Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Putrajaya

Putrajaya Perlu Lebih Rancak Dibangunkan

Sekali sekala sewaktu sibuk bekerja, aku berhenti seketika untuk melihat ke luar tingkap bagi meredakan pedih mata yang saban waktu menatap skrin iMac. Nasib juga skrin LCD, kalau skrin katod, rasanya sudah pitam. Menjenguk ke luar tingkap pejabat, tidak dapat tidak pasti aku akan lihat pembangunan projek di lot sebelah yang semakin rancak. Tingkat basement paling bawah sudah hampir siap dan tingkat basement seterusnya sedang dibina. Ianya salah sebuah projek bangunan milik swasta yang dibangunkan di Putrajaya. Siap kelak, ianya akan kelihatan seperti gambar di sebelah. Menurut informasi mengenai bangunan ini, ianya adalah bangunan pelbagaiguna; kedai dan pejabat. Juga terletak di sebelah tapak projek ini sebuah bangunan milik swasta yang siap hampir setahun yang lalu tetapi masih kosong hingga ke saat ini. Bangunan Boulevard Square ini dianggap sebagai bangunan milik swasta 100% pertama di Putrajaya. Namun apa yang berlaku pada saat ini adalah bangunan itu seperti dijadikan sarang bur...

Petang Di Tepi Tasik

Petang Ahad dengan cuaca yang damai dan redup, aku bawa Zura ke suatu tempat di Putrajaya yang sangat aku suka, di Kompleks Sukan Air Putrajaya, Presint 5. Ada tiga buah pontoon yang sering menjadi lokasi popular pasangan pengantin untuk bergambar kenang-kenangan. Kami duduk di hujung pontoon, di gigi air sambil menikmati suasana damai sekitar tasik. Ramai orang di situ walaupun sudah lewat petang. Kalau tidak kerana seorang pengawal yang memegang cota (aku tidak faham apa motif dia menunjukkan cota kepada semua orang - garang sangat ke?) mengarahkan orang beredar apabila jam hampir 7 petang, orang ramai pasti akan duduk di situ lebih  lama. Tindakan pengawal itu agak tidak wajar walaupun kita faham itu tugas dia. Perbadanan Putrajaya perlu lebih prihatin dengan 'waktu santai' di hujung minggu. Orang mahukan masa lebih lama untuk bersama keluarga, rakan dan kenalan. Pengawal yang memegang cota untuk menunjukkan autoriti bukanlah idea yang bagus.

Floria 2010 In A Haste

Ramai sangat orang hujung minggu tempohari. Tidak selesa untuk berfotografi. Jadi aku rakamkan sesedap rasa sekadar perlu. Banyak gambar di sini sudah "heavily edited". Jangan percaya dengan kualitinya.

Pesta Flora - Almost Ready

Persiapan Pesta Flora Putrajaya 2010 pula sudah masuk fasa terakhir siang 8hb Julai semalam. Aku sempat menjenguk persiapa yang sedang mereka lakukan. Bagus juga berbasikal. Sekurang-kurangnya jaga dan event manager tidak boleh halau aku sesuka hati mereka. Pesta Flora akan bermula pada hari sabtu nanti dan pastinya ribuan orang akan datang berkunjung untuk melihat seni hiasan bunga dan taman yang sungguh menarik. Aku sempat melihat tapak pameran di bahagian luar berhampiran dengan monumen alaf baru saja dan ianya sungguh menarik. Ratusan pekerja sedang bertungkus lumus menyiapkan hiasan taman bunga mereka. Aku paling tertarik dengan seni taman Majlis Perbandaran Johor Baru Tengah (Jabatan Lanskap) datang dengan idea yang hebat. Maaf kalau gambar kurang memuaskan. Aku cuma boleh merakam suasana dengan telefon bimbit sekadar 3.2MP. Kamera digital aku dipinjam oleh orang. Pasti kamu juga tidak sabar untuk mengunjungi Pesta Flora sepanjang minggu hadapan. Aku mahu membawa si dia bersama n...

