Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2010

Rumah Lama, Idea Baru

Dalam perjalanan ke Bahau tadi, aku terpandang rumah-rumah melayu lama yang ditinggalkan. Ada antaranya yang masih kukuh struktur dan bentuk. Seni bina rumah ini sungguh menawan. Lalu aku katakan kepada Zura, alangkah baiknya kalau dapat aku beli saja rumah ini dan dipulihara. Tetapi kos untuk memulihara rumah sebegini tentulah mahal, apatah lagi kalau hendak membeli keseluruhannya, termasuk tanah di mana rumah berdiri. Tiba-tiba, timbul cadangan yang lebih menarik. Apa kata kalau hanya rumah saja yang dibeli. Kemudian rumah-rumah lama ini dipindahkan (dengan apa cara yang sesuai) ke suatu lokasi dan dibina serta dipulihara kembali. Timbul masalah penyelenggaraan. Satu idea yang baik adalah dengan menjadikan rumah-rumah lama melayu yang siap dipulihara ini sebagai hotel tema (theme hotel). Hotel ini mengekalkan ciri-ciri asli rumah melayu termasuk hiasan dalaman. Tetapi kelengkapan tempat tidur adalah sama dengan hotel bertaraf 5 bintang lain. Kenapa 5 bintang? Kerana hotel tema lebih

Tulis

Aku sudah tidak boleh menulis lagi. Baris-baris kata sudah tidak boleh terukir dengan indah. Mungkin hati sedang tenang dan gembira.

Laju

Aku cuba menguji selaju mana aku menaip. Hasil percubaan pertama hari ini; 64 perkataan Speedtest Kemudian aku cuba lagi. Hasilnya; 62 perkataan Speed test Berapa laju orang yang dapat markah lebih tinggi menaip? Kamu cuba sendiri. Update Terbaru aku cuba lagi sekejap tadi. Hasilnya; 72 perkataan Speed test 72 perkataan seminit. Lebih kurang 1.2 perkataan sesaat. Hehehe. Kalau ikut ranking kelajuan, aku menduduki tangga ke 258 daripada lebih kurang 26,700. Aku cuba menaip dalam bahasa Inggeris. Hasilnya; 70 words Typing Test 70 perkataan seminit. Bolehlah. Kalau ikut ranking kelajuan, aku menduduki tangga ke 199,189 daripada 1,117,076.

Ruang Masa

Dua hari ke sana sini. Kelmarin mencari pakaian raya di Jalan Masjid India; bukan untuk aku tetapi untuk Zura. Kemudian kami cuba samakan warna baju yang dibeli. Tidak ada banyak pilihan. Rupa-rupanya warna baju melayu aku agak sukar hendak dicari pasangannya. Berbuka puasa di sebuah restoran tidak jauh dari Masjid Jamek Kuala Lumpur. Semalam berjalan-jalan di Taman Burung Kuala Lumpur. Pertama kali aku kesitu sejak sekian lama aku di sini. Ini adalah cadangan Zura dan aku dengan senang hati bersetuju. Bila di dalam taman burung, baru aku sedar bahawa aku patut bawa kamera DSLR dengan lensa yang lebih bagus. Burung di dalam taman ini cukup jinak dan mudah dirakam dengan kamera. Kami berbuka di restoran Ayam Bakar Wong Solo, Bangi. Sempat kami kunjungi pasar Ramadhan Bangi dan membeli beberapa juadah. Dua hari yang diisi dengan suasana yang bahagia. :-) Zura bertanya mengenai masa yang diluangkan bersamanya. Jawapan aku berbunyi begini, "Sudah 35 tahun saya luangkan masa untuk diri

