Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel MRSM Balik Pulau

Aku Hilang Kemahiran Menulis

Sejak bekerja di JPN, jarang sekali aku menggunakan pen atau alat tulis lain sebagai alat utama untuk menulis. 99% kerja yang aku lakukan melibatkan aku menaip atau menggunakan mouse. Akibat daripada itu, aku sedari semakin hari semakin teruk tulisan aku. malah aku rasa semakin tidak pandai hendak menulis. Aku masih boleh melukis (sketching saja), tetapi menulis bagi aku difikirkan agak sukar. Mungkin bila tiba masanya nanti, aku akan hilang skil untuk menulis dan tulisan aku akan jadi seteruk (secomel) tulisan budak sekolah tadika. Semasa mengisi borang kad Mesra di Petronas tadi, aku sedari bahawa aku tidak boleh menulis dengan baik setiap huruf yang aku perlu tulis. Tapi kamu berilah aku keyboard atau mouse pada bila-bila masa, aku boleh pejam mata sambil menaip ini (walaupun dengan sedikit kesilapan ejaan). Adakah kita sebagai manusia suatu hari nanti akan hilang kemahiran untuk menulis? Maksud aku, kamu boleh lihat sendiri apa yang berlaku sekarang. Keyboard dan mouse sudah mengam...

Catatan Ke-1000

Catatan ke-1000. Terima kasih kamu semua yang sentiasa sudi berkunjung ke blog ini. Setelah lima tahun menulis dengan aktif di blogspot, barulah aku capai catatan ke-1000. Lima tahun untuk mencapai angka 1000 adalah suatu jangka masa yang lama. Ada yang boleh hasilkan 1000 post sebulan. Tidak mengapa. InsyaAllah, laman ini akan terus bertahan selagi aku terdaya untuk menulis. Ini potret terbaru, dirakam oleh seorang kenalan yang baru bermain dengan SLR. Agak menarik shot dia. Tapi gambar di atas sudah aku edit. Siang Ahad, aku akhirnya berkesempatan untuk merakam suasana di dalam Masjid Sultan Mizan, Putrajaya. Aliah minta aku komen mengenai masjid ini. Aku rasa buat masa ini aku tidak mahu komen apa-apa. Ianya masih baru dan banyak yang belum siap. Terimalah rakaman lensa aku siang tadi. Agaknya, akibat jarang menggunakan kamera, skil pun beransur kurang. Sigh... Semua gambar masjdi di atas dirakam dalam masa 30 minit. Selepas itu aku dapat call yang menyebabkan aku terpaksa ke pejaba...

Basikal Cabuk

Aku dok tengok Facebook. Mengintai-intai gambar kawan-kawan lama dan aktiviti yang mereka lakukan sekarang. Seperkara yang aku perasan, ada beberapa orang dari mereka yang menjadikan basikal sebagai aktiviti sukan mereka. Ada yang guna race bike dan ada yang guna mountain bike. Tak kisah mana pun. Ceritanya, hampir semua dari mereka ini semasa di maktab dulu memang tidak terlibat dalam aktiviti berbasikal. Maktab memang ada "kelab" lumba basikal. Tidak rasmi pun. Ada beberapa orang saja yang terlibat; aku, Amron Roni (bekas produser TV9), Shah Jihan, Suffian (Panjang) dan seorang dua lagi yang join sekali sekala. Ikut asalnya, cuma aku dan Amron saja yang memulakan "kelab" ini. Malah pertama kali berbasikal mengelilingi Pulau adalah aku dan dia saja. Kami jumpa beberapa basikal lumba lama di sebuah stor tepi kelas. Kami keluarkan dan ada lebih kurang 5 buah basikal yang masih elok walaupun uzur. Kami baikinya dan selebihnya hantar ke kedai untuk dibaik pulih. Aku ma...

20 Tahun Dulu, Hari Ini

20 tahun dulu pada hari ini, aku mendaftar masuk sebagai pelajar di MRSM Balik Pulau. Sebentar tadi baru sedar setelah membaca emel dari rakan-rakan lama. 20 tahun. Sungguh lama. Dua per tiga daripada usia. Ayah, emak, adik, arwah nenek dan saudara yang menghantar aku. Pesan arwah nenek masih aku ingat; "Hang belajar rajin-rajin. Kita ni dari keluarga susah. Dulu ayah hang jual kuih sebelum pegi sekolah. Naik perahu nak pergi sekolah." Malangnya aku tidak patuh dengan pesanan arwah nenek. Tetapi aku tetap bersyukur diberi peluang untuk belajar di situ. Banyak tempat aku pergi sebelum dan selepas itu, tidak ada lagi yang boleh dibandingkan pengalamannya ketika berada di maktab. Nombor maktab, 89031 masih aku ingat. Orang yang ke-31 mendaftar. Kiranya awal juga. 20 tahun sudah berlalu. Kenangan di sana masih segar dalam ingatan.

