Langkau ke kandungan utama

Menuju Ke Kampung Halaman

Sebentar lagi aku akan pulang ke kampung halaman. Ya, kampung halaman.

Susah sebenarnya hendak aku definisikan maksud kampung halaman. Sejak berumur 14 tahun, aku telah jauh dari kampung halaman. 20 tahun hidup di perantauan. 20 daripada 34 tahun usia aku ini dihabiskan jauh dari kampung halaman.

Aku tidak ada ramai kawan di kampung halaman. Aku tidak ada teman karib. Aku tidak pernah ada teman istimewa di sana. Aku tidak sempat untuk menikmati saat-saat itu.

Jadi, entah benar atau tidak tafsiran aku mengenai kampung halaman ini. Aku sentiasa anggap kampung halaman aku adalah Gerik, Perak. Kerana separuh usia muda aku bersama keluarga aku habiskan di sana. Dari usia 10 hingga 13 tahun, aku berada di Kuala Kangsar setelah mengikut keluarga berpindah. Lebih kurang empat tahun. Kemudian merantau jauh.

Maka kadang kala amat sukar hendak aku terima Kuala Kangsar sebagai kampung halaman. Aku tidak pernah lama di sana. Kalau aku balik ke Gerik, aku sentiasa rasakan ianya adalah kampung. Sebenar-benar kampung kerana rumah arwah datuk dan nenek adalah di Kampung Ulu Kenderong, Gerik. Ada sungai yang aku dan paksu dan sepupu berendam dari pagi hingga senja. Ada segalanya ciri sebuah kampung. Dulu.

Aku akan pulang ke kampung halaman sebentar lagi. Ya, Kuala Kangsar. Hanya kerana ada emak dan ayah serta adik-adik di sana. Hanya kerana itu.

Update 10.54pm
Aku sudah sampai.

Ulasan

  1. Terima kasih. Actually, tengok waktu posting awak tu, saya dah sampai pun. Heh.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Malam Di Taman Tasik Titiwangsa

Sudah lama aku tidak membuat fotografi malam. Biasanya aku akan guna Canon EOS 400D aku kerana lebih baik kualitinya dan lebih hebat hasilnya. Memandangkan kamera tersebut sudah sedikit rosak dan juga pada malam semalam hanya kamera digital Sony CyberShot DCR-W350 saja yang berada di tangan, tiada pilihan selain cuba menggunakan kamera tersebut dan melihat hasilnya nanti.

Seperti yang dijangka, hasilnya kurang memuaskan. Begitu banyak noise yang terkandung dalam setiap gambar yang dirakam. Aku tidak menggunakan flash kerana mahu merakam suasna sebenar sekitar Taman Tasik Titiwangsa malam semalam.

Tanpa tripod, ianya lebih menyukarkan keadaan. Aku terpaksa menggunakan apa saja yang ada di sekeliling sebagai 'tripod sementara'.
 Satu perkara yang aku sedari, di sekitar Taman Tasik Titiwangsa, begitu ramai orang duduk berehat di sepanjang tasik. Cuma keadaan agak gelap kerana lampu yang ada tidak berfungsi. Suasana sedikit dicerahi dengan lampu jalan tidak jauh dari taman. Cahaya da…

Kereta Ku Lari Gagah Berani!

Aku memandu sebuah Perodua Kancil ke pejabat setiap hari bekerja. Perjalanan sejauh lebih 25km dari Bandar Sunway ke Putrajaya aku lalui seorang diri. Jadi pada fikiran aku, Kancil adalah kenderaan yang sesuai untuk jarak perjalanan dan jumlah isi pengguna di dalam kereta tersebut. Maksud aku, tidak perlu memandu sebuah MPV besar untuk ke pejabat jika setiap masa ianya hanya akan diisi dengan orang manusia.
Aku dan Zura sejak awal kenal sering berkata bahawa akan tiba masa kami memerlukan sebuah kenderaan baru. Zura mahukan sebuah MPV kerana mudah untuk membawa barang dan mungkin, membawa saudara mara ke sana sini. Praktikal dan berfikir secara logikal. Aku lebih sukakan sebuah kereta saiz sederhana kerana memikirkan 90% daripada masa penggunaan kereta itu nanti, aku atau Zura akan bersendirian memandunya.
Lagi pun, biras aku sudah membeli sebuah Proton Exora walaupun anak masih seorang. Nampak selesa dan bila balik berhari raya tempohari, Exora itu sangat membantu membawa kami ke sana …

Apple Mac - Cerita Aku 1

Aku pakai komputer jenama Apple di rumah dan di pejabat. Laptop MacBook Pro aku beli menggantikan laptop Acer Aspire (sudah dijual) dengan tujuan sebenar untuk kerja sampingan sebagai video editor dengan sebuah studio perkahwinan (DinaWedding). Aku sudah menggunakan Apple iMac di pejabat sejak penghujung 2006 lagi. Secara umumnya, banyak kerja aku melibatkan senireka grafik menyebabkan komputer Apple menjadi pilihan paling sesuai.

Aku pernah dan sering ditanya serta aku yakin di luar sana ramai juga yang ingin mengetahui kebaikan dan keburukan menggunakan komputer jenama Apple. Jadi aku fikir lebih baik aku kongsi pengalaman aku.

Komputer jenama Apple secara umumnya adalah komputer peribadi/workstation/server yang dibina dan dijual sendiri oleh syarikat Apple Inc. dan menggunakan sistem operasi (Operating System) jenama Mac OS. Suatu ketika dulu ada syarikat pengeluar komputer yang mengeluarkan komputer dengan menggunakan sistem operasi Mac OS namun begitu semenjak Steve Jobs (CEO dan p…