Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2009

Minggu Sibuk

Jam hampir dua pagi. Esok pagi kerja. Cukup rasanya tidur sekadar 4 1/2 jam. Minggu ini minggu yang sibuk, jadi kadar aku menulis di sini akan berkurang (kalau aku betul-betul sibuk). Jangan kamu tunggu, ya.

Pergi Dan Menunggu (Akan Sesuatu)

Bulan terakhir tahun 2009 kian menjelang tiba. 11 bulan berlalu dan aku fikir ianya adalah 11 bulan paling sibuk dalam hidup aku, terutamanya dari segi kerja. Dari segi lain, masih mengecewakan. Harapnya tahun hadapan, kerjaya aku bertambah baik, insyaAllah. Bukan aku tidak mengharapkan hal-hal lain juga bertambah baik. Cuma rasanya perkara lain itu agak sukar hendak dicapai. Kadang-kadang terasa amat penat mengejarnya, masih tidak ada apa-apa hasil. Sebab itu aku tidak menaruh harapan yang tinggi.  Tetapi, harapnya dalam masa dua tiga hari ini, ianya boleh berubah. Tidak perlu aku jelaskan. Cuma aku tetap berusaha, walau pada hakikatnya peluang itu nampak kecil, sebesar debu. Harapnya juga, selepas daripada itu, aku tidak perlu risaukan lagi arah tujunya. Biar kamu tidak faham. Aku tidak suruh kamu faham.

Tugas Luar Terakhir Untuk Tahun Ini

Aku akan ke Johor Bahru pada Khamis minggu hadapan. Urusan kerja, sehingga hari Sabtu. Ahad baru aku balik ke Putrajaya semula. Aku sedang merancang, dengan apa aku akan pergi ke sana. Mulanya aku fikir mahu memandu terus ke sana. Kemudian aku membelek jadual perjalanan AirAsia. Harga tiket cuma RM39 sehala. Pergi balik cuma RM90. Sungguh menarik. Cuma masalahnya, pada hari Khamis itu, aku perlu berada di JB sebelum malam. Sedang penerbangan ke JB cuma ada selepas senja. Aku berkira-kira juga ingin menggunakan bas ekspres saja. Bas ke JB memang banyak mudah dapat. Cuma kali terakhir aku menaiki bas adalah bas pejabat. Aku sudah tidak seberani dulu untuk ke mana-mana dengan bas ekspres. Agak dilema sekarang. Hari Khamis cuma tinggal empat hari lagi. Ada sesiapa hendak tawarkan aku kereta berenjin besar (lebih besar daripada Kancil 850cc) yang aku boleh pandu dengan selesa ke JB? :-)

Memaksa Masa Berhenti Seketika

Lebih kurang seminggu lepas, aku berbual dengan seorang sahabat lama di Facebook. Seorang yang aku anggap "buddy". Lama aku kenal dia, lebih 10 tahun mungkin. Kami bertanya khabar dan bertanya hal kehidupan masing-masing. Kamu tahu, kalau tidak kerana gambarnya di Facebook, aku cuma pernah melihat dia sekali saja. Itu pun buat seketika. Selama 10 tahun aku kenal dia, cuma sekali aku bertemu dengannya dan cuma sekali itu juga aku melihat wajahnya. Tetapi aku dan dia adalah "buddy". Aku bergurau dengannya; bertanyakan sama ada malam ini kami akan berbual hingga ke pagi seperti yang biasa kami lakukan suatu masa dulu. Mana mungkin. Masa dan keadaan sudah berubah. Tetapi aku masih ingat suatu ketika dulu kami seperti enggan meninggalkan ruang ini untuk terus berbicara selamanya. Kadang-kadang diselang seli diam yang lama. Kerana kehabisan idea, mungkin. Kalaulah hidup ini boleh menjadi semudah ketika waktu itu. Sering aku terasa seperti aku sedang terpaku di tempat yang

Hari Ini Seperti Semalam dan Esok, Seterusnya

Jam sudah lebih 5 petang. Di luar sana hujan sedang membasahi bumi dan bunyi guruh menjadi irama alam. Aku masih di pejabat, di Hari Raya Aidil Adha, menyiapkan kerja. Tidak hairan kalau aku tidak bertemu sesiapa lagi sehingga saat ini, bukan?  :) The story of my life.