Pegangan

"Kau kena ingat siapa yang bayar gaji kau" Kata mereka yang cuba tegur aku kerana mengkritik sebuah parti politik. Ya, aku ingat siapa yang bayar gaji aku. Kerajaan Malaysia dan rakyat Malaysia yang bayar gaji aku. Bukan mana-mana parti politik. Maaf kalau kamu masih tidak faham apa bezanya kerajaan Malaysia dengan parti politik yang diberi kuasa untuk memerintah. Kerana aku bekerja dengan kerajaan Malaysia, apa saja dasar dan aspirasi kerajaan, aku akan pertahankan, walau dengan darah aku sendiri. Aku tetap akan pertahankan 1Malaysia walaupun ramai yang tidak faham konsepnya. Aku akan tetap pertahankan Wawasan 2020 walaupun orang meragui kejayaannya. Aku akan tetap pertahankan Proton, KLIA dan apa saja yang dibuat oleh kerajaan kerana ianya menjadi tanggungjawab aku sebagai penjawat awam untuk menyokong dasar-dasar kerajaan. Tetapi aku sama sekali tidak akan pertahankan Barisan Nasional kerana aku tidak bekerja dengan mereka dan aku tidak dibayar gaji oleh mereka. Kamu boleh

Tasik Raban

35 tahun berulang alik antara Gerik dan Kuala Kangsar, melalui Tasik Raban, Selasa tempohari adalah kali pertama aku rakam suasananya dengan kamera. Sungguh indah.

KTM ETS - Luar & Dalam

Seperti yang aku tulis dalam post sebelum ini, aku telah menaiki tren KTM ETS dari Ipoh ke Kuala Lumpur. Perjalanan mengambil masa lebih kurang dua jam. Tren set baru berkuasa elektrik ini dibina oleh Hyundai Rotem, sebuah syarikat dari Korea Selatan. Kalau sekali imbas, kamu tentu boleh ingat bahawa ianya hampir sama bentuk dengan tren KTM Komuter yang dikeluarkan oleh syarikat yang sama. Cuma suasana di dalam tren lebih selesa dan lapang. Kelajuan maksimum tren ini adalah 160km/j. Dari segi standard, ianya adalah kelajuan normal keretapi. Mungkin selepas ini kerajaan boleh menggunakan Pendolino buatan Italy yang mampu bergerak di selekoh pada kelajuan 200km/j. Seperti yang aku kata, tren ini dihasilkan oleh syarikat yang sama menghasilkan tren KTM Komuter. Malah keadaan di dalam pun hampir sama. Ada tempat meletak bagasi di sisi atas gerabak. Ada televisyen LCD yang menghidangkan cerita mengenai kehebatan Hyundai Rotem. Tempat duduk agak selesa walaupun sedikit nipis. Mungkin itu buk

Dari Sudut Pandangan Dalam Tren KTM ETS

Aku menulis blog dari atas tren! Woohoo! Aku dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur daripada kampung halaman dengan menaiki tren KTM ETS terbaru. Perjalanan dari Ipoh ke Kuala Lumpur cuma mengambil masa lebih kurang dua jam. Kamu tidak terasa bosan di dalam tren ini kerana terdapat kafe di dalamnya. Cuma bulan Ramadhan, ianya tidak membawa apa-apa makna. Secara keseluruhan, perjalanan adalah selesa dan pantas. Tren tidak jauh bezanya dengan ERL walaupun diakui ERL lebih selesa dan luas. Kos perjalanan dari Ipoh ke Kuala Lumpur adalah RM30. Bagi aku ianya agak mahal. Aku rasa harga dalam lingkungan RM20 - RM24 adalah lebih sesuai dan berpatutan. Tetapi berbanding bas ekspres, aku rasa cas RM30 yang dikenakan adalah jauh lebih berbaloi. Ianya lebih selamat. Perkhidmatan ini perlu diperluaskan ke seluruh negara secepat mungkin. Itu yang pasti.

