Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2011

Cameron Highlands

Sedang aku asyik membuat kerja pejabat, aku tiba-tiba terkenangkan Cameron Highlands. Entah kenapa, aku sendiri tidak tahu. Sudah lama aku tidak ke sana. Mungkin sudah hampir dua tahun. Suatu ketika dulu, hampir setiap bulan aku ke sana kerana bertugas. Menginap di Century Pines Resort di Tanah Rata yang hanya beberapa meter dari pekan Tanah Rata. Setelah penat bertugas di waktu siang, lewat petang dan malam kami bersantai dalam sejuk sama ada di menikmati roti canai di sebuah gerai atau bersiar-siar menikmati udara yang sangat nyaman. Waktu-waktu itu. Sebuah pengalaman yang mungkin tidak lagi akan dilalui. Masih aku terkenangkan kumpulan tenaga pengajar 'Team Building' pejabat yang akrab dan mesra antara satu sama lain. Ada antara mereka ini yang telah bersara. Ada yang sudah berpindah jauh. Tetapi kenangannya tetap segar dalam ingatan. Aku yang bertugas sebagai jurufoto ketika itu, merakam suasana sewaktu bertugas dan juga di luar waktu kerja, hati ini lebih tersentuh melihat

Bebola Daging Idaman

Aku mengidam makan ini, Meatball di Ikea. Memang sedap. Selalunya bila datang ke Ikea dengan Zura, aku akan singgah makan meatball di kafe Ikea. Tempohari aku pesan set 15 ketul bebola daging. Aku makan seorang. Zura cuma menjamah sandwich yang tidak kurang sedapnya. Oh ya, Zura tidak makan daging lembu, atau apa-apa daging binatang berkaki empat dan juga ikan bersaiz besar. Maka, biasanya kalau aku makan daging, aku akan makan seorang diri. Kalau di rumah, memang Zura tidak masak daging lembu langsung. Biasanya hanya akan ada ayam atau ikan. Itu tidak menimbulkan masalah sangat. Sekiranya aku mahu makan daging, aku boleh pergi makan di luar. Lagi pun, dengan umur yang semakin meningkat naik seperti aku ini, bagus juga aku kurangkan makan daging merah. Daging putih seperti daging ayam lebih baik. Betul, aku sedang mengidam Ikea's meatballs. :D

Sebulan (Lebih) Telah Berlalu

Jadi bagaimana keadaan setelah lebih sebulan berkahwin dan hampir sebulan tinggal di rumah sendiri? Kalau hendakkan jawapan paling mudah, sudah tentu jawapannya, sangat menyeronokkan. Panjang lebarnya... Ada yang pernah bertanya, tidak menyesalkah aku kerana lambat berkahwin. Ya dan tidak. Ya kerana aku mengambil masa yang lama untuk menemui Zura walaupun suatu ketika dahulu rumah kami tidak jauh berjiran. Mungkin dalam perjalanan hidup sehari-hari ketika itu kami pernah bersua muka, melintasi satu sama lain atau terkilas pandang. Tetapi Tuhan yang menentukan segalanya, selepas lapan tahun barulah dibuka hati masing-masing. Tidak menyesal kerana aku fikir ianya sangat berbaloi. Penantian yang berbaloi. Aku pernah mengeluh dan kecewa di sini. Aku pernah berputus asa. Tetapi bila diberikan rezeki ini, ianya anugerah paling besar dalam hidup. Maka, 36 tahun penantian bukanlah sesuatu yang merugikan. Rome tidak dibina dalam masa sehari. Begitu juga perkahwinan. Ianya tidak dibina dalam mas

Membaca Jambatan Ilmu

Lama tidak update blog, rupa-rupanya interface menulis blog ini juga sudah berubah. Nampak lebih kemas tetapi boring pun ya juga. Esok ada perhimpunan Bersih. Harap-harap tidaklah seteruk yang digembar-gemburkan. Aku tidak menyokong Bersih tetapi aku menyokong hak demokrasi setiap individu. Hak mereka untuk berpihak, hak untuk mengundi (suka hati kamu, siapa boleh paksa?) dan hak untuk menyuarakan pendapat. Hak untuk menyuarakan pendapat sudah aku lakukan di sini. Hak untuk berpihak, itu aku masih belum lakukan. Ini kerana tidak ada satu parti politik di Malaysia ini yang aku nampak benar-benar memperjuangkan demokrasi yang ideal. Hak mengundi? Aku sudah lepas tiga kali mengundi. Ada orang tanya kenapa aku tidak mengundi. Jawapan aku kerana aku tidak menyokong mana-mana parti politik yang menjadi calon di kawasan aku. Idealisme mereka tidak dapat diterima oleh aku. Maka, perlukah juga aku pergi mengundi dan memangkah sesiapa saja yang aku suka? Atau aku tidak perlu mengundi kerana semu