Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2011

Team Lotus TL11 2011

Kereta lumba F1 pasukan Team Lotus, TL11 tahun 2011 baru.

Menjadi Lebih Baik

Sudah ada lebih 1000 post di blog ini. Pada tahun 2008 ada 250, 2009 ada 454 dan pada tahun 2010 ada 365 posting. Tahun lepas aku sasarkan untuk menyaingi jumlah posting tahun 2009 namun gagal. Sukar untuk menulis sebegitu banyak. Tahun ini matlamat aku berbeza. Aku tidak mahu menulis sebegitu banyak tanpa sebab. Aku mahu setiap tulisan aku diolah dengan baik dan mempunyai informasi yang 'menyelerakan' untuk pengunjung membacanya. Matlamat aku adalah untuk menyuarakan pendapat dan pandangan aku tentang sesuatu isu dengan lebih jelas dan terperinci. Aku mahu pada setiap penulisan (kalau boleh), aku mampu berfikir di luar kotak dan menghuraikan isu dengan lebih kreatif dan inovatif. Aku boleh saja tukar blog ini menjadi blog komersial untuk mengaut untung yang banyak melalui pengiklanan. Aku terbaca di akhbar arus perdana bagaimana penulis blog di Malaysia kini boleh meraih ribuan ringgit sebulan. Menarik. Zura juga bertanya mengenainya. Namun begitu, aku lebih suka blog aku begi

Negara Yang Bahagia

Kelmarin aku terbaca di internet mengenai senarai 10 negara penduduknya paling bahagia; baca SINI . Tempat pertama, Norway. Kedua, Denmark dan ketiga, Finland. Ketiga-tiga negara ini terletak di kawasan Scandinavian, atau Eropah Utara. Kedudukan Malaysia? Malaysia berada di tangga ke 43 daripada 110 negara yang dinilai. Kira boleh tahan. Jiran kita? Singapura yang kita sering kata sangat uptight  dan kiasu berada di tangga ke 17. Thailand di tangga ke 52, Filipina di tangga ke 64 dan Indonesia di tangga ke 70. Tiada data Brunei. Arab Saudi yang begitu tegas dengan rakyatnya di tangga ke 49. Banyak aspek diukur melalui penilaian yang dibuat; taraf hidup, KDNK, kemudahan hospital, suasana politik, kebebasan rakyat dan kesenangan memulakan perusahanaan serta inovasi antara yang diambil kira. Malah suasana persekitaran juga dinilai. Aku tahu kenapa negara kita jauh lebih rendah berbanding Singapura. Politik kita kucar kacir dengan penuh bau-bau perkauman sepanjang masa. Ekonomi kita masih

Tahun Ke-10

Kenapa sekarang aku kurang bercerita mengenai diri sendiri dan lebih mengenai perkara lain? Rasanya 9 tahun mengomel mengenai diri sendiri di dalam blog sudah cukup lama. Tahun 2011 ini adalah tahun ke 10 aku menulis blog. Aku bermula menulis blog pada 20 September 2001, beberapa hari selepas peristiwa serangan World Trade Centre di New York. Itu secara rasmi. Secara tidak rasmi, aku cuba menulis di beberapa laman penulisan blog seperti di LiveJournal dan Diaryland tetapi aku gagal temui keserasian. http://fross.8m.com/index.htm Pada ketika itu, aku terpaksa update blog secara manual. Tambahan pula blog tersebut asalnya adalah sebahagian daripada website peribadi aku, maka setiap update yang aku buat adalah menggunakan Macromedia Dreamweaver sepenuhnya dan terpaksa diupload ke server setiap kali untuk post baru disiarkan. Satu kerja yang amat leceh dan menyusahkan. Namun paling menarik, pada awal permulaan menulis blog, aku menulis dalam bahasa Inggeris. Kalau aku menulis dalam bahasa

