Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2008

Death Magnetic

Metallica kembali! Album baru mereka, Death Magnetic akan mula dijual 16 September nanti. Atas adalah salah satu lagu yang terdapat dalam album tersebut berjudul The Day That Never Comes. Pertama kali aku dengar aku agak keliru dengan konsepnya. Tapi hari ini bila aku dengar balik, dalam hati seperti.. ahh... Metallica sudah kembali. Seperti berada di penghujung 80an dan awal 90an sewaktu mereka popular dengan album Ride The Lightning, Master of Puppets, And Justice For All dan Black Album. Semuanya seperti digabung dalam satu lagu ini. Tidak seperti album St. Anger, petikan gitar solo Kirk Hammet sudah kembali. Begitu juga dengan gitar harmoni yang membuat aku terpengaruh dengan Metallica, sudah juga kembali. Cuma entah kenapa, ketukan dram Lars Ulrich hampir tidak berubah sejak dari St. Anger. Aku lebih suka seperti awal lagu ini dimana ketukan dram Lars sama seperti dalam album And Justice For All, smooth. Ya, memang aku peminat besar Metallica. So What?

Menilai Hidup Ini - Babak 4

"Saya akan pulang ke kampung esok. Ada apa-apa yang hendak dipesan?" "Apa yang menarik di sana?" "Ada labu sayong. Itu saja kot." Kemudian aku sambung lagi. "Jemputlah datang ke rumah, berbuka puasa di sini dengan keluarga saya." "Ishh.. Awak, Saya tak reti ke rumah lelaki. Malu." "Saya cuma jemput kalau awak nak rasa makanan orang Perak." Sebenarnya aku simpati terhadapnya. Mungkin bagi dirinya sebagai anak yatim piatu adalah perkara yang sudah biasa. Aku jemput dengan harapan, dia dapat merasai kemesraan keluarga, emak dan ayah sewaktu berbuka puasa. Aku tahu emak dan ayah sentiasa suka menerima sesiapa saja untuk berbuka bersama kami sekeluarga. "Takpelah. Kalau bulan puasa nanti awak ada dekat Putrajaya waktu hampir berbuka, beritahulah ye. Boleh saya ajak berbuka." "Terima kasih sudi jemput saya ke Kuala Kangsar. Kalau saya di Putrajaya, saya bagitau ye." Begitu suasana malam sebentar tadi, walau hanya

Menilai Hidup Ini - Babak 2

Kemudian, kami terus berbual lagi mengenai hal-hal peribadi dan termasuklah cliche kehidupan. Pandangan lelaki terhadap perempuan dan sebaliknya. Bagaimana realitinya banyak lelaki yang berbuat perkara jahat tapi apabila mencari pasangan hidup, mahu mencari yang paling baik dan paling terpuji. Juga bagaimana apabila berkahwin nanti, watak-watak cliche suami isteri dimainkan atas nama harmoni sebuah rumahtangga; sang suami bekerja (dan kini selalunya isteri turut bekerja), pulang kerumah isteri menyiapkan makanan, membasuh baju dan menyediakan segalanya untuk si suami yang duduk di sofa membaca surat khabar (sedang dalam hati bersyukur kerana tidak perlu lagi bersusah payah mengemas rumah dan lain-lain) sambil menonton berita atau rancangan TV. Ya, segalanya yang cliche tentang perihal suami isteri. Tidak semua begitu tapi kebanyakkan. Aku tidak berpegang kepada pendirian tersebut. Kalau selama berbelas tahun aku boleh hidup sendiri, basuh kain sendiri, masak makanan sendiri (walau h

Menilai Hidup Ini - Babak 1

Tengahari semasa di pejabat tadi, aku duduk makan bersama-sama seorang kenalan. Dia bukan kerja di tempat yang sama. Dia kenalan luar yang dikenali kerana urusan niaga kira-kira setahun lepas. Sehingga tadi aku tidak tahu apa status dia dan dia juga sebenar tersalah sangka status aku yang pada fikirannya sudah berkahwin dan punyai anak seorang atau dua. Begitulah keadaan apabila hal-hal peribadi tidak pernah disentuh walaupun ada masanya kami berbual-bual mengenai kehidupan. Tersentuhnya cerita semua itu tadi hanya kerana seorang kakak yang kami kenal datang duduk bersama untuk makan dan bertanya bila kenalan aku ini mahu berkahwin (dia seorang perempuan).  "Engkau bila nak kahwin Jah?" "Ala Kak Jas ni, kenapa la tanya soalan macamtu?" "Aku cuma nak tahu. Aku kenal engkau dah lama. Engkau dah macam anak aku jugak." "Belum ada sesiapa lagi la Kak. Saya dah lama putus." "Haa, bagus la macamtu. Ni si Dan ni ada." Sambil menunjuk ke arah ak

Melimpah

Aku sedang dilimpahi kenangan-kenangan lama, dari kecil hingga beberapa tahun lalu. Fuh...  Entah pintu mana dalam otak aku ini tiba-tiba terbuka.

