Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2012

Yang Terbaik

Sejak beberapa tahun lalu, aku catatkan perkara-perkara yang terbaik berlaku kepada diri ini sepanjang tahun. Tidak ada kategori spesifik sebenarnya tetapi dalam beberapa tahun ini aku sering senaraikan foto, muzik, filem dan perkara terbaik yang aku lalui, dengar dan lihat. Inilah perkara-perkara yang terbaik pada tahun 2012 Qaseh Nurzahra  Tidak ada yang lebih baik sepanjang tahun 2012 melainkan kelahiran zuriat pertama kami, Qaseh Nurzahra. Qaseh dilahirkan pada 1 April 2012, jam 1.45 pagi di Pusat Perubatan Universiti Malaya dengan berat 2.39kg. Beliau lahir hampir dua minggu lebih awal dari masa yang dijangkakan. Mungkin kerana Qaseh sudah tidak sabar hendak melihat dunia atau kerana Allah sudah tetapkan bahawa Arwah Ayah sekurang-kurangnya dapat melihat cucunya sebelum menghembuskan nafas dua hari kemudian. Inilah penyeri hidup kami sekeluarga saat ini. Setiap hari adalah seperti menunggu perkara magis yang akan berlaku. Tidak ada apa yang lebih berharga dan istimewa sepanjang 20

Meredam Gelodak Jiwa

2012 hampir melabuhkan tirainya. Cuma tinggal beberapa hari saja lagi untuk dilalui, inshaAllah. Sedikit mendukacitakan apabila blog ini kurang menyerlah pada tahun ini. Sehingga tulisan ini, baru ada 36 post yang sempat aku siarkan. Setelah lebih 10 tahun menulis blog, inilah jumlah paling sedikit sedangkan realitinya tahun 2012 ini sungguh banyak perkara yang menarik berlaku. Tahun 2012, aku dan Zura menimang cahaya mata yang pertama, Qaseh Nurzahra. Tidak ada perkataan dapat menggambarkan perasaan kami sehingga saat ini. Setiap masa, setiap ketika adalah suatu perkara yang baru setiap kali bersama Qaseh. Aku seperti ramai orang di luar sana; tercari-cari mana perginya beberapa bulan awal Qaseh dan di dalam masa yang sama ternanti-nanti bulan yang mendatang bila Qaseh semakin besar dan matang. Rumah sebesar 852 kaki persegi terasa begitu kecil bila ada Qaseh di rumah. setiap pelusuk seperti ada saja hendak diterokanya apabila di dalam kerusi berodanya. Tahun 2012 juga aku kehilangan

Qaseh, Lapan Setengah Bulan Kemudian

Bila ada anak, macam-macam kerisauan yang timbul. Sakit sikit, risau. Kepala terhantuk lantai, risau. Menangis sikit, risau. Serba serbi risau. Aku dan Zura sudah lama tidak dapat menikmati tidur yang nyenyak. Aku lebih simpatikan Zura. Rasanya sejak ada Qaseh, beliau langsung tidak pernah lena tidur. Qaseh sehingga kini masih menyusu badan. Maka di tengah malam pasti Zura akan terjaga akibat rengekan Qaseh yang mahukan susu. Qaseh pula sering sakit; demam, selsema dan batuk. Doktor kata itu perkara biasa dan sakitnya tidak serius. Bayi yang minum susu ibu, pada enam bulan pertama memang mempunyai daya tahan badan yang tinggi. Tetapi selepas itu daya tahan itu akan berkurang. Qaseh selepas enam bulanlah baru sering mendapat sakit. Namun begitu, setiap kali berjumpa doktor, jawapannya adalah sama. Itu perkara biasa.  Kami bukan bawa Qaseh ke klinik biasa. Kami bawa ke pakar kanak-kanak. Bayarannya jauh lebih mahal tetapi itulah pengorbanan yang kami sanggup lakukan. Kami pernah bawa Qas

Wayang Sudah Siap

Setelah bertungkus lumus, akhirnya hasil kerja suntingan video aku siap juga. Penat memang penat tetapi aku amat berpuas hati dengan hasilnya. Cuma agak malang apabila pengurusan langsung tidak reti hendak menghargainya.

Bikin Wayang

Kebelakangan ini aku disibukkan dengan sebuah projek pejabat; menyiapkan video pendek hasil inovasi kerja di pejabat. Inilah pengalaman pertama aku membuat suntingan video sepenuhnya. Video sepanjang lebih kurang 15 minit ini akan menerangkan mengenai perkhidmatan kaunter bergerak secara online iaitu menggunakan teknologi hubungan melalui satelit untuk menjalankan urus niaga pejabat di lapangan. Tugas utama aku adalah membuat suntingan video yang telah dirakam di lokasi tidak lama dulu. Sebelum itu aku ada tugas lain seperti merangka story-board dan juga rangka cerita keseluruhan. Boleh dikatakan penceritaan video tersebut adalah berasaskan idea aku. Tugas sutradara dan videografi diberikan kepada orang lain kerana aku tidak ada keluangan masa ketika mereka membuat proses rakaman. Hasilnya secara jujur aku katakan aku agak kecewa dengan kualiti rakaman video. Majoriti klip video yang dirakam bergetar, bergoyang, langsung lari sudut rakaman, tidak mempunyai komposisi yang menarik serta