Langkau ke kandungan utama

Menjadi Malaysian

Kita rakyat Malaysia ini sesungguhnya amat kurang toleransi apabila
  1. Melihat YouTube mengenai Gur Dur (mantan Presiden Indonesia) didoakan dalam satu perhimpunan penganut Kristian di sana, orang kita sibuk kata dia murtad dan lain-lain lagi.
  2. Melintasi sekumpulan anak muda keturunan India, kita bersangka buruk dengan mereka di dalam benak otak dengan menuduh mereka sebagai pembuat kacau, kaki pukul, orang rendah akhlak dan gangster.
  3. Melintasi kedai makanan orang Cina, kita menutup hidup dan memandang jelik daging khinzir dan itik panggang yang tergantung dalam peti kaca dihadapan ramai pengunjung kedai makan itu seperti kita menghina makanan mereka.
  4. Melihat Melayu bekerja di pejabat kerajaan tidak lebih kerana semata-mata keturunan Melayu mereka yang melayakkan mereka bekerja dengan kerajaan tanpa perlu bersusah payah berebut (sedang kadang-kadang untuk 100 jawatan yang ditawar, mereka terpaksa bersaing dengan 40,000 Melayu lain yang turut memohon jawatan yang sama).
  5. Memandang rendah mentaliti orang dari Sabah dan Sarawak yang kononnya kurang bagus sedang toleransi antara kaum di sana jauh lebih baik berbanding di Semenanjung.
  6. Di pejabat kerajaan atau majlis-majlis kerajaan, kita desak orang bukan Islam 'menghayati' doa dan adab majlis keagamaan kita sedangkan kita mengaku negara ini sebuah negara demokrasi.
  7. Kita berkeras mempertahankan hak kaum kita dengan pelbagai hujah dan statistik serta ugutan ke atas kaum lain sedang kita dulu pernah berjanji untuk hidup aman damai bersama tanpa sengketa sesama kita.
Banyak lagi kalau hendak dibuat kajian. Kita sering menyalahkan orang lain kecuali diri kita sendiri. Kita sering nampak kekurangan orang lain dan kita sering jadikan orang lain sebagai punca sesuatu perkara yang negatif.

Sekali sekala, duduk dan fikir; pernah kita senyum kepada orang dari kaum yang lain dengan senyuman ikhlas tanda keakraban persahabatan? Bukan senyum kerana ingin menawar harga beg tiruan lebih murah atau sedang order makanan di kaunter restoran makanan segera.

Sampai bila, apabila kita marah dengan seseorang kita akan berkata,

"Bodoh punya Hindu/India!"
atau
"Bangang punya Apek/Cina!"
atau
"Cilaka punya Melayu!"

Sampai bila?

Bilakah tiba masanya apabila kita marah, kita akan kita akan cakap,

"Kurang ajar/Bodoh/Bangang punya orang Malaysia!"
atau
"You Malaysian Idiot!"

Bila?

Tak payah tanyalah. Kita ini sebenarnya masih lagi bersifat perkauman. Kamu dan aku masih lagi Racist!

Itu hakikatnya dan terimalah. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 2

Sambungan koleksi gambar MRSM Balik Pulau, circa 2003. Ini bas maktab suatu ketika dulu. Aku sudah tengok bas baru. Tapi bas lama ini sungguh manis kenangannya. Kami menyanyi gembira setelah muncul johan bolasepak under-15 dan under-18. Pergi berkelah di Batu Feringgi atau melawat Botanical Garden. Pergi trip ke MRSM Berseri dengan ditemani bumbung bas yang bocor. Ianya suatu kebanggaan dapat naik bas ini suatu ketika dahulu. Masa itu tidak semua sekolah ada bas sendiri. Jadi kira hebat la. Baru sekarang aku terperasan, bas tersebut ada iras-iras Penang Yellow Bus. Hmm... Padang. Kalau masa aku pergi tahun 2003 dahulu ada sign board tertulis, "Home of The Cougars", merujuk kepada pasukan ragbi maktab. Mungkin pada ketika itu ianya amat kuat. Memang ragbi masa zaman aku pun kuat juga, tapi tidak sehebat team bolasepak yang dibentuk sejak kami form 2. Sepanjang itu hingga ke form 5, kami tidak pernah tewas satu game pun (betul tak Carrie?). Jadi johan Under-15 dan Under-18 nege...

Singgah Sebentar

Entah kenapa, sejak beberapa hari kebelakangan, blog ini dikunjungi oleh lebih ramai orang. Kamu semua datang dari mana? Baca dan tengok sajalah apa yang ada di dalam ini ya. Cuma maaf, blog ini tidak ada gossip, gambar lelaki melayu bangga minum beer, lurah dada perempuan atau apa-apa saja perkara berbentuk sebegitu. Oh ya, kalau kamu yang masih lagi mencari laman web menjual tiket bas secara online, cuba Maraliner Entah, ramai betul yang datang ke sini kerana mencari laman web menjual tiket bas secara online. Google sajalah nama syarikat bas ekspres yang kamu tahu. Mungkin ada, mungkin tidak.  Aku suspek ramai antara pengguna internet tidak tahu cara mengguna enjin pencari seperti Google dan Yahoo!. Hmm... Ada sesiapa mahu keluarkan ebook cara-cara menggunakan enjin pencari Google dan Yahoo! atau lain-lain? Boleh buat duit jual ebook kepada orang ramai. Sekarang orang beli apa saja ebook. Itulah yang pelik. Sampai tips mudah mendapat kerja kerajaan pun dibuat ebook dan dijual. Malah ...

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 1

Malas pula hendak bercerita mengenai Homeroom. Baik aku tunjukkan koleksi gambar yang diambil pada tahun 2003 semasa reunion MRSM Balik Pulau ketika itu. Ada lagi gambar yang akan diupload kemudian nanti. Banyak. Aku fikir ada baik aku kembali kesana suatu hari nanti untuk aku ambil gambar yang lebih baik. Ini pun guna kamera digital Kodak 3.2 megapixel. Model di atas adalah Meor. Ini sebenarnya pada zaman aku dulu merupakan kaunter untuk segala pembayaran yang berkaitan dengan yuran pembelajaran maktab. Kalau tak salah aku ianya adalah sebanyak RM30 setiap bulan. Disini juga kami akan terima wang saku daripada MARA berjumlah RM25 bagi sesiapa yang layak. Segala keputusan, slip periksa dan apa saja urusan dengan pejabat, semuanya disini. Kaunter segera tepi tingkap. Ini sebenarnya pentas dalam dewan besar maktab. Aku masih ingat semasa menjadi 'sound engineer' untuk drama arahan Amron Roni. si Amron ni pernah jadi produser untuk rancangan sembang-sembang Chef Wan di TV9 tidak l...