Obses

Siang tadi bermain ping pong sebelum pulang dari kerja. Mungkin itulah pertama kali aku bermain ping pong lebih dari 5 minit. Aku kurang minat dengan ping pong walaupun aku minat menonton pertandingannya. Jadi aku benar-benar tidak tahu bermain ping pong. Itulah realitinya. Cuma, ramai mungkin tidak tahu yang aku adalah jenis orang yang cepat belajar. Setelah dua set bermain aku sudah mahir menahan smash lawan. Aku sudah mula belajar membuat hantaran bola yang pantas dan juga bermain sepenuh gelanggang. Memang kalah. Tapi kalau beberapa kali lagi aku bermain, InsyaAllah aku boleh mencatatkan sesuatu yang menarik. Sama seperti bermain karom. Cuma bila diajak oleh rakan-rakan di pejabat bermain, aku selalunya menolak. Puncanya kerana aku tidak mahu jadi mahir lalu gian bermain. Ianya akan mengganggu hidup aku. Bila aku bagus dengan sesuatu, aku akan obses dengan perkara tersebut hingga aku bosan. Dua-dua permainan itu, ping pong dan karom sedang dimainkan semasa rehat dan sebelah petang

Selamat Malam

Sudah 2.45 pagi. Hujan sedang turun lebat di luar. Mata semakin layu. Badan semakin letih. Kerja sudah disiapkan. Syukur. Aku mahu tidur. Pagi nanti ada mesyuarat. Permulaan minggu yang meletihkan.

Membukukan Cerita Kamu

Tengah malam buta semalam aku terima satu panggilan. Jody dan Selina Bee ajak minum sedang aku sudah terbaring di atas tilam dengan batuk yang tak sudah-sudah sejak seminggu yang lalu. Akhirnya aku setuju pergi. Jumpa mereka di Cyberia, Cyberjaya dan duduk di kedai mamak hingga jam 4 pagi, berbual-bual. Apa lagi yang hendak dibualkan dengan sahabat-sahabat lama kalau tidak kenangan-kenangan lama. Mereka 'puji' aku kerana banyak ingat kenangan lama dan aku ceritakannya di ruang blog ini. Aku cuma kata aku ingat apa yang aku nak ingat. Kemudian ianya membuat aku terfikir siang tadi. Bukan orang lain tidak ada ingatan yang baik atau sudah lupa apa yang berlaku dahulu. Cuma ramai antara mereka yang tidak pandai untuk huraikannya dalam bentuk tulisan seperti ini. Kalau kamu dengar apa yang Jody dan Selina cerita semalam, aku fikir mereka lebih banyak ingat perkara-perkara lalu berbanding dengan aku. Cuma mungkin, mereka tidak mahir hendak jelaskannya dalam bentuk penulisan dan akiba

Ini Blog Peribadi, Bukan Blog Politik

Sudah, jangan ajak aku bincang hal politik. Aku sedang batuk dan sudah entah berapa banyak ubat yang aku telan. Kemudian aku perlu siapkan juga Laporan Tahunan. Sudah siap, cuma nak kemaskan sana sini sikit-sikit. Tapi sebelum tunjuk kepada Bos Besar, aku perlu hasilkan beberapa design lagi (design je, bukan content) untuk memuaskan hati beliau. Itulah, bukan maksudnya dia demanding tapi kita bagi dia pilihan. Aku tengok kadang-kadang orang buat kerja, satu contoh je bagi. Kalau kerja tu menaip surat, bolehlah. Tapi kalau kerja melibatkan seni grafik dan susunatur, orang lain mungkin ada pandangan sendiri. Jadi lebih baik bagi beberapa cadangan dari bagi satu je. Tidak pula nanti orang ingat kita syok sendiri. Setahu aku, memang ramai office mate dan old school mate yang baca blog ini. Ada yang sudi meninggalkan sepatah dua kata walaupun tidak meletak nama sebenar/nama samaran, sekadar menggunakan tag 'Tanpa Nama'. Mungkin aku boleh ubah tag tersebut kepada 'Saya Yang Pemal

