Ini Raziq, anak saudara aku. Satu-satunya anak saudara aku setakat ini. Dalam ramai-ramai adik beradik aku, cuma adik aku yang ke 2 saja yang sudah berkahwin dan ini anak dia. Kalau aku balik ke kampung dan budak kecil ini ada, dia akan ikut aku kemana saja. Mungkin aku senang dengan budak kecil. Mungkin aku suka melayan.
Aku belikan si Raziq sepasang baju T dengan gambar penyu semasa di Langkawi. Mesti comel kalau dia pakai nanti.
Ulasan
Catat Ulasan