Post guna Nokia E66 di Wendy's IOI Mall.
Hajatnya aku ke pejabat tengahari tadi untuk siapkan kerja dalam 2 - 3 jam. Lima jam kemudian, baru aku keluar pejabat. Aku sedar aku sedang lapar. Dalam pejabat tadi cuma menjamah biskut. Aku teringat Chili di Wendy's.
Petang dengan cuaca yang sejuk selepas hujan, menjamah Chili yang panas sungguh nikmat. Lalu aku datang di sini, IOI Mall semata-mata kerana Chili. Ya, seorang dalam restoran makanan segera menjamah makanan sambil menulis blog ini.
Tidak, saat begini aku tidak doakan agar aku ada kawan atau teman di sisi untuk bersama aku. Aku cuma fikir alangkah bagus kalau aku ada sebuah netbook agar tidak sakit tangan aku menulis semua ini.
Ya, aku tahu. Poyo. Biarlah.

Ulasan
Catat Ulasan