Revolusi Fikiran

Aku menulis semalam bagaimana 'monyet tupai' (squirrel monkey) yang hidup di benua Amerika Selatan boleh membantu penemuan penawar kepada rabun warna. Malah ada di dalam forum yang menyatakan, kerana sifat rabun warna itu tidak jauh bezanya dengan sifat buta secara akibat-akibat tertentu, maka mungkin buta juga dapat diubati suatu masa nanti. Teori Evolusi Darwin Semasa menonton rencana tersebut di siaran 554 Astro, punca monyet dipilih sebagai alat ujikaji adalah kerana ianya mempunyai lebih kurang 99% persamaan dengan manusia. Tentunya teori evolusi Darwin memainkan peranan yang sangat penting dalam membuat manusia di barat tidak putus-putus menyelidiki sifat monyet. Sedang kita sebagai umat Islam awal-awal lagi menolak teori Darwin tersebut. Aku juga tidak mempercayai teori Darwin tersebut tetapi aku percaya wujudnya evolusi terhadap tumbuh-tumbuhan dan haiwan di alam ini. Manusia, aku duga adalah spesis yang terasing daripada haiwan. Namun apa yang menyebabkan manusia dan m

Saintis Temui Penawar Rabun Warna?

Pagi tadi ketika bangun dari tidur, aku ada sebab untuk tersenyum sendirian. Semalam ketika menunggu waktu untuk tidur, aku menonton satu rencana di saluran Discovery Science (554) mengenai warna. 15 minit di penghujung rencana, mereka membincangkan mengenai rabun warna dan potensi penawarnya. Kajian dilakukan ke atas Squirrel Monkey  oleh Professor William Hauswirth melalui seekor monyet jantan yang rabun warna (kebanyakkan squirrel monkey betina tidak rabun warna) yang telah disuntik virus yang mengandungi gen tertentu ke dalam biji mata monyet tersebut. Setelah beberapa minggu, monyet jantan yang pada asalnya rabun warna, telah diuji dan hasilnya, monyet tersebut tidak lagi mengalami rabun warna! Perlu kita ingat bahawa rabun warna pada squirrel monkey jantan ini adalah bersifat genetik iaitu keturunan, bukan akibat kecederaan. Sama seperti aku, rabun warna aku adalah akibat genetik atau keturunan. Jadi secara teori dan hasil ujian terhadap squirrel monkey, rabun warna dapat diubati

Terminal Bersepadu Bas - Bandar Tasik Selatan

Tempohari semasa dalam perjalanan ke terminal bas sementara Bukit Jalil untuk membeli tiket balik kampung Zura, kami melencong sementara ke Terminal Bersepadu Selatan  (TBS) di Bandar Tasik Selatan. Terminal bas moden ini terletak bersebelahan dengan stesen ERL, KTM Komuter dan LRT Bandar Tasik Selatan. Pada asalnya, terminal bas ini dirancang untuk digunakan sebagai terminal bas ekspres laluan arah selatan Semenanjung Malaysia iaitu semua destinasi ke Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Namun kalau mengikut saiz infrastruktur yang dibangunkan, TBS mampu mengendalikan semua perjalanan bas ekspres laluan utara, timur dan selatan untuk jangkamasa sekurang-kurangnya 10 tahun. Jadi kerajaan boleh jimat kos pembinaan terminal arah lain buat masa ini (kalau betul kerajaan kurang dana sekarang) dan satukan terminal arah utara dan selatan di TBS saja. Terminal arah timur masih sesuai digunakan di Terminal Putra berhampiran PWTC. Terminal Puduraya yang sekarang masih dalam proses renovasi aku fi

Tambang Murah

Tempohari, sebuah kapal terbang AirAsia terbabas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak. Katanya ia terbabas kerana mendarat dalam hujan yang sangat lebat. Akibat daripada kejadian tersebut, banyak penerbangan dari dan ke Kuching terpaksa dibatalkan. Ada juga dakwaan aku baca dalam blog bahawa AirAsia tidak mengamalkan langkah-langkah keselamatan penerbanan yang betul. Malah ada yang mempersoalkan syarikat AirAsia dan pemiliknya sendiri, Tony Fernandes. Ini banyak datang dari blog politik tertentu yang menunding jari kepada hubungan Tony Fernandes dengan beberapa orang ahli politik yang tidak disukai mereka. Aku sendiri cuma baru beberapa kali menggunakan perkhidmatan AirAsia. Pertama kali pada tahun 2006 untuk perjalanan ke Miri. Kali terakhir aku guna AirAsia atas waran kerajaan bagi satu tugasan di Kuching, hujung Disember lalu. Aku tidak hadapi banyak masalah dengan AirAsia. Mungkin kerana aku tidak letakkan ekspektasi tinggi terhadap mutu layanan dan kualiti perkhidmata