Melakarkan Potret Di Baris-Baris Kata

Siang tadi blog ini dihujani dengan komen dari seorang pengunjung. Begitu banyak komen yang ditinggalkannya dalam satu hari menyebabkan aku tergamam seketika. Kemudian aku melihat kembali post yang dikomen beliau. Kadang-kadang aku keliru; betulkah aku yang menulis semua itu? Itu sering menjadi persoalan utama. Aku lupa isi cerita ratusan post yang aku paparkan di blog ini. Kemudian orang seperti kamu mengingatkan aku kembali mengenainya. Aku baca dan ada kalanya aku tersenyum sendiri. Dulu aku tidak pernah menulis diari. Kalau ada, cumalah buku jurnal yang aku tulis buat seketika sehingga aku bosan dan aku tinggalkannya. Sekarang aku sudah menulis blog lebih sembilan tahun. Ketika Blogspot atau Wordpress masih mentah, aku menulis di laman web di mana aku terpaksa upload beberapa fail setiap masa ketika aku menghasilkan post terbaru. Semuanya dibuat secara manual. Pengunjung yang membaca cuma boleh meninggalkan komen di Guestbook atau ruang message board yang aku sediakan. Tiada kemuda

Penjelasan Masalah

Kepada yang bertanya, aku tidak balik bercuti semasa Aidil Adha nanti. Banyak kerja yang perlu disiapkan. Jangan kamu risau. Selalu aku tidak balik sewaktu Aidil Adha. Raya Haji di Kuala Kangsar atau di Perak dan pantai barat semenanjung memang tidak semeriah di pantai timur. Tiada sambutan besar-besaran. Tiada yang tukar langsir dan sarung kusyen baru. Tiada kuih raya. Cuma ada beberapa orang yang datang berkunjung, berhari raya. Jadi aku tidak balik. Itu sudah maklum. Keluarga sudah tahu. Selepas 7hb Disember nanti, barulah reda sibuk. Boleh aku bercuti sepuas hati. Cuma aku tidak berminat melancong sewaktu musim cuti sekolah. Sesak dan mahal. Jadi aku bakal habiskan masa di pejabat atau di kampung pada hujung minggu saja. Kepada yang bertanya lagi, ada post aku sebelum ini menceritakan bahawa aku sudah kurang menulis. Sebabnya juga aku sudah terangkan dalam post sebelum itu. Kerana di pejabat, ada orang bising mengenai blog ini. Jadi aku sudah berhenti menulis mengenai apa-apa hal p

Sinopsi Seminggu Sibuk

Pertama, aku tidak balik Raya Aidil Adha nanti. Ada banyak kerja yang perlu dilakukan sepanjang minggu ini dan minggu depan. Namanya pun dah korban, maka kenalah berkorban. Lagipun, aku sudah biasa tidak balik semasa Aidil Adha. Sambutannya di Kuala Kangsar tidak semeriah di negeri pantai timur. Kedua, aku amat sibuk. Sudah aku sebutkan di perenggan pertama tadi. Sibuk dengan kerja. Betul kamu kata kerja sampai bila takkan habis. Tapi memandangkan ini kerja yang perlu aku buat, jadi aku abaikan saja apa yang kamu kata, ya. Selepas 6 Disember nanti, barulah aku ada masa terluang yang amat banyak, hingga penghujung Januari tahun hadapan, insyaAllah. Kalau waktu itu kamu hendak ganggu atau ajak aku ke mana-mana, lakukanlah. Masa aku sibuk sekarang, maaf. Tapi kadang-kadang pelik (aku sudah ceritakan sebelum ini). Beberapa hari sebelum aku menonton filem 2012 tempohari, telefon aku langsung tidak berbunyi. Tiada orang yang mengganggu atau menelefon. Aku baru duduk di kerusi pawagam sementa

1460 Hari Bersamanya

Kalau kamu pernah menonton filem 500 Days Of Summer, kamu akan temui hidup aku selama empat tahun suatu ketika dulu. Kalau belum, pergi cari DVD atau download secara haram dan tontoninya. Kamu tidak akan kecewa. Tidak ada yang lebih baik menggambarkan apa sebenarnya yang berlaku suatu masa lalu selain daripada jalan cerita filem 500 Days Of Summer. Namun penghujungnya tidak sebegitu indah seperti yang digambarkan. Aku masih belum temui Autumn (kamu akan faham apabila selesai menontonnya nanti).