Menghurai Bangsa

Ada seorang pengunjung bertanyakan soalan kepada aku mengenai post aku sebelum ini yang berkaitan dengan tunjuk perasaan pelajar UiTM. Kalau ikutkan aku tak mahu hendak jawab kerana satu, dia tidak menggunakan nama samaran atau nama sebenar, dan kedua, isu ini telah dipolitikkan oleh pihak-pihak tertentu (oleh semua pihak sebenarnya). Tapi biarlah aku jawab juga sebagai sebuah pandangan aku semata-mata. Semasa aku belajar di MRSM Balik Pulau dulu yang kita tahu memang khas untuk pelajar bumiputra, ada cadangan untuk membenarkan pelajar bukan bumiputra masuk belajar sama sebagai 'percubaan'. Seingat aku hampir semua pelajar ketika itu membantah namun mereka tetap juga masuk sebagai junior. Lama kelamaan kami sedar bahawa mereka tidaklah sehebat yang disangka. Mereka tidak lebih dari seorang pelajar, sama seperti orang lain. Mereka tidak lebih pandai dari orang bumiputra lain secara semulajadi. Mereka berusaha sama seperti kita berusaha, mungkin ada masanya kita nampak usaha mere

Yelena Isinbayeva

"The Tabasarans are an ethnic group who live mostly in Dagestan, Russia. Their population in Russia is about 132,000. They speak the Tabasaran language and share much of their culture and traditions with the Lezgins. They are mainly Sunni Muslims. Russian pole vaulter Yelena Isinbayeva is half Tabasaran." - Wikipedia Rupanya begitu. Mungkin keturunan bapa Yelena Isinbayeva dulu beragama Islam. Nama bapanya sendiri ada sedikit unsur nama Islam, Gadzhi Gadzhiyevich Isinbayev. Tapikan, kalaulah Yelena itu sekarang beragama Islam, mungkin sukar untuk dia buat apa yang sedang dia buat sekarang, pemegang rekod dunia lompat bergalah yang malam semalam mencatatkan satu lagi rekod baru pada ketinggian 5.05 meter. Aku bukan kata orang Islam tak boleh berjaya. Tapi kerana kita orang Islam sendiri sering menyempitkan diri. Ramai yang rajin menafsirkan Islam dalam bentuk yang amat-amat sempit. Terhalang dalam banyak segi. Contohnya, seperti menafsirkan klon adalah haram. Pasti ada yang ka

InDesign CS3

Baru lepas install Adobe InDesign CS3. Hehehe... Menarik. Lama sungguh aku menunggu. Kata orang yang sudah guna, ianya lebih bagus dari CS2. Harapnya kerja aku semakin baik selepas ini.

Mengenai Kelmarin

Wall.e Petang kelmarin sempat aku menonton Wall.e, sebuah animasi digital karya Pixar.  Menonton Wall.e seperti menonton sebuah filem yang penuh emosi sedang watak-watak utamanya adalah robot-robot dan seekor cengkerik kecil. Memikirkan keupayaan emosi yang ada pada Wall.e, aku bayangkan masa hadapan di mana wujud dalam dunia ini robot-robot yang mempunyai emosi yang 'hidup' di kalangan kita. Bagaimana respon kita terhadapnya nanti? Aku fikirkan David (A.I.), Andrew (Bicentennial Man) dan C3PO (Star Wars) yang berkata-kata seperti manusia biasa sedang mereka tidak lebih dari robot ciptaan manusia. Bayangnya sudah pun wujud masa kini. Lihat Asimo, keluaran Honda. Lihat iklan di bawah dan kamu dapat 'rasakan' emosi robot setinggi budak sekolah rendah ini. Aku pernah lihat dekat aksi Asimo dan memang aku kagum. Bersediakah manusia untuk menerima robot dikalangan kita nanti? Berbalik kepada Wall.e. Wall.e adalah seperti kucing. Sentiasa curious dan sentiasa cuba mencari jaw