Kasih Ibu Bapa

Balik kampung dengan masakan ibu terhidang di depan mata ketika menunggu waktu berbuka puasa, kamu wajib membatalkan apa saja rejim diet yang kamu amalkan. Dua hari aku berbuka di kampung, aku sumbat apa saja makanan yang ada di depan mata. Pedulikan diet, pedulikan usaha untuk menjadi kurus sekian lama ini. Zura pun faham. Malah dia menambah, "Ala abang, makan saja. Jangan peduli diet. Itu belakang cerita." Kalau kamu bersama insan sebegini, hati kamu sentiasa akan tersenyum. Dia yang memahami. Tetapi aku tetap tidak makan sewaktu sahur. Aku sudah kenyang dengan makanan sewaktu berbuka. Jadi tidak perlu lagi aku makan waktu sahur. Cukup dengan minum air kosong. Sejak dulu aku memang terlalu jarang bersahur. Puasa bukan suatu perkara yang sukar bagi aku. Melainkan mungkin apabila berada di tanah gersang dengan matahari sejengkal di kepala. Esok siang aku akan kembali di Putrajaya. Jelasnya, sepanjang tahun, cuma beberapa hari aku berada di kampung. Rasanya tidak cukup. Tadi d

Keretapi

Sekarang di Kuala Kangsar. Bercuti sehingga Selasa. Semalam tiba di Ipoh, dari Kuala Lumpur dengan menaiki keretapi. Sudah lama aku tidak melakukannya. Terlalu lama. Begitu jauh berbeza perkhidmatan yang disediakan sekarang berbanding dahulu. Semalam, aku tiba dari KL Sentral dalam masa tiga jam saja. 10 tahun dulu, perjalanan yang sama dengan keretapi akan mengambil masa lebih lima jam. Itu pun aku naik keretapi shuttle yang masih menggunakan lokomotif diesel sebagai penggerak tren. Esok aku akan balik ke Kuala Lumpur dengan tren ETS (Perkhidmatan Tren Elektrik) yang akan mengambil masa kira-kira dua jam saja. Cukup pantas. Malah, lebih pantas dan selera berbanding bas ekspres. Sepatutnya perkhidmatan tren sebegini sudah diperkenalkan di Malaysia lama dulu. Tetapi tiada inisiatif kukuh daripada kerajaan untuk memberikan mod pengangkutan awam yang lebih efisien menyebabkan hanya baru sekarang kita dapat merasa. Itu pun masih belum menyeluruh. Kerajaan perlu perluaskan perkhidmatan tren

Status

Kenapa aku tukar status perhubungan di Facebook daripada Single kepada In A Relationship With...? Paling utama, kerana aku dan Zura fikirkan ianya sudah sampai masa untuk diakui perhubungan ini. Tidak ada guna hendak berselindung kalau hari-hari yang berlalu kini kami sibuk berbicara apa yang akan berlaku di masa akan datang, bersama. Apa yang lebih penting, penerimaan keluarga. Orang yang ada di sekeliling; sahabat, kawan baik dan kenalan boleh turut sama tumpang gembira. Tetapi selagi tidak termeteri apa-apa ikatan sah, anggaplah ini sekadar perjanjian menuju kearah itu. Dan janji wajib ditepati. Namun begitu, tidak pula aku sangka dengan respon yang aku perolehi. Terima kasih. Aku amat menghargainya. Begitu juga Zura, inshaAllah. Doa kamu adalah pembakar semangat dan pendorong untuk aku berusaha lebih gigih untuk memberikan yang terbaik dalam hidup ini.

