Aku menulis post sebelum ini pada jam 2.30 pagi dan awal pagi tadi aku terasa aku perlu padam post tersebut. Banyak yang aku fikirkan mengenainya terutama gambar terakhir. Pastinya akan menimbulkan kontroversi.
Tetapi pagi tadi di rumah, laptop aku sudah ditutup. Aku hanya terfikir di benak fikiran ini. Dalam perjalanan ke pejabat aku lupakan perkara itu sementara waktu. Aku masuk kerja dan aku biarkan masa beredar dengan kerja.
Kemudian aku terbaca komen di post aku sebelum ini oleh seorang sahabat. Aku senyum dan sedar aku tidak perlu membuang post tersebut. Kerana sahabat aku sudah menerangkannya dalam maksud yang lebih mudah.
Kalau tidak kerana laptop aku sudah dipadam, aku sibukkan diri dengan kerja di awal pagi di pejabat dan membaca komen orang terhadap post aku itu, kamu sendiri tidak berpeluang untuk membacanya.
C'est la vie.
Ulasan
Catat Ulasan