Emel

Aku mengembara balik ke masa lalu apabila melihat isi peti emel aku. Ada yang sudah hampir 10 tahun tersimpan. Aku bersyukur kerana aku ada kemampuan untuk menyimpan 'surat-surat' lama ini. Aku dapat baca kembali isinya dan tersenyum sendiri. Lama sungguh aku dalam internet ni ye. Sampai alamat emel pun mencecah 10 tahun. Emel pertama aku adalah idan_alias@yahoo.com. Kononnya nak sembunyi siapa sebenar aku la tu. Akhirnya aku guna ahmadsharidan@yahoo.com pada penghujung 1999 kerana aku fikir aku tidak peduli apa orang nak kata dan amat senang bagi aku untuk kenalkan diri aku kepada orang lain. Pertengahan 2005, aku tukar ke Gmail, ahmadsharidan@gmail.com dan aku gunakannya hingga sekarang. Dulu aku memang ada banyak alamat emel. Aku pernah ada emel di Hotmail tapi aku memang tak suka dengan servis Hotmail. Entah kenapa. Prisip aku, tak perlu delete kalau saiz kotak emel besar. Seingat aku, kotak emel Yahoo! dulu agak kecil dan ada limit. Jadi, banyak emel-emel lama yang terpaks

Jumaat Petang Tadi

Clone Wars Malam semalam aku menonton Star Wars : The Clone Wars. Pada pendapat aku, filem ini jauh lebih baik dari Star Wars episod 1 hingga 3. Walaupun ianya cuma animasi, jalan ceritanya ada menarik dan aksinya sungguh menghiburkan. Aku begitu teruja ketika Anarkin dan Ahsoka bersama tentera klon menyerang sebuah monastery yang tinggi di puncak sebuah gunung(?). Efek dan selingan muzik yang amat menarik menyebabkan dalam kepala ini terfikir, kenapa George Lucas tidak filem sebenar begini. Tidak ramai yang datang menonton walaupun di hari pembukaan. Jelas orang kita lebih suka untuk menonton Wall-e dan Susuk. Star Wars dalam bentuk animasi mungkin agak janggal bagi sesetengah orang. Bagi aku, ianya penting kalau kita hendak faham apa yang berlaku antara episod 2 dan 3 dalam filem sebenar. Apa yang dibebelkan antara Obi Wan dan Anarkin dalam filem sebenar dijelaskan dalam The Clone Wars. Selepas dari filem The Clone Wars ini, akan ada pula siri animasi TV sebanyak 100 episod yang meru

Sehari Dalam Hidup

Aku sedari sekarang blog ini semakin banyak dibaca oleh staf pejabat aku sendiri. Baik dari pangkat bawah hingga ke pangkat yang tinggi. Mungkin puncanya dari mulut orang lain yang menceritakan. Mungkin juga apabila mereka membuat carian dalam internet, blog aku dengan isi kandungan mengenai pejabat aku antara paling senang ditemui. Aku tak kisah sebenarnya. Cuma akibat dari itu, aku terpaksa lebih berhati-hati apabila menulis. Aku tidak lagi boleh menulis sesuka hati kerana implikasi yang boleh aku terima sekiranya aku kaitkan dengan individu tertentu. Bukan mereka tak faham ini blog aku dan aku boleh tulis apa saja. Mereka faham. Tapi tidak ada sesiapa pun yang suka dikritik. Sekurang-kurangnya kita pasti akan panas telinga atau geram apabila orang mengata kita. Jadi aku cuma boleh menulis apa yang aku fikir selamat untuk aku tulis tanpa implikasi besar. Aku juga bercadang-cadang untuk mewujudkan sebuah lagi blog yang lebih peribadi dan aku boleh bicara apa saja tanpa kekangan keadaa

Hujung Minggu

Sukan Olimpik Aku tak tengok upacara pembukaan secara live. Sibuk dengan menonton wayang, Meet Dave lakonan Eddie Murphy. Cerita yang menarik tapi meleret. Lawak pada mulanya memang gila tapi lama-lama dah bosan. Apa motif Meet Dave sebenarnya? Berbalik kepada Sukan Olimpik. Aku rasa kali ini aku boleh ikuti dengan sepenuhnya. Pertama, aku ada Astro di rumah dan siang tadi aku sampai naik bosan dengan liputan sukan Olimpik. Mungkin belum ada acara yang menarik seperti olahraga dan renang. Nampaknya China benar bersungguh-sungguh untuk anjurkan sukan Olimpik yang terhebat. Upacara pembukaan saja sudah cukup memukau. Pastinya hasil kerja hebat pengarah-pengarah filem terkenal China yang diupah untuk menghasilkannya. Melihat upacara pembukaan seperti melihat filem period China masa kini hasil karya Zhang Yimou dan Ang Lee. Hebat. Kamu fikir Malaysia boleh buat sebegitu? Boleh. Tapi ruginya pasti kerana yang lebih ditonjolkan adalah budaya melayu dan sedikit-sedikit budaya etnik bangsa lai

My Muse

This is my dear angel, my muse. Menjelang masanya nanti, semua itu hanya akan tinggal kenangan...

