Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Kenangan Lalu

Seluar Ketat, Rock Kapak & Walkman Merah

Lama tidak menulis. Biar aku letak lagu dulu. Entah kenapa sekarang terkenang-kenang zaman rock kapak suatu ketika dahulu. Ya, zaman yang pernah aku lalui sendiri. Seluar sekolah sendat si Zack tolong jahitkan kakinya supaya makin sendat dengan upah Lima Ringgit. Penghujung 80an dan awal 90an adalah puncak kegemilangan rock kapak di Malaysia. Apabila menonton filem Rock Oo tempohari, aku tersenyum sendirian. Aku pernah lalui zaman itu. Kerana aku belajar di sekolah berasrama penuh, maka banyak peraturan yang terpaksa dipatuhi. Tetapi atas sebab apa yang aku sendiri tidak pasti, seluar ketat jarang dihukum. Sekurang-kurangnya sepanjang aku pakai seluar ketat, aku tidak pernah kena tindakan oleh cikgu. Naik tingkatan lima, seluar aku sudah kembali ke saiz biasa (lilitan 18 inci seingat aku). Mungkin kerana ketika itu zaman grunge sudah tiba. Rambut kalau tidak boleh panjang di belakang, kami panjangkan di bahagian depan dan disisir rapi ke belakang. Kalau dibiarkan terjurai, rambut akan ...

Forest Dweller dan Woodtech Clan

Beberapa nota sebelum bercuti panjang. :D Pertama, Zaril Faizal, sahabat lama sewaktu zaman di universiti dahulu sudah mempunyai blog sendiri. Blog pendidikan beliau sangat menarik minat aku kerana ianya juga diisi dengan artikel mengenai Woodtech, program yang aku belajar di ITM suatu ketika dahulu. Menggunakan nama Forest Dweller , blog pendidikan pensyarah di Politeknik Shah Alam (ada nama panjang tetapi biar aku ringkaskan) banyak menulis berkaitan perkayuan dan pemeliharaan hutan. Aku adalah seorang pencinta hutan dan alam hijau. Ketika belajar dahulu, kami sering 'masuk hutan'; camping sambil belajar mengenai sifat hutan terutama jenis pokok di dalamnya dan juga habitatnya. Bob, gelaran mesra untuk Zaril Faizal adalah sahabat baik aku. Dia sudah pun melangsungkan perkahwinan sejak sembilan tahun lalu dengan pilihan hatinya dan dikurniakan tiga orang cahaya mata. Kalau kamu berminat hendak belajar mengenai pembuatan kertas, papan lapis, MDF (medium density fibreboard) dan ...

Kenangan Woodtech

Agak lama aku mencari kawan-kawan lama satu batch semasa belajar di Institut Teknologi Mara (ITM) sekitar 1993 - 1996/7. Selepas habis belajar, masing-masing terus 'lost contact', hingga aku bertemu kembali dengan beberapa orang daripada mereka di Facebook. Syukur ada Facebook. Dip. In Wood Technology 1993 - 1996/7 - all eleven of us plus a lecturer. Berdiri dari kiri - Erwan, Fauzi@Jep, Bob, Zamri, Aku@Idan, Hafiz, Man Jawa Duduk dari kiri - Kak Pah, lecturer, Yus, Arwah Kak Nor, Dillah Kami cuma ada 11 orang dalam satu batch. Satu keluarga kecil yang aku fikir cukup rapat dan akrab. Kalau antara kami bergaduh, semua orang tahu dan dapat rasakannya. Seorang daripada kami sudah pergi mengadap Yang Maha Esa. Kak Nor meninggal dunia pada tahun 1998 kerana sakit. Dia paling tua antara kami dan di penghujung hayatnya, dialah paling rapat dengan aku. Dia juga banyak mengajar aku erti kehidupan; hidup jangan berdendam, hargai orang lain dan belajar memohon maaf dan memaafi orang. Ant...

