Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2011

Semasa Pindah

Sabtu tempohari kami berpindah ke rumah baru. Zura jatuh tangga hingga lebam sana sini di badannya sewaktu proses berpindah di rumah lamanya. Aku langsung belum sempat berkemas sepenuhnya. Sekadar pindahkan barang-barang berat dan penting terlebih dahulu. Mandor Maszura menunggu barang diangkut dari lori.  Zura dan aku kepenatan walaupun barang nampak tidak banyak. Kali terakhir aku berpindah adalah pada tahun 2007, lebih kurang empat tahun lalu. Ketika itu aku angkat sendiri barang-barang kerana tuan lori tidak menyediakan pekerja untuk mengangkat barang. Tambah RM50 untuk dapatkan pekerja. Aku cakap kepada pemandu, biar kami (rakan serumah ketika itu) saja yang angkat. Untuk perpindahan kali ini, ada disediakan dua orang tenaga kerja untuk membantu mengangkat barang-barang. Mereka berdua datang dari Chennai, India. Kalau kamu lihat gaya mereka mengangkat barang, kamu dapat bayangkan iana seperti mengangkat timbunan guni di bahu. Mereka ini sungguh gagah. Itu yang aku beritahu mereka.

Ini Rumah Kami

Ini rumah kami. Masih kosong. Putih dindingnya tanpa lakaran warna lain, tanpa hiasan. Hari ini juru elektrik akan memasang lampu, kipas dan pendawaian lain di rumah. Sepatutnya kami lakukan awal lagi. Tetapi kerana jeriji besi masih belum dipasang, kami tangguh kononnya sehingga jeriji besi siap di pasang. Semalam siang aku menelefon kontraktor yang membuat jeriji besi rumah. Katanya dia dalam perjalanan ke rumah untuk memasangnya. "Tokay, rumah tu belum ada elektrik tau. Jadi you tak boleh guna electric tools." "Aiya... Apa macam mau buat kerja?" "You takde tool biasa ke?" "Kena pakai elektrik maa... Mau welding lagi." Ah, sudah. Kenapalah dia tak beritahu aku awal-awal. Aku telefon pun kerana dinasihati saudara supaya memastikan orang yang hendak pasang jeriji besi ada mesin yang menggunakan bateri atau apa-apa alatan bukan elektrik lain. Rupa-rupanya memang kontraktor yang memasang jeriji besi rumah kami perlukan elektrik. Lalu aku telefon Zu

Dua Majlis Resepsi, Dua Tragedi

Dua majlis resepsi (aku pasti perkataan ini tidak ada dalam kamus tetapi aku tidak tahu perkataan yang lebih sesuai), dua cerita tragis. Resepsi pertama di Kuala Kedah pada 4.6.2011. Zura sejak awal lagi sudah membeli set pakaian persandingan untuk digunakan pada hari tersebut. Warna hijau pilihannya dan seperti yang sering aku katakan pada Zura, "Orang Kedah takde warna lain, hijau... kuning..." Zura mencebik. Dia tidak peduli semua itu. Ketika kami mencuba pakaian tersebut di sebuah kedai di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur, ianya sangat padan dan 'ngam'. Kami mencuba set pakaian yang dijadikan 'display set' di kedai tersebut. Bila setuju, tuan kedai mahu berikan set sama yang baru di dalam plastik berbungkus. Jadi, kira okaylah. Set yang sama, tidak perlu cuba lagi. Saiz pasti sama juga. Tiba sejam sebelum persandingan, barulah aku hendak memakai kembali set pakaian persandingan tersebut. Baju okay. Seluar? Tragedi melanda. Seluar yang sewaktu di kedai temp

Kembali Kepada Rutin

Setelah 19 hari bercuti, esok kembali bekerja. Kembali kepada rutin hidup. Walaupun di rumah sudah berbeza keadaannya, aku pasti di pejabat situasinya masih sama. Kerja dan tugas yang sama. Aku fikir tingkat kreativiti aku semakin baik. Itu yang sedang aku sedari. Harapnya dipermudahkan segala urusan. InshaAllah. Rumah baru kami semakin hari semakin jelas kelihatan. Air, elektrik, semua sudah tersedia. Cuma menantikan jeriji besi pelindung keselamatan dipasang. Siap itu dan pemasangan lampu serta kipas, boleh kami berpindah masuk ke rumah baru. Buat masa ini ianya masih putih, kosong. Perlahan-lahan kami mahu hias ia seindah mungkin, agar boleh menjadi sudut untuk kami tinggal damai bersama. Moga dipermudahkan segala urusan. InshaAllah.