Tutup Satu Buku

Sebelum ini banyak aku menulis mengenai kerja dan hal di pejabat. Ada yang negatif dan ada yang positif. Banyak juga komen yang positif aku terima. Niat aku cuma satu, aku berbangga dengan kerjaya dan tempat kerja aku sekarang. Juga aku tidak suka apabila organisasi tempat aku bekerja mempunyai unsur-unsur yang negatif yang boleh menggugat imej organisasi. Selalu aku menulis mengenainya dan aku menggunakan bahasa yang agak "keras". Namun begitu, seperti ramai manusia di dalam dunia ini, kita amat susah hendak menerima kritikan dan kalau kritikan itu datangnya dari orang yang rendah pangkatnya daripada kita, ianya mungkin langsung tidak boleh diterima. Bagi kita, manusia yang mengkritik samalah juga dengan manusia yang cuba membunuh kita. Kita jarang sangat berusaha untuk melihatnya dari sudut yang positif. Aku tidak salahkan mereka. Budaya berfikir antara kita tidak sama. Jadi aku pilih jalan mudah. Aku buang semua post yang berkaitan dengan pejabat. Aku harap kamu berpuas ha

Beberapa Jam Kemudian

Sebungkus biji gajus dan dua tin Nescafe Latte kemudian, kerja pertama siap. Slaid 15 muka. Tidak banyak, cuma isinya agak detail. Ada kerja lain yang perlu aku siapkan. Ianya diupah orang untuk aku siapkan. Tetapi aku setakat mengumpul data. Dia mahu gunakannya pada Isnin nanti. Sedangkan aku akan pergi kerja luar mulai Ahad nanti. InsyaAllah aku boleh siapkan artikel sepanjang tujuh muka surat. Sudah lama tidak menulis karangan.

Bersunyian Di Bilik Hotel

Program di pejabat tamat siang tadi. Ramai yang sudah pulang. Rakan urus setia lain juga sudah pulang ke rumah masing-masing. Aku kembali ke hotel. Berseorangan dalam bilik hingga esok, aku mahu siapkan beberapa kerja sebelum sekali lagi pergi bertugas luar mulai hari ahad nanti. Aku fikir aku lebih selesa berada di bilik hotel ini daripada di bilik sendiri di rumah. Aku pasti, sekiranya pada waktu ini aku berada di bilik rumah, aku sudah leka dengan internet dan bakal tidur tidak lama kemudian. Sekarang aku mahu siapkan kerja. Siapa mahu temankan aku hingga esok pagi?

Mencari Ruang

Sebenarnya, ruang itu seperti sudah ada, walaupun amat kecil. Aku cuma perlu menempuhinya. Kalau tidak cara begitu, tiada siapa yang akan sedar. Lalu aku lakukannya, sedikit demi sedikit, tanpa disedari. Aku cuma perlu menduganya. Kalau tidak aku lakukan, maka selamanya pasrah. Cuma mungkin, apa yang sedang dilakukan, sudah agak terlewat. Aku cuma perlu menunggunya. Kalau tidak ada reaksi, maka tahulah hasilnya. Kadang-kadang aku sangka diri terlalu bodoh, atau mungkin terlalu bebal kerana tidak menyedari apa yang berlaku di sekeliling. Kamu berada di suatu persimpangan dan melihat apa yang melintas di hadapan kamu itu adalah realiti kehidupan kamu yang sepatutnya ada kamu didalamnya, tetapi tiada. Kamu lihat satu per satu ianya pergi dan kalau ianya terus berlalu pergi, tidak mengapa. Ianya masih hadir dan dekat. Setiap hari kamu lihat suasananya; bahagia, ceria, damai dan gembira. Sedang kamu rasa kamu seperti terus berdiri, menantikan sesuatu. Apa jua perkara itu, kamu tidak pernah