YeLLoWSunBLazE

Pernah aku cerita kepada kamu mengenai YeLLoWSunBLazE? Suatu ketika dulu aku punya seorang sahabat (lebih mesra dengan terma buddy) yang cuma aku kenali di internet. Pernah sekali aku bertemu dengannya di pusat bowling The Mines dan itulah kali pertama dan terakhir aku melihat wajahnya. Dulu sewaktu zaman gila berchatting, dia antara sahabat yang sering menemani atau ditemani aku sehingga menjelang subuh. Yellowsunblaze adalah nickname yang digunakannya dan aku sentiasa fikir itulah antara nickname paling cool dan menarik aku pernah jumpa; sehingga kini. Frossonice ini juga berasal dari nickname semasa zaman berchatting dulu. Aku sentiasa ingat Yellowsunblaze seorang yang amat periang dan happy-go-lucky. Cuma pernah dia menangis hanya kerana keyboardnya rosak! Aku masih ingat kerana waktu itu dia meminta pertolongan dari aku. Namun aku lupa apa kesudahannya. Aku juga masih ingat waktu itu, kami sering berutus online greeting (amat popular dulu). Selepas dia menyambung belajar di UPM da...

Izzurina

Aku sedang mencari seseorang. Kemungkinan dia merupakan "first love" aku, sekitar umur aku 8 - 9 tahun. Bukan "first love" rasanya, cuma perasaan suka. Dan, aku hampir menemuinya. Tidak, bukan bersua muka. Cuma melalui Facebook dan Tagged. Aku mahu pastikan mereka itu adalah dia. Ya, itu adalah dia. Cukuplah. Aku tahu dia masih ada. Aku cuma ingin tahu. :-) "Idan, kereta mak Izu... Tu dia ada di belakang" Sambil kereta Ford Laser meluncur laju melintasi hentian bas tempat aku dan seorang rakan duduk. "Ye, memang dia" "Kenapa engkau suka dia?" "Sebab dia cantik" Jawab aku ringkas. Umur lapan tahun sudah pandai ye... 

Kuch Kuch Hota Hai

Sebentar tadi sempat aku menonton filem Outsourced. Tidak perlu aku cerita sinopsisnya. Cuma, dalam satu babak, ada adegan di mana watak utama diminta menari tarian ala filem Hindustan, Kuch Kuch Hota Hai. Segan pun tak guna, tapi sebenarnya aku memang suka filem itu. Mungkin Kuch Kuch Hota Hai satu-satunya filem hindustan yang aku suka, dan aku salahkan Bob kerananya. 10 tahun lalu semasa aku dan Bob tinggal di Kelana Jaya, Bob telah berkenalan dengan seorang gadis Johor yang sedang belajar di Medan, Indonesia. Dek kerana begitu kasihkan gadis tersebut, Bob sanggup lakukan apa saja demi memenangi hati si gadis. Termasuk menonton filem-filem hindustan kegemaran si gadis. Sedang selama itu aku kenal Bob adalah peminat muzik rap dan alternatif serta meminati filem-filem aksi. Jarang sekali aku lihat beliau menonton filem cinta, apatah lagi filem hindustan. Suatu hari sedang aku berehat di bilik, Bob tiba setelah keluar dengan si gadis. Ada beg plastik berisi VCD (masa itu DVD belum popul...

Liku-liku Hidup - 1

Suatu ketika dahulu semasa aku masih tinggal di Gerik, Perak, hari-hari siang sewaktu pergi ke sekolah adalah saat yang mendamaikan. Dari rumah dengan basikal dan beg digendong bersama bekal nasi yang emak berikan, aku ke sekolah; sekolah petang. Keluar dari rumah di sebuah perumahan awam, aku ke jalan besar dan menyusurinya beberapa puluh meter. Kemudian aku melintas untuk melalui jalan pintas. Dari situ perkara pertama yang aku lalui adalah sebuah jambatan yang merentasi sebuah sungai yang aku tidak pernah tahu apa namanya. Tahu, mungkin aku sudah lupa. Sungai Air Hitam rasanya. Awal dulu ianya cuma jambatan kayu. Dari situ aku menuju ke penghujung simpang kira-kira 300 meter. Sebelah kiri jalan ada perumahan cina dan sekali sekala terdengar salakan anjing. Sebelah kanan dimana sungai menjadi sempadan dan diseberangnya tanah kosong terbiar yang dimasa akan datangnya nanti akan menjadi kawasan perumahan juga. Aku belok ke kiri dan lalui jalan tar kecil menuju ke sebuah sekolah agama. ...

