Petang tadi aku sempat melihat persiapan terakhir yang sedang dilakukan sempena Festival Bot Naga Antarabangsa 1Malaysia tahun 2010 di Putrajaya. Ini merupakan tahun kedua ianya diadakan. Dulu festival ini dikenali sebagai Festival Bot Naga Antarabangsa Putrajaya.
Sekarang sudah jadi trend, apa saja kegiatan, mesti melibatan gagasan 1Malaysia. Apa saja...
Bot-bot perlumbaan dilabuhkan di jeti kompleks sukan air Putrajaya. Bot yang berwarna-warni ini nampak tirus dengan kepala naga di hadapan, simbolik ianya sebuah perahu naga.
Aku sempat melintasi khemah peserta dan aku dapati ada peserta antarabangsa yang datang dari United Kingdom, Hong Kong, Singapura dan Australia.
Jadi bermula awal pagi esok, 18 Jun 2010 kira-kira jam 9.00 pagi, festival ini akan berlangsung hingga 20hb Jun 2010. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan kehebatan pertandingan bot naga ini.
Harapan aku, biar festival bot naga ini menjadi sepopular festival bot naga di Hong Kong. Jangan buat sekerat jalan kemudian hilang tumpuan dan lepaskan.
Agak-agak esok petang, boleh ke aku berbasikal hingga ke lokasi? Kena keluar awal.

Ulasan
Catat Ulasan