Sepetang di Jalan TAR

Siang tadi bersama Zura (si dia) dan ibunya, kami meredah lautan manusia di Jalan Masjid India. Orang berpusu-pusu membeli pakaian baru sempena Aidil Fitri yang bakal tiba tidak lama lagi (walaupun puasa baru selesai 4 hari). Pasar malam Jalan Tunku Abdul Rahman yang berlangsung setiap petang Sabtu dipenuhi dengan jualan baju raya pelbagai fesyen. Ada set baju melayu lengkap dengan samping yang boleh dibeli dengan harga kurang RM100. Ada songkok tinggi yang aku cari selama ini. Ada kek bersalut coklat yang nampak sedap. Ada mat dan minah salleh yang mungkin terpegun dengan apa yang dihidangkan dihadapan mereka; manusia dan pilihan pakaian yang begitu banyak. Akhirnya aku membeli sepasang baju melayu berwarna merah kelabu (kata Zura). Dia tahu aku rabun warna. Paling menyenangkan hati aku adalah sikap Zura yang memahami kekurangan aku. Tidak nampak langsung dia mengeluh atau merendahkan ketidakupayaan aku. Sebaliknya kadang-kadang bila dia lupa dan aku ingatkan yang aku adalah seorang y

Selera Puasa

Semalam berbuka di The Mines, makan Carl's Jr.. Terasa seperti tahun sebelum ini, bila tiba saat hampir berbuka, barulah fikir apa yang hendak dimakan. Semalam petang aku berpusing-pusing sekeliling kompleks memikirkan apa yang patut aku makan. Mahukan spageti, burger, ayam dan roti panas. Kalau boleh aku mahu makan semua. Sedikit pelik untuk tahun ini, setelah dua hari berbuka puasa, aku tidak makan apa-apa lagi selepas itu. Kalau tidak sebelum ini, waktu lewat malam pasti perut kembali lapar dan aku perlu makan sesuatu. Aku masih terasa kenyang dengan burger Carl's Jr. sehingga sekarang. Bagus juga. Harapnya aku boleh kurangkan berat badan sepanjang Ramadan ini. Esok mahu temankan si dia dan ibunya meninjau barang di Jalan Masjid India. Lusa, aku balik kampung, bercuti. Sekarang aku perlu fikirkan apa yang hendak aku jamah sewaktu berbuka puasa lewat petang nanti. Apa ya yang menarik?

Puasa Pertama

Hari pertama berbuka puasa semalam, aku berbuka bersama si dia. Juadah istimewa yang disediakan oleh si dia sendiri; Sambal petai ikan bilis, Sotong sumbat udang, telur masin dan ayam goreng kunyit. Cukup menyelerakan. Aku yang jarang makan nasi, boleh habiskan tiga pinggan (walaupun kecil) nasi. Duduk di sebuah meja di suatu sudut di taman tasik, makanan terhidang dan suasana sungguh damai. Begitu hendaknya harapan agar ia berterusan. Terima kasih atas hidangan juadah yang cukup menyelerakan. Hari ini, aku makan seorang diri. Menu masih belum tahu. Mungkin bukan nasi.

Apple MacBook Pro + Apple Magic Mouse

Syukur, setelah beberapa ketika merancang, akhirnya aku dapat membeli sebuah Apple MacBook Pro untuk kegunaan kerja sambilan aku. Walaupun ianya cuma spesifikasi asas, jauh daripada perancangan asal, tetapi ianya cukup untuk aku menyiapkan kerja tanpa perlu selalu bersengkang mata di studio. Inilah MacBook Pro yang aku beli. Spesifikasi MacBook Pro paling murah dengan Prosesor Intel Core2Duo 2.4GHz, 4GB DDR3 RAM, 250GB Harddisk dan skrin bersaiz 13 inci. Aku juga membeli sebuah mouse, Apple Magic Mouse yang sungguh hebat dan cool. Aku memberitahu si dia bahawa aku perlu pastikan modal untuk membeli laptop ini diperolehi kembali menjelang hujung tahun ini, inshaAllah. Setakat ini (tanpa mengguna komputer sendiri), dalam satu projek aku boleh dapat hampir 1/4 daripada modal. Jadi untuk mencari selebihnya adalah tidak mustahil. Satu cara lagi untuk mengurangkan kos adalah dengan menjual laptop lama aku, Acer Aspire 4937G yang aku beli dengan harga RM3100 (termasuk upgrade RAM) lebih kuran