Minggu Pelayaran Putrajaya 2010

Putrajaya di penghujung minggu ini akan diisi dengan dua acara. Salah satu daripadanya adalah Minggu Pelayaran Putrajaya 2010 yang akan diadakan pada 9 hingga 11 Julai di kompleks sukan air Putrajaya, di Presint 6. Aku tidak tahu apakah aktiviti menarik yang akan dijalankan nanti. Tapi pastinya ada aktiviti air seperti kapal layar, perahu naga dan juga water ski. Aku nampak Alex Yoong sibuk berlatih tempohari. Jadi, kalau kamu bosan mengunjungi Pesta Flora di Presint 2, pergilah ke Minggu Pelayaran Putrajaya. Cuma peliknya, 9hb Julai sudah bermula program tetapi petang 8hb Julai aku nampak masih tidak ada apa-apa persiapan besar. Tidak mengapa, pergi tinjau sendiri nanti.

Ceritera

Sebuah restoran akan dibuka berhampiran Monumen Alaf Baru di Presint 2, Putrajaya pada 10 Julai nanti. Restoran yang diberi Ceritera ini nampaknya berkonsep kontemporari. Aku tidak tahu apa menu hidangan mereka. Kamu boleh kunjungi laman Facebook Ceritera dan lihat sendiri. Ada persembahan oleh Jamal Abdillah. Pasti menarik.

Floria 2010

 Floria Putrajaya tahun 2010 akan bermula dalam beberapa hari lagi. Seingat aku, ini edisi ketiga. Tahun lepas aku tidak menjenguk langsung ke tapak pesta. Tahun ini ada kelainan sedikit. Memandangkan aku berbasikal hampir setiap petang dan laluan aku menempuhi tapak Floria, aku berkesempatan melihat pekerja sedang sibuk menyiapkan taman lanskap mereka. Floria Putrajaya 2010 akan berlangsung daripada 10 hingga 18 Julai 2010. Kalau terasa mahu berada seperti di Belanda (yang penuh bunga-bungaan), datang ke Putrajaya.

Ruang Lapang

Siang tadi sewaktu mahu berbasikal, aku tertinggal iPod Shuffle di laci pejabat. Mulanya aku fikir pasti akan bosan berbasikal tanpa lagu berkumandang di telinga. Separuh jalan, aku tersenyum sendirian. Bunyi alam lebih mengasyikkan. Lalu hari ini, tanpa rasa penat, aku berkayuh jauh dan mendaki bukit di Taman Wawasan. Berhenti di situ dan duduk diam mendengar suara alam; unggas, burung, angin yang bertiup, bunyi hentakan mesin di tapak pembinaan, bunyi enjin kereta dan ekzos motosikal. Semuanya bergabung menjadi irama yang tenang di petang yang sungguh menawan di Putrajaya. Hari ini hari yang sedikit lega. Kerja di pejabat menunjuk progres yang baik. Aku berjaya akhirnya siapkan kulit depan dan layout laporan yang hampir setengah tahun aku berhempas pulas dengannya. Syukur. Seperti yang aku kata dalam post sebelum ini; mungkin kerana si dia yang membantu aku menjadi lebih tenang dan damai. Bila petang, sewaktu berbasikal, hati menjadi begitu lapang dan tenteram. Tidak lagi bergelodak ...

Satu Rakam, Seribu Kenangan

Masjid Besi using simple HDR Bagi aku fotografi adalah seni. Ada cerita dalam setiap rakaman foto. Ada arah tujuan dan ada maksudnya. Setiap kali aku merakam gambar, itu yang aku fikirkan; kenapa dan apa cerita disebaliknya. Aku tidak akan 'snap' gambar berkali-kali untuk mendapatkan shot yang terbaik kerana bagi aku ianya tidak mencerminkan hasrat asal kita. Lagipun, sewaktu SLR dan kamera kompak biasa masih menggunakan filem, shot berulang kali amat jarang dilakukan. Ianya membazir. Namun dalam era digital ini, kamu boleh rakam 1000 kali gambar yang sama tanpa perlu fikir risiko rugi dan membazir. Seperti Masjid Besi yang aku rakam di atas. Ianya adalah cantuman tiga gambar dengan exposure berlainan yang sengaja dirakam untuk dibina kemudian dengan teknik HDR . Aku tidak perlu risau berapa kali aku perlu ambil gambar yang sama. Kamu pasti pernah ingat bahawa aku sering merakam gambar Masjid Besi dalam pelbagai keadaan cuaca dan sudut. Bagi aku, lebih menarik jika kita berupay...

