Langkau ke kandungan utama

Berubah Dua

Zura bakal berkahwin tidak lama lagi. Entah bila tapi mungkin dalam masa terdekat ni. Semalam aku nampak barang-barang persiapan bersepah dalam kereta kancil kuning dia. Songkok ada, kain ada. Agaknya hantaran untuk bakal suami dia. Aku senyum je.

Apa perasaan aku? Nak fikir apa. Aku tumpang suka. Banyak impian dia dah capai. Nak jadi cikgu, nak pakai kereta, nak beli rumah. Jadi time ni aku rasa masa paling sesuai untuk dia berkahwin la. Calon pun dah ada sejak 2001 lagi jadi tak perlu bersusah payah nak cari lagi.

Sebenarnya banyak perkara yang bermain dibenak fikirn ini. Sukar untuk diperjelaskan sebab ianya begitu keliru. Kalau kau tanya aku suka ke dia kahwin, aku jawab tidak. Sebab banyak perkara yang bakal aku tak dapat buat dengan dia. Dan begitu juga dia akan jawab benda yang sama tapi dengan maksud dan sebab yang lain. Kalau kau tanya OK ke dia kahwin, aku jawab OK sebab umur dia pun dah 30 tahun (baru lepas birthday) dan dia pun dah capai banyak perkara. Jadi rasanya jalan seterusnya adalah, berkahwin agaknya.

Tapi dalam banyak keadaan, aku nampak dia sedikit tertekan dengan keadaan. Banyak yang bermain difikirannya dan kalau aku boleh terjemahkan dengan mudah, ianya bermaksud ketidakpastian.

Apa hal aku dengan dia? Kawan rapat. Dia pernah cakap, "atas sikit dari kawan, bawah sikit dari abang dia". Betul. Itulah hakikat kami ni. Dan aku pasti orang bakal keliru. Tapi aku tak pedulikan kekeliruan orang lain. Biar aku yang faham dan biar dia yang faham.

Apa yang aku rasa sebenarnya? Nak tahu juga rupa-rupanya ye. Aku sebenarnya mengharap. Mengharap kalau diputarkan masa, aku kembali ke tahun 2001 dan mencari dia sebelum orang lain jumpa. Kemudian boleh aku jadikan hak milik aku sorang-sorang. Tamak aku ni. Tapi itu hakikatnya. Tapi masa bukan kebelakang. Aku tahu aku terlewat setahun. Kena terima hakikat tersebut.

Lalu aku menolak segala perasaan tersebut ketepi dan berhenti mengharap. Maka jadilah aku dan dia seperti mana yang dia kata, "atas sikit dari kawan, bawah sikit dari abang". Jadi korang faham apa maksud dia? Harap faham.

Cuma jawapan paling senang untuk segala persoalan; "setia pada yang satu". Tidak kira apa juga yang mendatang. Tetap setia dan itu ketentuan.

Macam ayah dia yang setia dengan arwah isterinya yang telah lebih 20 tahun meninggal dunia. Begitu juga anak kesayangan ayah seorang tersebut. Sifat ayah begitu tebal dalam jiwa Zura. Maka kesetiaan melebihi segala-galanya.

Jadi apa sekarang? Takde apa-apa. Masih ditahap yang sama dan mungkin semakin kurang. Sepatutnya begitu... Sepatutnya telah lama begitu.

Ulasan

  1. Eleven1:18 PTG

    Hmm..kesian kat awak.
    Tapi saya rasa awak pun tahu jawapannya.. berhentilah mengharap. Teruskanlah hidup.

    Cakap macam senang yer? Memang la..tapi kena kuatkan semangat. Kita harus terima, Allah SWT Maha Bijaksana. Walaupun pada kita, dia la yang paling kita suka, kita sayang (buat masa ni) tapi akan datang kita tak tahu. Berkawan-bercinta-bernikah ni lain fasanya.
    She may be the best person to be your friend/sis but she is not good enough to be your wife. Like i said before, Allah knows better.