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak

HRMIS Amat Mengecewakan

Siapa saja yang mencipta laman HRMIS (Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia) yang diwajibkan kepada kakitangan kerajaan oleh JPA, patutnya disekeh kepalanya. Bukan saja sistem tersebut tidak mesra pengguna, namun capaian juga amat sukar dilakukan. Sekarang aku diarahkan untuk mengisi maklumat mengenai Sasaran Kerja Tahunan (SKT)  di dalam sistem tersebut. Beberapa hari lepas aku mengisi permohonan cuti menggunakan sistem yang sama. Bila hari ini aku mahu log masuk ke sistem HRMIS ini untuk mengisi maklumat mengenai SKT, kata laluan aku dikatakan tidak sah. Setelah admin pejabat kemaskini kata laluan aku, aku mencuba sekali lagi. Kata laluan masih salah. Pelik sungguh. Maka puncanya, dituduh aku salah masuk kata laluan atau CAPS LOCK aku sedang berfungsi. Ye lah tu. salah aku juga. Bila sudah dapat masuk sistem (setelah aku membebel dengan kebebalan sistem tersebut), sekali lagi aku disajikan dengan antaramuka paling kuno di dunia. Kamu perlu klik berkali-kali untuk tiba ke skrin ma

Ingat Amanah Yang Diberikan Oleh Rakyat Kepada Kamu Wahai Pembesar Negara

Bila SPRM cadang supaya menteri-menteri isytihar harta, menteri kata tidak perlu kerana sudah diisytihar kepada Perdana Menteri dan ianya sudah mencukupi. Cukup sekadar PM saja yang tahu. Sekeh saja kepada menteri yang berfikiran begini. Mungkin dia sudah lupa yang dia berkhidmat untuk rakyat, maka segala apa yang berlaku terhadap dirinya perlu diketahui oleh rakyat. Kalau tidak, bagaimana hendak kita tahu tingkah laku dan latar belakang pemimpin yang kita mahu pilih mewakili kita? Mereka, menteri-menteri wajib bertanggungjawab mengisytihar harta benda mereka kerana kita sebagai rakyat tidak mahu mereka menyalahguna kuasa yang ada untuk kepentingan peribadi. Kita lantik mereka sebagai wakil kita dalam kerajaan untuk menyampaikan suara kita. Bukan suruh dia kumpul harta banyak-banyak untuk jadi kaya raya. Masalah di Malaysia ini, pemimpin bila berkuasa, mereka berlagak seperti raja yang tidak boleh dipersoalkan tindakan dan perilaku mereka. Sebaliknya mereka dengan berani menegur rakyat

Waktu Kerja

Aku dihulur set artikel surat khabar oleh seorang rakan pejabat. Turut dikepilkan bersama, ruang senarai nama untuk ditandatangan selepas membacanya. Artikel berkaitan kewujudan skuad pemantau yang berfungsi untuk memantau kakitangan kerajaan 'curi tulang' sewaktu bertugas. Pertamanya, memang ada peraturan berkaitan waktu kerja. Itu kita kena sentiasa patuhi. Cuma bila dilihat balik tarikh peraturan itu dikuatkuasa, satu pada tahun 1974 dan satu lagi pada tahun 1993, aku fikir ianya sudah agak lapuk dan tidak sesuai digunakan lagi dalam suasana kehidupan sekarang. Lagipun kenapa kita beria-ia sangat hendak menguatkuasa peraturan sebegini sedangkan kita tahu kakitangan kerajaan sebenarnya berlebihan dan ada yang kadang-kadang tiada kerja hendak dibuat di pejabat. Perkhidmatan awam sudah tiba di satu tahap di mana ianya perlu di'streamline' dan dibuat perubahan dari segi cara bekerja. Sampai bila kita masih mahu melakukan kerja-kerja separa manual yang penuh birokrasi. Ka