1Malaysia International Dragon Boat Festival 2010

 Petang tadi aku sempat melihat persiapan terakhir yang sedang dilakukan sempena Festival Bot Naga Antarabangsa 1Malaysia tahun 2010 di Putrajaya. Ini merupakan tahun kedua ianya diadakan. Dulu festival ini dikenali sebagai Festival Bot Naga Antarabangsa Putrajaya. Sekarang sudah jadi trend, apa saja kegiatan, mesti melibatan gagasan 1Malaysia. Apa saja...  Bot-bot perlumbaan dilabuhkan di jeti kompleks sukan air Putrajaya. Bot yang berwarna-warni ini nampak tirus dengan kepala naga di hadapan, simbolik ianya sebuah perahu naga. Aku sempat melintasi khemah peserta dan aku dapati ada peserta antarabangsa yang datang dari United Kingdom, Hong Kong, Singapura dan Australia. Jadi bermula awal pagi esok, 18 Jun 2010 kira-kira jam 9.00 pagi, festival ini akan berlangsung hingga 20hb Jun 2010. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan kehebatan pertandingan bot naga ini. Harapan aku, biar festival bot naga ini menjadi sepopular festival bot naga di Hong Kong. Jangan buat sekerat jala...

Ringkas - Putrajaya

Lama tidak bercerita mengenai apa yang berlaku di Putrajaya. Kerja-kerja pembinaan bangunan di sebelah pejabat sedang rancak berlaku. Nampaknya mereka sudah mula mengorek ruang 'basement' dan membuat cerucuk utama. Aku jangka, dalam masa beberapa bulan lagi, kerja membina bangunan sendiri akan bermula. Siap nanti, ia bakal menghalang permandangan aku ke arah selatan Putrajaya. Sewaktu aku berbasikal semalam, aku sempat merakam dua lokasi aktiviti yang akan berlangsung di Putrajaya dalam jangka masa terdekat. Pertamanya, Kejohanan Perahu Naga Antarabangsa Putrajaya akan bermula dari 18 hingga 20 Jun di Kompleks Sukan Air Putrajaya di Presint 6, berhampiran Hotel Pullman. Persediaan sedang rancak dijalankan. Jadi kalau ada kelapangan waktu di hujung minggu nanti, datanglah ke Putrajaya untuk melihat perlumbaan perahu naga. Seterusnya, pada bulan hadapan iaitu dari 10 hingga 18 Julai, akan berlangsung Floria atau Pesta Flora Putrajaya yang semakin lama semakin popular. Tahun lepas...

Bawah Jambatan, Penjuru Masjid & Menanti Senja Berlabuh

Bawah Jambatan Penjuru Masjid Menanti Senja Berlabuh Tidak ada apa yang aku perlukan lagi untuk sentiasa berasa tenang dan damai. Tuhan sudah berikan segalanya. Terima kasih.

Kolam Teratai

Ada sebuah kolam teratai yang terletak di Taman Wawasan, Putrajaya. Kolam teratai ini sepanjang lebih kurang 200 meter di tepi laluan aku sering berbasikal. Semalam aku berhenti untuk merakam suasananya dengan lebih dekat. Rugilah kalau kamu tidak pernah ke Putrajaya.

Petang Membawa Damai

Sepanjang minggu dari Isnin hingga Jumaat tempohari, cuaca sangat menyenangkan di Putrajaya. Empat hari setiap petang selepas waktu kerja, aku berbasikal. Sudah lama aku tidak berbasikal terus menerus begini. Akibatnya, badan jadi lenguh dek kerana tiada masa untuk kembali segar. Maklum saja, waktu malam aku masih ada aktiviti lain. Sempat juga aku merakam suasana damai di Putrajay di waktu petang sepanjang minggu ini. Harapnya beberapa minggu mendatang, cuacanya tetap begini. Tetapi di luar sana sekarang, hujan baru reda.