Sambungan koleksi gambar MRSM Balik Pulau, circa 2003. Ini bas maktab suatu ketika dulu. Aku sudah tengok bas baru. Tapi bas lama ini sungguh manis kenangannya. Kami menyanyi gembira setelah muncul johan bolasepak under-15 dan under-18. Pergi berkelah di Batu Feringgi atau melawat Botanical Garden. Pergi trip ke MRSM Berseri dengan ditemani bumbung bas yang bocor. Ianya suatu kebanggaan dapat naik bas ini suatu ketika dahulu. Masa itu tidak semua sekolah ada bas sendiri. Jadi kira hebat la. Baru sekarang aku terperasan, bas tersebut ada iras-iras Penang Yellow Bus. Hmm... Padang. Kalau masa aku pergi tahun 2003 dahulu ada sign board tertulis, "Home of The Cougars", merujuk kepada pasukan ragbi maktab. Mungkin pada ketika itu ianya amat kuat. Memang ragbi masa zaman aku pun kuat juga, tapi tidak sehebat team bolasepak yang dibentuk sejak kami form 2. Sepanjang itu hingga ke form 5, kami tidak pernah tewas satu game pun (betul tak Carrie?). Jadi johan Under-15 dan Under-18 nege...
Salam Idan..aku faham betapa tak tentu arahnya menghadapi hari yang akan mengubah cara dan tingkahlaku kita sebagai kaum Adam di mukabumi ini..InsyaAllah, jika kita faham dan tahu tujuan kita berumahtangga, ianya akan menjadi sesuatu yang sangat manis. As an old folk says, make it simple but not too easy..cuma aku nak share pengalaman dengan kau..perkara yang paling mencabar dan perlukan fokus yang dalam adalah saat-saat untuk melafazkan "..aku terima nikah..bla..bla...". Kalau kau ikhlas dalam perkahwinan ini kau akan rasa sesuatu ibarat angin lalu menghembus muka kau sebaik sahaja kau melafazkannya. Dan one more tips, selepas nikah buatlah solat syukur berjemaah dengan isteri..bukan apa..untuk keberkatan..InsyaAllah. Amin.
BalasPadam