Tidak lama dulu semasa pulang ke kampung, kebetulan anak saudara aku ada di rumah. Kerana dia sangat lincah dan aktif dan sentiasa bergerak kesana kemari, aku mahu dia berhenti seketika. Lalu aku binakan dia khemah ringkas daripada kusyen sofa.
Aku susuh dia duduk di dalamnya. Dia amat-amat menyukainya sehingga dengan kudrat yang dia ada (umur 2 tahun lebih), dia sendiri mahu membina khemah dari kusyen sofa tersebut.
Bila pulang ke rumah ibu bapanya di Ipoh, dia minta emaknya lakukan perkara yang sama di rumah. Dia mahu duduk dalam khemah. Akhirnya nenek dia menghadiahkan sebuah khemah untuknya.
Cerita yang aku dengar dari emak kelmarin, makan, tidur dan bermain pun dilakukan di dalam khemah itu saja.
Aku tidak pasti sama ada mahu rasa bersalah atau tersenyum gembira.
Kalau dulu kami anak-anak kecil zaman penghujung 70an hingga awal 80an, kami sentiasa ada peluang untuk bermain di luar. Khemah kami bina di atas longkang dengan berbumbungkan papan dan kanvas yang kami temui. Setiap orang ada khemah mereka sendiri yang dibina dengan 2 tangan sendiri. Tidak perlu membeli khemah sedia ada di pasaraya.
Aku agak pelik dengan ibu bapa zaman sekarang. Itu ini tidak boleh untuk anak mereka. Bahayalah, tidak sesuai, tidak ilmiah, tidak bagus untuk pendidikan dan banyak lagi sering dijadikan alasan terhadap anak-anak mereka agar tidak melakukan sesuatu perkara.
Mereka terlalu serius menjaga dan mendidik anak hingga tidak dapat menafsirkan mana satu keluangan masa diri sendiri dengan keluangan masa selepas belajar 18 jam sehari.
Cheer up will you moms and pups. Life is beautiful. Life is fun. Hidup ini lebih lagi daripada ilmu dan pandangan.
Aku senang hati anak saudara masih ingat dengan layanan aku.
Salam buat saudara. Kali ini saya tak sempat untuk catatkan ulasan atau pandangan saya kerana masa yang sangat terhad. Peluang ini hanya untuk saya mengucapkan Selamat Hari Lahir Buat saudara. Didoakan semoga panjang umur, murah rezeki dan segera bertemu dengan orang yang dicari-cari. Amin...
BalasPadamSelamat ulangtahun!
BalasPadamMoga trus dlimpah kberkatan, kbahgiaan dan trus maju jaya!
moga hubungan ngan sidia akan trus sukses
Fast food mana jd pilihan esk hr? Harap bteman ngan sidia esk hari...
BalasPadamبياسا ڤرڬي ماكن سأورڠ ديري. مك ايسوق جوڬ اكن بڬيتو، سأورڠ ديري. تيدق ڤرنه اد سي دي.
BalasPadammungkin ulasan ni dah terlewat tapi inilah ceritanya..
BalasPadamsebenarnya dia masih sukakan khemah yang dibuat sendiri dari pasang siap tu.. macam paklong dia ajar..
khemah yang opah ipoh hadiah tu pun khemah lama... sebab dia selalu paksa opah ipoh dia buat khemah dari kusyen-kusyen kecil, mana nak muat.. tu yang opah ipoh kasi khemah terus.
kenapa dia suka khemah yang kita bina dari kusyen-kusyen sofa tu sebab dia boleh runtuhkan dan akan bina semula bersama kita, oleh itu dia lebih gembira bermain..