    In another words, bukan jodoh.

    -Biarkan kereta itu berlalu, kalau berpaut juga, awak yang luka nanti.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 2

Sambungan koleksi gambar MRSM Balik Pulau, circa 2003. Ini bas maktab suatu ketika dulu. Aku sudah tengok bas baru. Tapi bas lama ini sungguh manis kenangannya. Kami menyanyi gembira setelah muncul johan bolasepak under-15 dan under-18. Pergi berkelah di Batu Feringgi atau melawat Botanical Garden. Pergi trip ke MRSM Berseri dengan ditemani bumbung bas yang bocor. Ianya suatu kebanggaan dapat naik bas ini suatu ketika dahulu. Masa itu tidak semua sekolah ada bas sendiri. Jadi kira hebat la. Baru sekarang aku terperasan, bas tersebut ada iras-iras Penang Yellow Bus. Hmm... Padang. Kalau masa aku pergi tahun 2003 dahulu ada sign board tertulis, "Home of The Cougars", merujuk kepada pasukan ragbi maktab. Mungkin pada ketika itu ianya amat kuat. Memang ragbi masa zaman aku pun kuat juga, tapi tidak sehebat team bolasepak yang dibentuk sejak kami form 2. Sepanjang itu hingga ke form 5, kami tidak pernah tewas satu game pun (betul tak Carrie?). Jadi johan Under-15 dan Under-18 nege...

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 1

Malas pula hendak bercerita mengenai Homeroom. Baik aku tunjukkan koleksi gambar yang diambil pada tahun 2003 semasa reunion MRSM Balik Pulau ketika itu. Ada lagi gambar yang akan diupload kemudian nanti. Banyak. Aku fikir ada baik aku kembali kesana suatu hari nanti untuk aku ambil gambar yang lebih baik. Ini pun guna kamera digital Kodak 3.2 megapixel. Model di atas adalah Meor. Ini sebenarnya pada zaman aku dulu merupakan kaunter untuk segala pembayaran yang berkaitan dengan yuran pembelajaran maktab. Kalau tak salah aku ianya adalah sebanyak RM30 setiap bulan. Disini juga kami akan terima wang saku daripada MARA berjumlah RM25 bagi sesiapa yang layak. Segala keputusan, slip periksa dan apa saja urusan dengan pejabat, semuanya disini. Kaunter segera tepi tingkap. Ini sebenarnya pentas dalam dewan besar maktab. Aku masih ingat semasa menjadi 'sound engineer' untuk drama arahan Amron Roni. si Amron ni pernah jadi produser untuk rancangan sembang-sembang Chef Wan di TV9 tidak l...

Lagu Jahat!

Bahasa Cinta Tiada kata secantik bahasa Untuk ku puji adinda Tiada gambar secantik lukisan Nak kutunjuk perasaan O dinda puspa gemala Mengharum jiwa Hemm... Hemm Dinda puspa gemala Mestika kanda Namun musim berubah Suasana bertukar Tapi ikatan mesra Sikit pun takkan longgar Tiada kata secantik bahasa Untuk kupuji adinda P.Ramlee - Anakku Sazali ==== Simple tapi begitu indah bahasanya. Ada satu lagi. ==== Berkorban Apa Saja Berkorban apa saja Harta atau pun nyawa Itulah kasih mesra Sejati dan mulia Kepentingan sendiri Tidak diingini Bahagia kekasih Saja yang diharapi Berkorban apa saja Harta atau pun nyawa Itulah kasih mesra Sejati dan mulia hmm... hmm... hmm... Untuk menjadi bukti Kasih yang sejati Itulah tandanya Jika mahu diuji Berkorban apa saja Harta atau pun nyawa Itulah kasih mesra Sejati dan mulia P.Ramlee - Hang Tuah ==== Menarik bukan ayat dan bahasa yang digunakan dalam lirik lagu melayu lama. Tidak terlalu over dan tidak terlalu menunjuk. Ianya semudah menyatakan sebuah peng...