Langkau ke kandungan utama

Penjelasan Masalah

Kepada yang bertanya, aku tidak balik bercuti semasa Aidil Adha nanti. Banyak kerja yang perlu disiapkan. Jangan kamu risau. Selalu aku tidak balik sewaktu Aidil Adha. Raya Haji di Kuala Kangsar atau di Perak dan pantai barat semenanjung memang tidak semeriah di pantai timur. Tiada sambutan besar-besaran. Tiada yang tukar langsir dan sarung kusyen baru. Tiada kuih raya. Cuma ada beberapa orang yang datang berkunjung, berhari raya.

Jadi aku tidak balik. Itu sudah maklum. Keluarga sudah tahu.

Selepas 7hb Disember nanti, barulah reda sibuk. Boleh aku bercuti sepuas hati. Cuma aku tidak berminat melancong sewaktu musim cuti sekolah. Sesak dan mahal. Jadi aku bakal habiskan masa di pejabat atau di kampung pada hujung minggu saja.

Kepada yang bertanya lagi, ada post aku sebelum ini menceritakan bahawa aku sudah kurang menulis. Sebabnya juga aku sudah terangkan dalam post sebelum itu. Kerana di pejabat, ada orang bising mengenai blog ini. Jadi aku sudah berhenti menulis mengenai apa-apa hal pejabat. Maka, agak kuranglah info atau idea untuk menulis. Kamera juga masih rosak dan belum dibaiki. Sekarang, sudah faham kenapa aku kurang menulis di sini?

Mungkin selepas 7hb nanti, aku akan kembali aktif menulis, insyaAllah. Aku sekarang berada dalam zon yang amat sibuk dan getir.

Ulasan

  1. pekakkan telinga..mereka tidak tau aper sbnrnye yg mereka bisingkan itu.hanya mulut terkumat kamit membicarakan hal yg enteng yg sekaligus membuatkan org lain juga merasa ketidak senangan dr bicara mereka.

    BalasPadam
  2. hmm...kalu tak nak org bace, private kan aje blog tuu..sesuki ati leh tulis ape yg kte nak..hanye org yg nak bace je leh bace.. =P

    then,dont forget to invite me..keh3...

    jgn tensen2 bro..
    cool jew k..hehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 2

Sambungan koleksi gambar MRSM Balik Pulau, circa 2003. Ini bas maktab suatu ketika dulu. Aku sudah tengok bas baru. Tapi bas lama ini sungguh manis kenangannya. Kami menyanyi gembira setelah muncul johan bolasepak under-15 dan under-18. Pergi berkelah di Batu Feringgi atau melawat Botanical Garden. Pergi trip ke MRSM Berseri dengan ditemani bumbung bas yang bocor. Ianya suatu kebanggaan dapat naik bas ini suatu ketika dahulu. Masa itu tidak semua sekolah ada bas sendiri. Jadi kira hebat la. Baru sekarang aku terperasan, bas tersebut ada iras-iras Penang Yellow Bus. Hmm... Padang. Kalau masa aku pergi tahun 2003 dahulu ada sign board tertulis, "Home of The Cougars", merujuk kepada pasukan ragbi maktab. Mungkin pada ketika itu ianya amat kuat. Memang ragbi masa zaman aku pun kuat juga, tapi tidak sehebat team bolasepak yang dibentuk sejak kami form 2. Sepanjang itu hingga ke form 5, kami tidak pernah tewas satu game pun (betul tak Carrie?). Jadi johan Under-15 dan Under-18 nege...

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 1

Malas pula hendak bercerita mengenai Homeroom. Baik aku tunjukkan koleksi gambar yang diambil pada tahun 2003 semasa reunion MRSM Balik Pulau ketika itu. Ada lagi gambar yang akan diupload kemudian nanti. Banyak. Aku fikir ada baik aku kembali kesana suatu hari nanti untuk aku ambil gambar yang lebih baik. Ini pun guna kamera digital Kodak 3.2 megapixel. Model di atas adalah Meor. Ini sebenarnya pada zaman aku dulu merupakan kaunter untuk segala pembayaran yang berkaitan dengan yuran pembelajaran maktab. Kalau tak salah aku ianya adalah sebanyak RM30 setiap bulan. Disini juga kami akan terima wang saku daripada MARA berjumlah RM25 bagi sesiapa yang layak. Segala keputusan, slip periksa dan apa saja urusan dengan pejabat, semuanya disini. Kaunter segera tepi tingkap. Ini sebenarnya pentas dalam dewan besar maktab. Aku masih ingat semasa menjadi 'sound engineer' untuk drama arahan Amron Roni. si Amron ni pernah jadi produser untuk rancangan sembang-sembang Chef Wan di TV9 tidak l...

Lagu Jahat!

Bahasa Cinta Tiada kata secantik bahasa Untuk ku puji adinda Tiada gambar secantik lukisan Nak kutunjuk perasaan O dinda puspa gemala Mengharum jiwa Hemm... Hemm Dinda puspa gemala Mestika kanda Namun musim berubah Suasana bertukar Tapi ikatan mesra Sikit pun takkan longgar Tiada kata secantik bahasa Untuk kupuji adinda P.Ramlee - Anakku Sazali ==== Simple tapi begitu indah bahasanya. Ada satu lagi. ==== Berkorban Apa Saja Berkorban apa saja Harta atau pun nyawa Itulah kasih mesra Sejati dan mulia Kepentingan sendiri Tidak diingini Bahagia kekasih Saja yang diharapi Berkorban apa saja Harta atau pun nyawa Itulah kasih mesra Sejati dan mulia hmm... hmm... hmm... Untuk menjadi bukti Kasih yang sejati Itulah tandanya Jika mahu diuji Berkorban apa saja Harta atau pun nyawa Itulah kasih mesra Sejati dan mulia P.Ramlee - Hang Tuah ==== Menarik bukan ayat dan bahasa yang digunakan dalam lirik lagu melayu lama. Tidak terlalu over dan tidak terlalu menunjuk. Ianya semudah menyatakan sebuah peng...