Livery Baru Penerbangan Malaysia

Sedar atau tidak, Penerbangan Malaysia (MAS) sedang dalam proses menukar livery kapal terbang mereka. Malah, mereka juga menukar livery krew dan kenderaan darat mereka. Aku cuma berminat dengan livery kapal terbang mereka memandangkan ianya melambangkan imej MAS secara keseluruhan. Livery MAS lama diperkenalkan pada penghujungan 80an dan ianya direka oleh ITM (Institut Teknologi Mara). Ianya antara livery kapal terbang yang digemari di seluruh dunia dan secara umum, rekaannya adalah selamat dan elegan. Selama lebih dua dekad MAS menggunakan livery ini dan begitu jarang orang mengkritik mengenainya. Secara jujur, aku rasa livery ini nampak kurang dinamik untuk sebuah syarikat penerbangan yang besar seperti MAS. Sudah sampai masa ianya ditukar, bersesuaian dengan peredaran masa. Pada tahun 2010, MAS bertindak menukar livery mereka kepada livery baru seperti gambar di sebelah. Mulanya aku ingat ianya syarikat penerbangan dari Filipina. Tetapi bila lihat logo MAS di badan kapal te

MRT

Salah satu rancangan transformasi ekonomi negara adalah pembinaan prasarana pengangkutan awam yang menyeluruh di lembah Klang. MRT (Mass Rapid Transit) adalah salah satu cadangan mod pengangkutan yang akan dibina dengan kos sekitar RM46 bilion. Bagi aku, apa saja projek yang boleh membantu menaikkan taraf ekonomi dan kualiti hidup rakyat, aku sokong 100%. Aku cuma mahu ianya dilaksanakan dengan adil, telus dan tidak berlaku pembaziran. RM46 bilion adalah kos yang sangat besar, lebih kurang 1/6 belanjawan negara. Jadi sepatutnya RM46 bilion digunakan sepenuhnya untuk pembangunan MRT. Aku tidak mahu bila dilaburkan RM46 bilion itu, separuh akan masuk ke kantung orang/agensi tertentu. Suku lagi akan habis dibelanja tanpa arah tujuan dan akhirnya suku saja yang benar-benar digunakan untuk pembangunan projek. Kemudian, mereka juga perlu pastikan sistem yang terbaik saja dipilih untuk dibina dan digunakan. Jangan jadi seperti sekarang. Ada tiga laluan LRT dengan tiga sistem yang berbeza. Tia

Masa Untuk Kembali Cergas!

Isnin, 3hb Januari lepas adalah hari pertama aku kembali berbasikal setelah sekian lama terhenti. Ada beberapa faktor yang menyebabkan aku tidak berbasikal; hujan, sibuk dengan kerja, sibuk dengan aktiviti sosial (dating la ni) dan paling utama, malas. Bila tiba awal tahun, aku sedari butang seluar sudah semakin sukar hendak dipasang. Perut semakin membesar dan badan semakin berat. Tinggal enam bulan dan badan masih seperti badak air. Jadi aku mulakan kembali usaha untuk berbasikal, dengan tujuan utama untuk kembali sihat. Tujuan kedua, untuk kurus. Begini, tanpa senaman yang cukup, kamu buatlah apa saja pun, badan kamu yang besar tidak akan mengurus dengan elok. Kamu boleh diet, sila. Tetapi risiko yang bakal melanda adalah boleh membahayakan organ dalaman badan. Diet yang terkawal lebih baik daripada crash-course. Tetapi cara yang terbaik adalah tetap dengan senaman. Awal berbasikal dulu aku memang jaga pemakanan. Aku kira setiap kalori yang diambil dan aku sasar jumlah kalori yang t

Kalendar 2011 Kami

2011. Tahun ketiga aku buat kalendar sendiri. Tahun ini ada peneman pada gambar di dalam kalendar.