Emel

Aku mengembara balik ke masa lalu apabila melihat isi peti emel aku. Ada yang sudah hampir 10 tahun tersimpan. Aku bersyukur kerana aku ada kemampuan untuk menyimpan 'surat-surat' lama ini. Aku dapat baca kembali isinya dan tersenyum sendiri. Lama sungguh aku dalam internet ni ye. Sampai alamat emel pun mencecah 10 tahun. Emel pertama aku adalah idan_alias@yahoo.com. Kononnya nak sembunyi siapa sebenar aku la tu. Akhirnya aku guna ahmadsharidan@yahoo.com pada penghujung 1999 kerana aku fikir aku tidak peduli apa orang nak kata dan amat senang bagi aku untuk kenalkan diri aku kepada orang lain. Pertengahan 2005, aku tukar ke Gmail, ahmadsharidan@gmail.com dan aku gunakannya hingga sekarang. Dulu aku memang ada banyak alamat emel. Aku pernah ada emel di Hotmail tapi aku memang tak suka dengan servis Hotmail. Entah kenapa. Prisip aku, tak perlu delete kalau saiz kotak emel besar. Seingat aku, kotak emel Yahoo! dulu agak kecil dan ada limit. Jadi, banyak emel-emel lama yang terpaks...

Hujung Minggu

Sukan Olimpik Aku tak tengok upacara pembukaan secara live. Sibuk dengan menonton wayang, Meet Dave lakonan Eddie Murphy. Cerita yang menarik tapi meleret. Lawak pada mulanya memang gila tapi lama-lama dah bosan. Apa motif Meet Dave sebenarnya? Berbalik kepada Sukan Olimpik. Aku rasa kali ini aku boleh ikuti dengan sepenuhnya. Pertama, aku ada Astro di rumah dan siang tadi aku sampai naik bosan dengan liputan sukan Olimpik. Mungkin belum ada acara yang menarik seperti olahraga dan renang. Nampaknya China benar bersungguh-sungguh untuk anjurkan sukan Olimpik yang terhebat. Upacara pembukaan saja sudah cukup memukau. Pastinya hasil kerja hebat pengarah-pengarah filem terkenal China yang diupah untuk menghasilkannya. Melihat upacara pembukaan seperti melihat filem period China masa kini hasil karya Zhang Yimou dan Ang Lee. Hebat. Kamu fikir Malaysia boleh buat sebegitu? Boleh. Tapi ruginya pasti kerana yang lebih ditonjolkan adalah budaya melayu dan sedikit-sedikit budaya etnik bangsa lai...

Sesudah Reunion - Part 5

KOLEKSI GAMBAR REUNION 89ERS MRSM BALIK PULAU Saat-saat meninggalkan Pulau Pinang aku rakam sebagai tanda ingatan. Detik-detik feri bergerak meninggalkan jeti Raja Tun Uda membawa aku mengimbau kenangan lalu. Kenangan yang akan aku semat sepanjang usia ini. Ah, seperti dahulu. Bangunan tinggi itu sebagai tanda, dari jauh aku melihatnya dan menunggu tiba. Ya, aku pasti akan kembali lagi kesini.

Kerana Dia Aku Di Sini

Catatan ke-500. Buat Kak Nor. Sesungguhnya dialah sahabat sejati. 10 tahun lalu dia pergi meninggalkan dunia ini. Sehingga kini tidak pernah sekali aku berkunjung ke pusaranya. Cerita ayahnya mengenai dalam liang lahatnya terjumpa batu yang berwarna-warni dan beliau mampu tersenyum dan berkata-kata sebelum beliau menghembuskan nafas terakhirnya masih dalam ingatan. Beberapa tahun Kak Nor menderita penyakit yang tidak diketahui. Dua minggu sebelum beliau meninggal dunia, aku menziarahi beliau. Kurus kering tidak bermaya, hanya terdampar di pembaringan. Tiada suara untuk berkata-kata, tiada kudrat untuk bangun. Namun matanya tetap bersinar seindah sewaktu sihat beliau. Ketika itu Kak Nor seperti cuba memberitahu aku sesuatu. Aku tidak memahaminya sehinggalah dua minggu kemudian. Suatu ketika ketika kudratnya masih ada dan suaranya masih boleh berbisik, Kak Nor menulis dan menyatakan harapannya agar dapat kembali beliau berbual bicara denganku seperti saat-saat dulu. Ianya cuma tinggal ha...

