Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2006

Flash In Your Eyes

Sepanjang minggu tak buat apa-apa. Sengaja aku mengambil rehat yang agak panjang. Aku tahu bulan Mei nanti aku akan begitu sibuk. Sejak dengar orang kata aku kena buat itu ini untuk JPN Idol peringkat kebangsaan dan pelancaran MyPR (IC Merah), aku dah berkira-kira nak test skil aku sebaik mungkin dengan flash dan efek-efek lain yang boleh aku gunakan semasa majlis tersebut nanti. Apa aku buat? Kena buat montaj, background effect dan digital effect untuk majlis tu nanti. Guna komputer. Guna Flash, SwishMax, PowerPoint (kot), dan lain-lain yang berkaitan agar majlis nampak lebih menarik dan canggih. Dulu sebelum aku terlibat, ada seorang brader yang dianggap hebat orang semua orang di JPN tu. Dia saja yang mereka panggil untuk siapkan apa saja background di pentas bila ada apa-apa majlis. Tapi abis hebat pun dia pakai Powerpoint saja dengan segala clipart yang dia ambil dalam koleksi PC yang dia guna. Takde efek-efek khas yang dipaparkan melainkan korang sendiri pun boleh buat. Jadi suat

Masih Ada

Sebenarnya apa yang aku fikirkan ianya telah dapat aku lupakan, rupa-rupanya masih ada dalam hati ini. Begitu sukar untuk aku lepaskan dan begitu payah untuk aku padam. Maaf.

Masih Mencari

Hendak menulis lagi pasal yang sebelum ini? Tidak payah la ye. Tidak ada apa-apa yang berlaku seterusnya melainkan hanya berhubung melalui telefon. Mungkin aku dari jenis manusia yang tidak pandai berkata-kata dengan suara. Selalunya aku akan tanya soalan yang sama dan mungkin itu akan menyebabkan orang bosan. Mungkin aku dan jari-jemari aku lebih pantas melenggokkan kata-kata dengan jelas dan penuh yakin. Sebab semuanya memang ada dalam minda. Tahu apa yang hendak diperkatakan tapi tidak tahu hendak membunyikannya. Aku rasakan begitu sukar. Takkan aku nak bercakap dengan gaya aku menulis ni. Nanti orang kata aku terlampau serius. Kadang-kadang semasa aku tengah drive, atau aku sedang berdiri tepi pintu LRT atau sedang duduk dalam bas, otak ini begitu rakus berfikir dan membuak-buakkan idea yang begitu banyak hingga ada masanya aku akan sakit kepala dan pening. Tapi bila berhadapan dengan orang dan hendak berkata-kata, semua idea, ayat dan semangat itu hilang. Seperti, "Ah, tak pa

Kenapa Awak Selalu Tengok Saya?

Baru tiga hari tidak menulis rupanya tapi dah rasa macam lama sangat. Tapi takde apa yang menarik nak ditulis pun. Kecuali... Kira-kira hampir sebulan lepas, member sarapan pagi sorang ni tiba-tiba sound aku, "Budak tu tengok engkau la Dan" "Mana?" Dia dah berlalu, dapat tengok belakang saja berpakaian kebaya moden. Tinggi dan langsing bertudung berjalan dengan kawannya. "Tu la engkau lambat tengok" "Ye la tu. Siapa nak tengok aku ni?" "Betul Dan, aku tak tipu. Dia tengok engkau!" "Ah, biarlah dia" Esoknya perkara yang sama berlaku. "Dia tengok engkau lagi la Dan" "Merepek betul dia ni. Dia tengok engkau kot. Kan ke lengan engkau tu besar!" Member-member lain setuju. "Dia tengok engkau tu Nawi, orang tough!" Sama-sama ketawa. "Aku rasa dia memang tengok engkau la Dan" "Sukahati dia la" Aku masih tak dapat tengok muka dia. Hampir dua minggu berlalu, pagi tu di Cafe JPN. "Da