Mengenai Laman Web MRSM Balik Pulau Lagi

Post aku sebelum ini mengenai Laman Web MRSM Balik Pulau  mendapat dua respon. Kedua-duanya memberi cadangan agar Ansara atau bekas pelajar saja yang membina laman web yang ada kandungan mengenai peristiwa lama atau aktiviti yang lepas. Pertamanya, aku harap kamu faham tujuan kenapa aku tulis post tersebut. Aku harap laman web tersebut boleh jadi one-stop-centre atau portal ulung daripada mengharapkan beberapa laman web lain melakukan perkara yang sama. Lebih mudah untuk sesiapa saja akses, termasuk bekas pelajar dan juga bekas guru. Kalau kita mahu wujudkan komuniti berasingan antara maktab sekarang dan bekas pelajar/guru, boleh. Tapi ianya kurang menarik dan seperti tiada sinambungan. Seperti, "Kamu sudah keluar dari institusi ini, jadi buatlah hal sendiri." Adalah lebih menarik kalau laman web rasmi maktab boleh dijadikan penghubung antara perkara yang lepas, sekarang dan masa akan datang. Ada juga sebab orang mahu datang berkunjung ke web tersebut selain dari memeriksa ke...

Mengenai Laman Web MRSM Balik Pulau

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1430. Selesai aku menonton Remember The Titans tadi, aku terfikirkan sesuatu. Pada tahun 1990 dan 1992, MRSM Balik Pulau pernah menjadi johan pertandingan bola sepak antara sekolah di Pulau Pinang untuk peringkat umur bawah 15 tahun dan bawah 18 tahun. Begitu hebat pasukan bola sepak MRSM BP ketika itu hingga amat disegani di Pulau Pinang. Seingat aku, sepanjang musim pertandingan bawah umur 15 tahun pada tahun 1990, MRSM BP menang semua perlawanan hingga ke perlawanan akhir. Itu mungkin suatu rekod, aku tidak pasti. Kemudian pasukan yang sama mengulangi kehebatan mereka pada peringkat umur bawah 18 tahun, dua tahun kemudian. Memang hebat. Cuma, bila aku pergi mengunjungi laman web MRSM Balik Pulau , tiada semua maklumat itu. Agaknya maklumat sebegitu tidak penting seperti maklumat akademik; keputusan peperiksaan, jadual peperiksaan dan segalanya yang mengenai akademik. Jadi, apa motif diadakan pertandingan sukan antara sekolah dan dihantar pasukan untuk b...

Membukukan Cerita Kamu

Tengah malam buta semalam aku terima satu panggilan. Jody dan Selina Bee ajak minum sedang aku sudah terbaring di atas tilam dengan batuk yang tak sudah-sudah sejak seminggu yang lalu. Akhirnya aku setuju pergi. Jumpa mereka di Cyberia, Cyberjaya dan duduk di kedai mamak hingga jam 4 pagi, berbual-bual. Apa lagi yang hendak dibualkan dengan sahabat-sahabat lama kalau tidak kenangan-kenangan lama. Mereka 'puji' aku kerana banyak ingat kenangan lama dan aku ceritakannya di ruang blog ini. Aku cuma kata aku ingat apa yang aku nak ingat. Kemudian ianya membuat aku terfikir siang tadi. Bukan orang lain tidak ada ingatan yang baik atau sudah lupa apa yang berlaku dahulu. Cuma ramai antara mereka yang tidak pandai untuk huraikannya dalam bentuk tulisan seperti ini. Kalau kamu dengar apa yang Jody dan Selina cerita semalam, aku fikir mereka lebih banyak ingat perkara-perkara lalu berbanding dengan aku. Cuma mungkin, mereka tidak mahir hendak jelaskannya dalam bentuk penulisan dan akiba...