Dalam Hidup Ini

The Beatles - In My Life There are places I remember All my life though some have changed Some forever not for better Some have gone and some remain All these places had their moments With lovers and friends I still can recall Some are dead and some are living In my life I've loved them all But of all these friends and lovers There is no one compares with you And these memories lose their meaning When I think of love as something new Though I know I'll never lose affection For people and things that went before I know I'll often stop and think about them In my life I love you more Though I know I'll never lose affection For people and things that went before I know I'll often stop and think about them In my life I love you more In my life I love you more ==== Catatan ke-499. Aku sengaja letakkan lagu The Beatles - In My Life sebagai penyeri catatan ini. Baca dan faham kenapa aku amat suka dengan lagu ini. Lirik dan iramanya amat menarik. Tiada sebab untuk menulis ke...

10 Tahun Yang Hilang

Saat ini terasa ingin memberi tribute kepada sesiapa yang pernah aku kenali. Mereka sejak 10 tahun lalu aku kenali mengenai cara ini, internet. Namun aku tidak berupaya untuk melakukannya. Benak ini bisu untuk berkata-kata kepada jari jemari aku agar diterjemah dalam baris-baris ini. Aku membuka kembali kotak email lama. Email aku, idan_alias@yahoo.com adalah email pertama yang aku miliki. Mungkin aku pernah miliki email Hotmail namun ianya sudah lama berkubur. Namun dia idan_alias@yahoo.com, aku masih dapat membaca email-email lama kiriman sahabat-sahabat yang pernah aku kenali suatu masa dahulu. Email paling lama dalam peti email adalah bertarikh awal tahun 1999. Hampir sepuluh tahun yang lalu. Begitu pantas masa berlalu. Email-email kepada Lily dan Ida Izwani (kawan baik dalam internet) masih terpelihara baik dalam kotak email Yahoo!. Tapi entah untuk berapa lama lagi. Aku perlu backup semua email tersebut. Itu kenangan yang amat sukar untuk dilupakan. Mereka melayan bual bicara aku...

Rosmawati

Aku pernah bercerita mengenai Rosmawati suatu masa dulu. Mungkin sekitar penghujung 2006. Kami berpacaran seketika walau tidak pernah bertemu muka. Kemudian aku mendiamkan diri. Aku lakukan kerana aku tidak mampu menahan desakan dia untuk bertemu dan mungkin lebih dari itu, settle down. Jawapan mudah dari mulut aku; aku belum bersedia. Maka aku dan dia terputus hubungan buat beberapa ketika. Lama selepas itu aku kembali menghubungi dia tak kala hidup aku sunyi tanpa sesiapa di sekeliling. Lalu Rosmawati berkata agar tidak lagi mengharapkan dia dalam hidup aku. Sebulan yang lalu dia beritahu aku yang dia sudah bertunang dan sebentar tadi dia beritahu aku dia akan berkahwin penghujung Mei nanti. Kadangkala aku seperti sengaja melepaskan peluang yang amat terbuka di depan mata. Mungkin itu satu-satunya peluang yang aku ada. Mungkin. Apabila dalam keadaan begini, mahu saja aku menyesali tindakan aku. Namun sesal itu sudah tiada makna dalam kamus hidup aku.  Aku pasti Rosmawati adalah seora...

Iron Maiden Di Pagi Buta

5.30 pagi dan aku sedang mendengar Iron Maiden - Seventh Son of a Seventh Son. Lagu lama dari album lama sebuah kumpulan lama. Aku mula mendengar lagu-lagu Iron Maiden semasa di MRSM Balik Pulau sekitar tahun 1989. Semasa form 2. Aku sukakan melodi dan gaya nyanyian Bruce Dickinson yang memang hebat. Bermula dengan album Seventh Son of a Seventh Son, aku terus mencari album-album lain (beli kaset je la) seperti Powerslave dan Somewhere In Time. Album terakhir yang aku beli adalah Fear of The Dark, sekitar tahun 1992. Lepas tu aku terus minat dangdut... Hahaha. Tak, selepas daripada itu, Bruce Dickinson keluar dari Iron Maiden dan diganti oleh Blaze Bayley yang nyata tidak dapat menandingi kehebatan vokal Bruce Dickinson. Apa saja album yang dikeluarkan selepas itu  tidak aku beli. Kira-kira 2 tahun lepas aku berjalan-jalan di Pertama Complex. Terfikir untuk mencari semua CD atau kaset Seventh Son of A Seventh Son. Teringin nak dengar kembali lagu-lagu lama sewaktu aku membesar di MRSM...

