Entah kenapa, sejak beberapa hari kebelakangan, blog ini dikunjungi oleh lebih ramai orang. Kamu semua datang dari mana? Baca dan tengok sajalah apa yang ada di dalam ini ya. Cuma maaf, blog ini tidak ada gossip, gambar lelaki melayu bangga minum beer, lurah dada perempuan atau apa-apa saja perkara berbentuk sebegitu. Oh ya, kalau kamu yang masih lagi mencari laman web menjual tiket bas secara online, cuba Maraliner Entah, ramai betul yang datang ke sini kerana mencari laman web menjual tiket bas secara online. Google sajalah nama syarikat bas ekspres yang kamu tahu. Mungkin ada, mungkin tidak. Aku suspek ramai antara pengguna internet tidak tahu cara mengguna enjin pencari seperti Google dan Yahoo!. Hmm... Ada sesiapa mahu keluarkan ebook cara-cara menggunakan enjin pencari Google dan Yahoo! atau lain-lain? Boleh buat duit jual ebook kepada orang ramai. Sekarang orang beli apa saja ebook. Itulah yang pelik. Sampai tips mudah mendapat kerja kerajaan pun dibuat ebook dan dijual. Malah ...
Salam Idan..aku faham betapa tak tentu arahnya menghadapi hari yang akan mengubah cara dan tingkahlaku kita sebagai kaum Adam di mukabumi ini..InsyaAllah, jika kita faham dan tahu tujuan kita berumahtangga, ianya akan menjadi sesuatu yang sangat manis. As an old folk says, make it simple but not too easy..cuma aku nak share pengalaman dengan kau..perkara yang paling mencabar dan perlukan fokus yang dalam adalah saat-saat untuk melafazkan "..aku terima nikah..bla..bla...". Kalau kau ikhlas dalam perkahwinan ini kau akan rasa sesuatu ibarat angin lalu menghembus muka kau sebaik sahaja kau melafazkannya. Dan one more tips, selepas nikah buatlah solat syukur berjemaah dengan isteri..bukan apa..untuk keberkatan..InsyaAllah. Amin.
BalasPadam