Sesudah Reunion - Part 5

KOLEKSI GAMBAR REUNION 89ERS MRSM BALIK PULAU Saat-saat meninggalkan Pulau Pinang aku rakam sebagai tanda ingatan. Detik-detik feri bergerak meninggalkan jeti Raja Tun Uda membawa aku mengimbau kenangan lalu. Kenangan yang akan aku semat sepanjang usia ini. Ah, seperti dahulu. Bangunan tinggi itu sebagai tanda, dari jauh aku melihatnya dan menunggu tiba. Ya, aku pasti akan kembali lagi kesini.

Sesudah Reunion - Part 4

KOLEKSI GAMBAR REUNION 89ERS MRSM BALIK PULAU Menjelang malam, Majlis Makan Malam 89ers pula diadakan di Hotel Copthorne Orchid. Ianya lebih mesra dan tidak formal. aku cuma berbaju T merah dengan gambar Clone Trooper dan berseluar jeans. Aku sempat mengambil beberapa keping gambar. Selebihnya aku lebih banyak berbual-bual dengan rakan-rakan yang sudah lama tidak bertemu. Tidak perlu aku bersusah payah mengambil gambar kerana sudah ada jurufoto dan juruvideo yang ditugaskan untuk mengambil foto. Aku cuma ambil beberapa yang perlu. Tidak ada apa yang lebih penting malam ini dari bertanya khabar berita sahabat lama. Ada yang melucukan hendak dibicara kerana setiap ketika pasti ada kedengaran hilai tawa mereka. Separuh dari kita tidak mengenali antara satu sama lain. Ada yang cuba mengagak dan cuma mengingatkan kembali wajah-wajah yang nyata sudah berbeza dari apa yang kita ingat suatu masa dahulu. Jadi biasanya perbualan pasti akan bermula begini, "Aku ingat muka hang, tapi nama da...

Sesudah Reunion - Part 3

KOLEKSI GAMBAR REUNION 89ERS MRSM BALIK PULAU Sebelum aku sambung dengan majlis makan malam 89ers, aku mahu bawa kamu ke tempat lain sementara waktu. Aku pasti kebanyakkan ex-MRSM BP yang lelaki masih ingat dengan masjid ini. Masjid paling hampir dengan maktab. Kalau masa di sana dulu, ada yang cuba datang awal ke masjid hanya semata-mata mahu menikmati makanan yang disedekahkan ke masjid. Kalau tidak dapat nasi, pulut atau kuih, cukup sekadar beberapa biji pisang. Masjid ini kecil dan biasa di hari Jumaat ianya akan dipenuhi oleh pelajar maktab. Selebihnya orang kampung sekeliling. Aku pernah kesitu sewaktu cuti semester dan memang kosong. Pekan Balik Pulau. Hujung sana berhampiran dengan bulatan ada stesen bas lama yang kita guna untuk menunggu bas membawa kita ke Georgetown atau balik ke maktab. Penang Yellow Bus sudah lama menamatkan perkhidmatan mereka. Tiada lagi bas kuning dengan pemandu ala F1. Pekan Balik Pulau sekarang semakin sesak. Kalau dulu, kita masih boleh berjalan san...

Sesudah Reunion - Part 2

KOLEKSI GAMBAR REUNION 89ERS MRSM BALIK PULAU Sebelum kamu baca (kamu yang bertaraf MRSM BP 89ers), aku ingatkan dulu; kamu sepatutnya datang dan tidak perlu aku bersusah payah membuat kamu cemburu. Kamu ingat, kita bermula di sini? Suatu ketika dahulu ianya tidak seindah begini. Ianya cuma dinding biasa dan tulisan nama maktab yang menjadi 'penjara' kita selama lebih kurang 4 tahun. Kini selepas 25 tahun, ianya memang gah. Seperti gahnya gerbang di pintu masuk MRSM Balik Pulau. Kerana anak-anak didiknya juga adalah mereka yang begitu bangga berpeluang untuk belajar di sini. Kau dan juga aku. Kamu juga pasti ingat dewan besar ini. Seperti kota yang teguh berdiri, sehingga kini setiap kali aku melihatnya, aku sentiasa bayangkan bahawa ianya kota yang amat berkuasa. Cuma sekarang semua yang terlihat di maktab dirasakan lebih kecil dari dahulu. Mungkin kita sudah besar... dari segi fizikal. Heh. Nash : "Aku ingat curam segitiga Shaari ni dulu lagi tinggi..." Itu dulu Na...

