Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2006

Aku Anak Merdeka

== Petikan Dari Komen Yang Diterima Berkaitan Post Yang Sebelum Ini == ain kata... Assalamualaikum; Berikut adalah petua yg saya dapat dari seorang penceramah, sewaktu mengikuti kursus minggu lalu, untuk dikongsi bersama; Untuk kurangkan berat badan+ kolestrol:- 1. Kerap minum air limau nipis/kasturi suam setiap kali selepas makan. 2. Selepas makan, jalan selama 10 minit perlahan-lahan.. jgn terus duduk. baring lagi la tak buleh.. 3. Amalkan tarik,tahan dan hembus nafas dalam nisbah 1:4:2. Kira la dalam hati contoh 1 saat tarik, 4 saat tahan, 2 saat hembus. Petua yang no. 3 tu, berjaya mengurangkan sugar level..dia dah try sebab dia ni ada kencing manis. Selamat mencuba yer! ==== Terima kasih Ain. Siapa kata menulis blog tidak membawa faedah? Tengok. Ada saja orang yang sudi membaca dan kalau mereka ada perkara yang boleh dibantu, mereka akan bantu. Yeah, blogs need not always be about misinformations. Padahal, biarkanlah mereka dengan penulisan kritikal mereka. Dimana lagi hendak kita

Gila Apa Cakap Dengan Diri Sendiri?

"Oi gemuk, bila mau kurus?" "Entah la, tak reti-reti nak berenti makan ni." "Berat ko dah 90 kilo lebih tau tak? Lebih 25 kilo dari yang sepatutnya!!" "Aku tau la. Aku naik senang, turun susah la." "Abis tu kira malas la nak kurus sebab susah nak kurus?" "Tak la. Hari-hari fikir nak kurus. Hensem sikit. Ko pernah tengok aku masa kurus dulu?" "Dalam foto pernah la." "Aku last betul-betul kurus, 5 tahun lepas." "Abis sekarang tak boleh nak kurus? Sekarang ni senang je ko nak dapat penyakit tau tak!" "Ye la. Kepala aku pun dah pening-pening sekarang. Tenaga asyik takde je." "Kuruskan la badan encik Gemuk oi!" "Ye lah! Ye lah!" =Perbualan dengan diri sendiri= Idan memang gemuk. Berat dia sepatutnya dalam lingkungan 65 kilo saja. Paling berat pun dalam zon berat ideal, 73 kilo. Ini dah dekat 90 kilo. Gempal sebijik. Dia sedar dia gemuk tapi susah betul nak kurus. Dia suka

Di Sini Caca Marba!

Lama tak menulis. Sibuk. Sampai majlis kahwin pun aku kena sediakan persiapan teknikal, slide, layar, sound, grafik. bla bla bla. Letih sungguh rasanya. Sepatutnya siang tadi aku kena sediakan draf akhir buletin untuk bos aku tengok, dia nak datang katanya. Tapi seharian aku tunggu, tak datang. Nasib baik. Kalau tidak memang bertambah letih aku. Sampai aku sakit. Tengah sakit ni. Sudah tiga hari kepala pening semacam. Ingatkan darah tinggi. Tengok blood pressure di klinik, ok saja. Doktor pun tak pasti apa masalahnya. Mungkin minggu depan kena rujuk doktor pakar ENT. Ada la yang tak kena dalam kepala aku ni. Sabar je. Kereta buat hal lagi. Entah apa yang berlaku aku tak pasti lagi. Yang pasti, air radiator selalu kering. Ingat memang ada leaking dimana-mana tu. Tapi ada harinya aku drive laju menggila, ok pula. Entah apa biol aku pun tak tahu. Dia suruh tukar baru kot. Banyak duit aku. Pasal nak tukar kereta baru ni pun satu hal. Dulu ingat nak ambil Savvy (ye la, kutuk awal-awal). Tak

Di Jari Ini Menulis Sesuatu

Esok ada d'Fiesta Kesenian JPN di Balora Perdana (nama dewan) JPN Putrajaya. Pertandingan kesenian, nasyid dan koir peringkat kebangsaan melibatkan hampir 400 orang peserta kakitangan JPN seluruh negara. Kira hebat juga memandangkan ianya dirancang dalam masa tak sampai sebulan saja. Mungkin disebabkan berpengalaman dalam menganjurkan JPN Idol sebelum ni, jadi takde masalah sangat nak handle program ni walaupun dari segi skel, lebih besar. Besar gila! Kalau dulu cuma 49 orang peserta, sekarang 400 orang! 8 kali ganda dan lebih rumit. Aku ni kira salah seorang dari urusetia program. Tugas aku, buat poster, tag, dan apa saja yang berkaitan dengan grafik. Malah layout dewan pun aku buat. Selama ni kalau mereka susun kerusi dalam dewan, mesti baris-baris lurus dari depan kebelakang. Membosankan. Sudahlah begitu, ianya menghalang pandangan orang pula. Jadi pada majlis ni, aku susun kerusi secara curve, membengkok seperti mana selalu yang kita nampak dalam sebuah auditorium. Baru la ada

Asyikin Yang Comel

Aku kata pada Asyikin, pipi dia tembam. Aku ingat dia nak marah ke. Rupanya dia suka je. Aku cakap pipi tembam macam baby. Tak layak dengan badan dia yang agak kurus. Err, bukan kurus, langsing. Tapi sebenarnya dah okay. Biasa la orang perempuan macam tu. Muka tembam tapi badan kurus je. Aku sebenarnya suka je. Tambah-tambah kalau dia senyum, sengih ke. Patut la orang lelaki ni mudah sangat cair dengan orang perempuan ye. Sabar, sabar. Aku jumpa dia kelmarin, tengah malam buta. Biasa la, itu saja time yang senang nak jumpa dia. Duduk lepak di kedai makan sambil berbual-bual. Selalunya dia akan ceritakan perihal pakwe dia yang banyak karenah. Rimas juga aku kalau kena dengan orang lelaki macam tu. Mungkin budak tu pun muda lagi jadi hati masih panas membara. Aku yang lagi lama kawan dengan Asyikin pun boleh dia jeles. Sepatutnya dia datang pada aku dan tanya pasal Asyikin dengan aku. Kurang-kurang aku boleh bagi tips. Heh. Takde la. Sekurang-kurangnya dia boleh senang hati tau yang aku

Menulis Novel Di Atas Tilam

Kenapa menulis? Kerana aku boleh menceritakan sesuatu dan orang boleh membaca sesuatu. Kenapa perlu menceritakan sesuatu? Kerana ada kalanya sesuatu itu begitu menarik untuk diperkatakan walaupun bukan untuk semua orang, tapi sekurang-kurangnya ada orang yang tetap ingin mengetahuinya. Sebab itu mungkin, penulis novel terus menulis. Sebab itu mungkin, sentiasa ada orang yang akan menulis. Aku minat ke jadi penulis? Aku tiada langsung asas dan skil untuk menulis. Ramai kawan-kawan kata aku patut menulis novel. Tapi mengenai apa yang hendak aku ceritakan? Bagaimana hendak aku mulakannya nanti? Bagaimana akhirnya? Siapakah watak-wataknya? Engkau nak tahu, aku cukup jarang membaca novel. Malah kalau novel berbahasa Melayu, entah bila paling akhir aku baca dan aku sudah lupa tajuknya. Novel terakhir aku baca adalah The DaVinci Code kira-kira beberapa bulan yang lalu sebelum ianya diwayangkan (aku perlu refresh minda sebelum menonton, agaknya). Aku lebih berminat membaca National Geographic.