Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Apple

Tak Kenal Maka Tak Cinta

Kadang-kadang bila kita duduk di kalangan orang yang kita tidak kenali, kita curi dengar apa yang mereka bicarakan. Bukan hendak menjaga tepi kain orang atau menyibuk tak tentu pasal, cuma ada kalanya apa yang mereka bicarakan sesama mereka itu menarik dan menyentuh hati kita. Tempohari di pintu surau pejabat, aku terdengar perbualan dua sahabat mengenai komputer Apple. Bila dengar saja Apple atau Mac atau OSX, telinga cepat saja jadi kuali untuk menangkap apa yang dibicarakan. Lebih kurang begini; "Mac ni kalau nak buat grafik atau design okay la... Power." "Aku nak guna main games dan buat kerja lain je." Mungkin persepsi ramai orang terhadap Mac adalah begitu; Mac untuk grafik dan design, Mac adalah uber-cool atau Mac adalah mahal. Apple IIe Aku secara serius menggunakan Mac sejak 2006. Aku kenal Mac sudah lama, sejak 1989 di maktab. Ketika itu ada Apple IIe di makmal komputer. Kemudian sekali lagi aku diperkenalkan dengan Mac pada penghujung kurun lalu. Aku terk...

Salut Untuk Seorang Genius

Aku ingat-ingat lupa bila pertama kali aku berkenalan dengan komputer Apple. Seingat aku sewaktu 1989, ketika tingkatan 2 di MRSM Balik Pulau. Ketika itu MRSM sudah mempunyai makmal komputer sendiri dan setiap orang pelajar didedahkan dengan pengetahuan mengenai komputer. Sebelum itu aku sudah berjinak-jinak dengan komputer di rumah seorang sahabat dan menyertai kelab komputer di sekolah. Apple IIe Kebanyakkan komputer di makmal tersebut adalah terdiri dari jenis IBM AT, tetapi ada beberapa buah komputer Apple II/IIe (seingat aku). Malah, jika tidak salah, ada Apple Macintosh dan mungkin Lisa. Kami diajar menggunakan bahasa pengaturacaan mudah seperti Basic dan Logo. Jangan tanya, aku sudah lupa semua itu. Tetapi sangat menarik apabila kami dapat menghasilkan arahan-arahan mudah melaluinya. Lama selepas tamat belajar dan selepas habis universiti, barulah aku bertemu kembali dengan sebuah Mac. Ketika itu Mac tidak ada bezanya dengan komputer lain yang ada; monitor, CPU, keyboard dan mou...

Apple Mac - Cerita Aku 1

Aku pakai komputer jenama Apple di rumah dan di pejabat. Laptop MacBook Pro aku beli menggantikan laptop Acer Aspire (sudah dijual) dengan tujuan sebenar untuk kerja sampingan sebagai video editor dengan sebuah studio perkahwinan ( DinaWedding ). Aku sudah menggunakan Apple iMac di pejabat sejak penghujung 2006 lagi. Secara umumnya, banyak kerja aku melibatkan senireka grafik menyebabkan komputer Apple menjadi pilihan paling sesuai. Aku pernah dan sering ditanya serta aku yakin di luar sana ramai juga yang ingin mengetahui kebaikan dan keburukan menggunakan komputer jenama Apple. Jadi aku fikir lebih baik aku kongsi pengalaman aku. Komputer jenama Apple secara umumnya adalah komputer peribadi/workstation/server yang dibina dan dijual sendiri oleh syarikat Apple Inc. dan menggunakan sistem operasi (Operating System) jenama Mac OS. Suatu ketika dulu ada syarikat pengeluar komputer yang mengeluarkan komputer dengan menggunakan sistem operasi Mac OS namun begitu semenjak Steve Jobs (CEO d...

Apple iPhone 4

Apple iPhone 4 sudah keluar! Buat masa ini harga di pasaran Amerika Syarikat adalah sekitar USD199 - USD299, mengikut kapasiti memori. Lebih kurang RM1100 untuk model paling mahal. Entah kenapa bila sampai di Malaysia, harga menjadi sekali ganda lebih mahal dek kerana pakej tidak masuk akal oleh Maxis dan DiGi. Antara ciri-ciri menarik yang ada di telefon terbaru keluaran Apple Inc. ini adalah Skrin resolusi tinggi (Retina display) 960x640 piksel. Sangat tinggi untuk sebuah telefon bimbit. Gambar lebih jelas, seperti kamu menonton skrin komputer atau televisyen HD. Badan telefon diperbuat daripada besi khas. Biasanya telefon diperbuat daripada plastik sebagai kerangka badan. Besi dilihat lebih kukuh. Malah, skrin utama juga menggunakan kaca! Prosesor Apple A4 digunakan sebagai enjin utama, sama dengan Apple iPad. Teknologi FaceTime untuk membuat panggilan video dengan lebih cool dan mudah. Multitasking - Apple iPhone terdahulu tidak boleh melakukan multitasking. Apple iPhone 4 telah m...