Sesudah Reunion - Part 1

KOLEKSI GAMBAR REUNION 89ERS MRSM BALIK PULAU Lewat sikit aku upload gambar-gambar reunion. Maaf la ye. Aku pun baru balik dari kampung semalam dan harini baru boleh upload. Itu semua yang ada. Entah kenapa aku kurang ambil gambar. Mungkin teruja dengan suasana. Atau mungkin tergamam tengok si Zain dengan gaya jurufoto profesionalnya. Satu pengalaman yang menarik dan tidak akan dapat dilupakan. Aku masih belum mahu menceritakannya lagi. Biar kamu lihat dulu gambar-gambar yang ada dalam link di atas. Kemudian baru aku bercerita.

Nostalgia Lalu

Lusa reunion ex-student MRSM Balik Pulau batch 89. Atau lebih glamer digelar ex-MRSM BP 89ers. InsyaAllah aku akan menyertai mereka nanti. Tapi ke Maktab aku masih tak pasti. Rasanya malas tapi teringin pula nak ambil gambar. Naluri fotografi aku tiba-tiba mengajak aku kesana. Puncanya sedang aku asyik membelek-belek majalah Nostalgia, aku terlihat gambar aku sedang memegang sebuah kamera SLR jenama Nikon. Entah, aku sudah lupa modelnya. Tapi itu adalah kamera maktab dan aku ketika itu adalah jurufoto maktab. Sepatutnya aku berterima kasih kepada Amron Roni kerana dia mengajar aku teknik-teknik asas fotografi. Kalau tidak memang aku langsung tak mahir menggunakan kamera SLR. Ada beberapa shot yang aku ingat memang aku yang ambil. Tapi aku masih tidak boleh lupa si Joke, ketua editor Nostalgia merosakkan segulung filem kerana sedikit masalah peribadi. Marah pun ada tapi aku disabarkan oleh Amron. Tak, aku tak berdendam. Ketika itu saja yang aku marah. Aku asyik membelek-belek Nostalgia ...

Kakak & Adik Angkat Semasa Di MRSM BP Dulu

Aku teruskan lagi dengan agenda MRSM Balik Pulau. Sehari dua ni aku sibuk mencari kakak dan adik angkat aku. Aku jumpa seorang dua. Kak Musratulniza Mustaffa ( Link FaceBook ) adalah kakak angkat aku sewaktu aku form 2 sehingga form 3. Sekarang dia bekerja sebagai setiausaha Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) . Aku tak rapat sangat dengan Kak Mus. Mungkin sebabnya aku masih tak faham konsep adik angkat, kakak angkat ni. Aku masuk maktab dan memang aku sebenarnya tak kenal langsung dengan Kak Mus. Tapi kalau tak silap aku, masa minggu orientasi tu, beliau adalah mentor untuk kumpulan aku. Entah, aku tak ingat sangat cerita aku dengan dia. Memang tak rapat sangat pun. Aku masih mencari dua orang kakak; seorang adalah kakak angkat, kak Rafizah yang amat baik dengan aku dan seorang kakak yang minta aku jadi abang angkat dia, kak Hasnizah, orang Perlis. Kali terakhir aku terserempak dengan dia semasa pertengahan 90an di Kompleks PKNS Shah Alam. Kak Rafizah memang aku langsung tak jumpa...

Minggu Ini Aku Hanya Bicara Mengenai Reunion MRSM Balik Pulau Sahaja

Koleksi Reunion MRSM Balik Pulau 2003   Kiranya minggu ini tema blog aku adalah Reunion MRSM Balik Pulau. Ikutkan memang ada banyak lagi gambar semasa reunion 2003 tapi letih aku nak mencari. Jadi aku masukkan apa yang ada depan mata. Bila teliti balik gambar-gambar ni, aku nampak satu zaman yang sudah terlepas dari kita. Semalam aku lihat orang-orang yang berlainan dari yang pernah aku ingat 5 tahun yang lalu. Mungkin pada waktu itu usia masih muda (belum 30an) dan darah masih panas. Tapi sekarang aku lihat kebanyakkan dari mereka sudah cool dan sudah tenang hidupnya (aku tak pasti la yang restless di dalam). Kiranya sudah matang, mungkin. Kalau 5 tahun dahulu boleh kita lihat beberapa orang yang judgemental terhadap orang lain, tapi semalam tidak lagi. Semalam yang hadir adalah mereka yang begitu senang bertemu sahabat-sahabat lama seperjuangan. Mungkin sewaktu dinner nanti banyak yang diceritakan adalah mengenai keadaan hidup sekarang. Pastinya ada yang masih mahu mengimbau kenangan...