Memberi Ruang

Ada sebuah gerai burger baru dibuka berhampiran dengan rumah. Gerai tersebut dimiliki oleh seorang berbangsa India. Termasuk gerai tersebut, sudah ada tiga gerai burger berhampiran dengan rumah. Dua lagi milik orang Melayu. Burger di sebuah gerai itu memang sedap. Walaupun aku jarang membelinya, namun penjual kenal dan mesra dengan aku. Mengenai gerai burger milik seorang India. Mungkin pasarannya agak kecil berbanding dua gerai yang lain. Pertamanya, secara automatik orang Islam akan berasa was-was untuk membeli darinya. Kalau pun cara penyediaannya halal, pastinya orang masih ragu. Aku tidak salahkan pemilik gerai dan aku juga tidak salahkan orang Islam. Dulu, semasa kecil atau sekitar 80an dan awal 90an, masalah halal haram ini agak kurang. Malah, tidak menjadi masalah untuk kita lihat ramai umat Islam yang makan di kedai milik bukan orang Islam yang mereka tahu sejak dulu menjual makanan halal. Sekarang, hatta kedai milik orang bukan Islam yang sudah lebih 50 tahun menyediakan mak

Baris Puisi, Potret Alam

Ada seorang sahabat bertanya sama ada aku suka berpuisi. Sudah tentu. Suatu ketika dulu, ianya sebahagian daripada hidup aku. Suatu ketika dulu, ketika aku masih mempunyai muse, sering saja aku menulis puisi untuk dirinya. Sekarang kalau aku menulis puisi, ianya cuma bersebab tertentu. Untuk Fisya, anak Aliah. Untuk kerja dan pada waktu berterus terang adalah mustahil. Tetapi masih amat jarang. Kali terakhir mungkin pada awal tahun ini, rasanya. Beberapa hari lalu, aku menonton kembali video animasi flash, kad ucapan hari lahir untuk Asyikin. Dalamnya penuh dengan puisi dan hampir semuanya ciptaan aku sendiri. Apabila aku membacanya, fikiran aku melayang memikirkan saat-saat aku menulis setiap baris kata-kata itu. Sering aku beritahu Asyikin agar menyimpan segala puisi yang pernah aku berikan kepadanya. Harap dia masih menyimpannya kerana rutin setelah aku menulis, aku akan terus mengirim puisi tersebut kepadanya. Aku tidak akan menyimpannnya. Kenapa aku tidak berpuisi lagi seperti dul

Makan Dan Menaip (Argh... Sakit Tangan!)

Post guna Nokia E66 di Wendy's IOI Mall. Hajatnya aku ke pejabat tengahari tadi untuk siapkan kerja dalam 2 - 3 jam. Lima jam kemudian, baru aku keluar pejabat. Aku sedar aku sedang lapar. Dalam pejabat tadi cuma menjamah biskut. Aku teringat Chili di Wendy's. Petang dengan cuaca yang sejuk selepas hujan, menjamah Chili yang panas sungguh nikmat. Lalu aku datang di sini, IOI Mall semata-mata kerana Chili. Ya, seorang dalam restoran makanan segera menjamah makanan sambil menulis blog ini. Tidak, saat begini aku tidak doakan agar aku ada kawan atau teman di sisi untuk bersama aku. Aku cuma fikir alangkah bagus kalau aku ada sebuah netbook agar tidak sakit tangan aku menulis semua ini. Ya, aku tahu. Poyo. Biarlah.

Aku Mahu Buang 'Beacon' Di Badan

Tiada gambar. Jadi rasa kurang enak untuk menulis. Maklumlah kamera belum dibaiki. Ada di atas kerusi sejak dari minggu lepas. Aku biarkan di situ dengan rasa ralat. Lensa masih baru tetapi sudah rosak. Lensa asal 18 - 55mm (masih elok) terasa seperti kebudak-budakan. Sekarang, aku perlu kumpul duit untuk dapatkan lensa baru. Lensa lama yang rosak akan aku hantar untuk dibaiki dan setelah kembali okay, aku akan jual. Tidak peduli berapa harganya nanti. Itulah masalah kalau punyai hobi yang mahal. Kemudian aku tersangkut di sini; apa yang nak aku tulis lagi? 10 minit kemudian... Kelmarin aku beli sebuah novel karya Pramoedya Ananta Toer bertajuk Bumi Manusia. Aku masih belum membacanya, masih ada di atas meja di pejabat. Kadang-kadang rasa aneh juga. Bila waktu aku amat santai, tiada apa yang hendak dilakukan. Kemudian bila aku usahakan sesuatu untuk menghilangkan rasa bosan, mahu membaca novel contohnya, tiba-tiba datang kerja yang menimbun. Sewaktu aku bercuti di Langkawi tempohari, p

Ada Kerja Sebenarnya!