Dataran Selera

Rupa-rupanya cerita mengenai makanan di MRSM Balik Pulau dalam post aku bertajuk Membuang 83 Gram Sehari  perhatian member-member yang pernah belajar di sana dahulu. Sesiapa pun takkan dapat melupakan pengalaman makan di Dataran Selera (DS) sama seperti mereka (terutama lelaki) yang takkan dapat melupakan Kak Zah, salah seorang pekerja di DS. Seingat aku dahulu, masa awal form 2 semasa belajar di sana, kami sebolehnya akan cuba berlari ke DS setiap waktu makan tiba untuk berdiri di barisan hadapan sekali menunggu makanan dihidangkan. Satunya nak dapat makanan yang masih panas dengan pilihan yang banyak. Keduanya hendak mengelakkan dari kena ragging oleh senior suruh ambil itu ini dan kena potong Q . Yang kedua itu yang selalu dalam fikiran ketika itu. Pelajar senior biasanya makan di baris belakang berhampiran dengan laluan dari Blok A. So , kalau hujan, memang naya bila lalu situ. Masing-masing akan cuba jalan dengan laju sambil menunduk kepala untuk mengelak dari dipanggil oleh ...

Lights-Off

Ingat masa sekolah dahulu, semasa di asrama waktu malam sebelum tidur? Ini khusus untuk orang yang pernah bersekolah di sekolah berasrama penuh atau sekurang-kurangnya sekolah yang ada asrama pelajar. Cukup susah hendak tidur. Kalau kita tahu lights-off jam 11 malam, maka itulah masa paling susah hendak lelapkan mata, kecuali kamu terlalu letih. Masa aku form 2, warden MRSM Balik Pulau memang seorang yang garang. Cikgu Hamid namanya. Biasanya grill pintu akan dikunci menjelang lights-off untuk mengelakkan student keluar masuk tak tentu pasal. Jadi bila jam 11 malam je, lampu akan terpaksa dipadamkan tapi suara-suara masih bising. Kalau ada jeritan suruh diam pun, datangnya dari brader Hislimas atau brader Akram Shah, anak Sanusi Junid (brader lain aku sudah lupa nama mereka) suruh diam. Diam saja, bukan suruh tidur. Memandangkan setiap kubikel tidur kami ada lampu sendiri, maka cara paling mudah untuk terus berjaga ialah pasang lampu tersebut dan selubungnya dengan kain, biasanya tu...

Zaman Universiti

Koleksi gambar-gambar aku semasa belajar di UiTM Shah Alam awal 90an lalu. Depan bengkel perkayuan di Forest Research Institute of Malaysia (FRIM) dengan Dillah (lelaki..), coursemate aku. Aku ambil Teknologi Perkayuan, tapi sekarang ni rasanya sudah hampir 5 tahun tidak bertukang. Bersama-sama coursemate aku yang lain menuju ke bengkel perkayuan di FRIM untuk kerja-kerja praktikal membuat cement board, particle/fibre board dan chip board. Kelas kami biasanya di adakan pada Jumaat petang hingga malam dan pagi Sabtu hingga petang. Tengok aku sebelah kiri bercermin mata, kurus kan? Sekarang bayangkan aku sekali ganda saiz tersebut. Semasa camping di hutan UiTM Pahang di Jengka. Biasalah, kalau dah couse perkayuan, mesti ada camping dan masuk hutan. Kami masuk hutan seminggu dan bertapa di sana. Segalanya kena buat sendiri sebab kiranya macam survival la. Best sebab bukan pergi sikit-sikit orang. Sekali pergi sampai 50 orang. Ramai. Kalau pergi sikit-sikit, apa bestnya?

Banding 1982

Gambar keluarga aku bersama arwah atok semasa di lebuhraya timur-barat dalam tahun 1982. Masa itu komunis masih berleluasa. Anytime boleh kena tembak atau kena culik. Tapi kami beranikan juga untuk berhenti tepi tasik banding dan bergambar. Kami dalam perjalanan ke Kuala Terengganu, rumah Pak Ngah aku di sana. Aku yang berdiri berbaju belang di tengah.

Yus

Inilah Yus...