Tidak lama dulu semasa pulang ke kampung, kebetulan anak saudara aku ada di rumah. Kerana dia sangat lincah dan aktif dan sentiasa bergerak kesana kemari, aku mahu dia berhenti seketika. Lalu aku binakan dia khemah ringkas daripada kusyen sofa. Aku susuh dia duduk di dalamnya. Dia amat-amat menyukainya sehingga dengan kudrat yang dia ada (umur 2 tahun lebih), dia sendiri mahu membina khemah dari kusyen sofa tersebut. Bila pulang ke rumah ibu bapanya di Ipoh, dia minta emaknya lakukan perkara yang sama di rumah. Dia mahu duduk dalam khemah. Akhirnya nenek dia menghadiahkan sebuah khemah untuknya. Cerita yang aku dengar dari emak kelmarin, makan, tidur dan bermain pun dilakukan di dalam khemah itu saja. Aku tidak pasti sama ada mahu rasa bersalah atau tersenyum gembira. Kalau dulu kami anak-anak kecil zaman penghujung 70an hingga awal 80an, kami sentiasa ada peluang untuk bermain di luar. Khemah kami bina di atas longkang dengan berbumbungkan papan dan kanvas yang kami temui. Setiap oran...