Aku terbaca nota seorang sahabat di Facebook; esok dia akan berangkat ke Kota Kinabalu. Pertama, aku belum pernah sampai di Sabah. Kedua, Damn! Aku belum siapkan slide-show Bos Besar yang perlu diolah semula. Awal pagi esok di pejabat, perkara pertama yang perlu aku selesaikan adalah mengolah semula slaid tersebut. Tidak banyak, tetapi aku janjikan kepada Bos Besar yang aku akan hasilkan design baru untuk tahun 2010. Itulah, membodek konon. Sebenarnya, secara tiba-tiba aku ditimbuni kerja yang banyak. Tidak sebanyak yang boleh menyebabkan aku memasang headphone sambil mendengar muzik tarian melayu asli di iTunes dan mengabaikan semua orang di sekeliling. Ya, bila aku mahu beri tumpuan sepenuhnya dengan kerja, aku akan pasang headphone di telinga, kemudian mainkan lagu seperti muzik tarian melayu asli (yang betul-betul asli tanpa vokal) atau Metallica Death Magnetic (kerana aku mahu adrenalin aku menggelegak). Tetapi esok tidak begitu. InsyaAllah. Esok setiba di pejabat dalam 7.45 pagi,

12 Jam Kemudian

Aku menulis post sebelum ini pada jam 2.30 pagi dan awal pagi tadi aku terasa aku perlu padam post tersebut. Banyak yang aku fikirkan mengenainya terutama gambar terakhir. Pastinya akan menimbulkan kontroversi. Tetapi pagi tadi di rumah, laptop aku sudah ditutup. Aku hanya terfikir di benak fikiran ini. Dalam perjalanan ke pejabat aku lupakan perkara itu sementara waktu. Aku masuk kerja dan aku biarkan masa beredar dengan kerja. Kemudian aku terbaca komen di post aku sebelum ini oleh seorang sahabat. Aku senyum dan sedar aku tidak perlu membuang post tersebut. Kerana sahabat aku sudah menerangkannya dalam maksud yang lebih mudah. Kalau tidak kerana laptop aku sudah dipadam, aku sibukkan diri dengan kerja di awal pagi di pejabat dan membaca komen orang terhadap post aku itu, kamu sendiri tidak berpeluang untuk membacanya. C'est la vie.

Penghujung Malam

2.30 pagi, Isnin. 7.20 pagi nanti aku akan ke pejabat. Aku masih belum tidur. Aku teringatkan soalan dari seorang sahabat; "Bagaimana keadaan hidup sekarang?" Kalau boleh aku mahu cari jawapan lain daripada, "Seperti biasa. Okay saja." Aku harap aku ada jawapan lain yang lebih menarik. Namun hakikatnya, tiada. Begitu hidup ini seharian. Tetapi aku mungkin lebih tenang sekarang. Semenjak pulang dari Langkawi tempohari, aku rasa lebih selesa dan lebih damai. Mungkin kerana di sana aku temui secebis 'manis' dalam hidup ini. Kalau dia tidak tahu sekalipun, tidak mengapa. Dia tidak perlu tahu sebenarnya. Tapi mungkin juga kerana aku sedar, hidup ini lebih bermakna kalau aku lebih tenang menghadapinya. Ketika memandu dan sampai di lampu isyarat, aku seboleh mungkin mahu tunggu lampu bertukar menjadi merah supaya aku boleh berhenti daripada memandu. Bukan kerana letih atau mahu berehat, kerana aku mahu sebegitu. Kalau lihat ada orang mahu melintas jalan, aku perlah

Video Tanpa Sebab

Aku dok fikir, area mana aku rakam video di atas. Bila aku tengok balik, baru aku sedar ianya berhampiran dengan Alamanda. Sebenarnya aku sedang test keupayaan rakaman video Nokia E66. Not bad. Suara pun kedengaran kuat. Aku sedar juga aku sedang memandu agak laju. Atau mungkin motion dalam gambar ternampak laju. Siang tadi awalnya aku fikir bila keluar dari pejabat, aku mahu merayau-rayau. Tetapi bila aku fikir balik, tidak banyak kawasan sekeliling yang aku belum pergi. Lagipun sudah agak lewat untuk memandu jauh. Tengoklah, esok siang mungkin aku berjalan-jalan.