Apple iPad

Apple iPad Tablet PC terbaru daripada Apple, iPad begitu mengujakan. Kalau harganya kurang daripada RM2000, aku akan berfikir secara serius untuk memilikinya. Betapa cool bila pergi membuat persembahan slaid dengan cuma membawa sebuah iPad dengan skrin 9.7 inci dan seberat 1.5 paun. Moutain bike tolak ke tepi dulu. Aku perlukan Apple iPad!

Vista

Upgrade ke Windows Vista selesai tengah malam tadi. Nampaknya laptop ini jauh lebih stabil daripada semasa menggunakan Windows XP. Sedang asyik surf internet sementara menunggu download selesai, aku terlihat Apple Macbook dan Macbook Pro terbaru. Teruja... Hampir seperti iMac yang sedang berada di hadapan aku dan di bawah meja. Kalau ada rezeki aku mahukan sebuah.

InDesign CS3

Baru lepas install Adobe InDesign CS3. Hehehe... Menarik. Lama sungguh aku menunggu. Kata orang yang sudah guna, ianya lebih bagus dari CS2. Harapnya kerja aku semakin baik selepas ini.

Apple Keynote (Lebih Cool Daripada PowerPoint)

Jarang-jarang menulis sekarang. Satunya kerana kekurangan idea. Lainnya kerana aku berjanji tidak akan berbual hal politik lagi, maka tiada sumber untuk aku berbicara. Malah selepas ini, aku juga tidak mahu lagi berbual hal politik di rumah atau di mana-mana saja. Itu protes aku tentang keadaan politik di Malaysia sekarang. Sepanjang minggu ini sibuk dengan persembahan slaid untuk pelawat-pelawat yang mengunjungi JPN. Mereka datang dari dalam dan luar negeri. Maka bahasa slaid juga berbeza untuk pelawat-pelawat tersebut. Mungkin ianya menjadi agak mudah kerana aku mengguna perisian Apple Keynote 3.0 yang lebih efisien daripada PowerPoint. Mungkin juga aku menggunakan iMac, membantu menyempurnakan tugas aku dengan lebih selesa. Seperti tadi, sedang sibuk bos memberi kata-kata aluan, aku tersedar dalam slaid tidak diletakkan jadual atur cara seperti yang dikehendaki beliau. Sedang muka pertama slaid sudah siap terpapar di skrin. Nasib baik sebelum pelawat datang aku sudah buat setting wa...

Windows XP Dalam Mac OSX

Setelah beberapa lama mengidam, akhirnya aku guna juga Parallel Desktop 3.0. Hasilnya aku telah boot Windows XP seperti gambar atas dalam Mac OSX. Tapi beratnya, masyaAllah. Terasa sikit pula guna 1GB memory ni. Aku berkira-kira untuk memohon kepada pengurusan supaya dapat upgrade sekurang-kurangnya 1GB lagi memory. Bukan untuk Parallel saja, tapi untuk program lain yang aku jalankan. Kenapa aku mahu guna Parallel Desktop sedangkan Mac OSX sudah cukup? Sebenarnya ada beberapa software yang aku perlu guna tapi tidak ada untuk OSX. Jadi alternatifnya samada aku guna sebuah PC lagi di sebelah atau guna BootCamp/Parallel Desktop. Aku malas guna PC kerana letih dengan virus. Aku malas guna BootCamp sebab aku terpaksa restart iMac setiap kali aku perlu guna. jadi aku guna Parallel, senang. Tapi paling penting, aku kena upgrade memory...

Apple Lagi

Aku join MyMUG. Mac User Group. Oh, untuk yang ada produk Apple kira sesuai la sebab semuanya berkaitan benda itu saja. Apple user lame? Apple user pemalas? Apple user gay? Apple user berlagak bagus? Ye la tu. Guna dulu baru tau.

Apple MacBook Air

Apple MacBook Air... speechless.