Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2006

Miri - Babak Pertama

Aku sekarang berada di Miri. Hari terakhir aku melancong ke sini. Cuma Miri. Itu pun letih berjalan kesana kemari. Kalau orang Perlis tak biasa ke Pahang, mesti mereka akan kata Pahang besar dan destinasinya jauh-jauh. Tapi sini, jauhnya memang jauh lebih jauh dari Pahang. Sebab itulah agaknya orang sini ramai yang berkereta besar.

Berbeza dengan cara orang biasa melancong, aku melancong tak pergi ke destinasi-destinasi menarik seperti yang dicadangkan dalam pamplet, tv dan iklan. Sebaliknya aku pergi ketempat orang Miri sendiri suka beristirehat. Semalam aku jumpa tempat istirehat orang Miri tepi padang golf disebuah kampung tepi laut. Cantik sebab permandangannya menghadap bandaraya Miri. Agaknya tak ramai orang luar yang tahu sebab ianya bukan sebuah destinasi perlancongan (nak ke tebing kena redah green padang golf). Kemudian pergi ke Bekenu untuk melihat Tamu istimewa sebabnya gayanya masih kampung. Cuma aku tak jumpa tempat orang berbisik beli daging rusa (sini diharamkan). Entah…

Kereta Mewah?

Kemana? Tidak kemana-mana. Sibuk selesaikan perihal kereta aku. Baiki kemik habis RM500 lebih. Road-tax & insurans mungkin cecah RM700. Lepas ni nak kena tukar timing belt dan mungkin drive shaft. Kemudian nak kena tukar tayar, kalau boleh semua 4 biji. Senang kerja. Susah...

Duit la satu halnya. Sekali datang masalah, bertimbun-timbun duit kena habiskan.

Ah, malas la.

Berubah Dua

Zura bakal berkahwin tidak lama lagi. Entah bila tapi mungkin dalam masa terdekat ni. Semalam aku nampak barang-barang persiapan bersepah dalam kereta kancil kuning dia. Songkok ada, kain ada. Agaknya hantaran untuk bakal suami dia. Aku senyum je.

Apa perasaan aku? Nak fikir apa. Aku tumpang suka. Banyak impian dia dah capai. Nak jadi cikgu, nak pakai kereta, nak beli rumah. Jadi time ni aku rasa masa paling sesuai untuk dia berkahwin la. Calon pun dah ada sejak 2001 lagi jadi tak perlu bersusah payah nak cari lagi.

Sebenarnya banyak perkara yang bermain dibenak fikirn ini. Sukar untuk diperjelaskan sebab ianya begitu keliru. Kalau kau tanya aku suka ke dia kahwin, aku jawab tidak. Sebab banyak perkara yang bakal aku tak dapat buat dengan dia. Dan begitu juga dia akan jawab benda yang sama tapi dengan maksud dan sebab yang lain. Kalau kau tanya OK ke dia kahwin, aku jawab OK sebab umur dia pun dah 30 tahun (baru lepas birthday) dan dia pun dah capai banyak perkara. Jadi rasanya jalan s…