corak yang lebih menarik. Sebab itu aku sedaya upaya tidak mahu terlibat dengan serius hal-hal 5S dan aku jelaskan secara literal kepada bos aku mengenai pendirian aku itu. Cuma untuk semalam, aku membantu sedikit mengikut kehendak mereka. Cuku

Kembali Menulis

Dua tiga hari membaca posting lama di blog ini. Suatu ketika dulu aku cukup rajin menulis di sini. Aku akan kembali menulis di sini. InshaAllah.