Fly The Ocean In A Silver Plane...

Setelah hampir tiga minggu bercuti, penghujungnya semakin hampir. Esok siang aku dan Zura akan pulang ke tempat kami mencari rezeki dan bertemu. Mulakan hidup baru, sebenarnya. Di sebuah rumah baru milik kami berdua. Sekarang masih kosong, putih dindingnya, lantai jubin putih juga. Tiap penjurunya masih kosong, tanpa isi. Sedikit demi sedikit, inshaAllah kami mahu hiasinya dengan keindahan hidup. Perjalanan baru yang aku doakan agar ianya panjang, jauh dan penuh bermakna. Banyak yang diimpikan. Setiap detik yang dilalui pastinya lebih bermakna. Aku bertanya kepada Zura; kalau dulu setiap minggu hanya bertemu sekali dua untuk beberapa jam, sekarang ada di depan mata 24 jam, apa rasanya? Gembira dan lebih bahagia. Begitu hendaknya. Nampaknya juga, blog ini bakal menceritakan perkara baru yang aku belum pernah lalui sebelum ini. Sesuatu yang begitu asing dan sesuatu yang tidak mampu dijangkakan bagaimana keadaannya. Benar, hidup ini sebenarnya indah.

Langkah Baru

Syukur, semuanya sudah selesai. Aku sudah pun bergelar seorang suami. Aku sudah punyai seorang isteri yang penyayang. Kini perjalanan hidup baru sudah bermula. Selangkah demi selangkah. Semoga dipermudahkan segala urusan olehNya.

Menanti Lusa

Sehari lebih sikit saja lagi. Apa yang hendak dikatakan lagi? Persiapan inshaAllah hampir siap sepenuhnya. Moga dipermudahkan segala urusan.

Fokus, Tiga Hari Lagi

Nota kedua.  Eh, aku baru perasan posting sebelum ini dimasukkan dalam kumpulan posting bulan Jun. Sudah JUN? Wah, cepatnya masa berlalu. Tiga hari dari sekarang aku akan melangsungkan perkahwinan. Setelah 36 tahun lebih, aku bakal menjadi suami orang. Sudah ada ramai yang memberikan nasihat itu dan ini. Aku amat menghargainya. Aku pasti impian aku untuk menjadi suami yang terbaik akan aku usaha untuk membuktikannya. Dugaan pasti ada. Cabaran akan datang dari setiap penjuru. Tetapi aku akan berusaha untuk menjadi yang terbaik buat isteri aku nanti. Cukuplah membujang selama 36 tahun, bukan? Orang lain ada yang lebih singkat membujang. Ada yang masih belum jumpa pasangannya. Ada yang langsung membujang sampai ke tua, hingga kembali kepadaNya. Aku dimurahkan rezeki olehNya untuk mempunyai pasangan hidup. Itu pun sudah cukup bersyukur. Aku tidak mahu jadikan Salleh Yakob sebagai contoh kerana aku tidak fikir aku mampu buat semua itu. Aku faham perangai dan sifat aku. Aku bersifat mono-sen

Forest Dweller dan Woodtech Clan

Beberapa nota sebelum bercuti panjang. :D Pertama, Zaril Faizal, sahabat lama sewaktu zaman di universiti dahulu sudah mempunyai blog sendiri. Blog pendidikan beliau sangat menarik minat aku kerana ianya juga diisi dengan artikel mengenai Woodtech, program yang aku belajar di ITM suatu ketika dahulu. Menggunakan nama Forest Dweller , blog pendidikan pensyarah di Politeknik Shah Alam (ada nama panjang tetapi biar aku ringkaskan) banyak menulis berkaitan perkayuan dan pemeliharaan hutan. Aku adalah seorang pencinta hutan dan alam hijau. Ketika belajar dahulu, kami sering 'masuk hutan'; camping sambil belajar mengenai sifat hutan terutama jenis pokok di dalamnya dan juga habitatnya. Bob, gelaran mesra untuk Zaril Faizal adalah sahabat baik aku. Dia sudah pun melangsungkan perkahwinan sejak sembilan tahun lalu dengan pilihan hatinya dan dikurniakan tiga orang cahaya mata. Kalau kamu berminat hendak belajar mengenai pembuatan kertas, papan lapis, MDF (medium density fibreboard) dan