Alumni MRSM BP

Semalam lewat petang, sempat aku bertemu rakan-rakan lama MRSM Balik Pulau. Tujuan utama adalah untuk mengambil baju alumni yang ditempah tidak lama dulu. Hujung minggu ini ada program sambutan ulang tahun MRSM Balik Pulau di Pulau Pinang. Aku datang semalam sudah lewat, tidak sempat berbual dengan semua orang. Kebetulan aku bawa kamera dan ada seorang pakar turut bersama semalam. Jadi aku serahkan pada dia untuk ambil gambar. Aku nak tengok hasil dan teknik dia. Memang cantik dan hidup suasana gambar; seperti di atas. Aku dapat inspirasi baru dalam fotografi.

Jejak Cikgu

"cikguzul berkata... Assalamu'alaikum Sharidan, Found you while surfing the net! Dunia menjadi semakin kecil dalam zaman IT. Menghubungkan silaturrahim menjadi semakin mudah. Saw your post about me. Thanks. Baca-baca juga beberapa posting di sini terutama yang berkaitan dengan MRSM BP. Yang berkenaan dengan merry-go-round dan rahsia-rahsia yang berkaitan dengannya, baru dapat tahu hari ni... tempat tu memang bukan tempat pilihan untuk buat spot check... Insya-Allah will be there in BP for the Nostalgia 25 tahun on 26 Julai. Hope to see you there! Best regards, Cikgu Zul. cikguzul@tm.net.my" Tak sangka juga bila seorang bekas cikgu telah mengunjungi blog aku dan meninggalkan komen. Seorang itu lebih menarik kalau beliau adalah cikgu motivasi yang sentiasa menarik perhatian semua pelajarnya. Cikgu Zul singgah ke blog aku dan meninggalkan jejaknya. Terima kasih. Mungkin lepas ini aku perlu menulis dengan lebih baik. Aku sudah bosan untuk menulis apa saja yang melibatkan poli...

Aku Pemain Bolasepak, Dulu...

Aku, berdiri dua dari kanan. Bukti aku dulu sebenarnya kurus dan seorang pemain bolasepak yang pernah menjadi johan negeri. Walaupun aku bukan pemain utama MRSM Bawah 15 tahun (1990), tetapi aku tetap memainkan peranan sebagai sebahagian daripada pasukan. Awalnya masa tingkatan 2, pemilihan pemain untuk pasukan bawah 15 tahun telah pun diadakan dan telah dipilih. Aku tidak berminat sangat untuk bermain untuk maktab. Aku lebih menumpukan diri kepada ragbi. Pada kejohanan bolasepak antara rumah sukan, aku bermain juga untuk rumah sukan aku, Purnama (merah) di posisi sayap kanan. Mungkin aku bermain dengan baik menyebabkan ada yang ajak aku join team maktab. Aku join dan kena tukar ke posisi sayap kiri sebab sayap kanan dah ada pemain yang lebih handal. First tournament aku sertai adalah kejohanan bawah 14 tahun peringkat daerah, tahun 1989. Pasukan MRSM Balik Pulau telah menjadi johan. Satu yang paling aku tidak lupa adalah menggelecek penjaga gol sekolah St. George yang ketika itu adala...

Jersey... Baju Denim MRSM BP89ers

Aku paparkan 4 gambar contoh baju denim alumni MRSM Balik Pulau Batch 89 (BP89ers) yang dihasilkan sempena sambutan Jubli Perak MRSM Balik Pulau yang akan diadakan pada penghujung Julai nanti. Cuma aku nak pastikan, adakah perkataan "89ers" tu bermula dari idea aku atau sudah ada orang lain yang memikirkannya dahulu. Apa pun jua, ianya menarik dan amat sesuai digunakan. Tidak perlu lagi nak sebut ex-MRSM BP batch 89. Sekarang cuma BP89ers dan semua orang tahu. Aku mahu komen sikit dari segi baju dan design. Maaf kalau ada yang terasa.   Secara keseluruhan rekabentuk logo adalah baik walaupun ianya lebih bersifat korporat. Kalau itu tujuannya, maka logo ini adalah logo yang baik. Tapi pendapat aku, untuk logo sebuah komuniti alumni, perlu ada citarasa nostalgik. Penggunaan 4 warna rumah sukan mungkin membentuk nostalgik tersebut tetapi tidak signikan. Ianya lebih berbentuk meniru logo Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan MCOBA mereka sendiri secara sedar atau tidak. Tetapi ki...