Geografi Dan Lambaiannya

Teluk Cempedak, Kuantan, Pahang Semasa di sekolah dulu, subjek paling aku suka adalah Geografi. Sehingga seorang cikgu Geografi aku meminta kertas soalan SRP (ye, sebelum PMR) yang baru lepas aku jawab untuk dia periksa. Dia kata dapat A1. Kenapa? Kerana melalui Geografi aku mengenal dunia. Aku suka pada gambar-gambar dalam buku teks Geografi yang memaparkan suasana dan kehidupan manusia di pelusuk alam. Sementara itu aku bayangkan aku berada di tempat tersebut. Mungkin disebabkan itu, aku minat dengan fotografi. Bandar Kuantan, Pahang Jadi setiap kali aku ke Facebook, aku akan lihat gambar-gambar kawan-kawan yang ada. Aku tidak sangat melihat mereka tapi lebih melihat apa yang ada di belakang mereka. Lokasi mereka berada dan harapkan (jauh di sudut hati) aku dapat kesitu juga. Akhirnya apabila berkarier dan karier yang perlu duduk di kubikel sepanjang masa, aku langsung tak kemana. Kalau berjalan di hujung minggu pun, sekadar yang dekat. Masalahnya, apa yang kamu mahu lihat di sekelil

Hujung Minggu Lalu

Hujung minggu lalu sepatutnya aku ada dua destinasi untuk aku pergi. Pertama adalah Proton Technology Week di kilang mereka di Shah Alam. Ini paling utama kerana sejak membacanya di blog seorang designer Proton, aku bertekad untuk pergi. Tahun lepas aku terlepas peluang untuk pergi. Keduanya, aku ditanya oleh Asyikien samada aku akan pergi ke PC Fair atau tidak. Memang kalau diikutkan hati, aku tak berminat untuk pergi kerana hidup aku sudah tidak perlu menggunakan PC Wintel lagi. iMac tidak memberi keseronokkan membuat upgrading. iMac adalah cuma iMac, sebuah PC yang 'sempurna'. Tiba hari Sabtu, aku terperap di pejabat hingga petang. Tengahari aku kelaparan dan kebetulan di sebelah bangunan ada Karnival Gegar. Aku pergi dengan niat mencari makanan untuk mengalas perut. Tapi kamera tidak aku tinggal. Mana tahu aku boleh mengambil gambar beberapa aksi yang menarik. Sampai di tapak Karnival, aku terpinga-pinga melihat sekumpulan 'mat rempit' dengan motosikal yang telah di

Bebel Hujung Minggu

Aku biarkan blog ini diam sementara. Saja hendak melihat respon. Ratusan orang masuk dalam beberapa hari. Hit counter aku naik mendadak dari 24,000 hingga sekarang mencecah hampir 24,500. Banyak tu. Dulu nak dapat 10 hit sehari pun susah. Mungkin sebab aku blog mengenai MRSM Balik Pulau dan reunion yang telah diadakan minggu lepas. Semasa reunion tempohari, ramai yang memberitahu mereka baca blog ini. Menarik. Dari mana mereka jumpa, aku tak tahu. Tapi sekurang-kurangnya boleh juga aku share cerita dengan mereka. Bukan aku tak suka Facebook atau Friendster (aku pernah cakap dulu). Aku fikir kedua-duanya overrated dan lebih sesuai sebagai social networking semata-mata. Jadi aku join juga Facebook kerana ramai ex-schoolmate menggunakan Facebook dan aku join Friendster kerana ramai office-mate menggunakannya. Tapi kalau di internet ini, blog ini adalah keutamaan aku. Apa pun yang terkini, cuma ada di blog. Kalau aku rajin, sekali sekala aku akan update Facebook dan Friendster. Banyak lagi